Body Artis Terlalu Murah


KUALA LUMPUR: Pelakon Miera Leyana memohon maaf kepada semua pihak atas kesilapannya mengenakan pakaian seksi sehingga menampakkan sedikit sisi payudaranya.

Katanya, dia tergesa-gesa memilih pakaian rekaan Wan Huzairil tersebut pada pagi Jumaat lalu untuk menghadiri majlis makan malam anjuran Rafflesia dan Mandalay di Hotel Le Meridien, di sini, pada hari yang sama.

“Saya memohon maaf kepada yang tidak menyenangi apabila melihat saya berpakaian seperti ini. Saya tidak sempat mencuba terlebih dahulu pakaian ini kerana baru mendapatnya daripada pereka fesyen pada pagi tadi.

“Saya sendiri yang memilih pakaian ini kerana nampak sangat cantik dan lain dari lain. Tak sangka pula apabila pakai, jadi seperti ini.

“Kalau saya pakai tiub, nampak tak cantik pula sebab pakaian ini terdedah di belakang,” katanya kepada mStar Online

p/s itulah gelagat artis kita meminta maaf pada yang tidak menyenangi cara pakaian seksi mereka , tapi siapa yang tidak menyenanginya? hanya allah dan rasul dan juga orang-orang yang beriman sahaja yang tidak menyenanginya . adakah ia meminta ampun dari allah , adakah ia akan bertaubat ? kalaulah tidak ada di malaysia ini orang yang menegur seperti di sesetengah tempat aku rasa artis malaysia akan pakai coli dan seluar dalam saja bila pergi shoping atau majlis makan malam atau majlis anugerah semoga kita bertaubat segala kesalahan kita lakukan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan