23/08/2010 12:27pm
KABUL 22 Ogos - Empat anggota tentera Amerika Syarikat (AS) yang mengetuai tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), terbunuh ketika menentang Taliban di Afghanistan dalam usaha para pemberontak meningkatkan kempen mereka menentang para pegawai dan calon pemilihan, kata NATO semalam.
Kesemua empat tentera AS itu mati dalam tiga kejadian berasingan di timur dan selatan Afghanistan, kata Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) NATO.
Jurucakap Tentera Udara AS, Sergeant Jason Haang telah mengesahkan mengenai kematian keempat-empat tenteranya itu. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan