Israel mula gelabah saksi revolusi dunia Arab


TEL AVIV - Israel yang dilihat mula takut dengan kejatuhan rejim pemerintah kuku besi di Timur Tengah bercadang untuk memulakan usaha perdamaian baru dengan Palestin, kelmarin.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu cuba menunjukkan minat terhadap rundingan damai dengan menegaskan kononnya perbincangan itu perlu mengambil kira semua isu tertangguh dan menyasarkan persetujuan menyeluruh dengan Palestin.

Rejim Zionis dilihat mula bimbang dengan keselamatan negara bongkak itu selepas kejatuhan kerajaan sokongan Amerika Syarikat seperti di Tunisia dan Mesir yang juga menjadi sekutu Israel.

Selain itu, Menteri Luar Israel, Daniel Ayalon turut mencadangkan negara itu berbaik semula dengan Turki, bekas sekutu utamanya di Timur Tengah.

Hubungan kedua negara rosak teruk selepas tentera rejim Yahudi menyerang dan membunuh sembilan rakyat Turki dalam serangan ke atas konvoi kemanusiaan ke Gaza, 31 Mei lalu.

sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan