SUNDAY, MAY 18, 2014
Maulana Dr Abdul Razzaq Iskandar hafidzahullah bersama dengan muridnya juga ulama terkenal di Pakistan iaitu Mufti Syed Adnan Kakakhail
Maka di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk memperkenalkan secara ringkas ulama terkemuka yang terkenal ini iaitu Al-’Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih Maulana Dr Abdul Razzaq Iskandar حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته . Al-’Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih Maulana Dr Abdul Razzaq Iskandar حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته adalah antara permata bernilai Deobandi yang masih hidup di zaman ini. Beliau seorang yang terkenal khumul, yang tidak sukakan kemasyhuran dan tinggi sebutan. Faqihnya umat ini yang tabahhur ilmunya.
Beliau dilahirkan pada tahun 1356H (1935M) di Abbottabad, Pakistan. Beliau lahir dari keluarga yang sholeh.Ketika berguru di Jamia al-Uloom al-Islamiyyah,Banuri Town,beliau telah berguru Al-‘Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-Usuuli al-Muhadith -ul-asr Maulana’ Sayyid Muhammad Yousuf Banuri رضي الله عنه وأرضاه sehingga beliau tamat khatam Bukhari di tangan gurunya tersebut.Beliau berguru kepada sejumlah ulama setempat, berpindah dari madrasah satu ke madrasah lainnya, hingga pada akhirnya beliau belajar di madrasah milik guru beliau sehinggalah di lantik menjadi pengajar di madrasah tersebut sehingga ke hari ini.
Bersama dengan Syeikhul Islam Mufti Muhammad Taqi Uthmani hafidzahullah dalam satu majlis anjuran Wifaq-ul-Madaris di Darul Uloom Karachi baru-baru ini.
Maulana Dr Abdul Razzaq Iskandar حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته di lantik menjadi (Syeikhul Hadith di Jamia al-Uloom al-Islamiyyah,Banuri Town, Karachi,Pakistan juga ahli majlis syura Wifaq-ul-Madaris Pakistan.Selain daripada terlibat dengan madrasah,beliau selalu menghadiri seminar-seminar ulama antarabangsa mewakili Wifaqul-Ul –Madaris . Majlis dan syarahan beliau sering di hadiri oleh ribuan orang yang ingin mendengar nasihat dan ilmu daripada beliau.Beliau mempunyai anak murid dari beberapa buah Negara yang belajar di Jamia beliau.
Semoga Allah memelihara dan melanjutkan usia Maulana Dr Abdul Razzaq Iskandar, agar kita dan sekalian umat dapat mengambil manfaat dengan keberadaan beliau di atas muka bumi ini.
Bersama dengan rombongan jemaah Ulama-ulama dari Pakistan menziarahi Darul Uloom Deoband sempena menghadiri perjumpaan anjuran Jamiat Ulama E-Hind
Legasi Al-‘Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-Usuuli al-Muhadith -ul-asr Maulana’ Sayyid Muhammad Anwar Kashmiri rah
Antara murid kesayangan Maulana Anwar Shah Kashmiri rah ialah Maulana Muhammad Yousuf Banuri.Segala faedah pengajaran Hadith Maulana Anwar Shah Kashmiri telah di turunkan kepada muridnya ini,tetapi muridnya ini (Maulana Muhammad Yousuf Banuri rah) tidak hidup lama (meninggal pada usia muda).
Alhamdulillah,Maulana Muhammad Yusof Banuri rah mempunyai ramai anak muridnya,Antaranya ialah Maulana Dr Abdur Razzaq Iskandar, Maulana Dr Abdul Razzaq Iskandar hafidzahullah (Syeikhul Hadith di Jamia al-Uloom al-Islamiyyah,Banuri Town, Karachi,Pakistan juga ahli majlis syura Wifaq-ul-Madaris Pakistan.Beliau mendapat pengajian daripada Muhadith Ul Asar terkenal Pakistan iaitu Maulana Muhammad Yousuf Banuri rah.
Antara yang turut serta dalam rombongan ini ialah :
1.Maulana Dr Abdul Razzaq Iskandar hafidzahullah
2.Maulana Muhammad Anwar Badakhshani hafidzahullah
3. Maulana Fazal Muhammad hafidzahullah dan beberapa lagi akabir Jamia al-Uloom al-Islamiyyah,Banuri Town.
Kedatangan beliau ke Malaysia adalah kedatangan buat pertama kalinya.Semoga kita semua dapat mengambil faedah daripada kedatangan beliau kali ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan