Oleh Manodin
Manusia yang dibekalkan akal fikiran adalah mahkluk yang terbaik.Ia dapat membezakan antara kebaikan dan keburukan, boleh mengenal perkara sia - sia atau yang berguna serta boleh memilih bahagia atau menolak celaka.
Dengan pergertian yang sebegini selayaknya manusia hanya melakukan perkara yang terbaik dari pancaindera agama.Tapi sayang seribu kali sayang sejarah membuktikan sepanjang peradaban manusia, graf perlakuan buruk manusia adalah paling tertinggi dalam carta tinta kehidupan manusia .
Perkara beginilah yang patut kite renungi jauh kedalam diri kita, keluarga ,rakan, masyarakat ,negara mahu pun dunia.Untuk analisa mudah renunglah diri kita sendiri, adakah amal baik mengatasi perkara buruk ? ( tarik nafas dan fikirkan sejenak....).
Bagaimana hari ni ? dari awal pagi hingga saat' kome' membaca tulisan ini , cuba senaraikan kebaikan yang telah kita lakukan ( termasuk 'keme' sekali ). Anda puas hati...?
Sidang pembaca sekelian, kita masih belum terlewat dari saat ini ayuh kita semat didalam hati " aku mahu berubah" biar sedikit tetapi berterusan bukan banyak tetapi tertekan .
Proses kematian adalah adalah tazkirah paling 'popular' untuk dijadikan bahan tazkirah , 'modal' yang dapat dipegang, dilihat, malah dialami sendiri . Sebagai muslim kita wajib memikirkannya.mahu tidak mahu, suka atau pun tidak kita pasti mati ! .
Cuba renungkan perjalanan jauh kealam akhirat yang masanya tidak bertepi,azabnya tidak terperi, mampukah kita mengharunginya dengan keadaan kita yang begini ? jawapannya pasti tidak !
Tetapi sayang seribu kali sayang, Akhirat adalah destinasi pasti tapi itulah yang kita buat tak peduli ...
Sekadar menyorot kata - kata hikmah dari lidah Tuan Guru Nik Abdul Aziz ketika menyampaikan tazkirah Maulidur Rasul tempohari beliau mengingatkan .....
Ingatlah nafas yang kita hirup ini bukan milik kita.
Ingatlah rezeki yang kita kaut ini bukan milik kita
Ingatlah segala nikmat anggota badan bukan kita yang cipta
Ingatlah air yang kita minum bukan milik kita.
Ingatlah bumi ini bukan milik kita.
Ingatlah kebahagian dunia tanpa akhirat bukan milik kita .
Firman ALLAH SWT
" Dan tidaklah kehidupan di dunia ini kecuali hanya sebagai permainan belaka, sedangkan kehidupan ( akhirat) itulah yang lebih baik bagi orang- orang yang bertakwa.Apakah kamu tidak mahu memikirkannya? ( al -an'am) 32
Tiada ulasan:
Catat Ulasan