Bekalan Didalam Perjalanan Dakwah..


MANFA’AT BEKALAN

Jalan da’wah adalah jalan kebaikan, jalan jihad, jalan kejayaan, jalan yang kita cintai, jalan menuju Allah, menuju keredaan-Nya dan menuju syurgaNya. Setiap kali kita berjalan di atas-nya, maka akan bertambahlah kecintaan kita kita keteguhan pegangan kita padanya. Setiap kali kita menemui kepayahan dan gangguan, maka akan semakinbertambah kepercayaan dan keyakinan kita bahawa jalan ini adalah yang benar, jalan yang pernah ditempuh oleh para pendokong da’wah dan jalan kaum Mu’minin.
Kita faham bahawa jalan da’wah penuh dengan godaan, tentangan, dan duri; ia bukan jalan yang ditaburi bunga-bungaan. Meskipun demikian jalan itu berpenghujung pada kebaikan, iaitu kemenangan dan kemantapan di duma serta keni’matan, kebahagiaan, dan selamat dari seksa Allah di akhirat.

Kita menyedari betapa pentingnya bekalan untuk perjalanan; bekal taqwa dan keimanan yang membantu musafir (aktivis da’wah) untuk membentengi diri dari berbagai godaan dan mengatasi semua tentangan, tanpa ada penyimpangan, duduk tanpa berusaha, kemalasan, atau berpatah balik ke belakang.
Kita juga telah mengetahui bahawa sumber bekalan itu amat banyak; ada sumber yang dapat kita raih di tengah-tengah perjalanan seperti hentian-hentian yang kita temui di sisi-sisi jalan. Kami telah membahaskan sumber-sumber tersebut secara terperinci, sehingga ia dapat dijadikan panduan dalam mengambil bekalan. Namun kami tidak mendakwa bahawa kami telah membahaskan tema tersebut secara menyeluruh. Ini hanya usaha daripada orang yang cetek pengetahuan yang sering mengharapkan taufiq, pertolongan dan rahmat Allah.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

Apajuajenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

(Surah Fathir: Ayat 2)

Di akhir buku “Bekalan di Jalan Da’wah” ini kami sebut-kan beberapa faedah bekalan bagi pemiliknya, bagaimana seharusnya keadaan orang yang membawa bekalan dan apa yang diharapkan darinya?

Tanpa bekalan akan berlaku penyimpangan, kesalahan, perselisihan, perpecahan dan kegagalan di tengah perjalanan. Orang yang hanya membawa sedikit bekal akan mudah tunduk dengan pujukan dan tipudaya syaitan serta musuh-musuh Allah yang bersusah payah memesongkannya dari jalan da’wah atau mengeksploitasinya untuk memporak-perandakan persatuan dan keutuhan barisan.

Sedangkan orang yang membawa bekalan keimanan dan ketaqwaan yang cukup, maka tidak akan mudah terbawa oleh pujukan dan tipudaya syaitan serta musuh-musuh Allah. Keimanan dan ketaqwaannya akan mendorong untuk menjadi penjaga barisan yang dapat dipercayai. Dia memelihara barisan dari keretakan serta dari hal-hal yang dapat mengganggu kesatuan dan kekuatannya. la akan selalu waspada pada pujukan syaitan atau fitnah musuh, hingga dapat membentengi diri darinya.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

Apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar). Sedang saudara (pengikut) Syaitan-syaitan, dibantu oleh Syaitan-syaitan itu dalam melakukan kesesatan, kemudian mereka tidak berhenti-henti (melakukan perbuatan yang sesat lagi menyesatkan itu).

(Surah Al-A’raf: Ayat 201-202)

Jalan da’wah tidak pernah sepi dari orang-orang munafiq. Akan tetapi orang-orang yang memiliki bekal cukup akan dapat membentengi diri dari tipu daya dan fitnah mereka. Sedangkan orang yang hanya memiliki bekal sedikit, akan menjadi santapan mereka. Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menjelaskan hal itu dalam firmanNya:

Kalaulah mereka keluar bersama kamu, tidaklah mereka menambahkan kamu melainkan kerosakan, dan tentulah mereka segera menjalankan hasutan di antara kamu, (dengan tujuan) hendak menimbulkan fitnah (kekacauan) dalam kalangan kamu; sedang di antara kamu ada orang yang suka mendengar hasutan mereka.

(Surah At-Taubah: Ayat 47)

Kelompok da’i akan menghadapi berbagai serangan berupa kesangsian dan diperlekehkan, yang dilancarkan oleh musuh-musuh Allah dan para petugasnya. Serangan-serangan tersebut berpusat pada pemahaman, method, sasaran, sarana, pimpinan atau anggota. Namun orang yang membawa bekalan yang cukup tidak akan terpengaruh oleh serangan tersebut, ia akan selalu melakukan penelitian dan membuang prasangka buruk, sebagai menyahut perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala:

Wahai orang-orangyang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

(Surah Al- Hujurat: Ayat 6)

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa

(Surah Al-Hujurat: Ayat 12)

Bekalan di jalan da’wah dapat memelihara pemiliknya dari pemesongan di persimpangan pemikiran atau pergerakan, bekal keimanan dapat mendorong pemiliknya untuk iltizam dengan kitab Allah dan Sunnah RasulNya Sallallahu ‘alaihi wasallam, serta pada pemahaman Al-Salafus Al-Salih yang benar; secara bersih dan menyeluruh (syamil); jauh dari berbagai penyimpangan yang memporak-porandakan umat dan menjadi kelompok-kelompok kecil yang saling bermusuhan. Semoga Allah membalas Imam Al-Syahid Hasan Al-Banna dengan balasan yang baik atas jasanya dalam menyusun dua puluh prinsip sebagai skop pemahaman Islam yang benar dan bersih, jauh dari penyimpangan, bid’ah dan khurafat.

Setelah sepakat pada pemahaman yang benar, para aktivis Islam berbeza pendapat dalam masalah persepsi yang benar dan sempurna tentang perjuangan Islam. Orang yang memiliki bekalan akan terbimbing pada persepsi yang benar dan me­nyeluruh tentang ‘amal Islami, tanpa menjuzu’-juzu’kannya atau mengabuinya. la tidak membatasikan kegiatan kelslaman pada ‘ibadah-’ibadah ritual, melakukan kebajikan, zikir, menuntut ‘ilmu dan sebagainya, akan tetapi mencakupi segala usaha menegakkan negara Islam dan mengembalikan khilafah Islam. Inilah yang selalu ditekankan oleh Imam Hasan Al-Banna.

Kadangkala para pendokong Islam sepakat pada pe­mahaman yang benar dan menyeluruh tentang Islam serta ‘amal Islami (perjuangan), akan tetapi berbeza pendapat tentang strategi dan usaha dalam mencapai sasaran. Orang yang membawa bekal keimanan dan ketaqwaan terdorong untuk meneladani (Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam) dalam menegakkan negara Islam yang pertama, bukan membuat-buat bid’ah; iaitu dengan menanamkan ‘aqidah Islam dalam jiwa dan menyatukan jiwa-jiwa tersebut dengan ikatan ‘aqidah dan ukhuwwah fillah, lalu mempersiapkan kekuatan senjata dan fizikal untuk digunakan di saat sarana yang lain tidak bermakna lagi.

Terpelihara dari perselisihan dalam pemahaman, persepsi, dan method ‘amal tersebut merupakan faedah bekal di jalan da’wah. Dengan itu, Pasukan Al-Rahman (Aktivis Islam) akan menapaki jalan da’wah menuju kemenangan dengan langkah-langkah yang istiqamah dan kesatuan barisan yang kuat. Maha Benar Allah Yang berfirman:

Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.

(Surah Al-An’am: Ayat 153)

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai

(Surah Ali-’Imran: Ayat 103)

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

Dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu

(Surah Al-Anfal: Ayat 46)

Keikhlasan dan bersihnya niat dari sebarang tujuan duniawi merupakan suatu yang perlu di jalan da’wah, agar Allah memberkati segala amal yang dilakukan serta tenaga dan pengorbanan yang dipersembahkan. Allah hanya menerima ‘amal yang diniatkan untuk mencari keredaanNya, tanpa dicampuri oleh riya’ yang boleh meleburkan ‘amal tersebut. Kerana pentingnya keikhlasan, maka Al-Imam Al-Syahid menjadikannya sebagai salah satu rukun dari sepuluh rukun bai’ah. Bekalan keimanan serta ketaqwaan dapat membantu pemilik-nya untuk mencapai keikhlasan dan membersihkan hatinya dari berbagai tujuan duniawi.

Ketika seruan jihad dikumandangkan, orang yang hanya membawa bekalan yang sedikit akan merasa berat untuk menyambutnya; ia lebih cenderung ke bumi dan tewas oleh tarikan-tarikan dunia serta tuntutan-tuntutan fizikal. Dengan itu ia berhak mendapat seksa Allah.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: “Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah”, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal meni’mati kesenangan) di tempat (masing-masing)?Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikitjua berbanding dengan (kesenanqan hidup) di akhirat kelak. Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah -membela agamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksayang tidak terperi sakitnya dan la akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

(Surah At-Taubah: Ayat 38-39)

Sedangkan orang yang memiliki bekalan cukup akan segera menyambut seruan jihad fi sabilillah dengan jiwa dan hartanya, saat pertama kali dikumandangkan. Slogan yang selalu diingat adalah: “Jihad di jalan Allah adalah jalan kami.”

Orang yang hanya membawa bekalan sedikit akan hidup untuk dirinya sendiri dan bakhil mengeluarkan apa yang dimiliki untuk perjuangan. Sedangkan orang yang membawa bekalan cukup akan mengorbankan apa saja yang dimiliki; waktu, tenaga, pemikiran, kesihatan, harta, jiwa dan lainnya. Seluruhnya dikorbankan dengan mudah kerana yakin bahawa yang di sisi Allah lebih baik dan lebih kekal.

Para penda’wah yang menapaki jalan da’wah akan menghadapi tribulasi, tekanan yang kuat, dan berbagai fitnah. Orang yang tidak membawa bekalan akan mudah meninggalkan da’wah, lemah, menyerah dan tidak tegar, bahkan mungkin barisan akan terancam gara-gara itu semua. Ini sangat berbahaya. Akan tetapi orang yang membawa bekalan akan teguh menghadapinya, bahkan tekanan dan fitnah itu akan menambah keimanannya lagi; ia akan bersandar pada Allah untuk memohon keteguhan padaNya. Allah akan meneguhkannya dan memberikan kemenangan kepadanya, sebagaimana yang telah difirmankan olehNya:

Dan bila masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:” Inilah yang telah dijanjikan Allah dan. RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya “Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah.

(Surah Al-Ahzab: Ayat 22)

Allah Subhanahu waTa’ala berfirman:

Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: “Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya”. Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: “Cukuplah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami).”

(Surah Ali-’Imran: Ayat 173)

Orang yang menapaki jalan da’wah akan menghadapi pelbagai usaha licik dari pihak-pihak tertentu, agar ia memberi keta’atan pada prinsip lain atau pada peribadi lain. Orang yang tidak membawa bekalan mungkin akan terpengaruh oleh segala usaha usaha tersebut, bahkan mungkin menyambutnya. Akan tetapi orang yang membawa bekalan akan taat setia hanya kepada da’wah dan jama’ahnya. Sebab ia merupakan setinggi-tinggi, sesempurna-sempurna dan semulia-mulia da’wah. Pendokong da’wah tidak memberikan sebarang taat setia kepada orang kafir atau kepada mana-mana musuh Allah, sebab taat setianya hanya pada Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman

(Surah Al-Ma’idah: Ayat 55)

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain

(Surah At-Taubah: Ayat 71)

Orang yang memiliki bekalan, memiliki neraca tersendiri, teguh pendirian, dan menghargai secara sepatutnya segala urusan. la tidak seperti lalang, yang terbawa oleh tiupan angin ke mana sahaja, terombang-ambing oleh sebarang aliran pemikiran. la menimbang segala urusan dengan neraca syari’at, serta melakukan segala tindakan dengan hati-hati dan iltizam pada ajaran Islam.

Orang yang membawa bekalan yang sedikit akan cenderung untuk malas, tidak produktif, dan tidak mampu memikul tugas-tugas besar serta penting. Sedangkan orang yang membawa bekalan yang cukup akan lebih bertenaga, giat beramal, produktif, percaya kepada diri sendiri, berkemahuan kuat, mampu menghadapi pelbagai keadaan dan mampu memikul tugas-tugas penting serta berbagai kewajiban.

Pendokong da’wah, tentera ‘aqidah, dan orang yang memiliki bekal dapat menyedari peri pentingnya dia dalam barisan serta menyedari tanggungjawab yang ada dipundaknya. Oleh itu, ia bersusah payah menunaikan kewajibannya dengan baik dan menempati kedudukannya dengan tetap, iltizam dengan ajaran Islam dan ta’at pada pimpinan, baik di waktu susah mahupun senang, selama tidak mengandungi unsur maksiat. Tanpa bekalan akanberlakukelengahan, kelalaian dan kegagalan dalam menjalankan tugas-tugas.

Pendokong da’wah mestilah menjadi teladan yang baik bagi orang lain; ia tidak menyalahi nilai-nilai, kefahaman, dan hal-hal penting yang diserukannya kepada manusia. Sebaik-baik bekalan yang dapat membantunya untuk mewujudkan hal di atas adalah bekal taqwa dan keimanan yang membolehkan ia merasa diawasi oleh Allah di waktu sunyi mahupun ketika keramaian, dan mendorongnya untuk meneladani sebaik-baik teladan; Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam.

Orang yang memiliki bekalan, akan memiliki prihatin terhadap persoalan-persoalan kaum Muslimin dan dunia Islam, la turut merasakan harapan-harapan serta prihatin pada penderitaan-penderitaan mereka. la menyambut panggilan kewajiban yang harus ditunaikan buat saudara-saudaranya di bahagian bumi mana pun. Sebab seluruh kaum Muslimin itu seperti satu tubuh. Sesiapa yang tidak peduli dengan urusan kaum Muslimin, maka ia bukan dari golongan mereka

Bekalan di jalan da’wah dapat membantu pemiliknya untuk jujur dengan janjinya serta setia pada bai’ahnya, tidak mengganti atau mengubahnya sehingga bertemu dengan Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Allah Ta’ala berfirman:

Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. (Berlakunya yang demikian) supaya Allah membalas orang-orang yang benar disebabkan kebenaran mereka

(Surah Al-Ahzab: Ayat 23-24)

Kesimpulannya, bekalan di perjalanan dapat menjadikan pemiliknya sebagai pendokong penda’wah contoh yang memahami agamanya dengan sebenarnya dan menyeluruh; jauh dari kekeliruan atau penyimpangan; menyedari kewajiban-kewajiban yang telah ditetapkan oleh Islam untuknya; mengikhlaskan seluruh ‘amal yang dilakukan hanya kepada Allah dan mencari redaNya; memahami tahap-tahap ‘amal, sasaran, dan sarananya serta tidak menyalahinya; dan meyakini bahawa jihad adalah jalan yang di tempuh oleh para pendokong da’wah. Untuk itu, persiapkanlah dirimu untuknya. Korbankanlah segala yang dimiliki untuk perjuangan fisabilillah, prihatinlah terhadap saudara-saudaranya yang sama-sama dalam satu barisan, darjatnya yang terendah ialah “Kosongkan dada dari segala perasaan tidak senang terhadap mereka” dan puncaknya adalah “Ithar”.

Tetap pada kebenaran dan dalam berjihad untuk mencapai tujuan, meskipun jalannya panjang dan memerlukan waktu yang lama, hingga bertemu Allah dalam keadaan seperti itu. Tulus pada da’wah serta jama’ahnya. Terbebas dari prinsip selainnya dan dari berbagai peribadi atau tokoh. Thiqah (percaya) pada Tuhannya, da’wahnya, jama’ahnya dan pemimpinnya. Kepercayaan yang tidak bercampur dengan kebimbangan dan keraguan. Iltizam dengan segala perintah selama tidak melakukan maksiat, dan melaksanakan kewajiban-kewajiban sebagai pendokong da’wan dengan tulus dan jujur.

Demikianlah, dan kita berharap agar manfa’at “bekal”dapat kembali pada pemiliknya dan mudah-mudahan ia menjadi seperti yang diharapkan. Allah-lah yang memberi taufiq dan membimbing ke jalan yang lurus

Tiada ulasan:

Catat Ulasan