YANG MASIH PANAS...

SIAPAKAH ORANG MELAYU PERTAMA DI DUNIA YANG MEMELUK AGAMA ISLAM?


Peta di atas menunjukkan kedudukan negara kota
Malayu dan empayar Srivijaya di Kepulauan Sumatera.
Tersebutlah kisah tentang sebuah kerajaan lama di Pulau Sumatera yang dikenali sebagai Malayu. Menurut catatan sejarah, lokasi negara kota tersebut dipercayai terletak di sekitar wilayah Jambi hari ini. Kerajaan Malayu dikatakan sangat terkenal dengan hasil pengeluaran lada hitamnya.

Kisah kemasyhuran kerajaan Malayu telah sampai ke pengetahuan Khalifah Mu’awiyah bin Abu Sufian atau Khalifah Mu’awiyah I (661-680 Masihi) - pengasas dan pemerintah pertama empayar Bani Umayyah yang berpusat di Damsyik (atau Damascus).
Empayar Bani Umayyah yang berpusat di Damsyik pada zaman kegemilangannya.
Setelah terdengar akan kemasyhuran kerajaan Malayu di sebelah Timur, maka timbullah niat di hati baginda untuk mengIslamkan kerajaan Malayu serta memonopoli perdagangan lada hitamnya. Kebetulan pula, baginda sedang berusaha untuk memperluaskan empayar Islam serta ajaran Islam ke seluruh dunia.

Pada ketika itu, kerajaan Malayu berada di bawah pemerintahan seorang maharaja yang bernama Sri Maharaja Lokitawarman. Baginda berbangsa Melayu dan beragama Buddha. Lantas, Khalifah Mu’awiyah I telah mengajak maharaja Malayu tersebut untuk memeluk Islam. Walau bagaimanapun, Sri Maharaja Lokitawarman telah menolak pelawaan khalifah tersebut secara baik.

Keengganan maharaja Malayu tersebut untuk memeluk agama Islam telah membantutkan niat Khalifah Mu’awiyah I untuk mengIslamkan kerajaan Malayu serta memonopoli perdagangan lada hitamnya. Tidak berapa lama kemudian, Sri Maharaja Lokitawarman telah mangkat dan tempatnya diambil alih oleh Sri Maharaja Srindrawarman.
Kerajaan Malayu yang berpusat di Jambi, Sumatera
sangat terkenal dengan hasil pengeluaran lada hitamnya.
Ketika zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz (717-720 Masihi), baginda telah mengutus surat kepada Sri Maharaja Srindrawarman dan mengajak maharaja Malayu tersebut untuk memeluk agama Islam. Hubungan yang terjalin di antara kedua-dua pemerintah tersebut (khalifah Bani Umayyah dan maharaja Malayu) dikatakan sangat baik.

Usaha Khalifah Umar akhirnya membuahkan hasil apabila maharaja Malayu tersebut telah terbuka hati untuk menerima Islam. Peristiwa tersebut berlaku kira-kira pada tahun 718 Masihi. Menurut catatan sejarah, Sri Maharaja Srindrawarman dipercayai merupakan orang Melayu pertama di dunia yang memeluk agama Islam. 

Setelah peristiwa tersebut, maka bermulalah zaman di mana Malayu mula dikenali sebagai sebuah kerajaan Islam. Inilah kerajaan Islam yang PERTAMA sekali di Kepulauan Melayu atau Nusantara. PengIslaman Sri Maharaja Srindrawarman sekaligus telah menarik minat ramai pedagang Arab dan Islam untuk datang berdagang di negara kota Malayu.

Malah, para pedagang Arab juga telah menggelar Malayu sebagai ‘Sribuza Islam' (Srivijaya Islam) atau ‘Zabaq’ (yang berasal dari nama Muara Sabak di Jambi).

Walau bagaimanapun, berita tentang pengIslaman kerajaan Malayu di Pulau Sumatera tidak begitu disenangi oleh golongan pemerintah Dinasti Tang di tanah besar China. Pada pandangan mereka, pengIslaman kerajaan Malayu hanya akan menyebabkan aktiviti perdagangan lada hitam mereka tergugat dan terancam.
I-Tsing - seorang sami Buddha dari tanah besar China
pernah melawat kerajaan Malayu dan empayar Srivijaya.
Menurut catatan yang ditulis oleh seorang sami Buddha berketurunan Cina bernama I-Tsing, kerajaan Malayu pada ketika itu berada di bawah pengaruh kekuasaan empayar Srivijaya yang berpusat di Palembang. Agama rasmi empayar Srivijaya ialah Buddha bermazhab Vajrayana, yakni berbeza dengan Malayu yang sudah pun menjadi sebuah kerajaan Islam.
Pada tahun 680 Masihi, pemerintah Dinasti Tang di tanah besar China telah bertindak menghantar dua orang pendeta Buddha iaitu Vajrabodhi dan Amoghavajra ke Srivijaya. Tujuannya ialah untuk mengembangkan agama Buddha bermazhab Mahayana di Srivijaya serta menyekat pengaruh perkembangan Islam di Malayu.

Hasil campur tangan Dinasti Tang telah memaksa empayar Srivijaya untuk menyerang kerajaan Malayu pada sekitar tahun 730 Masihi. Pada ketika itu, Malayu berada di bawah pemerintahan Sri Maharaja Indrawarman - putera kepada Sri Maharaja Srindrawarman yang sudah mangkat.
Amoghavajra - salah seorang dari dua Sami Buddha yang dihantar oleh
Dinasti Tang ke Srivijaya untuk menyekat perkembangan Islam di Malayu.
Serangan tersebut telah mengakibatkan Sri Maharaja Indrawarman mangkat dibunuh. Akhirnya, negara kota Malayu (Sribuza Islam atau Zabaq) telah berjaya ditawan oleh empayar Srivijaya.

Penaklukan tersebut menandakan berakhirnya kekuasaan sebuah kerajaan Islam yang terawal di Kepulauan Melayu atau Nusantara di bawah pemerintahan dua orang maharajanya yang beragama Islam iaitu Sri Maharaja Srindrawarman dan puteranya, Sri Maharaja Indrawarman.
Kronologi Maharaja-maharaja Malayu
(Sila klik gambar di atas untuk melihat dengan lebih jelas).

Agus - saya menggambarkan bukannya negara kita dunia ketiga, tetapi komen pemimpin kita yang kelas ketiga.

Mohammad Agus Yusoff


KELMARIN saya tergamam apabila Menteri di JPM Menteri menyatakan di Dewan Rakyat tentang dakwat kekal mengandungi pewarna makanan yang dibenarkan. Tetapi kenyataan itu tidak mendesak saya untuk menulis biarpun saya janggal mendengarnya.

HARI INI saya terkedu apabila Menteri Wilayah Persekutuan pula menyatakan Malaysia tidak perlu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya kerana negara ini bukannya seperti "negara dunia ketiga" lain.

Saya kira kedua-dua kenyataan menteri tersebut terkeluar tajuk. Isunya ialah mengapa dakwat kekal yang digunakan oleh SPR dalam pilihan raya yang lalu tidak kekal, bukannya perlu atau tidak perlu menggunakan dakwat kekal? Saya kira soal harapan rakyat untuk melihat dakwat kekal seperti yang dijanjikan tetapi tidak kekal adalah isu besar yang perlu dijawab oleh menteri yang bertanggungjawab dan SPR. Oleh itu, kenyataan menteri di atas adalah satu jawapan yang pada saya menggambarkan bukannya negara kita dunia ketiga, tetapi komen pemimpin kita yang kelas ketiga.

Buat apa kita membandingkan negara kita dengan dunia ketiga yang lain? Jika kita kahu bandingkan pun, dari segi sistem pengundian, negara kita masih jauh mundur ke belakang. India dan Indonesia menggunakan dakwat kekal, tetapi tidak ada kecelakaan yang menimpa pengundi mereka. Sebaliknya yang berlaku ialah sistem pilihan raya mereka dilihat demokratik, adil dan memenuhi aspirasi rakyat. Itu yang kita mahu—satu pilihan raya yang telus dan ada integriti supaya tidak timbul kontroversi seperti sekarang ini.

Jika kita mahu bandingkan sistem pilihan raya kita dengan di negara maju, kedudukannya adalah jauh panggang dari api. Di negara maju, sistem pilihan rayanya adil dan bebas, medianya bebas dan pengurusan pilihan rayanya baik. Di negara maju, mereka tidak lagi menggunakan dakwat kekal, tetapi menggunakan sistem biometrik. Apakah kita mampu menjadi seperti mereka atau telahpun mencapai tahap seperti mereka?

Baiklah, jika kita tidak mahu gunakan dakwat kekal, saya mahu cadangkan dalam pilihan raya yang akan datang, kita gunakan mesin mengesan cap jari. Penggunaan mesin ini baik kerana selain dapat mengesahkan identiti pengundi, mesin ini juga secara automatiknya dapat menolak mereka yang cuba untuk mengundi dua kali. Mengapa timbulnya persepsi adanya pengundian dua kali ini? Ini kerana keraguan kepada senarai pengundi SPR? Bilakah SPR dapat menyelesaikan persepsi rakyat yang negatif ini?

YB pemimpin, tolong selesaikan isu dakwat kekal ini dengan baik. Tolong jangan berikan jawapan yang berterusan mendungukan rakyat. Setakat ini, saya lihat jawapan pemimpin adalah sama seperti pengail yang mengail, tetapi memilih menggunakan umpan yang tidak dimakan ikan

ORANG MELAYU SEMENANJUNG ASALNYA BERKULIT HITAM?


Rata-rata orang Melayu hari ini berkulit sawo matang atau coklat kemerah-merahan. Warna tersebut seakan-akan warna buah ciku yang sudah masak. Istilah ‘orang Melayu’ yang Penulis Blog maksudkan di sini bukan hanya sekadar meliputi orang Melayu di Malaysia sahaja, tetapi juga orang Melayu yang terdapat di Singapura, Brunei Darussalam, Indonesia, Thailand dan juga Myanmar.

Namun begitu, apakah pendapat anda sekiranya Penulis Blog mengatakan bahawa orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu dahulukala asalnya berkulit hitam?. Penulis Blog yakin, tentu ramai yang tidak percaya! Mungkin ada di kalangan anda yang berfikir seperti ini - ‘bagaimana orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu dahulukala berkulit hitam, sedangkan kita sebagai anak cucu atau keturunan mereka berkulit sawo matang?’. Berikut adalah jawapannya...
Tarikh Patani
Selain bahasa Melayu, manuskrip Tarikh Patani juga
kini boleh didapati dalam bahasa Inggeris dan Thai.
Beberapa bulan yang lepas, Penulis Blog telah menemui dua sumber pensejarahan yang membuktikan bahawa nenek-moyang kita dahulukala asalnya berkulit hitam. Sumber pertama ialah Tarikh Patani - sebuah manuskrip sejarah yang dipercayai dikarang pada sekitar tahun 1500 Masihi oleh Syeikh Safiuddin al-Abassi atau Tuk Raja Faqih, seorang ilmuwan Melayu yang berasal dari negeri Patani Darussalam. Menurut Tuk Raja Faqih di dalam manuskrip Tarikh Patani:-

Adapun orang Melayu (di Langkasuka) waktu itu rupa(nya) hitam-merah
atau hitam manisRupanya kecil daripada orang Arab dan (orang) Parsi.”

Potongan ayat di atas menyatakan kepada kita tentang bagaimanakah rupa asal orang Melayu dahulukala di Semenanjung Tanah Melayu, khususnya di Langkasuka serta seluruh tanah jajahannya. Mereka digambarkan sebagai bangsa yang berkulit hitam-merah atau hitam manis. Warna kulit mereka ternyata berbeza daripada warna kulit kita pada hari ini. Jika sumber dari Tarikh Patani belum meyakinkan anda, kita rujuk pula kepada sumber pensejarahan yang kedua.

Zhí Gòng Tú
Ilustrasi yang menggambarkan 12 orang duta
dari pelbagai negara, termasuklah Langkasuka.
Sumber kedua yang Penulis Blog maksudkan ialah Zhí Gòng Tú (职贡图 職貢圖). Zhí Gòng Tú bermaksud ‘Potret-potret Persembahan Terbitan Berkala’. Zhí Gòng Tú merupakan satu set lukisan bersejarah rasmi, di mana setiap potret mengandungi gambar atau ilustrasi. Salah satunya telah dihasilkan ketika zaman Maharaja Yuan (508-555 Masihi), salah seorang pemerintah dinasti Liang di tanah besar China.

Pada asalnya, Zhí Gòng Tú yang dihasilkan pada zaman Maharaja Yuan ini mengandungi 25 potret yang menggambarkan duta-duta dari pelbagai negara. Namun begitu, kini hanya tinggal 12 potret sahaja kerana yang selebihnya sudah hilang atau tidak dapat dikesan lagi. Salah sebuah negara yang pernah menghantar duta ke tanah besar China ialah Langkasuka. Buktinya adalah seperti di bawah ini:
Potret yang menggambarkan seorang duta
berkulit hitam (tengah) yang berasal dari Langkasuka.
Apa yang menarik mengenai gambar atau ilustrasi di atas ialah warna kulit duta kerajaan Langkasuka di tanah besar China. Jika diperhatikan, kita akan mendapati bahawa warna kulit duta tersebut ialah hitam. Sumber dari negara China ini telah membuktikan bahawa apa yang diceritakan oleh Tuk Raja Faqih di dalam manuskrip Tarikh Patani itu bukanlah rekaan semata-mata. Sebaliknya, ia adalah fakta sejarah!

Hitam Bertukar Sawo Matang
Empayar Langkasuka dan seluruh tanah jajahannya.
Kini, hanya tinggal satu persoalan yang perlu kita jawab - jika benar orang Melayu dahulukala di Semenanjung Tanah Melayu asalnya berkulit hitam, bagaimana kita sebagai anak cucu atau keturunan mereka boleh berkulit sawo matang?. Jawapan bagi persoalan tersebut ada dinyatakan dengan jelas di dalam Tarikh Patani:

Syahdan, maka adalah ka(h)win nikah tidak ada (di Langkasuka),
sebab itu pun bercampurlah (orang) Hindi (India), dan
 (orang) Cina dan orang Melayu (Langkasuka).
Dan beranak cucu jadi orang campuran.
Dan orang Melayu (di Langkasuka) bercampurlah
keturunan zuriat. Tiada serupa dengan orang-orang Arab.

Adapun orang-orang Arab tidak bercampur. Tetapi (ada segelintir) orang-orang Arab datang ke Langkasuka pun ada bercampur juga. Dan akhirnya adalah keturunan orang Arab (di Langkasuka). Dan begitu juga orang-orang Parsi bercampur juga dengan orang-orang Melayu (Langkasuka).

Dan banyaklah orang-orang Arab datang berniaga dan duduk di negeri Patani (Langkasuka).
Dan orang-orang (Arab) itu bercampur kahwin dengan orang Melayu (Langkasuka).
Dan banyaklah keturunan mereka itu duduk di Patani (Langkasuka).”

Adapun orang-orang Arab dan orang-orang Parsi itu pun banyaklah berkahwin dengan orang Melayu di negeri Patani (Langkasuka). Dan orang Arab dan Parsi mana berkahwin itu bawa isteri (yang berbangsa Melayu) ke negeri China dan Khemir (Khmer) kerana berniaga ke negeri tersebut.”

Adapun Raja Seri Wijaya (Maharaja Srivijaya) mula masuk
 (ke negeri) Langkasuka itu (lalu) berkahwin dengan anak
Raja Langkasuka. Dan (men)dapat anaknya
 (yang) bernama (Raja) Bangsa.”

 “Syahdan, adapun seorang puteri Raja Senggora (Raja Sanjura) itu
sangat-sangat cantik rupanya. Maka adalah saudagar orang Parsi
minta berkahwin (dengan puteri Raja Sanjura itu). Maka Raja Antirata,
raja negeri Patani (Langkasuka) (itu) pun mintalah (kepada Raja Sanjura).
Maka akhirnya berkahwin(lah) anak saudagar Parsi (itu) dengan
puteri Raja Senggora (Raja Sanjura) itu. Nama anak
saudagar Parsi itu (ialah) Sulaiman Syah.
Semua perenggan ayat di atas telah membuktikan bahawa nenek-moyang kita dahulukala sudah mengamalkan perkahwinan campur dengan pelbagai bangsa asing seperti India, Cina, Parsi, Arab, Khmer serta Melayu Srivijaya dari Sumatera. Hasil dari perkahwinan campur inilah, lahirnya kita semua hari ini yang memiliki warna kulit sawo matang atau coklat kemerah-merahan.
Mungkinkah rupa asal nenek-moyang orang Melayu
di Semenanjung Tanah Melayu seperti ini?
Menurut Tarikh Patani juga, perkahwinan campur di antara orang Melayu Langkasuka dengan bangsa asing dipercayai telah berlaku sebelum kelahiran Nabi Isa A.S lagi. Berikut adalah petikan ayat yang membuktikannya:

Inilah kisah riwayat hikayat Raja Langkasuka.
Raja (me)merintah hukumah (kerajaan) ini agamanya Hindu dan Brahman.
Ibu ‘ashimah (ibu kota) (terletak) di negeri Kedah waktu sekarang.
Kita, nahnu (kami), tiada tahu bila mula,
lakin (tetapi) kata setengah-setengah orang tua,
(se)belum Nabi ‘Isa anak Mariam zahir (lahir), 
orang-orang Cina (sudah) datang bertijarah (berdagang) di negeri ini.”

Perenggan ayat di atas telah membuktikan bahawa amalan perkahwinan campur di antara penduduk pribumi Langkasuka dengan bangsa asing telah pun berlaku sejak lebih dari 2,000 tahun dahulu. Ini secara tidak langsung telah mempengaruhi warna kulit orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu, yakni daripada warna asalnya (hitam) kepada warna sawo matang.

Sebelum mengakhiri topik ini, Penulis ingin membuat EMPAT kesimpulan berdasarkan bukti-bukti pensejarahan di atas iaitu:
  1. Nenek-moyang orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu pada asalnya berkulit hitam.
  2. Orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu telah mengamalkan perkahwinan campur dengan pelbagai bangsa asing sejak lebih dari 2,000 tahun dahulu, yakni sebelum kelahiran Nabi Isa A.S lagi.
  3. Orang Melayu di Kepulauan Sumatera dan Kepulauan Borneo sememangnya berkulit sawo matang sejak dari dahulu lagi. Ini membuktikan bahawa mereka TIDAK serumpun dengan orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu yang pada asalnya berkulit hitam.
  4. Ini sekaligus membuktikan bahawa orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu BUKANlah kaum pendatang dari Kepulauan Indonesia, sepertimana yang didakwa oleh pihak-pihak tertentu. Sebaliknya, orang Melayu (dan juga masyarakat Orang Asli) adalah penduduk asal di bumi Semenanjung yang bertuah ini.
    Sumber Rujukan

    • Pensejarahan Patani.
    • Tarikh Patani.
    • Zhí Gòng Tú (Potret-potret Persembahan Terbitan Berkala - Dinasti Liang).
    • Laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP

    Budak Zaman Sekarang Bernafsu


    Apa nak jadi budak zaman sekarang ini.......nasib baik budak..kalau orang tua....!! lagi parah





    Sumber : Klik Sini

    WOW!!19 Gambar Mangsa Titanic Yang Terselamat




    Kemalangan kapal Titanic karam merupakan salah satu kemalangan yang menjadi sejarah yang amat dikenali oleh semua. Kemewahan dan kebesaran kapal tersebut tidak menjamin keselamatan kepada penumpangnya. Dalam entri pertama dalam ruangan Perghh Sejarah, kami ingin kongsikan beberapa gambar mangsa yang terselamat dari kemalangan Titanic. 
    AYUH JOM KITA SAKSIKAN



















    Gempar! Makhluk Jin Ada Akaun Twitter?

    akaun_twitter_jin
    Antara mahu percaya ataupun tidak. Namun itulah yang dilaporkan oleh media di Arab Saudi di mana terdapat satu akaun laman sosial Twitter mendakwa dirinya sebagai jin. Pengakuan itu mendapat perhatian orang ramai dari seluruh dunia. Tambahan pula, di akaun tersebut jin tersebut turut memuat naik gambar tempat tinggalnya pada 100 tahun dahulu. Kewujudan akaun twitter itu juga adalah kerana jin tersebut mahu bergaul dengan manusia. Sukar untuk dipercayai. Namun anda boleh melihat akaun twitternya di sini.
    Akaun Twitter Jin : https://twitter.com/s_2O17_s
    jin-twitter
    Akhbar metro menyiarkan berita yang pelik dan menggemparkan di Arab Saudi yang jin pun ada akaun twitter. Akhbar di Arab Saudi itu melaporkan jin itu mengaku dirinya jin tulen dan mahu berkawan dengan manusia. Dia juga memuatnaik gambar kediaman berusia 100 tahun.
    Pemilik akaun twitter itu juga berkongsi tentang keluarga dan kawasan kediaman di Yaman, di akaunnya juga  ditulis dia sukakan keamanan dan tidak mahu mencederakan sesiapa.
    sumber: Kisah Best

    Nasib Wanita Di Syiria...


    Beginilah nasib ribuan wanita Syria sehari-harian. Kebanyakan mereka akan ditangkap oleh rejim Basyar dan pakatannya. Ketika ditangkap, mereka akan dirogol dan diseksa secara kejam. Selepas itu mereka akan dibunuh dan ditinggalkan di jalanan Syria.

    Hanya Tinggal Sejarah













    Tahukah anda?

    Ketika penghujung era 1800 dan diawal era 1900, permaisuri-permaisuri di seluruh negara eropah yang bukan islam mengenakan hijab dan niqab sama seperti ummat islam di tanah arab.

    Kerana pada ketika itu islam amat kuat dengan kerajaan khilafah turki uthmaniah dan kerajaan islam di negara-negara lain. sehinggakan pakaian-pakaian ummat islam pada ketika itu ditiru oleh barat untuk memakainya.

    mereka tidak pernah berani mengatakan pakaian tersebut kolot atau jumud, malahan mereka meniru menggunakannya walaupun mereka bukan islam. namun pada hari ini, selepas kerajaan islam di turki dijatuhkan, keadaan menjadi terbalik.

    ummat islam menjadi lemah walaupun bilangan mereka ramai. menjadi kebiasaan yang lemah akan meniru yang kuat untuk menampakkan seolah-olah mereka kuat dan berada di dalam golongan yang kuat. ummat islam hari ini meniru pakaian-pakaian barat kerana mereka ingin kelihatan seperti barat dan takut dipandang jumud dan kolot.

    sedangkan sayyiduna umar r.a pernah berkata "kita adalah satu kaum (ummat islam) yang dimuliakan Allah dengan islam, sesiapa yang mencari selain islam, maka mereka akan berada di dalam golongan yang hina".

    sedarlah wahai ummat, kita akan nampak kuat jika kita sendiri perlihatkannya. jangan rasa malu atau rasa kolot dengan islam hatta dalam bab berpakaian. pakailah cara islam, maka kita akan dimuliakan dan kita akan mampu menampakkan islam itu satu agama yang kuat.

    # gambar rare, queen of austria mengenakan hijab dan niqab seluruh badan walaupun mereka bukan islam. gambar ini dirakam pada tahun 1916 ketika kemangkatan salah seorang raja eropah. semua wanita-wanita nombor satu eropah hadir pada majlis tersebut dengan hijab dan niqob yang sempurna.

    kerana pada ketika itu, dianggap satu kehinaan jika mereka menampakkan wajah dan tubuh mereka. bukankah benar apa yang dikatakan sayyiduna umar r.a? harap kita mampu berfikir.

    Bandar Paling Kotor Di Dunia Penuh Sampah


    Setinggan Manshyiat Naser, di pinggir Kaherah, sering dirujuk sebagai "Bandar Sampah" kerana kuantiti  sampah yang dihantar ke sini dari di seluruh ibu kota Mesir.
     Manshyiat Naser adalah tempat yang sebenar, di mana hidup mereka bergantung daripada sampah. rumah-rumah atau pangsapuri  dan semua orang di sini bergantung kepada sampah. Penduduk daripada Manshyiat Naser (dipanggil Zabbaleen) membawa sampah ke bandar,diankut oleh trak, troli, atau apa-apa cara lain yang perlu, dan menyusun apa-apa sisa yang boleh dikitar semula atau berguna.
    Setiap jalan dan setiap bangunan di Manshyiat Naser disusun dengan sampah, anda akan melihat lelaki, wanita dan kanak-kanak mencari sesuatu yang boleh dijual. Walaupun ia mungkin kelihatan seperti sistem lapuk pengendalian sampah, Zabbaleen melakukan pekerjaan yang jauh lebih baik daripada mana-mana sistem pengendalian sisa dunia moden. Sekitar 80% daripada sampah dikitar semula dan dijual semula, manakala selebihnya dibakar untuk bahan api.

    Muktamar Ulama Ummah: Pencerobohan Iran & Hizbu Syaitan Isytihar Perang Terhadap Umat Islam



    Berikut ini adalah solusi Muktamar Ulama Ummah berkaitan dengan masalah di Syria yang diadakan di Kaherah, Mesir, pada Khamis 4 Syaaban 1434 Hijrah. Antara ulama yang turut serta dalam muktamar ini ialah Syeikh Dr Yusof al-Qaradhawi.
    SOLUSI MUKTAMAR ULAMA' UMMAH
    1. Wajib Jihad untuk membantu saudara-saudara kita di Syria. Jihad melalui tubuh badan, kewangan dan menghantar senjata kepada mujahidin. Selain itu, diusahakan setiap cara lain untuk jihad dan bantuan kepada Mujahidin.
    2. Apa yang berlaku di Bumi Syam, dari pencerobohan teruk oleh Iran dan Hizbu Syaitan dan rakan-rakan mazhab mereka tindakan "mengisytiharkan perang" terhadap Islam dan setiap negara Islam bukan sahaja Syria.
    3. Wajib untuk menyatukan semua negara-negara Islam secara amnya dan menyatukan Mujahidin khasnya. Dan jika mana-mana pihak yang mempunyai pertikaian, kita kembali kepada al-Quran dan Sunnah.
    4. Jemaah Ulama Umat Islam meminta negara Barat, Islam, PBB, negara-negara teluk, pakatan islam dan Liga Arab mengambil pendirian yang berani dan jelas terhadap penceroboh mazhab dan perlu membantu Mujahidin secara terbuka dengan semua yang mereka perlukan terutamanya senjata dan wang.
    5. Memboikot semua negara yang membantu mereka seperti Rusia, China dan Iran (snake head). Wajib untuk mempunyai sokongan politik dengan melantik Duta dari rakyat Syria yang bersama perjuangan rakyat bukan sama sekali dari puak pembunuh.
    6. Wajib kepada semua umat Islam untuk memboikot syarikat-syarikat dan apa-apa sahaja yang manfaat kepada Iran. Ia adalah bagi membalas dendam atas darah kanak-kanak Syria di tangan Iran.
    7. Menjemput semua pemikir, penulis, ahli politik dan media untuk memulakan menyokong perjuangan Syria dengan semua cara.
    8. Mengingatkan tentera Basyar, haram untuk membunuh mereka yang tidak bersalah dan haram untuk menyokong kezaliman alim Bashar. Dan adalah wajib untuk menyertai Mujahidin terhadap kuffar.
    9. Mengingatkan PBB akan tanggungjawab Antarabangsa mereka terhadap apa yang berlaku di Syria. Meletakkan segala jenis tekanan ke atas mereka (Hizbu Syaitan dan Iran) kerana mereka mempunyai double standard dan kami mahu mendedahkan mereka kepada seluas-luasnya kepada umat Islam.
    10. Membantah tindakan memanggil Mujahidin di Syria sebagai pengganas atau pemberontak daripada mana-mana media Islam. Mereka Mujahidin dan Pejuang Kebebasan. Pada masa yang sama, mereka menutup satu mata tehadap jenayah dahsyat yang dilakukan oleh Iran dan sekutunya.
    11. Wajib ke atas semua Badan Bukan Kerajaan dan Organisasi-Organisasi Bantuan Kemanusiaan untuk segera dan bekerja keras untuk membantu Syria. Menyediakan mereka dengan ubat-ubatan dan makanan dan tempat tinggal. Dengan apa jua cara bagi membantu mereka sehingga mereka berjaya menentang musuh mereka.
    Khamis 4 Syaaban 1434 Hijrah | Ulama Ummah Muslimin, Kaherah, Mesir

    Syiah Mesir Bergabung Dengan Kelompok Sekuler Untuk Menggulingkan Mursi



     

    Kelompok Syiah di Mesir memutuskan untuk bergabung dengan kelompok sekuler yang berencana untuk menggulingkan Presiden Mesir Muhammad Mursi pada Akhir bulan ini.

    Juru bicara Syiah Mesir menjelaskan bahwa hampir dua juta Syiah akan berpartisipasi dalam demonstrasi 30 juni mendatang dalam rangka menjatuhkan Presiden Mursi.

    Baha Anwar menambahkan gelombang massa Syiah akan memulai aksinya dari depan masjid Sayeda Zainab. Anwar mengklaim bahwa rezim di Mesir telah menganiaya Syiah dan memaksa mereka berhijrah keluar Mesir, katanya.

    Sedangkan oposisi sekuler dan beberapa sisa antek rezim Mubarak telah memulai kampanye atas nama pemberontakan, mereka mengumpulkan tanda tangan untuk penggulingan Presiden Muhammad Mursi, Presiden Terpilih pertama setelah revolusi.

    Namun beberapa pendukung Presiden Mursi juga telah memulai kampanye dukungan dengan mengumpulkan tanda tangan dan sejauh ini telah terkumpul 10 juta tanda tangan yang menunjukkan dukungan terhadap Presiden Mursi.

    Sebelumnya Kairo telah menyaksikan ribuan massa menggelar unjuk rasa yang dipelopori oleh gerakan islam di Mesir, dalam rangka mendukung rakyat suriah, dimana disela unjuk rasa tersebut mereka juga mengumumkan dukungan mereka terhadap Presiden Mursi serta mengutuk segala upaya pemberontakan atau kudeta. (hr/IM)




    SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

    Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


    Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

    " Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

    PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

    PERHATIAN !!!!!!

    Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

    MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

    Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

    Sabda Rasulullah S.A.W:

    Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



    Al - Hadis

    DARIPADA Abu Said katanya:
    Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

    KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

    KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
    Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

    WAKTU SOLAT

    Membangun Bersama Islam

    Blog Archive


    "tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

    berwaspada dari fitnah moden

    berwaspada dari fitnah moden

    Tok guru Nik Aziz

    Tok guru Nik Aziz

    Tok guru Haji saleh

    Tok guru Haji saleh

    Recent Comments

    Footer 2

    linkwithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Ikut Melalui Email

    Translate