YANG MASIH PANAS...

Kenapa kami tak sokong Enakmen tersebut - Adun PAS


Ustaz Ahmad Yahaya [admin]
ALOR SETAR - PR menegaskan bahawa keputusan untuk menolak enakmen berkaitan anti Syiah pada persidangan Dun baru-baru ini bukan disebabkan masalah Syiah, tetapi kerana Rang Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2013 yang diperkenalkan adalah bertentangan dengan Syariah sebenar.

Ketua Pemuda Pas Kedah, Ahmad Yahaya berkata, penolakan keputusan itu juga tidak ada kaitan sama ada penyokong PR terlibat dalam fahaman itu.

Fasal 17

“Kami menolak kerana Rang Undang-undang ini bertentangan di beberapa fasal dengan Syariah yang sebenar. Contohnya pada fasal ke 17 yang menyentuh berkenaan dengan meminum minuman memabukkan.

“Disebut di sini, apabila disabitkan dengan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Padahal, dalam undang-undang Islam, orang yang minum arak perlu disebat. Sekurang-kurangnya, sebutlah perkataan sebat,” katanya pada sidang media di Kompleks Pas Pokok Sena, semalam.


Fasal 21

Menurutnya, fasal ke 21 yang berkaitan persetubuhan luar nikah (zina) juga bertentangan dengan Syariah yang sebenar apabila disabitkan dengan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

“Dalam undang-undang Islam yang sebenar ialah disebat atau bagi yang sudah berkahwin berdasarkan hadis ialah direjam, itu hukuman yang sebenar.

Fasal 37

“Kemudian pada fasal ke 37 yang menyentuh berkenaan Qazaf. Hukuman yang disebut ialah didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Ayat ALLAH menyebut, sekiranya tidak boleh mengemukakan empat orang saksi, maka si pelaku ini hendaklah disebat 80 kali sebatan. Ini hukuman Syariah yang sebenar,” katanya.

Beliau yang juga Adun Alor mengkudu turut menegaskan bahawa percanggahan itu menyebabkan semua Adun PR terpaksa menolak Rang Undang-undang tersebut yang jelas bertentangan dengan hukum Syariah.

“Macam mana kami nak terima. Dalam hal ini, kami tidak bersedia sekiranya selepas undang-undang ini dilaksanakan kerana diluluskan oleh Adun, dan pada satu ketika orang yang didakwa mohon supaya digunakan hukum Syariah yang sebenar, maka Adun-Adun yang akan bertanggungjawab.

“Kalau kami mati pun, kamilah yang kena tanggung hukuman yang tidak betul kepada semua,” katanya.

Fasal 7 & 8

Tambahnya, fasal 7 dan 8 berkenaan mempersendakan ayat-ayat al-Quran dan menyebabkan Islam dipandang hina juga perlu disemak semula.

“Tidakkah dengan memasukkan fasal 17, 21 dan 37 dalam enakmen ini menyebabkan Islam dan al-Quran dipersenda kerana tidak buat yang sebenar. Memang Exco Agama, Mohd Rawi Hamid menyatakan bahawa Syiah ini kita perlu hadapi bersama kerana ia satu kesalahan dan kesilapan.

“Tetapi, Rang Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2013 yang dinyatakan tidak dapat lari dari angka tiga, lima dan enam yang cukup bertentangan dengan apa yang kita sebut berdasarkan hukum syarak dan Syariah yang sebenar,” katanya.

Tiada perkataan Syiah

Ahmad berkata, sepanjang pembacaan beliau pada buku Rang Undang-undang yang diberikan juga tidak terdapat satu pun perkataan Syiah.

“Saya baca dari muka depan hingga belakang, tidak jumpa pun perkataan Syiah dalam rang undang-undang. Fasal mana dan berapa yang boleh dikatakan berkaitan dengan Syiah ini,” katanya.

Kisah Benar Remaja-Remaja Melayu Hilang Dara

KUALA LUMPUR: Mengaibkan apabila semakin ramai remaja perempuan beragama Islam di negara ini kehilangan dara pada usia muda.
Lebih membimbangkan, segelintir mereka berbangga dengan status itu dan beranggapan remaja yang masih dara sebagai kelompok ketinggalan zaman.
Hasil temu bual Metro Ahad dengan sekumpulan remaja yang pernah terjerumus dalam pelbagai gejala sosial juga mendapati, ada remaja yang kini berusia 15 tahun memberitahu kali pertama mereka melakukan hubungan seks ketika berusia 10 tahun.
Ada juga yang mengaku seawal usia lapan tahun, mereka mula merokok, minum arak dan mengambil dadah jenis syabu.
MIRA, 15, dari Johor
“PERTAMA kali saya melakukan hubungan seks ketika di tahun 5. Pasangan saya ialah teman lelaki saya ketika itu. Masa itu saya tak tahu apa-apa tetapi ia berlaku sekali saja. Masuk tingkatan satu, saya lakukan sekali lagi bersama teman lelaki juga.
Sejak itu, seminggu dua atau tiga kali saya buat. Ketika tingkatan tiga, saya mula bertukar pasangan. Pernah saya buat dengan dua lelaki sekali gus.
Apabila sudah kerap, saya jadi ketagih. Jika dulu teman lelaki tolong puaskan tetapi bila dia tiada, saya cari orang lain, termasuk juga yang baru sehari kenal.

Rumah dan hotel antara tempat saya memuaskan nafsu dan seingat saya, pernah 20 lelaki menjadi pasangan saya pada satu masa. Bila ketagih, saya cari lelaki yang ada masa lapang. Jika tidak, saya ke bandar bersama rakan, cari lelaki yang boleh jadi mangsa.
Malah, saya buat jadual untuk aktiviti ini. Pagi ke sekolah dan petang saya lakukan aktiviti merosakkan ini. Sabtu dan Ahad saya khaskan untuk teman lelaki, manakala Selasa dan Rabu untuk lelaki lain. Khamis dan Jumaat pula dengan rakan dan ada juga dengan lelaki lain.
Cuma Isnin saya berehat di rumah kerana tidak mahu aktiviti saya diketahui keluarga. Kebanyakan pasangan saya berusia 20 tahun ke atas dan bekerja. Jika saya lakukan hubungan seks bersama rakan sekolah, pasti kegiatan saya mudah terbongkar.
Di kalangan kira-kira 20 kawan perempuan saya, saya percaya 17 sudah tiada dara. Ini satu kebanggaan buat kami.
Siapa yang masih ada dara akan kami kutuk dan pulaukan. Ada juga sebelum ini masih dara tetapi selepas dipengaruhi, mereka terjebak dan turut menggadaikan tubuh.
Bagi yang enggan lakukan seks, kami pulaukan dan hasut mereka melakukan seks dengan mana-mana lelaki. Saya berani kata situasi ini seperti satu trend di kalangan kami, malah sesiapa yang berkawan dengan mat rempit dipandang hebat.
Sikap cabar-mencabar ini menyebabkan ramai remaja rosak akhlak, tidak kira lelaki atau perempuan. Remaja lelaki juga ramai yang tiada teruna kerana mudah dapat ‘awek’ seperti saya.
Saya kini ketagih, malah sehari pernah buat sampai lima kali bersama lima lelaki berasingan. Kali terakhir sebelum PMR pada Oktober lalu dan kini saya masih cuba bertahan. Semuanya berpunca daripada pergaulan bebas saya bersama rakan.”
NANI, 16, dari Kuala Lumpur
“SAYA mula mengenali seks tahun lalu apabila menjadi mangsa kerakusan teman lelaki ketika saya tinggal bersamanya selama tiga hari selepas keluar rumah. Sejak itu, saya mula ketagih seks.
Apabila ketagih datang, saya melakukan onani untuk memuaskan diri sendiri, sama ada di tandas sekolah atau rumah. Ada ketika saya tak mampu tahan sehingga menawarkan diri kepada lelaki, tetapi bukan rakan sekolah.
Sekurang-kurangnya, sekali sehari saya melakukan seks. Ada lelaki yang saya kenal dua ke tiga minggu, terus saya ajak lakukan seks.

Malah pernah saya pelawa SEOrang lelaki bangsa lain yang saya baru kenal beberapa minit. Sukar untuk memuaskan ketagihan saya. Malah saya pernah melakukan seks bersama lima lelaki, namun masih tidak puas.
Apabila ketagih, saya hubungi mana-mana lelaki yang saya kenal dan ajak mereka lakukan seks. Biasanya rumah atau hotel murah menjadi lokasi pilihan saya untuk melampias nafsu. Pernah juga saya lakukan seks di tepi tasik pada waktu tengah hari kerana tidak mampu tahan gelora nafsu.

Saya cuba bertahan daripada melakukan perbuatan terkutuk ini, namun tidak mampu. Perkara ini masih berterusan dan kali terakhir saya melakukannya dua minggu lalu.”
ANIS, 15, dari Negeri Sembilan
“SAYA mula terbabit dengan rokok, arak dan dadah sejak darjah dua. Semuanya kerana pengaruh mat rempit. Melalui mereka juga, saya mula kenal syabu. Selain itu, saya kerap keluar bandar ikut mereka dan mengikuti perlumbaan haram. Selepas menang, kami minum arak beramai-ramai dan bila mabuk, kami melakukan seks.
Siang saya sekolah seperti biasa dan petang saya keluar. Saya pernah bekerja di kedai makan dengan gaji RM60 sehari. Duit ini saya beli syabu yang dibekalkan teman lelaki dan apabila sudah kena, saya tidak tidur dua ke tiga hari.
Pernah saya tidak tidur lebih sebulan angkara syabu. Dalam tempoh itu saya bekerja di kedai makan ini dari petang sampai jam 3 atau 4 pagi setiap hari. Dapat duit, saya ‘enjoy’ dan ‘make up’ (mencantikkan) motosikal.

Ramai rakan sebaya saya boleh dikatakan tiada dara. Bagi kami, dara tidak penting lagi, yang penting seronok dan gembira. Sesiapa yang ada dara akan diperlekehkan.”
SARAH, 15, dari Selangor
“TIADA istilah ‘suci’ atau masih dara di kalangan saya dan rakan. Malah, kami mengutuk rakan yang tiada teman lelaki dan masih dara. Apa salahnya kalau saya dan rakan mahu berseronok dan melakukan hubungan seks ketika masih muda?
Di sekolah sekitar Klang, saya sering melakukan hubungan seks bersama rakan lelaki, terutama di kalangan pelajar tingkatan empat dan lima. Pada mulanya saya tidak berani, tapi perasaan itu hilang semata-mata tidak mahu dikutuk rakan.
Saya anak sulung daripada empat adik beradik. Saya tidak suka dipanggil budak perawan di kalangan rakan.

Ketika di tingkatan dua, saya berkenalan dengan SEOrang pelajar lelaki tingkatan empat. Bersamanya, saya mula berjinak-jinak dengan seks. Saya kerap melihat video klip lucah dalam telefon bimbit rakan.
Kali pertama saya dan teman lelaki lakukan hubungan seks di sebuah stor di sekolah. Akibat ketagihan, kami kerap lakukan hingga di luar sekolah, sama ada di rumah atau hotel murah. Dalam pada itu, saya juga mula berasa bangga dan rakan pula tidak lagi boleh memperkecilkan saya.
Namun tanpa disedari, saya tersilap langkah terlanjur dengan teman lelaki. Selepas setahun berkenalan, saya disahkan mengandung. Kini saya bergelar ibu. Tidak sangka jadi begini, daripada seronok bertukar menjadi mimpi ngeri buat saya.”
NIZA, 16, dari Pahang
“SEBAGAI bukti cinta kepada kekasih, saya serahkan kesucian (dara) saya kepadanya. Kami menjalin hubungan sejak dua tahun lalu ketika di tingkatan dua dan kerap melakukan hubungan seks jika berpeluang bersama.
Kami terlanjur ketika baru saling mengenali selama dua hari. Ketika itu dia berusia 19 tahun dan bekerja. Mulanya memang saya takut melakukannya, tapi dia mendesak dan menyatakan dia sayangkan saya.
Akhirnya saya tewas dengan pujukan dan sanggup menyerahkan tubuh. Sejak itu saya mula seronok ketika bersamanya.

Apabila tamat waktu sekolah, dia datang ambil saya. Ketika itu, jika ada ruang dan peluang, kami melakukan hubungan seks, tidak kira di mana. Pernah kami lakukannya di kawasan ladang dan semak di kawasan kampung saya (perkampungan Felda sekitar Kuantan, Pahang).
Selepas lama bersama, saya disahkan mengandung pertengahan tahun ini. Saya tidak menyesal menyerahkan tubuh kepadanya, walaupun sekarang kami sudah lama tidak berhubung
p/s bila agama diabaikan beginilah jadinya,moga allah menjaga kita dan keturuanan kita bahkan seluruh umat islam dari perbuatan terkutuk ni...ameen

Baru 2 hari DIkenali Melalui aplikasi WeChat | Remaja Lelaki Dituduh Merogol pelajar tingkatan dua!! Di Tepi Tangga

 | JOHOR BAHRU : Seorang hakim Mahkamah Sesyen di sini semalam meluahkan kekesalan ke atas seorang remaja yang dituduh merogol seorang gadis yang baru dikenalinya dalam tempoh dua hari menerusi aplikasi WeChat di tepi tangga sebuah pangsapuri. 
 
 
“Kamu baru tiga empat hari berkenalan, kamu sudah lakukan kerja-kerja macam ini, kira macholah kamu?

“Sepatutnya dalam bulan Ramadan dan Syawal, kamu harus berkelakuan mulia, barulah hidup kamu akan berkat, ini tidak. Ibu bapa kamu tahu yang kamu dihadapkan mahkamah, mereka pun tidak hadir ke sini,” kata Hakim Hassan Abdul Ghani dengan sinis kepada tertuduh, Muhammad Amirul Yusman (gambar), 18.

Pekerja landskap itu bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas tuduhan merogol mangsa yang merupakan pelajar tingkatan dua sebuah sekolah di sini. – Kosmo

p/s budak zaman sekarang...

KISAH BENAR MUSLIMAH SYRIA DI DALAM PENJARA BASYAR

Khitam Benyan menceritakan pengalaman beliau semasa di tahan oleh tentera rejim.

22 hari telah berlalu selepas saya dibebaskan daripada tahanan rejim Basyar. Saya berasa begitu trauma dan pelbagai persoalan tidak pernah berhenti dalam fikiran saya. Kenangan orang yang saya temui di dalam penjara tidak pernah saya dapat lupakan. Semua orang memberitahu saya, anda akan lupa dan anda akan menyesuaikan diri bila telah keluar dari penjara. Tetapi ternyata tidak. 


Saya tidak akan melupakan apa yang saya lihat di dalam penjara dahsyat rejim.

Saya tidak akan melupakan (Um Tayim, 25 tahun ) yang dipanggil ke pejabat penjara pada tengah malam dan kembali semula dalam keadaan trauma selepas dirogol dengan kejam sebanyak dua kali.

Saya tidak akan melupakan wajah (Muna Al Wadi) apabila mereka (pengawal penjara) memberitahu dia akan dikenakan hukuman tembak yang akan dilaksanakan jam 10 pagi esok.

Saya tidak akan lupa suara (Ala'a Kayyal) gadis 20 tahun, apabila dia meminta saya untuk memeriksa kembali belakang tubuhnya selepas datang dari sesi penyeksaan.

Saya tidak akan pernah lupa bagaimana (Elham) menggigil serta menggeletar apabila dia terkena sawan epilepsi, dan pengawal mengejek beliau dan menuduh beliau kononnya berlakon.

Saya tidak akan melupakan (Thana'a Al Hasan) seorang wanita berusia 45 tahun apabila dia mengalami strok dan dia tidak boleh bernafas. Kami memanggil dan menjerit kepada pengawal tetapi tiada siapa yang menyahut.

Saya akan tidak akan pernah memadamkan memori gelap ini di dalam kehidupan saya apabila melihat air matanya turun seperti sungai menangis untuk anak-anaknya dan kerana dia telah mati tanpa dapat melihat mereka.

Beritahu saya, bagaimana boleh saya lupa akan orang-orang yang saya tinggalkan di penjara tersebut dan menjalani kehidupan yang normal. Sebahagian besar daripada mereka masih dalam sel gelap. Muka mereka, kesakitan mereka dan jeritan mereka sentiasa menghantui saya.
Sumber: Malaysia.Syria/gelombanganakmuda.blogspot

Cubaan Syiah menjatuhkan Kerajaan Islam Turki gagal



Baru-baru ini umat Islam digemparkan dengan protes dan rusuhan bermula pada 27 Mei 2013 di Istanbul, Turki. Kelompak Sekular dan Syiah tidak berpuas hati dengan undang-undang baru Turki yang mengharamkan penjualan arak pada jam 10 malam sehingga jam 6 pagi serta tidak dibenar menjualnya di kawasan yang berdekatan dengan Masjid dan Sekolah kecuali di sekitar kawasan perlancongan.

Sebenarnya bukan itu sahaja, kelompok Syiah juga tidak berpuas hati dengan cadangan Kerajaan Turki untuk mencipta sebuah lagi jambatan baru di Turki yang dinamakan Yavuz Sultan Selim Köprüsü. Kelompok Syiah dari kalangan Alawi tidak berpuas hati dengan nama jambatan tersebut kerana kebencian dan dendam kesumat mereka terhadap Sultan Selim yang terkenal dengan sikap antinya terhadap Syiah.

Sultan Selim bertindak menghalang habis-habisan pengaruh Syiah daripada terus tersebar di empayar Turki khususnya yang datang daripada Kerajaan Syiah Safawiyah ketika itu. Kelompok Syiah di Turki begitu marah dan memprotes sikap Kerajaan Turki yang kononnya bagi mereka cuba mencetuskan kemarahan mereka.

Kita wajib juga perlu ketahui bahawa KETUA PEMBANGKANG TURKI iaitu Kemal Kılıçdaroğlu merupakan seorang SYIAH ALAWIYAH dan beliau begitu berbangga dengan pengakuan beliau di sebuah akhbar tempatan Turki pada Julai 2011.

"Saya seorang Alawiyah (Syiah) dan semenjak bila ianya menjadi suatu jenayah untuk menjadi seorang Alawi di negara (Turki) ini?" - katanya. Ternyata pengakuan ini mengejutkan banyak pihak di Turki kerana sebelum ini beliau hanya berselindung di sebalik nama sekular, walhal dalam diam beliau membawa agenda jahat Syiah!

Umat Islam kini telah mengenali siapakah Syiah dan apakah agenda mereka terhadap dunia Islam. Apa yang berlaku di Syria cukup membuktikan bahawa betapa bahayanya kelompok Syiah Alawiyah ini yang sememangnya sangat membenci umat Islam.

Alhamdulillah umat Islam di Turki telah mengajar kelompok Syiah ini dengan mengadakan sebuah perhimpunan besar-besaran pada 15 Jun bagi menyokong Kerajaan Turki yang dinamakan sebagai ‘Perhimpunan menghormati Negara’ ianya dianjurkan di beberapa buah Negeri di Turki seperti Ankara, İstanbul dan Sincan. Perhimpunan ini mendapat sambutan yang sangat mengejutkan apabila jutaan rakyat menghadirinya bagi menyatakan sokongan mereka terhadap Kerajaan Islam Turki.

# Minta tolong sebarkan maklumat ini kerana umat Islam perlu tahu apa yang berlaku di Turki ketika ini.

Ngeri ! Ritual Pengikut Ajaran Sesat Bunuh Diri Berramai-ramai


Ditubuhkan pada akhir tahun 1970-an, di bawah kepemimpinan Jim Jones, aliranpemujaan ini hidup menyendiri terpisah dari dunia di sebuah hutan di AmerikaSelatan. Menyusul adanya sejumlahaduan, pada tahun 1978, ahli kongresAmerikaLeo Ryan, melawat wilayahJonestown dalam misi carian fakta tentang kebenaran ajaran sesat ini.Ketika Ryan akan meninggalkanJonestown, lapan belas ahli aliranpemujaan yang ingin meninggalkan aliranpemujaan itu cuba ikut menyertainya,yang sekaligus menjadi awal rusuhanberlaku. Ahli aliran pemujaan melepaskan tembakan kepada mereka yang cuba meninggalkan aliranpemujaan itu.

Ahli kongres Ryan, tiga orang wartawandan seorang anggota aliran pemujaan yang cuba lari,terbunuh. Sebelas orang cederaBeberapa jam selepas kejadianpemimpin aliran pemujaanmemerintahkan anggota-anggotanya untuk melakukan bunuh diri massal dengan meminum potasiumsianida. Anak-anak kecil meninggal lebih dulu, bayi dibunuh dengan racun yang dimasukkan ke mulut dengan straw. Selepas itu, lebih daripada sembilan ratus orang, termasuk anak-anak, meracuni dirimereka sendiri.








Ngeri ! Foto Hukuman Pancung Yang Mengerikan.




Hukuman mati ialah hukuman yang diputuskan oleh pihak mahkamah membabitkan pesalah dibunuh sebagai balasan jenayahnya, sama ada secara pancung, tembak, gantung, suntikan maut dan sebagainya.

Hukuman mati mempunyai sejarah yang lama dalam masyarakat manusia, dan pernah berlaku di hampir semua masyarakat. Biasanya, hukuman mati itu dilaksanakan demi menegakkan keadilan di dalam masyarakat. Tetapi dari segi ketenteraan, hukuman mati adalah satu cara untuk mengawal disiplin tentera.

Hukuman pancung telah digunakan sebagai salah satu bentuk hukuman yang telah dilakukan sejak dahulu kala lagi. Pemancungan dengan menggunakan pedang, kapak, bahkan dengan senjata militer terkadang dianggap sebagai salah satu cara terhormat untuk mati bagi seorang bangsawan, yang beranggapan bahawa sebagai prajurit .


 Di negara barat ada anggapan bahawa pemancungan sebagai hak istimewa seseorang yg terhormat. Pemancungan ini membezakan dari hukuman tidak terhormat (keji) dari membakar seseorang hidup-hidup diatas tumpukan kayu.

 Pada abad pertengahan di Inggris, pengkhianat yang dilakukan oleh bangsawan akan dihukum pancung, bagi para pelaku bangsawan lelaki, termasuk kesatria, akan digantung, diseret dan ditarik dengan kuda. Untuk pelaku wanita akan dibakar hidup-hidup di atas longgokkan kayu.











Ngeri ! Teknik Orang Asli Afrika Tangkap Ular Sawa.



Beginilah cara orang asli di Afrika menjerat ular sawa untuk santapan malam., Pemburu ular tradisional memaparkan teknik mereka untuk menangkap dan membunuh reptilia besar. Afrika rock ular sawa (ular sabae) di kalangan beberapa ular terbesar di dunia, mencapai lebih dari 6 m panjang. Walaupun saudara-mara mereka ular sawa Burma dikenali docility , ular sawa Afrika adalah lebih ganas, sebagai pemburu ini mereka hanya menggunakan tangan sebagai  umpan  (hanya bersalut kulit kambing) .

Tetapi walaupun ular dengan gigi tajam dan gegelung otot yang boleh memerah tubuh seorang orang dewasa.
Teknik ini adalah mudah, dan lagi menakutkan. Pemburu hanya menggunakan sekeping kulit binatang yang di lilitkan ke lengan dan menggunakan obor kecil masuk ke dalam sarang ular sebangai umpan untuk menangkap ular,ular akan tetarik pada cahaya api akan menelan bahagian lengan yang di liliti sarung kulit.









Jawapan Isu adegan ranjang Marsha Milan Londoh dan Wan Hanafi Su dalam filem LAGA,Ia pendidikan seks, bukan porno


FILEM Laga belum pun menemui penonton kerana dijangka berada di pawagam pada tahun depan. Bagaimanapun, filem yang mengisahkan permainan sabung ayam itu terlebih dahulu mencuri perhatian apabila sedutan filem itu yang memaparkan babak ranjang mula tersebar di internet.
Walaupun babak ranjang antara aktor tersohor, Wan Hanafi Su dan pelakon jelita, Marsha Milan Londoh diselitkan dalam durasi yang cukup singkat, namun babak atas katil dengan Marsha hanya berkemban itu tetap menimbulkan persoalan.
Mungkinkah pengarah, Ismail Yaacob mempergunakan babak tersebut untuk menarik perhatian penonton ke pawagam, walhal filem itu dibarisi ramai pelakon handalan lain seperti Nasir Bilal Khan, Eman Manan, Ruminah Sidek, Syazwan Zulkifli, Zaidi Omar, Rosyam Nor dan Fadilah Mansor.
Bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut, ikuti temu bual Kosmo! bersama Wan Hanafi Su dan juga Marsha yang bergandingan sebagai suami isteri dalam filem itu.
Kosmo!: Sedutan filem Laga ada memaparkan babak atas katil antara Marsha dan Wan Hanafi Su yang menunjukkan anda berkemban. Adakah Marsha bersedia dengan impak penerimaan orang ramai?
MARSHA: Nama pun berlakon, jadi apabila berada dalam set penggambaran, saya profesional. Saya tidak fikir orang akan mempertikaikan kerana babak tersebut sebenarnya tidaklah seperti orang fikirkan.
Anda banyak berkemban dalam filem itu, tidakkah anda rasa diri anda dieksploitasi untuk melariskan filem?
Saya tidak pernah rasa diri dieksploitasi sebagai pelaris filem kerana sepanjang penggambaran, termasuklah babak itu, saya cukup selesa. Terpulang kepada penonton mahu menilainya tetapi nasihat saya, tonton dahulu filem ini sebelum menghentam hanya kerana satu babak panas itu sahaja.
Adakah pengarah memberitahu anda terlebih dahulu tentang adegan panas itu sebelum penggambaran bermula?
Sebelum penggambaran bermula, pengarah awal-awal sudah beritahu saya terdapat babak atas katil bersama Wan Hanafi Su. Dia menerangkan kepada saya tentang syot dan keperluan babak itu secara terperinci. Sebagai pelakon, saya juga tidak mahu masalah timbul di kemudian hari hanya kerana satu babak itu.
Sebagai pelakon, sejauh mana anda meletakkan had apabila diminta melakonkan aksi ranjang mahupun berpakaian seksi dalam filem?
Paling penting saya harus selesa dengan babak dan pakaian yang diberikan. Jika saya tidak selesa, saya tidak akan melakonkan babak yang diminta pengarah. Bagaimanapun sebagai pelakon, saya harus fleksibel.


WAN HANAFI SU mahu penonton jangan terus menjatuhkan hukuman terhadap lakonan ‘panas’nya bersama Marsha.

Pengalaman anda berlakon dengan Wan Hanafi Su?
Terus terang ini pengalaman pertama dan peluang yang saya tidak akan lepaskan. Dia seorang pelakon yang hebat dan banyak mengajar saya di set penggambaran. Malah disebabkan dia, mudah untuk saya melakonkan babak-babak yang agak berat.
Kosmo!: Adakah Wan Hanafi Su sedar babak atas katil bersama Marsha bakal menimbulkan kontroversi apabila filem itu dikeluarkan?
WAN HANAFI SU: Ingin saya tegaskan, babak itu bersifat mendidik bukannya nampak seperti filem porno. Ini kerana dalam skrip sebelum babak itu, bidan ada katakan, jika ingin dapat anak harus mengangkat kaki isteri tinggi-tinggi, jadi hanya babak itu yang dipaparkan. Tidak ada sebarang babak ghairah seperti yang difikirkan orang ramai.
Bagaimana pula impak kepada anda sebagai pelakon handalan, tidakkah babak itu menjejaskan imej anda?
Saya okey sahaja, memang sepanjang kerjaya lakonan inilah kali pertama dan saya gembira dapat melakonkan babak sedemikian. Rasanya selepas tonton sepenuhnya filem ini, tidak akan ada sebarang impak negatif kerana saya bukannya melakonkan babak rogol.
Adakah keluarga anda tahu tentang babak itu?
Alhamdulillah, keluarga saya amat memahami kerjaya saya sebagai pelakon, mereka menerimanya dengan baik. Saya harap penonton membuat penilaian selepas mereka menonton bukanlah berdasarkan triler sahaja kerana saya sendiri seronok melihat hasil filem ini di bawah arahan Ismail Yaacob.

Sumber kosmo!

Interview Eksklusif Bersama ‘Tentera Malaikat’ Komando Qassam

Barisan pejuang bergelar Komando Qassam kini menjadi pasukan paling digeruni Israel berikutan tidak pernah tewas ketika bertempur biarpun hanya berbekalkan senjata api model lama.
Kehebatan pasukan Komando Qassam yang turut digelar tentera malaikat itu kian tersebar apabila mereka yang dianggotai golongan muda, terpelajar dan ulama mampu menumpaskan ratusan tentera Zionis serta menembak jatuh pesawat pejuang mereka.
Hasrat penulis dan jurugambar menemui pasukan elit itu tercapai apabila wakil Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia (Muslim Care) melalui orang hubungan di sini, berjaya mengatur pertemuan dengan sekumpulan anggota Komando Qassam.
Mereka diketuai seorang komander yang hanya mahu dikenali sebagai Sheikh dan pertemuan diadakan di satu lokasi sulit dalam ladang zaitun pada jam 12 tengah malam.
Untuk ke sana, kami dibawa menaiki kenderaan khas sebelum diarah berjalan sejauh 500 meter ke sebuah pondok dalam ladang itu. Di situ, Sheikh bersama kira-kira 20 anggotanya menyambut kami dengan mesra sebelum dibawa duduk mengelilingi unggun api kecil.

Biografi ringkas mengenai Tuan Guru Hj Ismail Sepanjang



BIOGRAFI TUAN GURU HJ. ISMAIL BIN OMAR ( BABA EIL )
{mari mengenali tuan guru baba eil sepanjang}
__________________________________

Kelahiran, Keluarga dan Pendidikan.
Nama asal beliau ialah Ismail bin Omar atau lebih dikenali sebagai Baba Eil Spanjang iaitu panggilan bagi seorang Tuan Guru. Dilahirkan di Kampung Dusun Spanjang Daerah Penarik, Patani kira-kira 20 km dari Bandar Patani. Merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarga sebanyak 3 beradik..

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kampung Dusun Spanjang. Kemudian menyambung pendidikan di pondok berdekatan rumahnya (200 meter) pada ketika usia 14 tahun. Beliau dihantar belajar agama oleh keluarganya dengan Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Latif. Selain itu, beliau juga berguru dengan Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman dengan mendalami pelbagai ilmu antaranya Tafser, Hadis, Feqah, Nahu dan lain-lain. Manakala tiba musim cuti semester Baba Eil pergi belajar di pondok lain pula bagi mengisi masa lapang.

Ketika umur beliau mencapai 21 tahun, beliau berpindah ke Pondok Haji Abdul Qader Sekam (Baba Der) yang terkenal dengan ilmu tauhid untuk belajar di sana sehinggalah umur beliau 30 tahun. Ketika di sana beliau bukan setakat mengajar kepada pelajar tetapi mula menerima undangan mengajar masyarakat sekitar. Antara tempat yang beliau masih mengajar hingga ke hari ini ialah Masjid Yala (21 tahun) dan Masjid Patani (22 tahun).

Ketika umur beliau 29 tahun, beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Hajah Sabariah Binti Tuan Guru Haji Abdul Aziz (Pengarang Kitab Misbahul Munir). Hasil perkahwinan tersebut, beliau dikurniakan 5 cahayamata ( 2 lelaki dan 3 perempuan ).Selepas itu ketika berumur 31 tahun, beliau telah pergi ke Mekah dan bermuqim di sana selama 7 bulan..

Pada tahun 1993, setelah kembali dari Mekah, barulah Baba Eil membuka pondok di Kampung Kubang Ikan Bandar, Narathiwat yang dikenali dengan nama Maahad Darul Muhajirin. Dalam tempoh tersebut, beliau juga selalu berulang-alik ke Kelantan untuk memenuhi jemputan mengajar.

Akhirnya pada tahun 1998, pondok beliau telah berpindah ke kampung beliau sendiri di Kampung Dusun Spanjang hinggalah ke hari ini. Rutin harian beliau dipenuhi dengan mengajar agama kepada pelajar yang datang dari pelbagai pelusuk dalam dan luar negara seperti Kemboja, Malaysia dan Burma tanpa menerima bayaran.

Sehingga kini, terdapat lebih kurang 200 orang pelajar yang sedang menuntut di pondok beliau. Pengajian berlangsung sepanjang tahun melainkan pada waktu cuti iaitu 15 Sya’ban hingga 15 Syawal ( 2 bulan ), cuti Raya Haji ( seminggu ) dan bulan Rabiulawal ( 1 bulan )..

Selain itu, Baba Eil juga memberi khidmat masyarakat dengan mengajar pada setiap hari Sabtu di Masjid Patani dan setiap Ahad di Masjid Yala.. Kuliah Baba Eil sering disiarkan di radio tempatan. Selain mengajar, Baba Eil memenuhi masa lapang dengan mentelaah dan mengarang kitab.

Antara kitab karangan Baba Eil ialah “Mizan ad-Durari”, “Hikam Jawi”, “Mawaiz al-Iman”, dan karangan dalam bidang tafsir,hadis dan Qawaid. Selain itu,Baba Eil telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa Persatuan Ulama Fathoni.

Antara kata-kata dan pesanan Baba Eil ialah,
__________________________________
kita sebagai{tolibul ilmi} penuntut ilmu, haruslah memperkemaskan ilmu akidah kita..Jauhilah kita dari iqtiqod akidah yang salah yakni iqtiqod yang selain dari iqtiqod ahli sunnah waljamaah..akidah kita ahli sunnah waljamaah,sesungguhnya ALLAH itu tidak menyamai sekalian makluk..

yakni ALLAH yang menciptakan sesuatu,dan akal kita yang waras mengatakan bahawa ALLAH tidak berhajat pada sesuatu,tetapi setiap sesuatu yang berhajat pada ALLAH.

ALLAH itu tidak beranggota{tidak mempunyai tangan,mata dll}
ALLAH tidak mempunyai mata tetapi ALLAH maha melihat,ALLAH tidak mempunyai tangan,tetapi ALLAH maha berkuasa atas setiap sesuatu..

firman ALLAH subhanahuwataala,
dalilnya laisa kamislihi syai,wahuassamaiulbasir
yakni ALLAH itu tidak menyerupai sekalian makhlu{tidak beranggota dan sebagainya}tetapi ALLAH maha melihat dan maha berkuasa atas setiap sesuatu

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT

Membangun Bersama Islam

Blog Archive


"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ikut Melalui Email

Translate