Negara Barat diberi amaran tidak campur tangan
TRIPOLI - Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi memberi amaran akan menyerang Afrika Utara dan Eropah jika Negara Barat campur tangan dalam urusan negaranya, dalam satu perbualan telefon beliau dengan Perdana Menteri Greek, George Papandreou, kelmarin.
Gaddafi memberi amaran jika Negara Barat campur tangan, ia akan memberi kesan buruk terhadap Afrika Utara, lingkaran Mediterranean dan Eropah.
Amaran itu dibuat ketika Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) dan Kesatuan Eropah akan bertemu di utara Afrika dan membincangkan jalan penyelesaian untuk menangani diktator itu.
Pemimpin Nato, Anders Fogh Rasmussen berkata, perikatan Atlantik Utara sedang mempertimbangkan semua pilihan namun Nato tidak akan bertindak tanpa sebarang mandat daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan