Alasan Bodoh Penyanyi Seksi Melayu...

Alasan yang diberikan adalah mata pencarian, menyanyi, pakai seksi tapi tak buat perkara tak senonoh. Itu adalah modal seorang penyanyi tahap senja bernama Leina Hangat yang mengakui gemar berpakaian seksi kerana berpakaian seksi itu adalah KESELESAANNYA.
Namun perlakuan yang ditunjukkan ketika mengadakan persembahan, tidak lagi melibatkan bakat suara, sebaliknya bakat sebagai seorang PELACUR MURAHAN yang boleh diperbuat sesuka hati asalkan dibayar dengan sejumlah wang.

Alasan kononnya persembahan yang dibuat adalah di hadapan penonton yang rata-ratanya bukan beragama Islam, merupakan alasan yang TERBANGANG diberikan oleh orang yang masih tidak mahu mengakui kesalahan. Sebaliknya menuduh gambar-gambar itu didedahkan kerana si pendedahnya tidak berpuas hati kerana kurang mendapat layanan, juga merupakan alasan terbodoh yang boleh diberikan oleh seorang penyanyi wanita yang berasa seksi itu sesuatu yang selesa.

Sebabnya, Islam adalah agama rasmi negara ini. Umat Islam adalah kelompok majoriti di negara ini. Berperangai tak senonoh sebegitu tidak akan hanya menghiburkan golongan yang memandang rendah terhadap Islam dan umatnya, tetapi juga memberikan gambaran bahawa wanita penghibur Islam merupakan haiwan dalam kandang yang cukup dihulur makanan, maka gugurlah segala imej dan akidahnya.


Hanya kerana mencari sesuap nasi tidak menghalalkan perbuatan sebegitu rupa. Kalau iya pun hendak menghiburkan para penonton, apa perlu berperangai seperti MENJUAL MARUAH?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan