Jemaah terawal yang dihantar oleh Markaz Tabligh sedunia di Nizamuddin, India ke Asia Tenggara ialah pada tahun 1952. Ianya zaman ketika Maulana Yusof menjadi amir (Hadratjie) Jemaah Tabligh. Ini terhasil dengan kedatangan Jemaah India ke Malaya dan Indonesia waktu itu.Selepas itu beberapa jemaah khusus dari Tamil Naidu yang datang ke Pulau Pinang melalui Madras dengan menggunakan kapal laut S.S Rajula dan juga Sindambaram. Jemaah khas dari Tamil Naidu dihantar pada waktu itu memandangkan ramai saudara Islam ketika itu yang menetap di Pulau Pinang terdiri dari keturunan India berbahasa Tamil.
Maka masjid-masjid yang menjadi tempat persinggahan keluar masuk jemaah ketika itu adalah masjid-masjid di bawah seliaan masyarakat India Muslim, masyarakat ‘Benggali’ (Bangladesh) dan juga masyarakat Pakistan. Ini berlaku sehingga tahun 1980an yang mana imam-imam Masjid Benggali terdiri dari orang Bangladesh. Masjid-masjid yang di bawah seliaan masyarakat India Muslim, Bangladesh dan Pakistan ini akhirnya menjadi markas-markas Jemaah Tabligh di negeri-negeri di Malaysia. Seperti Markas Pulau Pinang Masjid Benggali, Markas Kuala Lumpur Masjid India, Markas Seremban Masjid Pakistan Rahang, Markas Sinagapura Masjid Bencoolen, Markas Jertih Masjid Pakistan dan di Sarawak Masjid India Kucing. Walau pun sesetengah Masjid India dn Pakistan yang terdapat di negeri-negeri di Malaysia tidak menjadi markas, namun ianya menjadi tempat pesinggahan jemaah yang datang khusus dari India ,Pakistan dan Bangladesh. Ianya seperti Masjid Nagor Alor Setar, Masjid India Ipoh, Masjid India Kuala Pilah, Masjid Pakistan Bahau, Surau India Batu Pahat dan banyak lagi.
Bukan hanya di Malaysia malah di tempat lain pun begitu seperti di Indonesia. Di Medan Masjid India Jalan Gajah, Masjid India Kota Padang (Masjid Muhamaddan). Di Thailand Masjid Haroon, Masjid India Ranong, Masjid India Hatyai. Selain itu juga Masjid India Ho Chii Minh, Masjid Pakistan Prit Para Pnom Penh, Masjid India bandar Hong Kong dan lain-lain tempat.
Disebabkan perkembangan awal Jemaah Tabligh di Malaysia bermula di Pulau Pinang maka ianya terus berkembang di bandar-bandar yang mana terdiri dari penempatan masyarakat India Muslim seperti di Kuala Lumpur dan Singapura. Ianya terus berkembang ke bandar-bandar yang lain sehinggalah seawal tahun 70an beberapa orang Melayu turut terlibat secara aktif dengan jemaah ini.
Peringkat awal di Pulau Pinang, mereka-mereka yang terlibat adalah Hj Mohd Habibullah (Habib Penang), Syed Abu Bakar, Syed Mohd.Baquir, Amir Ibrahim. Selain mereka juga bapa kepada Mohd.Naim Sri Petaling serta beberapa orang lagi yang tidak dapat dipastikan. Kebanyakkan mereka yang disebutkan tadi menjadi Syura P.Pinang dan juga Syura Malaysia. Selain mereka yang juga awalin yang turut terlibat keluar IPB (India,Pakistan dan Bangladesh) iaitu pada tahun 1973. Mereka-mereka adalah Nagor Ghani, Abd Ghafur, Abd.Ghani Champion Motor,Hj.Sultan Kg.Melayu, Hj.sultan Sayor, dan juga di ikuti oleh Hafiz Yaakob Ansari. Hafiz Yaakub Ansari adalah seorang alim 4 mazhab. Beliau adalah awalin yang terlibat menterjemahkan kita Fadhilat Maulana Zakaria rah. Namun sebelum itu ada ulama Melayu yang menterjemahkan ke dalam bahasa Melayu tulisan jawi alam kitab kuning yang tidak dikenali penterjemahnya. Penulis pernah membacanya sewaktu keluar pada tahun 1979 di daerah Guar Cempedak waktu itu. Cuma kitab ini tidak digunakan sebagai taklim. Seingat penulis ianya adalah kitab Fadhilat Tabligh.
Selepas dari pekembangan tersebut usaha Jemaah Tabligh turut disertakan oleh orang-orang Melayu. Ini termasuklah Abang Arsyad, Abang Bakar, Ustaz Abd.Razak Kedah, Ustaz Hassan Kelantan, Syeikh Muhamad Batu Pahat, Ustaz Muhsin, Dato Pakjang Haris, Hj.Muda Terangganu serta mereka-mereka yang tak dapat disebutkan di sini.
Usaha Jemaah Tabligh ini semakin rancak apabila pelajar-pelajar Melayu dari Institusi Pengajian Tinggi turut terlibat seperti Syed Nasir Keramat, Muharam, Hisyam Penanti, Wak Umar Sri Petaling, Cik gu Syamsudin Jitra, Utaz Kamal, Hj. Baharudin Ali (adek kepada Dr.Hassan Ali) dan lain-lain. Seinggat penulis sekitar awal 80an begitu ramai pelajar dan anak muda yang terlibat dengan usaha ini yang mana dari merekalah usaha yang mulia ini sampai kepada masyarakat Melayu yang sebelumnya beraggapan ianya satu usaha orang India Muslim dan Pakistan.
Selepas Ijtimak pertama kehadiran Hadratji Maulana Inamul Hassan rah pada tahun 1982 , maka usaha semakin pesat berkembang sehinggalah ke hari ini.
Wallahua’lam.
(Sumber Dari Dr.Hanafi Penanti dan Beberapa Tambahan Penulis)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan