Edisi Bongkar : Dr Asri Kurang Ajar Perlekeh Ulama Pondok & Ulama Silam
Lihatlah apa yang dikatakan oleh tokoh wahabi malaysia ni.dia memperlekeh kan orang yang belajar sifat 20.mereka mengatakan sifat 20 tu bid`ah sebab Nabi tak pernah ajar sahabat. aku kata Nabi tak pernah ajar sahabat bahasa arab , tak ajar ilmu nahu atau ilmu sarof tapi kenapa kamu wahai wahabi belajar bahasa arab sehingga ada yang ambil PHD dalam jurusan ni.mungkin mereka akan jawab : al quran dalam bahasa arab , hadis juga dalam bahasa arab bagaimana mungkin kita dapat mengerti al quran jika tidak faham bahasa arab.Nabi dan Sahabat memanglah tak belajar bahasa arab seperti kita sebab mereka orang arab , dan para sahabat jika tidak faham mana 2 ayat quran, mereka boleh bertanyakan kepada Nabi sendiri. jawapan aku pun begitulah dalam mempelajari sifat 20.
memang benar Nabi tak ajar sifat 20 seperti kita belajar sekarang ni. tetapi bagi memudahkan umat islam mempelajari aqidah , maka ulama 2 telah menyusun kitab dan mengumpulkan sifat 20 serta membahaskanya supaya umat islam cepat memahaminya.mempelajari dan mendalami sifat 20 adalah satu jalan atau satu cara atau satu wasilah bagi kita mengenali Allah swt seperti mereka ( wahabi ) belajar ilmu bahasa arab kerana untuk memahami al quran dan hadis. dan para sahabat tidak perlu belajar kitab sifat 20 kerana mereka berada di sisi Nabi saw yang sentiasa menjaga aqidah mereka dari terpesong. bagaimana dengan kita yang jauh dari Nabi saw ? apakah kita tidak perlu mempelajarinya ? tepuk dada tanyalah iman kita.
dalam vedio klip kat atas Asri memperlekeh apa yang tokguru kata " tiada sesuatu benda yang wujud melainkan ada penciptanya " . Asri berkata " kalau anak murid tanya siapa yang cipta Allah apa nak jawab sedangkan kaedah setiap benda ada penciptanya " Asri sebenarnya yang jahil kerana dia fikir Allah termasuk dalam ketogari " benda " . kaedah mengatakan " setiap benda " bukan kata "setiap zat" adakah Allah itu benda ? .
sebab itu aku katakan wahabi bukan ingin mencari kebenaran tetapi ingin memecahbelahkan umat islam sekarang......
bagi pembaca, kamu sendirilah yang menilai...
wallahualam............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan