Lebih 110 roket Tomahawk dibedil ke Libya


WASHINGTON - Tentera Amerika Syarikat dan Britain membedil sekurang-kurangnya 110 roket jenis Tomahawk ke arah Libya, dalam operasi Odyssey Dawn, bagi melumpuhkan pertahanan udara rejim Presiden Muammar Gaddafi, kelmarin.

Serangan itu dilihat sebagai yang terbesar sejak Perang Iraq hampir lapan tahun lalu dan dilancarkan selepas resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang mengenakan zon larangan terbang dan apa jua pendekatan untuk menghentikan tindakan ketenteraan Gaddafi terhadap negaranya, diluluskan tiga hari lalu.

Timbalan Panglima Angkatan Tentera Amerika Syarikat (AS), William Gortney berkata, roket Tomahawk itu dilancarkan oleh kedua-dua kapal perang dan kapal selam milik AS dan Britain ke arah 20 sistem penyelarasan pertahanan udara bersama dan kemudahan pertahanan pesisir Libya.

“Roket pertama ditembak jam 7 malam (waktu tempatan) diikuti serangan udara yang dilancarkan pesawat pejuang tentera Perancis,” katanya.

Menurutnya, ia adalah serangan fasa pertama daripada pelbagai peringkat operasi serangan.

p/s agenda amerika bukanlah ingin menolong rakyat libya bahkan ingin kepada minyak libya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan