Pelik ! Jambatan Tertua di Dunia Berusia 1,750,000 Tahun




Pesawat ulang-alik NASA telah berjaya menemui sebuah jambatan purba yang menghubungkan Indiadan Sri Lanka. Jambatan itu dianggarkan telah berumur 1.750.000 tahun dan sekaligus meneguhkancatatan yang terdapat dalam kitab kuno Ramayana.



Untuk saat inijambatan itu diberi nama Jambatan Adam. Jambatan misteri itu terbuat dari sekumpulan beting laut sepanjang 30 km di selat palk antara India dan Sri Lanka. Dari bentuk dankomposisinyapara ahli menyimpulkan bahawa jambatan itu dibuat oleh manusia dan bukan terjadikerana sebab alamLegenda dan juga arkeologi menunjukkan bahawa manusia sudah mendiami SriLanka sejak 1,750,000 tahun yang lalu, sama dengan anggaran umur jambatan itu.

 

Penemuan jambatan ini juga merupakan aspek kritikal bagi peneguhan legenda misteri yang disebutRamayana yang diperkirakan terjadi pada zaman Tredha Yuga, lebih dari 1,700,000 tahun yang lalu. Didalam epik Ramayana, disebutkan bahawa sebuah jambatan dibina antara Rameshwaram (India) danpantai Srilanka dibawah pengawasan Rama yang merupakan penjelmaan ke-18 dari Krisna.
Maklumat ini mungkin tidak begitu penting bagi para arkeologi, namun paling tidak boleh membukagerbang spiritual bagi masyarakat dunia yang ingin mengetahui sejarah yang berkaitan denganmitologi India.sumber

Cara Bermotor Terparah di Dunia





1991704










Seperti yang dilansir dari TheSun, diambil dari sebuah CCTV yang memperlihatkan seorang penunggang motor di China yang melanggar sampai lima kali.
Penunggang motor itu pertama melanggar  mobil. Kedua, sama, melanggar mobil. Ketiga, ia hampir melanggar motor. Keempat, ia melanggar truk. Kelima, ia jatuh ke lubang galian jalanan.
Padahal motor yang ia gunakan jenis motor automatic, dan sepertinya ia baru belajar naik motor dan nekat membawa motornya ke jalan raya.
Dilarang meniru ataupun mencoba hal BODOH ini di rumah ataupun di jalanan.
videonya:

INFO : 10 KEMALANGAN PALING MAHAL DI DUNIA..... (10 Gambar)




Andai anda masih ingat terdapat beberapa kemalangan atau kecelakaan besar yang mengakibatkan kerugian yang banyak suatu ketika dahulu dan menjadi sejarah buat dunia hari ini. Ini antara 10 kemalangan paling mahal di dunia..


1. Chernobyl ($200 Billion)


Pada April 1986 telah berlakunya malapetaka paling buruk di dalam sejarah dunia moden. Letupan Reaktor Nuklear Chernobyl, ianya kemalangan paling berkos tinggi di dunia. 50% kawasan Ukraine di Barat Russia terpaksa dikosongkan. Lebih 1.7 juta manusia mendapat kesan dari malapetaka ini, termasuklah mereka yang mendapat efek seperti kanser disebabkan radiasi. Beberapa tahun kemudian, dianggarkan 125,000 orang. Letupannya dianggarkan 400 kali lebih dahsyat dari bom yang dijatuhkan di Hiroshima pada Perang Dunia Kedua. Kemalangan di Chernobyl ini, menyebabkan prosedur dan standard keselamatan melibatkan Reaktor seluruh dunia dirombak dan diberi kajian semula.



2. Space Shuttle Columbia ($13 Billion)


Masih anda ingat dengan kemalangan Kapal Angkasa Columbia? Ianya musnah ketika memasuki ruang udara bumi selepas melakukan ekspedisi angkasa di ISS pada 1 Februari 2003. Hasil penyiasatan menunjukkan kerosakan kecil di bahagian pelindung haba di sayap kiri Columbia menyebabkan ianya gagal menahan kesan suhu tinggi ketika memasuki ruang udara Texas akibat kelajuan yang terlampau tinggi. Semua 7 anggota crew STS-107 tersebut terbunuh. Kos membina Kapal Columbia yang berjumlah $2 bilion pada 1978 ($6.3 billion jumlah kini). $500 juta dihabiskan utk tujuan penyiasatan serta mencatatkan sejarah sebagai kos penyiasatan paling tinggi didunia.



3. Prestige Oil Spill ($12 Billion)


Pada 13 November 2002, Kapal yang dinamakan “The Prestige” membawa 77,000 tan minyak mentah dan kejadian bermula apabila 1 daripada 12 tangkinya meletup disambar kilat di perairan Galicia, Sepanyol. Akibat risau kapal akan tenggelam menyebabkan kapten meminta pertolongan dari pihak keselamatan Sepanyol untuk membawa kapal tersebut ke Pelabuhan berdekatan, tetapi pihak keselamatan tidak menghiraukan pertolongan dari kapten kapal The Prestige malah mengarahkan kapal itu keluar dari perairan mereka. Kapten kapal telah memohon pertolongan dari pihak keselamatan Perancis dan Portugal perkara sama juga terjadi. Laut semakin bergelora dan kapal Prestige itu tidak dapat diselamatkan ianya tenggelam ditelan laut menyebabkan 20 juta gelen minyak mentah ditumpahkan ke laut. Kos keseluruhan pemulihan sehingga kini masih dihitung dan dipercayai berjumlah $2.5 billion.



4. Challenger Explosion ($5.5 Billion)


Pada 28 Januari 1986, NASA melancarkan Misi Kapal Angkasa Challenger, 73 saat selepas pelancaran ianya meletup di ruang udara. Hasil penyiasatan, ianya berlaku disebabkan faktor teknikal “faulty O-Ring” dimana ianya gagal untuk melindungi satu bahagian penyambungan, menyebabkan tekanan kepada Liquid Gas didalam tangki. Overload pada tekanan gas menyebabkan ianya keluar dan berlaku letupan yang dahsyat. Kos untuk menukarkan Space Shuttle tersebut, penyiasatan, pertukaran kelengkapan telah memakan kos hampir $5 billion.



5. Piper Alpha Oil Rig ($3.4 Billion)


Hari terburuk dalam sejarah minyak dunia. Ketika itu Piper Alpha Oil merupakan pengeluar minyak terbesar didunia dgn menghasilkan 317,000 per tong sehari. Kebakaran Pelantar Minyak paling buruk pernah terjadi di dunia ini terjadi pada 6 Julai 1988 kerja-kerja maintenance teknikal oleh Jurutera melibatkan lebih 100 “tiub valve” yang menyalurkan gas cecair. Kesilapan terjadi apabila salah seorang Technician terlupa untuk menukar 1 daripadanya. Pada pukul 10 malam, operasi itu dimulakan seperti biasa, apabila butang ditekan oleh pekerjanya, satu letupan dahsyat yang merekodkan sejarah dunia terjadi. Dalam masa 2 jam keseluruhan pelantar meletup dan terbakar menyebabkan 167 kehilangan nyawa.



6. Exxon Valdez ($2.5 Billion)


Pada March 1989, Tumpahan lebih 10.8 juta gelen minyak di Teluk Prince William yang hanya boleh diakses hanya dengan bot dan helikopter. Ianya merupakan tumpahan minyak paling dahsyat dalam sejarah dunia moden. Kos pemulihan melibatkan $2.5 Billion yang ditanggung oleh Exxon.



7. B-2 Bomber Crash ($1.4 Billion)


B-2 Stealth Bomber. Ianya merupakan Pesawat Pengebom US Airforce paling mahal yang pernah dibina. The Spirit of Kansas ini pernah diterbangkan selama 5,176 jam. Dua orang krew yang sedang mengendali pesawat berkenaan terselamat sebelum ia terhempas. Kemalangan B-2 bomber berlaku di Guam Airbase pada Februari 2008 sejurus sahaja ianya berlepas. Pasukan penyiasatan membuat kesimpulan, ianya disebabkan oleh “Flight Computer System” dimana data arahan secara tiba-tiba mengarahkan Pesawat membuat “nose-up move” menyebabkan ianya hilang kawalan dan terjatuh. Ianya melibatkan sebuah B-2 Bomber dari 21 buah yg pernah dibina oleh US.



8. MetroLink Crash ($500 Juta)


Ianya berlaku pada 12 september 2008, jam 4.22 petang di daerah Chatsworth, Los Angeles telah dicatatkan sebagai kejadian kemalangan keretapi paling buruk di dalam sejarah California di mana 25 orang terbunuh dan 135 yang lain cedera. Kejadian berlaku apabila keretapi barang Union Pacific bertembung berhadapan dengan keretapi komuter Metrolink. Keretapi Metrolink dipercayai melanggar isyarat merah sebelum memasuki trek di mana keretapi barang berkenaan berada. Ianya berpunca dari kesilapan konduktor yang cuai membalas SMS serta tersalah memasuki laluan semasa pertukaran rail di Stesen California. Tindakan undang-undang dijangkakan melibatkan nilai lebih $500 juta.



9. Tanker Truck vs Bridge ($358 Juta)


Pada 26 Ogos 2004 sebuah kereta berlanggar dengan sebuah lori tangki yang membawa 32 ribu liter minyak di Whiethel Brigde di Jerman. Lori tangki tersebut merempuh pagar dan terjatuh 100 kaki ke bawah Jambatan Authobahn Highway menyebabkan letupan besar yang memusnahkan “load-bearing” jambatan tersebut. Kerja2 sementara untuk membaiki Jambatan ini melibatkan $40 Juta dan kos menukarkan jambatan $310 Juta.



10.Titanic ($150 Juta)


Karamnya Titanic mungkin tragedi yang paling terkenal di dunia, Hollywood pernah menghasilkan filem dari kejadian ini. Pada jam 11:40 malam 14 April 1912, peninjau kapal ini mengesan sebuah aisberg yang besar ketika berlayar di 400 batu ke selatan Grand Banks of Newfoundland. Tragedi Titanic melanggar aisberg semasa membuat trip percutian pertama mengorbankan 1500 hartawan. Kapal ini melibatkan kos $7 Juta untuk dibina dan antara yg paling mewah dan mahal ketika itu.($150 Juta Sekarang)







SUMBER

Info : 7 Tokoh Sejarah Dunia yang Mati Katak !




Sejarah telah membuktikan bahawa aksi-aksi hero  pahlawan selalu berkesudahan dengan kematian yang membanggakan. Dan itulah yang kita tahu sampai sekarang. Tetapi, ternyata sejarah juga pernah mencatat bahawa ada beberapa kisah kesatrian yang jesteru berakhir dengan memalukan, bahkan benar-benar memalukan.
 
Pastinya mereka tidak mahu kematian mereka dikenang untuk kemudian dicatat dalam sejarah.Berikut adalah senarai para kesatrian yang mati dengan cara yang sangat tidak masuk akal dan memalukan.
1. Empedokles



 

Empedokles adalah seorang ahli falsafah Yunani yang paling dikenali kerana teori klasik dari empat elemen. Dikatakan bahawa Empedokles melemparkan dirinya ke gunung berapi aktif Etna di Sicily untuk memperbodohkan para pengikutnya agar percaya bahawa tubuhnya telah menghilang ke langit, dan ia akan terlahir kembali sebagai dewa.Malangnya, salah satu sandalnya tersangkut dan tidak ikut terlempar ke gunung berapi, kemudian dijumpai oleh para pengikutnya. Saat itu para pengikutnya sedar bahawa mereka telah dibohongi oleh orang bodoh.sumber


2. Pyrrhus Epirus


 
Pyrrhus Epirus adalah salah satu penaklukan terbesar dalam sejarah. Puluhan kerajaan telah ia taklukan. Sampai pada saatnya Pyrrhus ditugaskan oleh Cleonymus untuk mengalahkan Sparta dan dijanjikan tahta Sparta.Tapi Pyrrhus lupa akan kehebatan Spartan. Ia dikalahkan pahlawan Spartan, sehingga ia pindah ke Argos. Sialnya, ketika ia memasuki kota melalui jalan-jalan sempit dengan menunggangi gajah, seorang perempuan tua yang tidak senang dengan konflik yang telah ia ciptakan, melemparkan jubin ke arahnya dari balkoni. Pyrrhus tewas dalam seketika.



3. Eleazar Maccabeus

Kematian Eleazar Maccabeus dikisahkan dalam kitab Perjanjian Lama "I Maccabeus". Dalam Pertempuran Beth-Zakharia, Eleazar melihat musuh berduyun- duyun, Raja Antiokhus V menunggang gajah. Kemudian ia berfikir untuk melakukan aksi heronya dengan membunuh gajah dan raja Antiokhus.Eleazar melompat di bawah gajah dan menikam perut gajah dengan tombak. Apa yang selanjutnya terjadi? Gajah yang mati jatuh tepat di atas Eleazar dan membunuhnya dengan seketika.

4. Humphrey de Bohun


Humphrey de Bohun adalah anggota kerluarga Anglo-Norman di Inggeris. Ia mendapat perintah dari Raja Edward II untuk memimpin pasukan dalam Pertempuran Boroughbridge melawan Harclay, Humphrey de Bohun tewas dengan cara yang benar-benar tidak masuk akal.Humphrey de Bohun memimpin pertarungan di sebuah jambatan kayu. Lalu salah seorang dari Harclay s pikemen bersembunyi di bawah jambatan, ia mendorong tombak ke atas jambatan diantara jepitan papan kayu. Secara tidak sengaja, tombak tersebut tepat mengenai anu
Humphrey. Humphrey de Bohun tewas dan para prajuritnya panik melarikan diri.

5. King Edward II


King Edward II memimpin Inggeris selama 20 tahun (1307-1327). Ia lebih senang mempunyai hubungan khusus dengan lelaki daripada dengan wanita.Setelah ia turun tahta dan dipenjarakan, isterinya Isabella (yang marah kerana hubungan dekat raja dengan seorang pemuda di Royal Court) mencadangkan cara pelaksanaan yang sedikit aneh.Pada malam 11 Oktober ketika sedang tertidur di penjara tiba-tiba raja ditangkap dan diseret. Sialnya, ketika memberontak leher si raja tersangkut tempat tidur dan tercekik. Pengawal yang menyerat Raja terjatuh dan lebih sialnya lagi obor yang dibawa pengawal jatuh tepat di bahagian anu
raja. Raja mati dengan seketika tanpa hukuman.

6. Maharaja Mughal Humayun


Maharaja Mughal Humayun adalah penguasa agung yang memerintah Afghanistan, Pakistan, dan bahagian utara India dari 1530-1540 dan 1555-1556. Dia adalah seorang pecinta seni dan astronomi. Namun, ia juga sangat religius dan inilah yang menyebabkan ia jatuh (benar-benar terjatuh).Ketika ia membawa buku dari perpustakaan, Humayun mendengar panggilan doa. Kebiasaannya adalah menumpu-kan satu lutut ketika mendengar panggilan doa kapan pun dan di mana pun ia berada. dan ketika ia menekuk lutut, kakinya tersandung dalam lipatan jubah panjang.Dia kebetulan sedang berdiri di atas sebuah tangga kecil. Humayun jatuh dari tangga dan kepalanya terbentur hingga tewas seketika.


7. Julien Offray de La Mettrie


Julien Offray de La Mettrie adalah seorang doktor Perancis, ahli falsafah dan orang genius. Dia percaya bahawa kesenangan sensual (seperti makan dan seks) adalah satu-satunya alasan untuk hidup, sehingga dia memutuskan untuk menjalani hidupnya dengan prinsip itu.Julien adalah seorang ateis dan percaya bahawa kehidupan di bumi ini hanya sebuah lelucon dan akan berakhir dengan kepuasan diri. Ironinya, ia meninggal setelah makan terlalu banyak di sebuah pesta yang diadakan oleh pesakit yang ia sembuhkan

MENARIK!! UPACARA MERAIKAN KEMATIAN YANG ANEH DARI SERATA DUNIA.





Yang hidup pasti akan mati , 
Dalam kebanyakan budaya di dunia, kematian adalah sesuatu yang suci sehingga diperlukan sebuah upacara khusus untuk menghormati atau mengenang mereka yang mati. Namun, percayakah anda bahawa ada beberapa budaya membuang mayat, berdansa dengan mayat hingga yang paling mengerikan adalah ritual memakan mayat, jom kita baca:

10. Pengkebumian Dengan Penari Bogel



Di wilayah Donghai China, pengkebumian sebenarnya adakah simbol status. Reputasi orang mati dan kehormatan dianggap sangat perlu diberi perhatian. Jadi, keluarga menyewa penari bogel untuk menarik orang ramai datang menyaksikan pengkebumian. Kerajaan China telah membanteras upacara ini setelah mendapat liputan meluas media.( gambarnya di buang kerana ada unsur2 lucah )

9. Berjoget Dengan Orang Mati

Percaya atau tidak, orang Malagasi di Madagaskar mengeluarkan mayat dari kubur dan melakukan perayaan bersama mereka. Ritual yang disebut Famadihana ini meyakini semangat si mati akan bergabung dengan nenek moyang mereka setelah tubuhnya membusuk. Perayaan yang diiringi dengan tarian-tarian bersama mayat ini diadakan sekali setiap tujuh tahun dan merupakan waktu keluarga berkumpul untuk bersukaria.

8. Pengkebumian Langit



. Iklim panas Tibet dan tanah berbatu-batu membuatkan pengkebumian di sana menjadi sukar. Jadi, warga Buddha di Tibet mengamalkan 'pengkebumian langit' di mana tubuh akan dicincang, dicampur dengan tepung dan diatur sedemikian rupa agar dimakan oleh burung-burung pemakan bangkai. Mereka percaya bahwa tubuh hanyalah sebuah kapal untuk jiwa dan harus kembali ke alam.

7. Pengkebumian Tana Toraja

Pengkebumian di wilayah Tana Toraja Indonesia adalah sebuah ritual agung bagi masyarakat di sana. Upacara pengkebumian diiringi muzik, tari-tarian dan pesta untuk sejumlah tamu. Pada masyarakat setempat, kematian di sini adalah sebuah kesempatan mewah dengan harga yang mahal. Jadi, keluarga si mati diberikan penangguhan, mereka tidak perlu menguburkan tubuh mayat dengan segera. Mereka hanya dapat membungkusnya dan menyimpannya di dalam rumah mereka, sementara mereka menabung untuk membiayai kos pengkebumian. Tabungan mungkin mengambil masa waktu berminggu-minggu, bulan atau bahkan bertahun-tahun. Sementara waktu itu, mayat diperlakukan seperti orang sakit .

Sebuah pengkebumian yang sebenarnya terjadi ketika keluarga melakukan upacara kematian dan keranda ditempatkan di kuburan berupa gua atau tergantung di tebing.

6. Kematian orang kaya-kaya


Orang-orang sekarang dapat 'memakai' orang yang mereka cintai di jari-jari mereka.
Sebuah perusahaan Amerika yaitu LifeGem menawarkan kesempatan bagi mereka yang mati dan dicintai menjadi sebuah berlian sintetik. Proses ini dimulai dengan menyedut karbon dari tubuh pada saat dibakar dari simati. Karbon dari tubuh mayat ini kemudian diubah menjadi grafit seterusnya menjalani sebuah proses dengan suhu dan tekanan sangat tinggi untuk mendapatkan kristal berkilau seperti berlian. Harganya sekitar $ 3500 dan boleh menecah $ 20,000 bergantung pada ukuran karat.

5. Keranda Fantasi

Jika Elvis meninggal di Teshi (Ghana), maka dia akan dikuburkan dalam sebuah keranda berbentuk gitar. Warga pinggiran Accran ini mempunyai kebiasaan menguburkan mereka yang mati dalam keranda fantasi. Keranda ini mengambarkan pekerjaan dan minat si mati ketika masih hidup. Replika raksasa botol coke, buah-buahan atau 'gadget' lain akan ditampilkan di ruang pamer keranda.

4. Endocannibalisme

Mungkin ini ritual kematian terburuk yang pernah wujud. Endocannibalisme adalah amalan di mana orang memakan tubuh mayat. Idea di balik kebiasaan mengerikan ini adalah kepercayaan bahawa dengan memakan tubuh si mati maka sekaligus akan 'menghisap' sifat-sifat si mati untuk asimilasi roh.http://zamrispoon.blogspot.com



Beberapa suku di Amerika Selatan dan Australia dikatakan telah mempraktikkan ritual menyeramkan ini. Tapi banyak tokoh-tokoh akademi merasakan endocannibalisme adalah tuduhan palsu dilemparkan oleh kolonial pada masa awal untuk mendapatkan alasan dominasi politik. Menurut ahli antropologi Napoleon Changon, komuniti Yanomamo di Amerika Selatan masih makan abu dan sisa tulang orang yang mati setelah di bakari.

3. Mumifikasi Diri Sendiri

Hal ini membuat ritual menjelang kematian kedengaran lawak (atau bodoh?). Beberapa sami Budha yang dipanggilt Sokushinbutsu di Jepun tidak hanya melakukan bunuh diri, mereka juga melakukannya dengan cara yang dipercayai menyebabkan mereka menjadi mumia. Proses ini dimulakan dengan diet kacang dan buah-buahan dikombinasikan dengan amalan fizikal yang ketat. Penghapusan lemak tubuh tercapai dengan langkah pertama. Langkah kedua melibatkan kehilangan cairan tubuh dan meracuni tubuh mereka untuk mencegah serangan ulat dan cacing. Ini dicapai dengan menminum kulit, akar dan teh beracun selama seribu hari.
Pada tahap terakhir, sami itu akan memasuki sebuah makam batu, duduk dalam posisi bersila dan menunggu kematian. Dia akan membunyikan loceng setiap hari untuk membiarkan sesama sami diluar tahu bahawa dia masih hidup. Dan kemudian ketika loceng tidak lagi berbunyi, para sami yang lain akan mengunci makam, menunggu 1000 hari lagi sebelum membukanya untuk mengesahkan sami tadi samada sudah jadi mumia atau belum.

2. Puasa Untuk Kematian

Vimla Devi, seorang wanita India melawan kanser, meninggal pada 2006. Penyebab kematian itu bukan kanser tapi puasa selama 13 hari yang disebut santhara.



Ini kematian sukarela dengan puasa yang dipraktikkan oleh Jain, sebuah masyarakat yang percaya kepada anti kekerasan terhadap semua makhluk. Santhara biasanya dimulakan setelah orang memutuskan bahawa tujuan hidupnya sudah tercapai dan bersedia untuk pemurnian spiritual. Ianya sering dianggap sebagai bentuk bunuh diri atau euthanasia. .

1. Exposure

Zoroastrianisme percaya bahwaa setelah kematian, tubuh hanya akan menambah pencemaran kepada alam sekitar. Pembakaran mayat atau pengkebumian tidak dilakukan karena mereka beranggapan perbuatan itu akan mencemari unsur-unsur suci seperti api dan bumi. Jadi, mereka melakukan sebuah ritual yang disebut eksposure orang mati. Tubuh si mati disimpan di menara yang disebut Tower of Silence dan dibiarkan dimakan oleh burung nasar.r


Amalan ini sekarang masih dilakukan di sebahagian benua India. Kekurangan populasi burung hereng pemakan bangkai di India telah menyebabkan proses ini menjadi mengerikan. Beberapa Foto terakhir, menunjukkan tompokan mayat semakin membusuk di atas Tower di Mumbai (India), dan membangkitkan kontroversi dalam masyarakat.

9 REKAAN menarik zaman dulu-dulu (9 gambar)


Apa yang kita ada sekarang adalah hasil daripada kreativiti orang dulu-dulu. Lihat aje kat bawah ni betapa kreatifnya mereka mencipta alatan-alatan seperti kat bawah ni.

1) Glasses For Reading In Bed (England, 1936)

Glasses-For-Reading-In-Bed

2) Electrically Heated Jacket (USA, 1932)

Electrically-Heated-Jacket

3) Car With Shovel For Pedestrians (Paris, 1924)

Car-With-Shovel-For-Pedestrians

4) Early GPS (1932)

Early-GPS

5) Folding Emergency Bridge (Netherlands, 1926)

Folding-Emergency-Bridge

6) Faxed Newspaper (1938)

Faxed-Newspaper

7) Face Protection From Snowstorms (Canada, 1939)

Face-Protection-From-Snowstorms

8) Gas War Resistant Pram (England, Hextable, 1938)

Gas-War-Resistant-Pram

9) Revolver Camera (New York, 1938)

Revolver-Camera

Tanah Perkuburan Islam Terbesar Di Dunia....



Wadi us-Salaam, yang bermaksud Lembah Damai, adalah tanah perkuburan Islam yang terletak di kota suci Najaf, Iraq. Tanah perkuburan meliputi kawasan seluas 1.485,5 ekar dan mengandungi berjuta-juta jasad, menjadikannya salah satu daripada pesaing kuat untuk gelaran tanah perkuburan terbesar di dunia. Najaf sendiri adalah salah satu daripada bandar-bandar Iraq terbesar, dengan jumlah penduduk hampir 600,000. Tetapi bandar bersebelahan yang mati mempunyai  berjuta-juta jasad, yang menjangkau sehingga 10km di sepanjang lembah. Wadi Al-Salam perkuburan juga satu-satunya tanah perkuburan di dunia di mana proses pengebumian masih berterusan hingga ke hari sejak lebih 1,400 tahun.

Tanah perkuburan memegang kepentingan dalam kepercayaan orang islam , tidak kira di mana badan-badan mereka telah dikebumikan. Ramai nabi, raja-raja, dan sultan berada di tanah perkuburan ini termasuk Nabi Hud, Nabi Saleh, dan Ayatullah Sayyid Muhammad Baqir al-Sadr, serta mayat putera faithfuls, Ali Ibn Abi Talib.sumber


Mengapakah Semut Berhenti Apabila Bertemu Semut Yang Lain?


Apabila seekor semut bertembung di antara satu sama lain, mereka akan saling berhenti dan merapatkan kepala. Namun tahukah kita apakah sebenarnya yang serangga ini lakukan?
Jika kita perasan, semut merupakan serangga yang sering bergerak dalam satu barisan yang panjang. Ada kalanya, jika seekor semut itu bergerak secara solo, dan bertembung pula dengan semut yang lain, kita akan dapat melihat mereka akan berhenti untuk beberapa ketika. Namun mengapa ini terjadi? Adakah mereka sedang menyapa di antara satu sama lain.
.C. Schneirla, seorang penyelidik di New York University, pernah mengadakan percubaan dengan semut dimana ia mengambil seekor semut lalu diletakkan dalam tempat yang berisi makanan.
Dan kemudian semut lain diletakkan dalam tempat yang berisi semut-semut musuh. Kemudian kelakuan kedua-dua semut ini diamati terutama ketika bertemu dengan semut lain dalam perjalanannya.
Dari penyelidikan itu, Schneirla menyimpulkan bahawa zat kimia yang dikeluarkan dari makanan ataupun dari musuh semut akan melekat pada semut itu. Ketika bertemu dengan semut lain, semut ini akan saling menyapa (bersentuhan).
Maka, dengan saling menyapa inilah zat kimia dari semut tersebut akan memberi tau rakannya (melalui antena di kepala semut)apakah di lingkungan sekitarnya ada makanan atau ada musuh

Bila Pak Arab Dapat Kereta..



Fuhhh..Gila betul kreativiti pak-pak Arab ni..Kalau kreatif sikit-sikit tu aku tak kisah sangat, ini dah tahap melampau dah ke-kreatif-an diorang ni..Bukan calang-calang kereta yang diorang modified, BMW tu! Kalau aku la, kereta BMW tu aku biar je macam rupa asal lepas tu balut dengan kain, simpan kat rumah..Sayang wooo~~..


Tapi entah la, nak kata menarik cara diorang modified kereta, tak jugak..Dah macam kereta potong pun ada dah sikit-sikit..Mungkin lain orang, lain citarasa kot..So, apa pendapat korang pasal kereta ni? Menarik atau sebalik nya? Korang fikir la sendiri..hehehehe


















p/s: mesti pak Arab yang tuan punya kereta ni tengah boring..Itu yang buat macam-macam kat kereta dia tu..Kalau korang, rasa-rasa nak beli tak kereta yang dah "terkopak" macam tin sardin ni? Hehehehe