Sheikul Hadis Maulana Zakariya Dan Adab Belajar



Ketika Sheikhul Hadith Maulana Zakaria Kandahlawi (1898–1982), pengarang kitab syarah Muwata Imam Malik, Aujazul Masaalik, memasuki tahun akhir pengajian hadith beliau berazam tidak akan meninggalkan sebuah hadith pun tanpa berguru. Begitu juga sahabat sekelasnya Hasan Ahmad.

Mereka juga memastikan diri agar sentiasa berwuduk. Tetapi masalah yang timbul ketika pengajian berlangsung ialah terpaksa ke tandas kerana membuang air atau terbatal wuduk kerana kelas hadith memakan masa empat hingga lima jam untuk sesi pagi. Dua tiga jam di sesi petang. Sudah tentu perlu ke tandas samada untuk membuang air atau tajdid wuduk. Untuk memastikan mereka tidak ketinggalan daripada mendengar semua hadis di hadapan ustaz maka mereka berdua membuat suatu perancangan.

Kata Maulana Zakaria kepada kawannya jika aku terpaksa keluar kamu ajukan soalan kepada ustaz. Kalau dia selesai menjawab kamu ajukan soalan seterusnya sampailah aku masuk semula supaya ustaz tidak sempat berpindah ke hadis lain sebelum aku masuk. Begitulah kesnya jika Hasan Ahmad yang keluar maka Maulana Zakaria yang akan mengajukan soalan.

Setelah sekian lama ustaz mula perasan setiap kali salah seorang daripada mereka keluar maka yang seorang lagi akan mengajukan soalan. Tiba-tiba satu hari Hasan Ahmad terpaksa keluar kelas kerana wuduknya terbatal. Beliau memberi isyarat kepada Maulana Zakariya sebagaimana yang dijanjikan. Maulana Zakariya memulakan soalannya berkenaan dgn pandangan Allamah Ibnu Humam dalam kitab Fathul Qadir. Ustaz tersenyum sambil ketawa melihat gelagat soalan seumpama itu.

Mengetahui maksud Maulana Zakariya dengan soalannya itu beliau lantas berkata "Tak apalah sementara kita tunggu Hasan Ahmad datang aku akan ceritakan kepada kamu satu kesah. Tak payahlah aku bertarung menjawab berkenaan kenyataan Fathul Qadir kamu itu". Natijah daripada itu mengikut Maulana Zakaria tidak ada satupun hadis yg dipelajarinya yang tidak didengarinya di hadapan ustaz yg merupakan ayahnya sendiri Maulana Yahya Kandahlawi.

Begitulah halnya seorang yang mengutamakan kehadiran dan berguru semasa menuntut ilmu. Maka tidak hairanlah ilmu yang dituntutnya mendapat keberkatan. Ia diberkati sepanjang masa. (Ubahsuai petikan ucapan pengenalan pengajian hadis kitab Bukhari dalam bahasa Urdu oleh Maulana Taqi Uthmani di Darul Uloom Karachi.

Dari laman webnya http://www.deeneislam..com dan dari kitab Aap Biitii).

1 ulasan:

  1. MasyaAllah,patut lah ada yang sarankan ana baca Aap Beti..

    boleh tak uncheck word verification...

    BalasPadam