Tabligh
Drpd perkataan Arab bermakna menyampaikan, Iaitu salah satu drpd sifat Rasulullah SAW di samping sifat sidiq, amanah dan fatanah.
Jemaah Tabligh
Kumpulan yg menjalankan misi dakwah, menyampaikan risalah Islam ke serata tempat.
Antara Hikmah dan Fitnah?
Perlakuan pengikut bukanlah penentu kebenaran sesuatu ajaran. Lihatlah umat Islam serata dunia. Jeleknya perlakuan sebahagian orang Islam tidak bermakna songsangnya ajaran Islam.
Kebenaran suatu ajaran dilihat kepada apakah ajaran-ajarannya. Bukan kepada pengikut-pengikut ajaran itu.
Tujuan utama Rasulullah dihantar kepada Umat Akhir Zaman ada 2:
1. Supaya manusia bertauhid kepada Allah
2. Supaya manusia berakhlak baik sesama sendiri.
Jalan Jemaah Tabligh sudah cukup baik untuk mencapai kedua-duanya tersebut, Penilaiannya kelak di Alam Barzakh dan di Padang Mahsyar.
Arwah Maulana Alias dan Arwah Maulana Zakaria adalah ilmuwan, muhaditsin dan hafiz Al-Quran. Mereka telah menyusun cantik perjalanan Jemaah Tabligh setelah berfikir begitu lama. Ia begitu strategik dan mudah diikuti oleh segenap lapisan masyarakat. Hasilnya, jutaan manusia telah kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya di India, Pakistan dan Bangladesh. Malahan kesan-kesannya dapat dilihat di banyak negara termasuk Malaysia. Tiada lagi pergerakan Islam yang dapat melakukan seperti apa yang telah dilakukan oleh mereka.
Di India, pergerakan Jemaah Tabligh disusun-atur dan dipantau dengan baik oleh para Ulama. Mereka menurut tata-cara yang telah disediakan oleh Maulana Alias.
Di Malaysia bagaimana? Para Ulama ke yang menjadi Ahli Majlis Syura ( Council ) tertinggi sekali ?
Jika majoriti Ahli Majlis Syuranya adalah ulama, syukurlah. Maka kesemuanya sub-sub syura di merata-rata Malaysia yang bukan ulama, akan berada di bawah tapisan akal manusia yang kukuh dengan Al-Quran dan Hadith.
Kalau tidak, kita akan temuilah lebih ramai lagi mamat:
1. Yang mengeluarkan kata-kata sesuka hati seperti " NANTI ALLAH GANTI ", seolah-olah Allah tu mereka yang punya dan Allah akan mengikut telunjuk mereka. 2. Yang menyangka bahawa hanya orang Jemaah Tabligh sahaja yang dapat mengucap Kalimah Syahadah di waktu nazak.
3. Yang melarikan diri dari majlis-majlis Ceramah Agama dalam Bab Feqah kerana malas nak meningkatkan ilmu dengan sangkaan bahawa ILMU mereka itu dah cukup.
4. Yang mengikut telo India Pakistan dengan sebutan " AL-LAH " walaupun dia mampu untuk menyebut ALLAH dengan betul.
Walaupun begitu, perjalanan Jemaah Tabligh cantik sekali dan mampu menarik ramai orang kepada pendirian agama yang lebih tegoh. Keadaan adalah lebih baik walaupun ramai mamat Tabligh yang sedemikian rupa darpadai ramai mamat penagih dan mamat rempet.
Perkara mengenai menunaikan tanggungjawab atau tidak terhadap ahli keluarga, kerja atau pelajaran ketika keluar berdakwah sangat bergantung kepada sikap individu itu tersendiri. Rasa saya, yang tidak bertanggungjawab memang ada, tapi bukan majoriti. Jadinya, tidak adil kalau kita generalize.
Semoga Jemaah Tabligh tidak dikotori dengan andaian jahil dan nafsu Ahli Majlis Syuranya yang bukan terdiri dari Ahli Agama ( Ulama ). Risikonya akan jadi sesat macam Al-Arqam.
Orang Tabligh suka guna misalan kerana ia dapat deliver mesej dengan baik.
Kalau CIVIL ENGINEER dan ARKITEK yang design dan develop rumah saya, saya yakin untuk mendudukinya kerana mereka adalah ahli di dalam bidang tersebut.
Kalau KERANI PENCEN DBKL dan TOWKEY TEH SERBUK yang jadi Ahli Syura Majlis Pergerakan Agama sedangkan mereka bukan ULAMA, alamat nak jahanamlah Umat Islam di Malaysia. Agama bukan bidang mereka, agama hanya pegangan mereka
Tabligh itu bagus secara matlamatnya kerana ianya adalah usaha yang telah dilakukan oleh rasul-rasul. Yang tidak bagusnya ialah orang serta caranya.
ORANG : Menyampaikan dakwah secara tidak bijaksana. Tidak menjadikan diri mereka sebagai contoh. Dakwah itu bukan saja dari kata-kata tetapi juga dengan kelakuan, disiplin diri serta keterampilan. Jemaah tabligh di Malaysia yang nampak pengotor, dicemari dengan penagih dadah serta kelakuan yang kurang elok telah menyebabkan ianya tercemar.
Kena ada panel / penguasa / jawatankuasa / komiti dikalangan gerakan tabligh agar perkara ini dibaiki.
CARA : Gerakan yang berdakwah secara diam-diam dan tidak tersusun ini adalah pembawaan dari gerakan dakwah turun temurun yang dicopy dari gerakan dakwah di India semasa pemerintahan British disana. British telah memberi kata dua kepada ulama-ulama di India pada zaman itu bahawa dakwah Islam boleh dilakukan di masa tersebut dengan syarat ianya hendaklah dilakukan secara tertutup dan diam-diam. Tidak boleh menyentuh soal kenegaraan, ekonomi dan politik. Jika tidak Islam akan dihapuskan di India dan ulama-ulama akan dibunuh. Maka gerakan Islam di India telah bersetuju dengan syarat tersebut. Ianya terus terbawa-bawa hingga ke hari ini bukan saja di India malah seluroh dunia seperti yang telah dibimbing oleh pendakwah-pendakwah dari India tersebut.
Rumusan - cara dan pendekatan jemaah tabligh yang berdakwah dalam keadaan tertekan dengan syarat British tersebut masih tebawa-bawa hingga kini. Ianya telah ketinggalan zaman, jumud serta tidak boleh dipakai lagi.
Kepada mat-mat Tabligh yang sudah dapat mesej yang menyatakan bahawa mereka perlu memperbaiki ketrampilan, mulakanlah. Buanglah jauh-jauh sikap malas anda.
Walaupun begitu, tidak wajar kita menjadikan sebilangan kecil pengikut Tabligh pemalas ini sebagai ukuran terhadap yang lebih ramai lagi. Generalization seperti ini samalah seperti sikap setengah pandangan penduduk Barat dan Eropah yang melihat Umat Islam semuanya MILITANT TERRORIST. Ia sikap yang amat tidak adil.
Kalau kita kata Jemaah Tabligh yang diasaskan oleh para Ulama India ini jumud kita sudah tersilap jauh. Buat masa sekarang TIADA LAGI GERAKAN YANG LEBIH BERJAYA daripada mereka yang dapat menarik jutaan manusia kembali kepada amalan ibadah. Kalau ada yang setanding dengan pencapaian Jemaah Tabligh ini kita boleh sarankan semua mamat Tabligh ni join yang tu pulak.
Pada masa yang sama, adalah lebih baik mereka dapat sampaikan mesej dakwah yang asas tapi teramat penting dalam agama Islam TANPA sebarang gangguan. Strategi Maulana Alias sangat efektif sekali kerana ia sangat FOKUS kepada perkara POKOK dalam agama Islam, iaitu Kekuatan Iman, Kebaikan Ibadah dan SillaturRahim.
Jika mamat Tabligh mencuit hal Politik, ia akan menarik perhatian pihak berkuasa yang biasanya akan mengakibatkan kesusahan seperti yang berlaku kepada Hasan Al Banna. Hasilnya gerakan dakwah menjadi terencat.
Jika mamat Tabligh mencuit hal Ekonomi, ia terus meletak si miskin terus ke bawah, meletak si kaya ke atas, berpangkat ke atas , kuli ke bawah, si pandai ke atas dan si lemah ke bawah. Ia tidak synchro dengan matlamat mereka menarik lebih ramai ke Masjid.
Sedangkan kemuliaan di sisi Allah adalah TAQWA dan perlumbaan di dalam ibadat.
Jika mamat Tabligh mencuit hal-hal Sosial, ia pasti akan mencuit perkara sensitif seperti BANGSA sedangkan di dalam Islam tiada tempat untuk dasar ASABIAH. Lagipun, kumpulan SASAR mamat Tabligh ini semua lebih suka mendengar kebaikan daripada dikritik.
Secara logiknya, lebih baik ramai mamat Tabligh yang tiada ketrampilan daripada ramainya mat penagih, mat rempit dan mat clubbing. Kita dapat tidor selesa di malam hari. Akan tetapi natijah dari andaian tersebut juga boleh mengundang samada hikmah atau/juga fitnah kepada jemaah Tabligh sendiri.
Harapan kita adalah agar kesemua Ahli Majlis Syura mereka dari kalangan Ulama supaya gerakan mereka diberkati dengan amalan sahih dan tidak dicemari dengan andaian palsu.
Sekiranya mahu diambil contoh iktibar drpd kehidupan para sahabat Nabi SAW yg berasal dari pelbagai latarbelakang serta corak kehidupan asalnya masing-masing di mana ada yg miskin juga ada yg kaya raya, maka adalah menjadi tanggungjawab kepada Ahli Majlis Syuranya untuk menyenarai-pendekkankan ahli-ahli pengikutnya ke dalam jemaah kecil untuk tujuan dipertemukan kepada golongan sasaran yg bersesuaian dgn penampilan jemaah kecil tersebut. Apabila golongan sasar berjumpa dan melihat jemaah kecil tersebut yang juga tidak jauh beza zahirnya dgn mereka, menjadikan golongan sasar kurang kekok dan mudah rapat untuk mendengarkan apa yang jemaah tersebut ingin sampaikan. Dari situlah juga satu cara jalan mudahnya untuk mendekati golongan sasaran.
Yang menjadi kesilapan besarnya apabila berlaku kecuaian daripada pihak Ahli Majlis Syura dalam membentuk jemaah kecil yang dihantar kepada seseorang atau kumpulan sasarnya. Contohnya apabila membentuk jemaah untuk menemui seseorang MUFTI tetapi dengan menghantarkan jemaah yang berketrampilan seperti orang pengotor, tanpa beradab sopan, tiada membuat temujanji terlebih dahulu dsb, sedangkan pihak atasan jemaah sepatutnya sedia maklum dan memahami bagaimana untuk menghormati seseorang kenamaan yang hendak diziarahi. Sekurang-kurangnya menghormati kehidupan privacy mereka termasuk jadual rutin mereka juga.
Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita, semoga kita selamat dari seksa kubur, semoga kita dapat perlindungan di Padang Mahsyar dan dapat masuk Syurga tanpa pengiraan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan