Wednesday, October 6, 2010
Peristiwa 11 September merupakan dalih yang dirancang oleh neo-konservatif bagi melaksanakan projek imperialisme abad baru Amerika – PNAC yang berjaya disiapkan pada September 2000. [1] Motivasi yang mendorong peristiwa ini ialah kehabisan bekalan tenaga hidro-karbon (minyak) yang diperolehi secara aman – menerusi boneka-boneka Amerika.
Menjelang tahun 2010, Dunia Islam akan menguasai kira-kira 60% dari pengeluaran minyak dunia dan lebih pentingnya mereka akan menguasai 95% dari kapasiti simpanan minyak yang akan dieksport . [2] Sebuah laporan dari jawatankuasa Kongres untuk urusan kepentingan nasional Amerika melaporkan pada bulan Julai, dasar yang menyebabkan dokumen PNAC ditulis ialah – sumber baru untuk bekalan dunia yang paling besar dan berpotensi terletak di kawasan Lingkaran Kaspian dan sumber ini akan menjadikan Amerika tidak lagi bergantung pada minyak Arab Saudi.
Sebagai persiapan untuk mengangkut dan memasarkan minyak minyak dari wilayah itu dengan aman, bberapa sebuah saluran paip dicadangkan dibina. Satu salurannya - ke arah barat dari Turkmenistan melalui Azerbaijan dan Georgia menuju ke pelabuhan laut Turki di Ceyhan. Keduanya- ke arah timur dari Turkmenistan melalui Afghanistan dan Pakistan. Saluran ini akan dipanjangkan terus ke India yang juga dahagakan minyak, terutama untuk menyelamatkan pusat tenaga elektrik milik Enron yang mana modalnya dilaburkan oleh keluarga Bush. [3]
Dokumen PNAC yang disiapkan tersebut telah diserahkan ke pejabat Naib Presiden, Dick Cheney berbunyi – apabila aliran minyak itu terganggu perjalanannya, ia akan menjadi risiko yang tidak mampu dipikul oleh pemerintah Amerika, oleh itu “campur tangan ketenteraan” adalah satu keperluan. [4]
Sehingga Julai 2001, Amerika masih berharap Taliban sebagai sumber kestabilan di Asia Tengah yang boleh menyokongnya membangunkan saluran paip hidro-carbon dari ladang-ladang minyak dan gas asli di Turkmenistan, Uzbekistan, Khazakhstan melalui Afghanistan dan Pakistan menuju pantai Laut Hindi. Setelah Taliban menolak syarat-syarat yang dicadangkan, wakil Amerika dalam dalam rundingan tersebut mengancam dengan angkuh, “terima tawaran kami yang berupa karpet emas atau kami akan kuburkan kamu semua dengan karpet bom”. [Inter Press Servis 12 November 2001]. Ancaman seperti itu juga telah dibisikkan oleh seorang pegawai tertinggi Amerika kepada menteri luar Pakistan, Niak Niaz dalam satu pertemuan di Berlin pada pertengahan Julai 2001 (dua bulan sebelum 11 September 2001) bahawa “tindakan ketenteraan terhadap Afghanistan akan dilakukan pada pertengahan Oktober” [5]
Nota :
[1] PNAC menekankan proses memindahkan Amerika menjadi “empayar yang dominan pada masa depan” yang mana pelaksanaannya memakan masa begitu lama, kecuali satu “bencana atau peristiwa” perlu dicipta seperti Pearl Harbour baru untuk menjadi penyebab kepada Amerika untuk menyerbu negara lain.
[2] Sejak 1960-an keperluan kian meningkat sementara bekalan semakin berkurangan. Keadaan itu menyebabkan Amerika dan Britain bergantung pada bekalan negeri-negeri luar khususnya negara-negara Islam.
[3] Di kawasan Dabhol, yang terletak di pantai Barat India, Enron telah menanam modal dengan jumlah besar - $ 3 billion yang mana nasibnya akan ditentukan dengan hasil minyak dengan harga yang murah.
[4] Sunday Herald, 6 Oktober 2002.
[5] BBC, 18 Oktober 2001].
SUMBER : TENTERADAJJAL.BLOGSPOT.COM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan