Islam melarang dan mengharamkan patung-patung yang berbentuk manusia dan haiwan, lebih-lebih dihormati atau diagungkan , seperti raja atau patung Nabi ( Isa as ) , Maryam , atau lainnya yang dianggap tuhan dan disembah oleh orang majusi dan lembu yang disembah oleh orang-orang hindu.
Dalam menjaga tauhid dan keimanan kepada Allah swt , islam selalu berhati-hati dalam melindungi akidah ini , jangan sampai dipengaruhi oleh adanya kepercayaan yang mungkin mengganggu iman itu dari hal – hal yang berbau majusi dan sebagainya.
Ada pendapat yang membolehkan meletakkan hanya sebagai hiasan semata-mata . kerana dilarangnya itu pada permulaan islam , dimana orang-orang pada masa itu masih lagi menyembah berhala . akan tetapi pada masa sekarang tidak ada agama majusi lagi dan tidak ada yang menyembah berhala lagi . pandangan ini tidak benar , kerana pada masa sekarang masih lagi ada orang yang menyembah berhala , bahkan banyak , hal ini tidak dapat diingkari.
Di barat sendiri masih terdapat orang-orang yang beragama majusi.mereka masih mempercayai hal-hal karut .banyak diantara mereka yang menggantungkan sesuatu dikereta , di kedai dan sebagainya , walaupun mereka dari kalangan cerdik pandai , namun masih lagi lemah dalam berfikir , sehingga mereka percaya pada sesuatu yang tidak berguna dan tidak mempunyai dasar.
Adapun berhala dari kaum firaun khususnya , banyak orang-orang percaya dan menjadikannya sebagai azimat , misalnya kepala Nefertiti atau lainnya yang dianggap oleh sebahagian orang sebagai penolak rasa dengki , ganguan jin dan sebagainya.disini larangannya lebih ditekankan,bila dipakai sebagai azimat.jika hanya digunakan sebagai mainan kanak-kanak , ianya tidak mengapa. Wallahualam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan