INILAH! - KEHEBATAN LAFAZ SUBAHANALLAH

Sepertimana yang kita tahu Subahanallah adalah satu khalimah yang di gunakan ketika membicarakan soal penciptaan langit dan bumi serta seisinya yang cukup mengagumkan. Tetapi pernah tak korang tertanya-tanya, bagaimana datangnya penggunaan kalimah "Subhanallah"?


Disini tao nak kongsikan kepada semua pembaca akan kisah pada zaman Nabi Sulaiman a.s bagaimana lafaz subhanllah ini ditemukan.

Suatu ketika Nabi Sulaiman a.s. terbang di udara bersama sekelompok jin. Mereka melintasi satu kawasan penemempatan petani. Seorang petani yang sedang bekerja ternampak rombongan Nabi Sulaiman, lalu spontan terluncur di mulutnya, "Subahanallah! Hebatnya."

Tidak lama kemudian, Nabi Sulaiman a.s. muncul dihadapan petani itu seraya bertanya,"Kalimah apakah yang kamu ucapkan tadi."

Petani itu sedikit terpinga-pinga. Lalu dijelaskan oleh Nabi Sulaiman, ucapan tersebut lebih besar dan lebih hebat daripada seluruh kekuasaan dan kerajaan baginda.

Hari ini, selepas ribuan tahun kerajaan Nabi Sulaiman a.s. menjadi sejarah, lafaz Subahanallah masih wujud dan terus menjadi sebutan ramai. Akan kekal sebutan itu sampai hari kiamat.

Selain itu terdapat 3 buku yang menjelaskan apa itu maksud khalimah Subahanallah

1) Pertama Buku Tafsir Ibn Katsir:-

Kata pengarang buku ini: "Subhanallah" itu adalah Allah memuliakan diri Allah sendiri dan Allah membanggakan kekuatan diri Allah kerana tidak ada pihak lain yang berkuasa selain dari Allah yang maha Esa. Tidak ada Tuhan selain Allah dan tidak ada Pemelihara Bumi selain Allah sahaja.

2) Kedua Buku tafsir Jami'Ahkam Al Quran:-

Pengarang buku ini menyebut akan makna "subhana" bermakna attanzih dan al-baraah. Maknanya, Allah mulia dan suci serta bebas dari segala kekurangan. Maka sebutan lafaz "subhana" itu lafaz yang paling mulia paling besar untuk Allah sahaja dan tidal layak atau sesuai untuk pihak lain. Ada juga disebut dalam buku ini bahawa ada seorang sahabat Rasulallah saw. telah bertanya kepada Rasulallah saw. apa makna "subhanalah". Sekarang saya akan membawa "riwayat hadis" itu. Diriwayatkan dari Tolhah bin Ubaidillah Al-Fayyaadh bahawa dia (Tolhah) telah bertanya Rasulallah saw. Apa makna "subhanallah? ". Maka Rasulalllah saw pon menjawab: " tanzih(kesucian/kemuliaan) bagi Allah dari segala keburukan( kecacatan dan kehinaan)."

3) Ketiga Buku Tafsir Fi Zilal AlQuran:-

Pengarang buku ini berkata ayat pertama ini dimulakan dengan lafaz "subhana". Lafaz 'subhana'yang bermakna Maha Suci Allah adalah lafaz yang paling layak, tepat dan sesuai bagi mukjizat "Al-Israk" yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad saw. Apabila kita membaca ayat "subhana", maka lafaz ini adalah lafaz yang paling tepat, layak dan sesuai bagi gerakan jiwa dan diri kita sambil kita menghayati dan merenung malam Al-Israk yang mulia itu. Lafaz ini juga adalah lafaz yang paling tepat, layak dan sesuai sebagai lafaz di antara hamba dengan Tuhannya iaitu Allah.

PEMBONGKARAN! - KEBENARAN AL-QURAN FIR'AUN YANG DITENGGELAMKAN

pa yang tertulis di dalam Al-Quran adalah benar sepertimana firman Allah, Fir'aun dan pengikut-pengikutnya ditenggelamkan  kerana  mendustakan ayat-ayat Tuhannya . Kini kebenaran ayat Al-Quran tersebut di buktikan apabila sebuah bandar di dalam air di temui selepas 1500 tahun.


Berdasarkan Firman Allah... 
“(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang yang sebelumnya. Mereka mendustakan ayat-ayat Tuhannya maka Kami membinasakan mereka disebabkan dosa-dosanya dan Kami tenggelamkan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya; dan kesemuanya adalah orang-orang yang zalim.” (QS. Al Anfaal, 8: 54).

Ianya ditemui apabila sekumpulan arkeologi yang diketuai oleh seorang ahli arkeologi marin Perancis Franck Goddio terjumpa beberapa peninggalan, ia membawa mereka kepada salah satu penemuan terbesar dalam abad ke-21, iaitu bandar dalam air ini.
Penemuan itu berlaku apabila Goddio berusaha mencari kapal perang Napoleon dari 1798 Battle of the Nile, apabila dia telah dikalahkan oleh Nelson pada ketika itu, dan ianya telah membawa kepada penemuan ini. Pasukan Goddio telah disertai oleh Pusat Oxford bagi Maritim Arkeologi dan Jabatan Antikuiti Mesir telah menghasilkan pelbagai penemuan ini.

Diantara penemuannya adalah seperti patung dewa Hapi, patung granit merah ratu Ptolemy,dulang emas, Patung gangsa daripada dinasti ke-26 Firaun, Satu Lampu Purba dan berbagai penemuan lagi.

Penyelidik juga telah mendedahkan pelbagai artifak keagamaan di bandar tenggelam itu, termasuk ukiran batu 16 kaki dianggap telah menghiasi kuil pusat bandar dan sarcophagi batu kapur yang dipercayai mengandungi haiwan mumia.


PEMBONGKARAN! - WANITA SYRIA DIHUKUM REJAM SAMPAI MATI KERANA BUKA AKAUN FACEBOOK ADALAH FITNAH

Di Syria, Seorang remaja perempuan direjam hingga mati oleh kumpulan pelampau di Syria kerana mempunyai akaun laman sosial Facebook tersebar luas di laman media.


Dikatakan Mahkamah Syariah di Al- Reqqa menjatuhkan hukuman mati kepada Fatoum al-Jassem ekoran perintah di negara itu yang menganggap pemilik akaun Facebook tergolong dalam kumpulan komuniti tidak bermoral.

Media tempatan melaporkan, mangsa dibawa ke mahkamah oleh militan Iraq dan Syria (ISIS) selepas ditangkap menggunakan rangkaian laman sosial tersebut.

"Mahkamah yang berada di bawah bidang kuasa ISIS memutuskan mereka yang mempunyai akaun Facebook berhak dihukum dengan cara yang sama seperti kesalahan melakukan zina," menurut laporan itu.

Namun begitu berita ini adalah satu fitnah yang dikeluarkan oleh media barat yang cuba untuk memfitnah ISIS mujahideen yang menjalankan hukum syariat di tanah syria dgn menyebarkan berita yg salah.

Gambar yang tersebar sebenarnya adalah dari salah satu filem "The Stoning of Saraya".


“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” [Al Hujuraat:6]

APABILA GURU PONDOK MENINGGAL DUNIA ‘SENYUM’ DALAM SOLAT

Setiap orang semestinya mahu pengakhiran hidupnya dalam keadaan baik. Khusnul khatimah. Namun bagaimanakah kita mahu mencapai khusnul khatimah jika kita masih tidak beramal dengan segala perintah Allah SWT. 


Pada 20 Feb 2014 , kita di kejutkan lagi dengan satu berita seorang hamba Allah SWT telah menghadap Ilahi dalam keadaan sedang bersolat. Sepertimana sebelum ini pada ogos tahun lepas di bangi seorang bilal meninggal sewaktu sujud dalam solatnya.

Pasir Mas: “Walaupun arwah penduduk negara jiran, namun dia selalu solat berjemaah di masjid ini. Saya terkejut arwah meninggal dunia ketika sedang solat di masjid ini.

“Saya lihat wajah arwah kelihatan tersenyum,” kata Samsuddin Yasin, 52, antara saksi seorang guru pondok meninggal dunia ketika solat Isyak pada rakaat pertama di Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra atau lebih dikenali sebagai Masjid Beijing di Rantau Panjang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.45 malam itu, Mahama Jehma, 56, dari Kampung Weng, Thailand berkunjung ke Rantau Panjang untuk membeli-belah dan solat Isyak berjemaah di masjid berkenaan sebelum pulang ke kampungnya.

Ketika rakaat pertama, guru pondok itu rebah dan kemudian disahkan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.

Samsuddin yang juga Setiausaha Ahli Jawatankuasa (AJK) Pengurusan masjid itu berkata, kejadian berlaku ketika kira-kira 60 jemaah sedang solat Isyak pada rakaat pertama sebelum dia terdengar bunyi seperti benda jatuh.

Rakan akrab pasangan pukul anak tak solat di Sweden nafi kisah negatif di laman sosial


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hampir semua rakyat Malaysia sudah sedia maklum mengenai pasangan warga Malaysia yang ditahan di Stockholm, Sweden. Mereka ialah Encik Azizul Rahim Awaluddin dan Puan Shalwati Norshal.. Dan anak-anak mereka Aisyah, Ammar, Adam dan Arif.

Alhamdulillah ramai insan di Malaysia memberi pandangan yang baik dan mendoakan mereka.. Aku ucapkan terima kasih dan berharap doa dan solat hajat diteruskan untuk kebebesan mereka.. Tapi pada masa yang sama ramai juga yang memberi pandangan negetif dan buruk terhadap mereka ini.

Maka hari ni Insyallah aku nak cerita pengalaman aku sebagai antara insan yang rapat dan amat baik dengan mereka.. Bagi memberi gambaran sebenar siapakah mereka ini yang dituduh suka mendera anak..

Gambar asal dari keratan akhbar.. Kenangan terakhir aku bersama Uncle Azizul dan Auntie Shal @ Stockholm, Sweden - September 2011..
Kepada mereka yang menfitnah pasangan baik dan prihatin ini.. Aku mohon berhentilah daripada berbuat dosa sedemikian.. Dan pada mereka yang terus memberi kata hina dan tomahan tanpa usul periksa apatah lagi tidak pernah berjumpa atau mengenali mereka.. boleh berhenti dari membuat perkara tersebut.. Dan sila berhenti dari share perkara fitnah di Facebook dan Twitter..

Aku mengenali mereka buat pertama kali di Johannesburg, Afrika Selatan pada tahun 2005.. Ketika itu aku menuntut di University Islam Darul Uloom Zakariya.. Encik Azizul atau dengan panggilan Uncle Azizul.. Seorang yang amat mesra dengan kami ( pelajar Malaysia ).. Kerana keprihatinan beliau dan isteri Auntie Shal selalu bertanya khabar dan memberi pertolongan kepada pelajar.. Membuatkan semua pelajar mengenali dan menghormati beliau.. Mahu pun pelajar dari Indonesia, Brunei, Singapore, Kemboja, Vietnam dan juga Thailand..

Uncle Azizul dan Auntie Shal tidak pernah lupa dan segan silu menjemput kami pelajar Malaysia untuk hadir kerumah beliau di Sandton City, Johannesburg.. Bagi memeriahkan suasana jika ada majlis makan2 dan BBQ sesama rakyat Malaysia.. Malah dalam majlis keagamaan seperti tahlil, doa selamat, awal muharram, dan sebagainya beliau bersama isteri tidak pernah lupa untuk menjemput kami hadir bagi mengimamkan solat, azan, memberi tazkirah ringkas dan sebagainya..

Senyuman terukir
dengan hasil tangkapan
Bersama warga Malaysia yang lain pada
Hari Raya Aidilfitri @
Di Kedutaan besar Malaysia Sweden..


Mereka selalu ceria
untuk ke sekolah :D
Bersama Ammar dan Adam..
Bukit belakang rumah di Spanga, Sweden

Bersama warga Malaysia yang lain di Afrika Selatan pada ketika itu Duta Malaysia Dato' Yahya (2004), Tim. Duta Tuan Ilham Ilyas, Kakitangan Wisma Putra Abg Rohaizat, Auntie Maznah, Kak Shima (2008), Uncle Kamaruddin (2004), Uncle Wan Aizan, Abang Isharudin (2008), Pengarah JPM Dato' Rani (Dec 2006), Abang Tasya JPM (2004) dan Abang Azrul JPM (Oct 2008)..

Kakitangan MinDef DA Kolenel Dato' Ibrahim (2005), Sarjen Nazri (2004) dan Sarjen Yusoff (2008), TC Matrade Encik Mansor (2005), ATC Abang Norman (2007), Malaysia Airlines South Africa Manager Encik Yusno dan Encik Zulkarnain, Kakitangan Tourism Malaysia Abg Eddy Mazlan, Encik Rahman (2004) dan Encik Syahreem Tan (2007), Termasuklah ahli perniagaan Malaysia di Afrika Selatan Encik Wan Batu, Encik Wan Zul , Mejar (B) Amin dan bersama keluarga masing2.. 

Kesemua mereka ini mengenali rapat dan mengakui sifat baik ibu bapa yang ditunjukan uncle azizul dan auntie shal.. Tiada seorang pun dari mereka ini bersetuju dengan tuduhan pihak sweden.. Malahan Auntie Shal adalah seorang guru yang telah mengajar lebih 10 tahun di Sekolah Seri Putri.. Dikenali ramai pelajar dengan panggilan Miss Shal.. Kebaikan, keikhlasan dan keprihatinan Auntie Shal terhadap pelajar diakui oleh bekas2 pelajar Sekolah Seri Putri..

Hantar Arif sehingga kedalam kelas sekolah di pagi hari..
Sebagai pelajar paling rapat dengan family Uncle Azizul ketika di afrika selatan.. Aku selalu dipanggil oleh Uncle Azizul untuk hadir ke rumah beliau untuk mengajar Aisyah, Ammar, Adam dan Arif mengaji dan solat.. Dan pizza buatan aku amatlah disukai mereka berempat yang riang ini.. Sehingga ketika mengunjungi mereka di Sweden pada tahun 2011.. First thing yang Aisyah dan Ammar minta ialah " abang afif buatlah pizza.. kitorang nak makan pizza.."

Seminggu hampir 4-5 kali aku buat pizza untuk mereka..
Di Johannesburg, South Africa mahu pun Stockholm, Sweden..
Adam di rumah mereka di Sandton City, Johannesburg
Kadang2 hampir setiap weekend aku datang ke rumah mereka semasa di Afrika Selatan.. Alhamdulillah selama 5 tahun tak pernah aku lihat kanak2 ini dipukul seperti yang dituduh mahupun kesan pukulan apatah lagi deraan.. Sebagai seorang guru auntie shal sendiri tahu bagaimana mendidik anak2 beliau.. Dan aku pernah menjadi wakil keluarga untuk Aisyah, Ammar dan Adam di sekolah.. Alhamdulillah tak pernah dengar cikgu mengadu ternampak kesan deraan atau pukulan pada mereka..

Arif tertidur sewaktu
konvoi beraya..
Ammar dan Adam
selalu bermain dan tidur di bilik aku

Pada tahun 2011 sekali lagi aku berpeluang untuk menyambut ramadhan dan syawal bersama mereka sekeluarga di Stockholm, Sweden.. Selama lebih sebulan aku tinggal bersama mereka.. tiada banyak perubahan pada mereka sekeluarga.. Semua seperti biasa kecuali melihat aisyah, ammar, adam yang makin membesar.. dan arif sudah memulakan sesi persekolahan..

Alhamdulillah dengan cara didikan dari ibu bapa yang baik dan tanpa paksaan Ammar yang baru berumur 11 tahun mampu berpuasa di bulan Ramadhan yang pada ketika itu musim panas - siang selama 18 jam di Sweden.. Dan aku menjadi saksi melihat keupayaan ammar dengan secara rela walau beberapa kali auntie shal memberi nasihat supaya berbuka jika tidak dapat menahan puasa..

Sifat baik Uncle Azizul dan Auntie Shal memang disenangi ramai ketika di Johannesburg, South Africa.. Credit photo to - Uncle Wan Batu..
Solat adalah perkara utama yang diberi tumpuan oleh uncle azizul dan auntie shal.. Alhamdulillah selama sebulan ramadhan di Sweden.. Keluarga ini tidak pernah meninggalkan solat subuh, magrib, isya' dan terawih secara berjemaah.. Kemeriahan ramadhan bertambah lagi apabila seorang pelajar super senior auntie shal iaitu Kak Melati yang baru habis Master di Denmark datang menziarah untuk seminggu lebih..

Dan antara pelajar auntie shal yang lain iaitu Ilham Ainaa dan Nabila yang aku kenali.. yang sedang menyambung pelajaran di United Kingdom juga mengakui kebaikan dan keprihatinan "Miss Shal" semasa di Sekolah Seri Putri..

Uncle Azizul (Kanan).. Bersama Kakitangan dan pelajar..
Auntie Shal (kiri) bersama pelajar dan warga Malaysia
Di  Sukan ASEAN - Pretoria, South Africa
Aku bukan membuat cerita untuk menutup apa yang telah dituduh pada awalnya.. tapi semua terjadi adalah salah faham guru kelas Adam yang memikirkan bahawa ibu bapa mereka memukul dan mendera dengan teruk jika anak2 mereka tidak solat apabila adam dengan tidak sengaja dan tanpa niat memberitahu kepadanya..

Auntie Shal bertudung hitam.. Di senangi dan di hormati oleh warga dan pelajar Malaysia semasa di South Africa..
Mengharapkan doa dari semua warga Malaysia.. Semoga Encik Azizul Rahim Awaluddin dan Puan Shalwati Norshal dibebaskan secepat mungkin.. Syukur alhamdulillah anak2 mereka sudah dibawa pulang.. Solat hajat untuk kebebsan mereka masih diteruskan oleh pelajar agama yang mengenali mereka di Afrika Selatan, Zambia, Mesir, Yemen, Jordan, Saudi mahupun di Malaysia.. Moga hari ni kita doakan mereka yang susah  dan insyallah bila kita susah  Allah membuka hati orang lain untuk mendoakan kita.. Sekian terima kasih.. - TIMETRAVELAFIF

10 Individu Yang Pernah Diculik Makhluk Asing



1.Antonio Villas Boas

Penculikan extraterrestrial petani Brazil pada tahun 1957 ini dipercayai menjadi salah satu yang pertama yang pernah dilaporkan di seluruh dunia. Villas Boas mendakwa telah diculik menggunakan kekerasan dan dibawa  atas kapal UFO yang berbentuk telur ,kemudian bertemu dengan entiti telanjang seperti wanita, digambarkan sebagai humanoid, dengan rambut panjang yang berwarna putih dan mata kucing biru. Villas Boas meninggal dunia pada tahun 1992, tidak pernah menarik balik cerita.


2.Betty dan Barney Hill

Cerita ini membantu mencetus minat dengan penculikan makhluk asing. Di bawah hipnosis regresi, teknik biasa untuk mendedahkan kebenaran penculikan, penyelidik menyiasat ke dalam tempoh yang dipanggil "masa hilang" yang diikuti Hills telah dilihat 1 UFO pada bulan September 1961. Selepas diculik dan dibawa ke kapal yang berbentuk cakera, Betty Hill berkata beliau telah menunjukkan "peta bintang" dengan laluan perdagangan yang ditanda bahawa termasuk matahari. Sesetengah pakar UFO percaya ini menunjukkan planet rumah orang asing 'berada dalam sistem bintang berganda iaitu Zeta Reticuli.


3.Betty Andreasson

Betty Andreasson mendakwa dia telah diculik oleh alien dan dibawa ke angkasa pada malam Januari pada tahun 1957. Sepanjang masa di atas kapal itu, seluruh keluarganya telah dimasukkan ke dalam keadaan tergantung. Seperti banyak kisah-kisah penculikan, Betty melibatkan orang asing yang mampu untuk berkomunikasi melalui telepati dan yang telah dijadikan mangsa kepada beberapa bentuk ujian. Andreasson kata alien memakai pakaian seragam biru dengan logo burung atas lengan.


4.Charles Hickson dan Calvin Parker

Kes ini yang terkenal dari Oktober 1973 melibatkan dua rakan sekerja yang menangkap ikan di Sungai Pascagoula di Mississippi. Mereka mendakwa mereka telah terapung ke angkasa.Di sana, mereka tertakluk kepada beberapa bentuk pemeriksaan perubatan oleh makhluk humanoid yang berkuku seperti udang galah dihujung tangan mereka. Kemudian, mereka melaporkan pengalaman mereka kepada polis tempatan, yang berpendapat lelaki kelihatan ikhlas dan benar-benar ketakutan.


5.Charles L. Moody

Moody adalah Sarjan Tentera Udara yang berada di padang pasir New Mexico satu malam pada bulan Ogos 1975, menyaksikan pancuran meteor. Dia berkata dia melihat UFO bercahaya menuju ke arahnya. Dia cuba untuk melarikan diri di dalam kereta itu, tetapi ia gagal untuk menghidupkannya. Ingatan beliau yang seterusnya adalah UFO terbang jauh. Apabila dia tiba di rumah, waktu adalah lebih lewat daripada sepatutnya. Beliau kemudiannya teringat telah dilumpuhkan, dan diambil ke atas kapal UFO, dan diberi lawatan kapal oleh mahluk asing.


6.Travis Walton

Walton adalah sebahagian daripada satu pasukan pembalakan Arizona apabila beliau hilang selama beberapa hari pada bulan November 1975. Pada mulanya, rakan-rakannya disyaki Setelah membunuhnya, manakala mereka mendakwa bahawa dia telah dipukul oleh alur cahaya dari 1 UFO dan kemudiannya diculik oleh makhluk asing. Cerita itu telah bertukar menjadi filem Fire In The Sky . Travis dan rakan-rakannya tidak pernah mengubah kisah-kisah mereka.


7.Penculikan Allagash

Pada bulan Ogos 1976, pada malam pertama perjalanan perkhemahan di Maine, empat lelaki muda mengatakan mereka berada di kanu di Eagle Lake apabila mereka melihat UFO dan menembak pancaran cahaya turun ke mereka. Kisah penculikan itu kemudian dicantum bersama melalui mimpi dan hipnosis regresi. Lelaki yang mendakwa mereka telah tertakluk kepada pemeriksaan fizikal oleh alien dengan kepala besar dan bercahaya mata logam.


8.Alan Godfrey

Pegawai polis British sedang meronda pada satu  malam dibulan Disember 1980 apabila beliau berkata beliau melihat UFO berbentuk oval yang besar berlegar di atas jalan di hadapan dia. Apabila dia berhenti untuk membuat lakaran, terdapat kilat besar. Ingatan seterusnya beliau berada jauh di hujung jalan; UFO telah lenyap. Di bawah hipnosis regresi dia teringat yang diambil untuk ruang yang tertutup dan bertemu seorang lelaki berjanggut bernama Yosef yang telah disertai oleh lima makhluk seperti robot yang kecil.


9.Alfred Burtoo

Pesara pegawai Tentera British Alfred Burtoo memancing di terusan pada Ogos 1983 apabila dia melihat UFO yang mendarat dan lelaki kecil bewarna hijau. Pegawai berusia 73 tahun itu berkata beliau telah diambil ke atas kapal,  kemudian mendengar suara yang berkata, "Anda boleh pergi. Anda terlalu tua dan kurang upaya untuk tujuan kami." Semasa dia memberitahu isterinya bahawa dia ternampak UFO, beliau enggan untuk menyebut perihal dibawa ke atas kapal kerana bimbang isterinya akan melarang beliau untuk pergi memancing lagi pada lewat malam.


10.Whitley Strieber

Pengarang terlaris, Whitley Strieber  terkenal dengan buku-buku seram kultus klasik seperti itu The Hunger dan Wolfen walaupun sebelum hal penculikan makhluk asing. Muka hadapan buku penculikan 1987, Communion, menunjukkan wajah makhluk asing yang telah menjadi imej budaya  yang diterima: wajah yang dilukis agak besar, condong, mata berbentuk badam. Satu filem Hollywood telah dibuat tentang cerita, dengan watak Whitley dibawaChristopher Walken

6 Cara Anda Diintip




1.Foto Geotagged

Masukkan gambar ke laman rangkaian sosial dan anda memberi peluang untuk penjahat untuk merompak anda. Bersama-sama didalam gambar yang diambil terdapat maklumat lengkap lokasi gambar itu diambil. Ia adalah suatu perkara yang mudah untuk-bakal-pencuri untuk mencari frasa yang mudah seperti "bercuti," menemui alamat rumah melalui geotags, dan merompak rumah yang diketahui bahawa penghuninya tiada di rumah kerana keluar bercuti..


2.iPhone Tracking

IPhone merevolusikan industri telefon pintar dan dengan cepat menjadi satu perkara yang mesti dimiliki. Tetapi ia telah didedahkan bahawa iPhone menyimpan maklumat mengenai pengguna dan lokasi semasa, dan maklumat tersebut dibiarkan tidak berkunci..menjadikan ia mudah untuk pengodam menembusi dan mencuri maklumat  dan mengetahui lokasi dengan tepat.Bagaimanapun Apple menafikan hal tersebut..




3.Pakaian dalam di Walmart

Menurut Wall Street Journal, Walmart mula memasang tag RFID radio ID yang kerap dan berterusan memancarkan isyarat. Berfungsi untuk mengesan dan merekod jumlah pakaian yang telah dijual dan yang masih ada di dalam stok simpanan..Namun anda masih boleh membuang tag tersebut jika tahu di mana hendak mencarinya..Tetapi membuka peluang kepada perompak untuk mencari tag tersebut yang telah dibuang kemudian mendapat maklumat di mana pakaian itu di beli..seterusnya perompak dapat membuat andaian bila dan di mana anda akan membeli belah selepas ini.

4.Kupon Dalam Talian
Dalam dunia yang banyak melibatkan talian,pembeli perlu berhati-hati dengan apa yang dibeli dan juga kupon yang mereka miliki.Tersembunyi di antara Bar Code  adalah,maklumat terperinci tentang siapa yang mencetak dan bila ianya dicetak,serta keyword yang digunakan untuk sampai kepada kupon itu,IP address ,malah maklumat Facebook juga ada disimpan.

5.Kupon Telefon
 Peniaga pada masa ini telah cuba bereksperimen dengan teknlogi membeli belah menggunakan telefon bimbit,di mana pengguna boleh menggunakan telefon untuk mendapatkan diskaun..Walaupun syarikat syarikat tersebut menjanjikan sistem keselamatan yang kuat,namun kerisauan itu tetap ada..Maklumat di talian memang sangat mudah ditembusi dan mudah disalah gunakan oleh orang lain.

6.Facebook
 Facebook mempunyai pengguna yang sangat ramai dan semakin meningkat dari hari ke hari..Kebanyakkan pengguna tidak menyedari meletakkan terlalu banyak maklumat pada akaun Facebook mereka..Gambar yang lengkap,tempat tinggal,keluarga terdekat,pekerjaan dan aktiviti semasa semua didehkan di laman sosial tersebut..Mudah bagi orang lain untuk mengetahui maklumat peribadi anda.Banyak kes dilaporkan mengatakan rumah mereka dirompak ketika mereka tiada di rumah kerana keluar bercuti..Perompak mendapat tahu pemilik rumah itu tiada di rumah setelah melihat Wall Facebook pemilik rumah tersebut mengatakkan "Saya sedang bercuti selama seminggu"