Pemerhati Barat fokus senjata kimia Libya

WASHINGTON - Satelit pengintai Barat sedang memantau sebuah bangsal di sebuah kawasan terpencil Libya selepas pasukan Tentera Bersekutu melancarkan serangan ke atas rejim pemimpin Mummar Gaddafi, kelmarin.

Agensi akhbar antarabangsa, The Washington Post melaporkan, kerajaan Libya menyimpan sekitar 10 tan gas mustard dalam bangsal yang terletak di selatan bandar Sirte.

Negara Barat khuatir Gaddafi mungkin akan menggunakan bahan kimia untuk membunuh sejumlah besar rakyatnya.

"Pengeboman dan serangan peluru berpandu telah menyerang beberapa sasaran awam di Zuwarah, Tripoli, Sirte dan Benghazi," kata jurucakap pasukan Tentera Bersekutu, Jana.

Pasukan Tentera Barat melancarkan serangan dari udara dan laut menentang pasukan tentera Gaddafi di bawah resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melaksanakan gencatan senjata dalam pertempuran antara prokerajaan dan pemberontak, beberapa bulan lalu.

sinarharian

p/s sejak bila pula amerika nak ambil tahu tentang rakyat libya , di palestin kenapa diam buatla serangan ke atas israel yang zalim tu.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan