Diriwayatkan dari Nabi saw “ aku diberi lima perkara yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum aku “ beliau menyebutkan diantara kelima perkara tersebut , yaitu :
“Dijadikan bagiku bumi ini sebagai tempat sujud yang suci. Maka siapa pun diantara umatku yang mendapati waktu solat , maka hendaklah ia mengerjakan solat “ ( H.r. Bukhori dan Muslim dari Jabir)
Oleh kerana itu , seluruh bumi dianggap masjid dan tempat bersujud bagi orang islam ( selagimana tempat itu tidak diyakini ada najis ) dan dia boleh mengerjakan solatnya disitu. Dan sebaiknya hendaklah dijauhi dari tempat-tempat seperti gereja dan sebagainya bagi menghindari kesamaran hukumnya,namun jika tidak ada tempat yang sesuai untuk solat , maka seluruh bumi adalah milik allah dan seluruh bumi adalah masjid ( tempat sujud )
Berkenaan hadis Umar ra yang enggan solat di gereja seperti yang diriwayatkan bahawa Umar ra hampir saja solat di gereja ketika dipelawa “ silalah “ . maka dia menjawab : “ tidak ! , aku tidak akan menunaikan solat disitu , supaya kaum muslimin yang akan datang tidak berkata : disini Umar ra pernah menunaikan solat , lalu mereka menjadilkannya sebagai masjid bagi kaum muslimin “
Maka keengganan Umar ra solat di gereja kerana kekhawatiran terhadap hal itu saja , bukan mengenai hukum solat di gereja .
Wallahualam…….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan