Tradisi Pelik Berjoget Bersama Mayat di Madakaskar (video)






 
Madagaascar adalah sebuah negara kepulauan di Lautan Hindi, di luar pantai tenggara Afrika. Negara ini terdiri daripada pulau Madagascar (pulau keempat terbesar di dunia), serta beberapa pulau-pulau kecil periferal. Berikutan perpecahan prasejarah daripada Gondwana supercontinent, Madagascar berpecah dari India sekitar 88 juta tahun yang lalu.

Menari bersama mayat  merupakan adat yang memang cukup menghibur bagi beberapa puak di dunia . Di beberapa tempat menari menjadi tradisi. Tetapi  berbeza yang  boleh anda dapati di Madagaascar. Famadihana adalah ritual unik yang boleh anda saksikan di Hauts Plateaux, Madagascar.


 Ritual ini rutin dilakukan 7 tahun sekali orang-orang Suku Malagasi yang tinggal di sana. Namun perbezaan ritual ini dengan yang lain adalah, kita akan menari bersama mayat. Pertama sekali mereka akan menggali, membungkus tulang dengan kain dan tikar, kemudian diikat dengan tali.

 

 Saat itu ahli keluarga akan berteriak gembira menyambut bungkusan tulang yang hampir reput yang di mamah bermacam mahluk di dalam tanah. Menurut kepercayaan suku Malagasi, Famadihana adalah hari perwujudan rasa cinta terhadap keluarga yang telah meninggal. Saat itu, seluruh ahli keluarga akan datang, tak peduli dimana sekarang mereka tinggal.

 Bukan hanya itu, ritual ini dianggap sangat penting sehingga bagi keluarga yang tinggal jauh akan pulang untuk meraikan. Menurut mereka roh orang meninggal masih boleh berkomunikasi, sehingga dengan menari bersama mayatnya mereka percaya jika orang yang meninggal juga ikut bergembira.

 

 Upacara Famadihana bermula dengan menyanyikan lagu kebangsaan. Ketua keluarga dan pegawai bandar @ dato bandar yang diundang mulai untuk upacara jamuan dan pidato dan menyanyi lagu kebangsaan . Seringkali sebuah band turut terlibat dalam acara ini. Beberapa alat muzik juga ada seperti harmonika, biola, gitar, dan terompet. Keramaian perayaan ini mirip seperti kenduri .

 Orang-orang sibuk berjalan dan berdiri untuk merasai makanan dan minuman. Tapi, khusus untuk sanak saudara, mereka akan mendekati bungkusan tulang, kemudian bernyanyi, tertawa dan perlahan membuka bungkusan.

 Dengan tenang mereka menyiram  air anggur ke atas tumpukan tulang dan menutupnya kembali. Setelah bungkusan tertutup, tulang tersebut kembali dikuburkan ke dalam tanah, dan dibawa dengan diiringi tarian. 








                jom saksikan video Tradisi Pelik Menari Bersama Mayat di Madakaskar

Pelik ! Sami di Jepun Bertapa Sampai Mati Ingin Jadi Dewa...


Mumia sinonim dengan Mesir, tetapi ternyata anda juga boleh melihatnya di Jepun. Kalau biasanya mumia dipelihara dengan diawetkan, tidak dengan yang ada di sana. Melihat dan mendengar ceritanya dijamin membuat anda meremang bulu roma.Mumia milik Negeri Matahari Terbit ini biasa disebut dengan nama Sokushinbutsu. Jika diertikan, Sokushinbutsu bererti 'living Buddha'.

 
Yang menarik, mumia ini tidak dipelihara dengan pengawet. Mereka punya cara sendiri yang berbeza dan boleh membuat meremang bulu roma.Sebelum menjadi mumia, orang-orang ini adalah seorang sami. Sepanjang hidupnya, mereka selalu melakukan pertapaan. Para sami ini dilatih hanya bergantung pada air, kekacang dan meditasi sepanjang hari. Automatik, gaya hidup seperti ini membuat dirinya kehilangan berat badan.


 


Setelah dirasa telah siap untuk bertapa menuju Sokushinbutsu, mereka dikebumikan di dalam kotak kayu untuk meditasi. Pertapaan ini pun berakhir pada kematian.



 
Dikutip dari laman web rasmi pelancongan Jepun, setelah 1,000 hari sejak dikubur, keranda para sami ini akan digali oleh muridnya. Jika penampilan mereka tetap sama dan tidak ada perubahan, maka sami ini akan diberi status Sokushinbutsu.


 
Kedengaran amat mengerikan. Tapi ada alasan lain mengapa para sami ini rela berbuat demikian.Salah satunya adalah untuk mengatasi kebuluran.Saat itu di Jepun sedang terkena wabak kebuluran. Untuk membantu orang dari kemiskinan dan kelaparan, mereka pun berkorban dengan melakukan hal demikian.


 
Amalan Sokushinbutsu yang telah ada sejak abad 11 hingga 19 ini telah dilarang oleh undang-undang.Alasannya kerana kegiatan ini sama saja dengan amalan bunuh diri.Sampai saat ini, mumia tersebut masih dianggap oleh beberapa penduduk tempatan sebagai dewaatau tuhan.

 

Jika  ingin melihatnya, pelancong boleh datang ke Wilayah Yamagata di utara Jepun. Ada kira-kira 6 mumia yang tersimpan di kuil tersebut.


 
 
Salah satu yang paling terkenal adalah Ryusui-ji di Kuil Dainichibou di Bandar Tsuruoka. Ini adalah mumia sami Daijuku Bosatsu Shinnyokai-Shonin (1687-1783). Selepas 70 tahun hidup sebagai pertapa, ia menjadi Sokushinbutsu pada usia 96.


 
Mumia lain juga boleh dilihat di Kuil Nangaku-ji juga di Tsuruoka. Yang ketiga di Kuil Zoukou-in di Bandar Shirataka, dan yang keempat di Kuil Kaikou-ji di Bandar Sakata.

Gempar, Lagi Kes Bunuh Diri Di Bulan Ramadhan


DIRISi mati telah gantung diri dengan menggunakan tali ampaian dimana tali tersebut di ikat pada besi tingkap nako  dan terus ke kipas siling di ruang tamu rumah. Si mati menggunakan kerusi kayu utk memanjat dan mengantungkn diri. Terdapat air kencing si mati di lantai dan lidah si mati sedikit terjelir keluar. Semasa kejadian si mati tidak berbaju dan hanya berkain pelekat hijau.
Hasil temubual bersama isteri si mati Nama Nik Hasnah bt Mohamed semasa kejadian dia bersama dgn anak perempuannya berusia 4 tahun berada di dlm bilik tidur dan semasa itu ada terdengar bunyi kerusi jatuh namun tidak diendahkan..pada jam lebih kurag 2230 semasa keluar dari bilik telah ternampak suaminya iaitu si mati telah mengantungkan diri di ruang tamu rumah dan tidak bernyawa. Sebelum kejadian isteri si mati ada memaklumkan yang telah berlaku pertengkaran kecil diantara mereka berdua dan semasa itu juga si mati ada mengugut si isteri yg dia hendak mengantungkan diri. Semasa kejadian juga grill pintu hadapan telah dikunci dari luar oleh si mati dan kunci rumah tersebut disimpan oleh simati di celah lipatan kain pelekat yg di pakai.
Hasil siasatan dapati tiada unsur- unsur jenayah yg berlaku dan ini adalah berpunca dari permasalah keluarga.
Kes telah dimaklumkan kepada Tuan KBSJD Jeli dimana beliau mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.
Kes disiasat sebagai SDR dan Io kes SM 84667 Hasnulhai B. Hassan ( OCS Ayer Lanas).
Mayat telah dihantar ke Hospital Jeli untuk tindakan. -TT

‘Jangan Beritahu Suami Saya’ Rayu Wanita Dicekup Khalwat


cekup-GEORGETOWN : “Saya rela dilokap ustaz. Saya tidak mahu suami saya tahu. Kalau tidak pasti dia marah dengan saya,” rayu seorang wanita yang ditahan kerana berkhalwat kepada Ketua Operasi dan Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp), Khairul Azman Azizan.
Wanita yang sudah 29 tahun berkahwin dan mempunyai tiga anak itu memberi alasan sedemikian ketika Khairul Azman memberitahu perlu menghubungi suaminya untuk ikat jamin.
Dia dan kekasihnya ditahan penguat kuasa Jaipp dalam serbuan di sebuah rumah tumpangan, kelmarin.
Mereka tergamak menipu suami dan isteri masing-masing dan membayar sewa rumah tumpangan yang hanya bernilai RM40 semalam.
Ketika ditahan lelaki itu tidak memakai baju manakala wanita berkenaan hanya memakai kemeja-T dan kain batik.
Lelaki berusia 45 tahun dan sudah dua kali berkahwin itu mengakui mengenali suami wanita berkenaan yang sama-sama bekerja sebagai pengutip barangan lusuh.
Menurutnya, ia adalah kali pertama dia mula mengajak kekasihnya yang berusia 44 tahun itu ke rumah tumpangan.
“Saya kenal suami dia dahulu sebelum kenal dengan dia sejak setahun lalu, tapi ini kali pertama saya ajak dia tidur di rumah tumpangan,” katanya.
Lebih menyedihkan apabila lelaki yang pernah bercerai dan kemudiannya berkahwin lain itu mempunyai isteri muda berusia 25 tahun yang kini sedang hamil lapan bulan.
Sementara itu, wanita yang mempunyai tiga anak berusia antara 27 hingga 16 tahun itu mengakui tidak mempunyai masalah rumah tangga malah suaminya juga bukan seorang yang panas baran.
“Ini kali pertama dan saya akui saya silap, saya memang silap,” katanya sambil mengesat air mata.
Khairul Azman kemudian bertanya bagaimana suami wanitu itu mengizinkannya keluar pada waktu tengah malam.
Wanita itu menjawab dia menggunakan alasan keluar bekerja.
“Jadi suami puan ada di rumah menjaga anak-anak. Kalaulah dia tahu puan di luar dengan kawan dia sendiri, bagaimana perasaannya? Cuba puan bayangkan jika suami puan sekarang berada di luar dengan perempuan lain. Bagaimana rasanya.
“Kerana itulah kita sentiasa harus ingat dengan ungkapan Astaghfirullah, Subhanallah, Allahuakbar,” kata Khairul Azman menasihati wanita itu ketika berada di Pejabat Jaipp.
Kedua-duanya ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 atas kesalahan berkhalwat yang boleh dikenakan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Dalam operasi bermula jam 10 malam hingga 7 pagi itu, seramai tiga lagi ditahan mengikut Seksyen 27 sementara dua pasangan ditahan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam. Jika sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau penjara enam bulan.
Hadir sama dalam operasi berkenaan ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa Jaipp, Jaafar Ismail dan 14 penguat kuasa. -W

(GAMBAR) Keindahan Bumi Palestin Yang Jarang Dapat Dilihat

Jika disebut tentang Palestin, pasti ramai di antara kita yang akan terbayang imej-imej peperangan, penindasan, penderitaan, runtuhan bangunan, pembunuhan dan sebagainya lagi yang menggambarkan sisi buruk dan kucar-kacir bumi anbiya’ ini. Sekarang, sila buang jauh-jauh gambaran tak elok tersebut…apakata kita hayati gambar-gambar bumi Palestin ini dari sisi lain (keindahannya) yang mungkin anda tak pernah lihat sebelum ini.

Lelaki Ini Kerja Kutip Mayat Sebagai Mata Pencarian

Percaya atau tidak mencari mayat telah menjadi rutin harian seorang lelaki bernama Wei Xinpeng. Dia telah bertahun-tahun melakukan pekerjaan tersebut dengan tekun meskipun kedengaran sangat aneh.
Wei Xinpeng, lelaki separuh umur yang biasa memburu mayat di Sungai Kuning. Wei, seperti diungkapkan oleh portal berita BBC, kerap memulakan aktivitinya dengan melepak sambil merokok di tepi sungai kuning. Matanya tetap tajam mengamati aliran Sungai Kuning yang keruh. Dia yakin, sungai itu pasti selalu menyimpan mayat manusia, entah korban kecelakaan, dibunuh, atau pun bunuh diri.
Lelaki berusia 55 tahun itu seperti telah hafal betul aliran sungai Kuning, dan dia faham dengan melihat ke mana arus membawa mayat-mayat yang tenggelam di sungai itu. Biasanya, Wei mendayung perahunya ke satu jambatan kecil di hilir. Di sana, biasanya mayat tersangkut di celah besi jambatan. Dalam tujuh tahun terakhir, mencari mayat kini adalah kegiatan rutin Wei. Dia menjual penemuannya (mayat) itu ke ahli keluarga mangsa. “Saya memberi penghargaan kepada si mayat,” ujarnya seperti dilansir BBC.
Wei mengaku telah mengumpulkan lebih 500 mayat dari dasar sungai. “Orang-orang ini mati dengan cara menyedihkan,” ujar Wei. Dia mengumpulkan mayat penemuannya itu di satu teluk kecil yang tidak dibawa arus. Mayat-mayat beragam bentuk itu dikumpulkan di sana. BBC melaporkan, di teluk kecil itu ada empat mayat yang tubuhnya telah kaku, dengan kepala tertelungkup ke bawah. Setiap kali berhasil menangguk mayat, Dia menyebut ciri fisikal mayat itu, sehingga ahli keluarga yang bersangkutan dapat segera mengenalinya. Biasanya, ahli keluarga si mayat akan menelefon Wei, dan meminta dihantarkan ke tempat dia menyimpannya.
Wei membawa ahli keluarga si mayat ke teluk kecil itu. Dia membalikkan tubuh si mayat agar wajahnya dapat terlihat. Jika ahli keluarga si mati ingin membawanya pulang, maka mereka harus membayar wang (sebangai penat lelahnya) lebih dari US$500, Wei mengatakan, selama ini dia telah menjual sekitar 40 mayat. Tapi kadang2, keluarga si mayat enggan membayar, dan pulang tanpa membawa jenazah yang ditemui Wei. “setelah Mereka melihat sebentar, lalu pergi tanpa berkata apa-apa. Mereka tak membawanya pulang,” ujar Wei.
Jika sudah begini, Wei terpaksa harus menguburkan mayatnya secara pantas. Soalnya, pemerintah akan membiarkan mayat yang ditemuai membusuk tanpa melakukan apapun. Wei mengatakan apa yang dia lakukan bukan semata-mata kerana wang, tapi kerana alasan lebih pribadi. Dia pun berkisah. Pekerjaan ini, kata Wei, bermula dari usahanya untuk mencari anaknya sendiri, yang tenggelam di Sungai Kuning. “Anak saya tenggelam di sungai ini dan saya tidak dapat menemui mayatnya. Sangat menyakitkan. Itu sebabnya saya melakukan pekerjaan ini,” ujar Wei. Putra Wei sampai sekarang belum ditemui.

Rompakan Yang Paling Mengelirukan Polis

Seorang perompak bank kulit putih dikatakan telah menipu polis AS dengan memakai topeng kesan khas seperti dalam lakonan filem Hollywood dan sarung tangan, beliau menyamar sebagai seorang lalaki kulit hitam.
Menurut laporan polis, Conrad Zdzierak, 30, dikatakan telah menggunakan topeng silikon yang dibeli dengan harga £450 dalam rentetan enam rompakan berani bank di Ohio.
Lima daripada rompakan berlaku pada hari yang sama, 9 April 2010.
Polis di Springdale, Ohio mengeluarkan rakaman CCTV dari bank-bank, merayu bantuan orang ramai untuk mencari apa yang mereka percaya adalah seorang lelaki Afrika-Amerika.
Tetapi selepas tertangkapnya perompak tersebut, pegawai polis mendapati Zdzierak yang tinggal di sebuah hotel berdekatan.
Leftenan Michael Mathis daripada Jabatan Polis Springdale mengakui polis telah terpedaya dengan penyamarannya dan berkata beliau tidak pernah melihat kejadian seperti itu.


Siapakah dia si anak kecil ini...?












Anak kecil ini adalah anak kepada seorang wanita Mesir. Ibunya adalah wanita dari keturunan Yahudi Morocco. Manakala bapa saudaranya adalah seorang anggota Pertubuhan Yahudi yang terlibat dalam projek menjajah negara Palestin pada tahun 1948.

Anak kecil ini amat meminati Presiden Jamal Abdul Nasir, yang merupakan Presiden Mesir yang pertama setelah Jamal Abdul Nasir berjaya menggulingkan Raja Farouk Mesir.

Kini anak kecil ini telah mencipta satu sejarah yang baru buat negaranya.

Siapakah nama anak kecil ini ?

Apakah posisi yang beliau pegang sekarang?

Bagaimanakah dia dilatih dan disusun sehingga sampai ke tahap ini ?

Ianya Adalah Jeneral Abdel Fattah Al-sisi (Pengkhianat Demokrasi Mesir

DEWAN RAKYAT BRITISH GESA BRITAIN PUTUSKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK DENGAN MESIR




Dewan Rakyat British menggesa kerajaannya, di bawah pimpinan perdana menteri David Cameron supaya mengisytiharkan bahawa apa yang berlaku di Mesir merupakan rampasan kuasa oleh tentera.

Mereka juga menggesa kerajaan British agar memutuskanhubungan diplomatik dengan kerajaan yang melakukan rampasan kuasa dan menolak untuk berurusan dengannya.

United Kingdom hanya akan berurusan dengan kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

Sumber: fj-p.com

BERITA GEMPAK : TIM PENGERUSI SPR PULAK KANTOI, DITAHAN DIPUSAT MENGUNDI, PENGUNDI HANTU INDON DITANGKAP...?


Pengundi hantu indon di tangkap di kuala besut...ada lagi mainan kotor...kemong lah umno/spr...bulan pose pong nok nipu jugok....SUMBER


Penyokong PAS tahan kereta bawa timb pengerusi SPR


Lebih 100 penyokong parti PAS bertindak menahan kereta yang dinaiki Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang membuat tinjauan di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu di Kuala Besut hari ini.

Mereka yang berkumpul di hadapan pintu pagar sekolah itu dengan membawa poster dan bendera parti, difahamkan bertindak demikian kerana menganggap ada pihak luar cuba mencampuri urusan pengundian memandangkan kereta yang dinaiki Wan Ahmad dan anggota SPR tidak mempunyai logo suruhanjaya. 

Ketika diminta mengulas kejadian itu, Wan Ahmad berkata mereka menggunakan kereta kerajaan negeri Terengganu termasuk milik Majlis Daerah Besut kerana kenderaan SPR tidak dibawa ke Kuala Besut.

"Kereta yang digunakan tidak mempunyai logo SPR kerana ia bukan kereta rasmi suruhanjaya dan penumpang juga tidak dapat dilihat dari luar kerana cermin kereta itu gelap. 

"Mereka turut tidak mempercayai polis yang cuba menjelaskan bahawa kereta itu membawa saya dan anggota SPR, sebaliknya terus mengerumuni kereta. 

"Tetapi saya bernasib baik ada beberapa pemimpin parti itu kenal dan sedar saya berada di dalam kereta kemudiannya menenangkan penyokong tersebut," katanya yang turut melahirkan rasa kesal terhadap kejadian berkenaan.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yang berada di situ untuk berjumpa dengan penyokong parti, berkata kejadian berkenaan tidak sepatutnya berlaku.

"Saya juga berpendapat kekecohan itu dilakukan oleh penyokong luar kerana penduduk Kuala Besut masih mempunyai sifat menghormati pemimpin atau tetamu yang berkunjung ke sini," katanya. 

HARI INI DIGEMPARKAN DENGAN BERITA CALON BN TELAH MELANGGAR AKTA PR...
GAMBAR BELIAU MENUNJUKAN KERTAS UNDI BERPANGKAH MENJADI TRENDING DI MEDIA SOSIAL.....

TERBATAL atau TIDAK? SPR dah lupa akta yang depa sendiri buat!!

Gambar Garis Masa
Pembuka sejarah PRK N01 Kuala Besut, pagi2 calon BN dah buat hal. Calon BN N01 Kuala Besut telah melanggar AKTA KESALAHAN PILIHANRAYA 1954 5 Seksyen 5(2) dan (3) yang membawa kepada 11 tahun penjara dan RM3000 denda. Nah!!!!.. Amek kaaaaaaaaaawww!!!

Rasanya SPR berani tak umumkan PENCALONAN CALON BN DIBATALKAN.. Aku tak pasti samaada SPR hilang cerdik atau calon BN yang kurang cerdik. ~aku tepuk dahi ko ape pun ta dapat nty kang~  Oleh: Orenji Ren Oren

Di Antara Syeikh Nuruddin Al Banjari Dan Sham Kamikaze


Sehari dua ini panas isu Sham Kamikaze
kata Tak sampai Fatihah kepada si mati ...
Ikuti pandangan Syeikh Nuruddin Al Banjari 
Ulama Nusantara 



Syeikh Nuruddin Al Banjari VS Sham Kamikaze
Menghadiahkan Al Fatihah, atau Yaasiin, atau zikir, Tahlil, atau sedekah, atau Qadha puasanya dan lain lain, itu semua sampai kepada Orang yang telah meninggal Dunia...

Kata Sheikh Nuruddin Al Banjari Al Makki
"jikalau kita send sms, send massage dari Fesbuk kita, ke Amarika Syarikat dengan teknolongi Manusia yang merupakan makhluk yg lemah ini pun boleh sampai, Kenapa Teknologi Allah Swt Yang Maha Agung, Yang Maha Pencipta bila Kita menghantar Al Fatihah, Tahlil, zakir tidak Sampai"


dalam Sohih Muslim hadits no.1149,
“seorang wanita bersedekah untuk Ibunya yang telah wafat dan diperbolehkan oleh Rasulullah saw”
dalam riwayat Bukhari dan Muslim
“seorang sahabat menghajikan untuk Ibunya yang telah wafat”,
Rasulullah SAW pun menghadiahkan Sembelihan Beliau SAW saat hari raya aidul Adha untuk dirinya dan untuk ummatnya, doa Nabi “Wahai Allah terimalah sembelihan ini dari Muhammad dan keluarga Muhammad dan dari Ummat Muhammad” (Shahih Muslim hadits no.1967).

Mengenai hadits yang mengatakan
"bila wafat keturunan adam, maka terputuslah amalnya terkecuali 3, sedaqah Jariyah, Ilmu yang bermanfaat, dan anaknya yang berdoa untuknya, maka orang orang lain yang mengirim amal, zikir dll untuknya ini jelas jelas bukanlah amal perbuatan si mayyit, kerana Rasulullah SAW menjelaskan terputusnya amal si mayyit, bukan amal orang lain yang dihadiahkan untuk si mayyit, dan juga sebagai hujjah bahwa Allah memerintahkan di dalam Al Qur'an untuk mendoakan orang yang telah wafat : "WAHAI TUHAN KAMI AMPUNILAH DOSA-DOSA KAMI DAN BAGI SAUDARA-SAUDARA KAMI YG MENDAHULUI KAMI DALAM KEIMANAN", (QS Al Hasyr-10).

Berkata Imam Alhafidh Al Muhaddits Ali bin Almuwaffiq rahimahullah : “aku 60 kali melaksanakan haji dengan berjalan kaki, dan kuhadiahkan pahala dari itu 30 haji untuk Rasulullah saw”.

Berkata Al Imam Alhafidh Al Muhaddits Abul Abbas Muhammad bin Ishaq Atssaqafiy Assiraaj : “aku mengikuti Ali bin Almuwaffiq, aku lakukan 7X haji yang pahalanya untuk Rasulullah saw dan aku menyembelih Qurban 12.000 ekor untuk Rasulullah saw, dan aku khatamkan 12.000 kali khatam Alqur’an untuk Rasulullah saw, dan kujadikan seluruh amalku untuk Rasulullah saw”.

Ia adalah murid dari Imam Bukhari rahimahullah, dan ia menyimpan 70 ribu masalah yang dijawab oleh Imam Malik, beliau lahir pada 218 H dan wafat pada 313H

Berkata Al Imam Al Hafidh Abu Ishaq Almuzakkiy, aku mengikuti Abul Abbas dan aku haji pula 7X untuk rasulullah saw, dan aku mengkhatamkan Alqur’an 700 kali khatam untuk Rasulullah saw

Peserta Islam nekad tanding ratu cantik

4 wanita dakwa hanya pakai baju sukan

Kuala Lumpur: Empat peserta Islam pertandingan ratu cantik Malaysia yang dibatalkan penyertaannya, tetap berkeras untuk terus bertanding bagi merebut gelaran Miss World Malaysia 2013 pada 2 Ogos ini. 

Seorang daripada mereka, Sara Amelia Muhamad Bernard, 20, berkata dia kecewa dengan fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandi-ngan ratu cantik. 

“Saya sedar umat Islam tidak dibenarkan memasuki pertandingan ratu cantik, tetapi saya dimaklumkan oleh pihak penganjur ia dibenarkan kerana kami tidak perlu memperagakan pakaian renang, sebaliknya hanya pakaian sukan,” katanya ketika dihubungi BH, semalam. 


Seorang lagi peserta, Wafa Johanna De Korte, 19, turut kecewa dengan keputusan pihak penganjur yang membatalkan penyertaan mereka. 

Mahu wakili Melayu 

“Saya terharu melihat pihak penganjur berusaha mempertahankan dan melihat potensi dalam diri kami untuk mewakili kaum Melayu di dalam pertandingan ratu cantik Malaysia. 

“Saya berbesar hati untuk meneruskan perjuangan di dalam pertandingan ini, jika masih ada peluang,” katanya. 
Sementara itu, penganjur Miss World Malaysia 2013, Datuk Anna Lim, berkata walaupun menarik balik penyertaan empat peserta Islam itu, pihaknya masih memberi peluang kepada mereka menyertai program itu. 

Dalam pada itu, Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) menggesa kerajaan mewujudkan Enakmen Jenayah Syariah berhubung penyertaan umat Islam dalam pertandingan ratu cantik.


* Sumber BH



p/szaman sekarang untuk buat dosa berlumba2 dan menyesal kalau xdapat buat..

6 Kawasan Perkuburan Paling Aneh Di Indonesia



1.Makam Dayak Benuaq - Kalimantan Timur

 
Berkunjung ke kampung suku dayak Benuaq ataupun suku dayak Bentian di pedalaman Kalimantan Timur. Kuburan akan mudah ditemui di laman samping atau tepi jalan menuju kampung orang Dayak Benuaq.

 Kubur orang Benuaq atau Bentian tidak didalam taah seperti layaknya suku lain.Ketika pertama meninggal mereka akan dikebumikan didalam kotak yang di sangga oleh tiang atau di gantung pada tali.

 Kemudian selepas beberapa tahun kubur itu dibuka lagi lalu tulang belulang si mati di doakan lalu di masukan kedalam kotak bertiang yang permanent.

Biasanya tiap keluarga mempunyai kubur masing-masing dan kebanyakan terletak berhampiran rumah keluarga, tidak di tanah pekuburan umumnya seperti kebanyakan di bandar atau kampung lain.Hampir tiap malam terdengar muzik pemanggil arwah orang yang sedang mengadakan upacara Beliatn tarian dan mentera penyembuhan untuk anak ataupun untuk mendoakan orang meninggal.

2.Batu lemo - Tana Toraja


 Tempat pekuburan atau persemayaman jenazah berbentuk lubang-lubang pada dinding batu. Tempat ini merupakan hasil ciptaan manusia Toraja yang luar biasa. Bagaimana pun, persemayaman yang telah ada sejak abad ke-16 itu dibuat dengan cara memahat.

 Saat itu, tentu dengan peralatan yang sangat sederhana. Lemo terletak di desa  Lemo. Kira-kira 12 kilometer sebelah selatan Rantepao atau enam kilometer sebelah utara Makale.

Dinamakan Lemo kerana beberapa model liang batu itu berbentuk bulat dan berbintik-bintik menyerupai buah oren atau limau. Kubur-kubur batu itu disebut juga sebagai liang paa '.Ada 75 lubang pada dinding batu. Beberapa di antaranya mempunyai patung-patung berjajar yang disebut tau-tau. Patung-patung itu adalah lambang kedudukan sosial, status, dan peranan mereka semasa hidup sebagai bangsawan setempat.Objek ini ramai dikunjungi sejak tahun 1960. Selain menyaksikan kuburan batu, pelancong juga boleh membeli pelbagai sovenir atau berjalan jalan sekitar objek tersebut menyaksikan buah buah pangi yang ranum kecoklatan. Buah-buah itu siap dipetik dan dimakan sebagai makanan khas suku Toraja yang di sebut pantollo pamarrasan.



3.Kuburan bayi kambira - Tana Toraja


 Di Kambira masih di wilayah Tana Toraja ada kuburan bayi, berupa pohon besar yang dilubangi, jenazah si bayi setelah dibalsem dan dibungkus, lalu dimasukkan ke dalamnya dan lobang ditutup dengan anyaman ijuk.


4.Batu Karang Terjal Londa - Tana Toraja


 
Kubur sisi batu karang terjal adalah salah satu sisi dari kubur itu berada di ketinggian dari bukit mempunyai gua yang dalam dimana peti-peti mayat di atur dan di kelompokkan berdasarkan garis keluarga. Disisi lain dari berpuluh-puluh tau-tau berdiri secara khidmat di balkoni.

5.Trunyan - Bali


 
 Trunyan juga suku kaum tidak menanam mayat , namun di di desa ini mayatnya tidak dibakar. Di sini mayat mereka dibiarkan begitu saja di sebuah kawasan hutan. Anehnya, mayat itu tidak akan mengeluarkan bau busuk walaupun sudah disana selama berbulan-bulan.
 

Mengapa mayat yang bergemlimpanggan begitu saja di semak itu tidak menimbulkan bau? Padahal secara normal, tetap terjadi penguraian atas mayat-mayat tersebut? Hal inilah yang menjadi daya tarik para pelancong untuk melawat lokasi pelancongan ini.

 Nah, konon sebabnya, di kawasan hutan tersebut terdapat sebuah pohon yang dikenali bernama Taru Menyan yang boleh mengeluarkan bau harum dan mampu meneutralkan bau busuk mayat. Taru bererti pohon, sedang Menyan bermakna harum. Pohon Taru Menyan ini, hanya tumbuh di daerah ini. Jadilah Tarumenyan yang kemudian lebih dikenal sebagai Trunyan yang diyakini sebagai asal usul nama kampung tersebut.

6.Makam Raja-raja Imogiri - Yogyakarta


 

 
Sebagaimana masyarakat Bali umumnya, Warga Desa Dibina sekitar tahun 1632 oleh Sultan Agung, raja Mataram Islam terbesar, bangunan makam lebih bercorak bangunan Hindu.


 Pintu gerbang makam dibuat dari susunan batu bata merah tanpa simen yang berbentuk candi Bentar. Memasuki makam raja-raja Mataram jelas tidak sama dengan memasuki pemakaman umum.Untuk masuk ke makam Sultan Agung, maka selain harus mengenakan pakaian adat Jawa, kita harus melepas alas kaki, juga harus melalui tiga pintu gerbang.Bahkan yang boleh langsung berziarah ke nisan para raja itu pun terhad kepada keluarga dekat raja atau masyarakat lain yang mendapat kebenaran khas dari pihak Kraton Yogyakarta dan Kraton Surakarta.Oleh kerana itu, orang awam yang tidak  mengenakan pakaian adat Jawa, terpaksa hanya boleh melihat pintu gerbang pertama yang dibuat dari kayu jati berukir dan bertuliskan huruf Jawa berusia ratusan tahun, dengan grendel dan gembok pintu kuno.Hanya para juru kunci pengebumian itu yang boleh membuka pintu tersebut. Jika  masyarakat awam boleh melihat "isi" di balik pintu gerbang pertama, itu pun ketika keluarga raja datang, pintu gerbang dibuka lebar, dan masyarakat boleh melongok sebentar sebelum gerbang itu ditutup. sumber