Al-khidir adalah hamba yang soleh dan disebutkan oleh Allah dalam surah Al-kahfi,yaitu sebagai teman Nabi Musa as . dimana Nabi Musa as belajar kepadanya.
Al-khidir mensyaratkan kepadanya supaya bersabar. Maka Musa as menyanggupinya. Al-khidir berkata : “ bagaimana kamu dapat bersabar atas sesuatu yang mana kamu belum mempunyai pengatahuannya yang cukup tentang hal itu ? “ Al-khidir tetap menyertai Musa as. Ia adalah seorang hamba yang diberi rahmat oleh Allah dan ilmu disisinya. Musa as terus berjalan bersamanya dan melihat Al-khidir melobangi perahu. Maka Musa as berkata : “apakah engkau melobanginya supaya penumpangnya tenggelam “.
Cerita selanjutnya telah terangkan didalam surah Al-kahfi.
Musa as merasa hairan atas perbuatannya , hingga Al-khidir menerangkan kepadanya sebab-musabab dari perbuatan yang dilakukan itu. Pada akhir pembicaraannya , Al-khidir berkata : “ bukanlah aku melakukan itu menurut kemahuanku sendiri. Demikian itu adalah penjelasan dari perbuatan-perbuatan yang tidak dapat kamu bersabar keatasnya “ maksudnya semua perbuatan itu hanyalah dari kemahuan Allah swt.
Sebahagian orang berkata tentang Al-khidir : ia hidup sesudah Nabi Musa as hingga zaman Nabi Isa as,kemudian zaman Nabi Muhammad saw , ia masih hidup sekarang dan akan hidup sehingga hari kiamat. Ditulis orang kisah-kisah , riwayat-riwayat dan cerita-cerita dongeng bahawa Al-khidir menjumpai si fulan dan memakaikan khirqah ( pakaian ) kepada si pulan dan memberi pesan kepada si pulan.
Sama sekali tidak adil pendapat yang mengatakan bahawa Al-khidir masih hidup, sedangkan terdapat dalil dari al quran , hadis , akal dan ijmak antara ulama dari umat ini bahawa Al-khidir sudah wafat.
Sudah dianggap cukup dengan mengutip keterangan dari kitab al manaarul muniif fil hadis sahih wal dhoif karangan Ibnul Qayyim.
Ibnul Qayyim rah menyebutkan dalam kitabnya : “ hadis-hadis yang menceritakan tentang Al-khidir dan kehidupannya semuanya dusta , tidak satu pun hadis yang sahih.
Di antara hadis yang maudu` itu ialah hadis yang berbunyi : “ Bahawa Nabi saw sedang berada di masjid , ketika itu beliau mendengar pembicaraan dari arah belakangnya. Kemudian beliau melihat , ternyata ia adalah Al-khidir.”
Juga hadis “ Al-khidir dan Nabi Ilyas berjumpa setiap tahun “ dan hadis “ Jibril , Mikail dan Al-khidir bertemu di Arafah.”
Ibrahim Al-Harbi ditanya tentang umur Al-khidir yang panjang dan masih hidup,maka beliau menjawab “ tidaklah ada yang memasukkan paham ini kepada orang ramai kecuali syaitan”.
Imam Bukhari rah ditanya tentang Al-khidir dan Nabi Ilyas , apakah keduanya masih hidup? Maka beliau menjawab : bagaimana hal itu terjadi ? sedangkan Nabi saw telah bersabda : “tidaklah akan hidup sampai seratus tahun lagi bagi orang-orang yang berada di muka bumi ini” ( H.r Bukhari dan Muslim ).
Banyak imam lainnya yang ketika ditanya tentang hal itu ,maka mereka menjawab dengan mengunakan al quran sebagai dalil :
وما جعلنا لبشر من قبلك الخلد أفان مت فهم الخالدون – الانبياء : 34
Yang bermaksud : “ kami tidak menjadikan hidup kekal abadi bagi seorang manusia pun sebelum engkau ( Muhammad ), maka jika kamu mati , apakah mereka akan kekal ? ( al anbia : 34 )
Ibnu Taimiyah rah ditanya tentang hal itu,maka ia menjawab : “ Andaikata Al-khidir masih hidup , tentulah ia wajib datang kepada Nabi saw dan berjihad bersamanya serta belajar darinya.” Nabi saw bersabda ketika perang badar :” Ya Allah , jika pasukan ini binasa , niscaya tidak ada yang menyembah engkau di muka bumi ini “
Pada waktu itu para sahabat berjumlah 313 orang laki-laki yang dikenal dengan nama-nama mereka , nama-nama bapak dan nama-nama suku-suku mereka ,maka dimanakah Khidir pada masa itu?
Al quran dan hadis serta pembicaraan ulama umat menyangkal akan kehidupan Al-khidir seperti anggapan mereka , sebagaimana firman Allah swt diatas .
Jika Al-khidir itu manusia ,maka ia tidak akan kekal , kerana hal itu ditolak oleh quran dan hadis yang suci. Seandainya ia masih hidup , tentulah ia akan datang kepada Nabi saw , kerana sabda Nabi saw : “ demi Allah , andaikata musa masih hidup , tentu ia akan mengikuti aku “ ( H.r Ahmad )
Jika Al khidir seorang Nabi , maka ia tidak lebih utama dari musa as dan jika seorang wali maka tidaklah ia lebih utama dari Abu Bakar ra .
Apakah hikmahnya jika ia hidup hingga kini? dan apakah faedah syar`iyah dan akliyah disebalik kehidupannya ?
Adapun pertanyaan adakah Al khidir seorang Nabi atau wali ?
Pada ulama berbeda pendapat mengenai hal itu , yang paling tepat ialah Al khidir adalah seorang Nabi , sebagaimana yang diceritakan pada ayat dari surah Al kahfi “ dan bukanlah aku melakukannya menurut kemahuanku sendiri “ ( 82 )
Perkataan itu adalah dalil bahaa ia melakukan itu berdasarkan perintah Allah dan wahyunya,bukan dari dirinya ,lebih tepatnya ia seorang Nabi bukan wali…
wallahualam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan