Jumaat, 15 Jun 2012
PRU MUSIM HAJI : SUDUT PANDANG USUL FIQH
Didalam
ilmu usul fiqh, hukum wajib itu terbahagi kepada beberapa bahagian. Antaranya
adalah, wajib itu dibahagikan kepada wajib mudhayyaq (sempit) seperti menunaikan
ibadat puasa di bulan Ramadhan, dan juga wajib muwassa’ (luas), seperti
menunaikan solat.
Dikatakan berpuasa di bulan ramadhan sebagai
wajib mudhayyaq (sempit) adalah kerana, berpuasa itu tidak boleh dilakukan
dibulan-bulan yang lain. maka dengan sebab itulah, berpuasa di bulan ramadhan
dikira sebagai wajib mudhayyaq (sempit).
Adapun
solat, dikatakan sebagai wajib muwassa’ (luas) adalah kerana, solat itu tidak
semestinya di tunaikan diawal waktu, bahkan selagi waktu bagi solat belum habis,
maka selagi itulah solat boleh di tunaikan[Al-Wadih Fi Usul Al-Fiqh : m/s 7].
Maka dengan demikian, sekiranya berlaku
pilihanraya di musim haji, maka hendaklah dihimpunkan kedua-dua kewajipan
tersebut, iaitu kewajipan mengundi dan kewajipan melakukan haji.
Kewajipan mengundi untuk memenangkan parti
islam adalah satu kewajipan yang mudhayyaq (sempit), ini adalah kerana, di
sebabkan kekalahan parti islam dalam sesuatu pilihanraya akan menatijahkan
kekuasaan pemerintahan zalim, rasuah dan sebagainya.
Adapun kewajipan haji merupakan wajib yang
muwassa’ (luas). Ini adalah bersebab, dibenarkan kepada kita menunaikan ibadat
haji di tahun yang mendatang.
Oleh yang demikian, apabila berhimpun dua wajib
ini, maka ketika itu, wajib kepada pengundi yang pergi haji bahawa tidak pergi
ke Mekkah untuk buat haji pada hari berlakunya pilihanraya, bahkan wajib kepada
pengundi mengundi parti islam untuk memastikan kezaliman, rasuah dan sebagainya
berjaya dihapuskan.
MUDHARAT YANG LEBIH BESAR
Mudharat tidak ke makkah untuk melakukan ibadat
haji tidaklah sebesar mudharat kalah parti islam dalam pilihanraya.
Jika
seseorang itu meninggal dunia dalam keadaan tidak sempat melakukan ibadat haji,
dibenarkan kepada waris untuk menunaikan haji niyabah untuk dirinya
Menurut Jumhur ulama melainkan hanafi,
dibenarkan melakukan niyabah (ganti) haji ketika tidak mempu menunaikannya
(al-fiqh al-Islami Wa adillatuh : 3/38)
Adapun membiarkan kezaliman, rasuah dan
sebagainya merupakan mudharat yang besar jika dibandingkan dengan mudharat tidak
mengerjakan haji ketika itu. Antara cara untuk menjadikan Islam di hina adalah
dengan membiarkan pihak Barisan nasional memerintah.
Maka dengan demikian, apabila berhimpun dua
mudharat ini, maka hendaklah diambil mudharat yang paling ringan antara dua
mudharat, iaitu tidak melakukan haji pada tahun tersebut, bahkan mengambil
tindakan menunggu pilihanraya dan mengundi parti islam pada tahun
tersebut.
Ini didasarkan kepada kaedah fiqh yang
berbunyi;
إذا تعارض مفسدتان روعي أعظمهما ضررا بإرتكاب
أخفهما
Maksudnya;
“Apabila
bertembung dua mafsadah, maka diraikan mudharat yang paling besar dari
kedua-duanya dengan melakukan yang paling ringan daripada kedua-duanya [ Al-Aqmar Al-Mudiah : m/s 123 ]”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan