YANG MASIH PANAS...

"nampaknya seluar dalam Saiful boleh menjadi alibi Anwar!"

Saya ditanya oleh Sasterawan Negara, Pak Samad Said di kantin Mahkamah tentang peluang Anwar dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan. Saya jawab agak sukar untuk diramalkan.

Secara berjenaka saya kata kepada Pak Samad mungkin Anwar akan dibebaskan kerana seluar dalam Saiful dan saya jelaskan kepada beliau mengapa saya berpendapat begitu.

Setelah mendengar ulasan saya, Pak Samad secara berjenaka berkata "nampaknya seluar dalam Saiful boleh menjadi alibi Anwar!"

Saya akan jelaskan di sini mengapa seluar dalam Saiful tidak mustahil boleh membebaskan Anwar. Bagaimanapun sebelum itu saya ingin berkongsi dengan pembaca antara intipati hujah para peguam Anwar dalam rayuan ini.

Banyak isu yang dibangkitkan oleh para peguambela Anwar namun saya akan berkongsi hanya beberapa isu yang dibangkitkan.

Kita tahu Anwar dituduh melakukan sodomi ke atas Saiful dan bagi pertuduhan sodomi , sepertimana tuduhan dalam kes rogol, pendakwa perlu buktikan elemen paling penting iaitu tusukan (penetration) ke dalam anus Saiful.

Peguam Anwar berhujah mahkamah rayuan tersilap apabila mengatakan pendakwa telah berjaya membuktikan tusukan dalam keadaan keterangan yang dikemukakan oleh pendakwa penuh dengan aneka keraguan.

Antaranya peguam Anwar berhujah Saiful mengatakan dia diliwat secara kasar dan menyakitkan dalam keadaan dikatakan jelly KY digunakan. Ini suatu yang tidak munasabah.

Peguam juga berhujah bagaimanakah dalam keadaan Saiful menyatakan dia diliwat secara kasar dan menyakitkan, tapi tidak ada sebarang atau sedikitpun kecederaan atau koyakan kepada anus beliau di mana fakta tersebut diakui oleh semua doktor yang melakukan pemeriksaan fizikal ke atas anus beliau.

Semua tahu 4 orang doktor, satu dari Pusrawi dan 3 dari Hospital Kuala Lumpur telah memeriksa Saiful.

Peguam Anwar juga berhujah wujudnya percanggahan keterangan Saiful semasa di Mahkamah dan keterangan beliau kepada Pegawai Penyiasat, Jude Pareira dan doktor di mana di Mahkamah beliau katakan beliau diliwat selama 5 minit manakala dalam keterangannya kepada Jude Pariera dan doktor beliau memberitahu ia diliwat selama 30 minit.

Jika sekalipun diandaikan benar Saiful diliwat secara kasar dan menyakitkan selama 30 minit, mengapakah tiada kecederaan atau koyakan ke atas anus Saiful.

Peguam Anwar juga berhujah yang lebih pelik lagi meskipun Saiful menyatakan dia telah diliwat dengan secara kasar dan menyakitkan dan tanpa kerelaannya namun sehari selepas tarikh kejadian yang dikatakan itu beliau masih boleh berada di rumah Anwar.

Peguam tunjukkan kepada Mahkamah gambar Saiful di rumah Anwar dalam keadaan wajah, menurut peguam, yang tidak menunjukkan beliau adalah mangsa liwat!

Sebagai peguam yang ada pengalaman mengendalikan kes rogol saya rasa mana mana peguam atau orang awam sekalipun pasti akan rasa aneh jika seorang mangsa yang dikatakan diliwat atau dirogol tanpa kerelaannya masih boleh hadir ke rumah peliwat atau perogol tersebut apakah lagi sehari selepas kejadian.

Apapun kita lihatlah nanti bagaimana Mahkamah Persekutuan menilai dan memutuskan hujah peguam Anwar tersebut.

Mengenai hujah tentang seluar dalam Saiful peguam Anwar berhujah begini. Bagi membuktikan Anwar meliwat Saiful pendakwa mengemukakan dua seluar dalam yang dipakai oleh Saiful di mana kedua dua seluar dalam itu ditandakan sebagai eksibit P14 dan P15.

Eksibit P14 merujuk kepada seluar dalam yang dipakai oleh Saiful semasa hari kejadian iaitu hari yang Saiful katakan Anwar meliwat beliau.

P15 pula merujuk kepada seluar dalam yang dipakai oleh Saiful semasa beliau membuat laporan polis iaitu tarikh yang berbeza dengan tarikh kejadian.

Maknanya seluar dalam yang dipakai semasa hari kejadian dan hari Saiful membuat laporan polis adalah dua seluat dalam yang berbeza.

Peguam Anwar berhujah jika benar Anwar meliwat Saiful sudah tentu ada kesan air mani di seluar dalam yang dipakai oleh Saiful di eksibit P14, iaitu dipakai masa hari kejadian.Tapi seluar dalam di P14 , menurut peguam Anwar, telah dibasuh oleh ibu tunang Saiful.

Oleh itu menurut peguam Anwar P14 secara forensiknya tidak berguna (forensically useless) kerana sebarang kesan air mani, jika ada, akan hilang kerana bahan bukti telah dibasuh!

Yang lebih pelik hujah peguam Anwar seluar dalam yang dipakai Saiful semasa beliau membuat laporan polis iaitu P15 tiba tiba mengandungi kesan air mani!

Peguam Anwar berhujah bagaimanakah Anwar boleh disabitkan melakukan liwat ke atas Saiful berdasarkan kesan air mani yang terdapat di seluar dalam yang dipakai di hari yang bukan hari kejadian!!!

Adakah Anwar akan dibebaskan kerana misteri keterangan seluar dalam Saiful kita sama samalah tunggu dan lihat nanti apabila Mahkamah memberikan keputusannya nanti


SUMBER

SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT

Sila gunakan browser firefox untuk melayari blog ini dengan sempurna. terima kasih


Assalamualaikum.. bismillahirahmanirahim.

" Segala bahan didalam blog ini di ambil, di olah dan ditulis dari pelbagai sumber. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Semoga info yang ada dapat memberi manfaat walaupun sedikit cuma, dan semoga dengan usaha sekecil ini pastinya tidak akan terlepas dari pandangan Allah.. insyaAllah.. Jika ada kesilapan dari setiap posting, tolong berikan nasihat dan komen. Maaf andai terlancar bahasa tersasar kata-kata. Saya hanya insan biasa yang tidak sunyi dari kesilapan. wallahualam."

PERHATIAN!!! BLOG INI TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI , NGO DAN SEBAGAINYA. SEGALA TULISAN DI ISI MENGIKUT CITARASA HAMBA SENDIRI DAN HAMBA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESELAMATAN DAN KERUGIAN PEMBACA DISEBABKAN BLOG INI..... SEKIAN

PERHATIAN !!!!!!

Sebarang artikle yang termaktub di dalam blog ini tidak semestinya menunjukkan sikap pengendali blog ini. Ambillah yang berfaedah dan tinggalkanlah yang sia - sia........

MENGAPA AKU BERKATA SYIAH RAFIDAH KAFIR ?

Sesungguhnya Allah telah memilih sahabat-sahabat untuk ku, Dia menjadikan mereka sebagai sahabat-sahabatku, mertua-mertuaku dan menantu-menantuku. Nanti akan muncul satu golongan selepas aku akan memburuk-buruk dan memaki hamun mereka.Sekiranya kamu menemui mereka, janganlah kamu mengahwini mereka, janganlah kamu makan dan minum bersama mereka, janganlah kamu berjemaah bersama mereka dan jangan kamu menyembahyangkan jenazah mereka. [Ali al-Muttaqi, Kanz al-‘Ummal, jil 11, m.s : 540 ]

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).



Al - Hadis

DARIPADA Abu Said katanya:
Aku mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (HR Muslim).

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU

KUTIPAN DANA BAGI PEMBANGUNAN SRIBU
Hadis nabi saw : apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga... yaitu sadhoqah jariah , ilmu yang memberi manfaat dengannya , doa anak yang soleh.

WAKTU SOLAT


Membangun Bersama Islam

Kisah Sahabat

About Me


Banner Tukar Link
SPEEDCOUNTER.NET - Kostenloser Counter!

"tegakkanlah islam dalam dirimu,nescaya kamu akan melihat islam tertegak di tanah airmu" - Imam As-Syahid Hassan Al-Banna (Pengasas&Mursyidul Am Pertama Ikhwanul Muslimin)

berwaspada dari fitnah moden

berwaspada dari fitnah moden

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Nik Aziz

Tok guru Haji saleh

Tok guru Haji saleh

Recent Comments

Footer 2

Photobucket

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate