Nak Hentikan Zina Ke Atau Pembuangan Bayi ?

بسم الله الرحمن الرحيم

Ajar pendidikan seks di sekolah - Shahrizat





KUALA LUMPUR 22 Mac - Kementerian Pelajaran disaran memasukkan pendidikan seks dalam kurikulum pembelajaran di sekolah ekoran peningkatan kes buang bayi dan pelbagai gejala sosial di kalangan remaja.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, maklum balas diterima kementeriannya menunjukkan masih ada remaja yang tidak memahami implikasi yang mungkin berlaku jika mereka melakukan hubungan seks di luar nikah.

"Kita anggap rakyat di negara ini terpelajar dan serba tahu tetapi maklum balas diterima kementerian membuktikan masih ada anak muda terutama wanita yang tidak tahu mereka boleh mengandung dan akan berhadapan pelbagai implikasi jika melakukan hubungan intim.

"Disebabkan itu, kita minta Kementerian Pelajaran menimbangkan perkara ini. Kita tidak boleh menyapu isu ini di bawah karpet dan perlu menghadapinya sebaik mungkin.

"Kita perlu berani memberi pendidikan tentang implikasi dari sudut sains dalam kurikulum sekolah mengenai apa akan berlaku jika mereka melakukan hubungan intim," katanya ketika ditemu bual pada program Soal Jawab yang disiarkan secara langsung menerusi TV3 malam ini.


Note: eh depa ni nak hentikan zina ke atau nak hentikan pembuangan bayi je ? awat depani terhegeh-hegeh nak masukan pendidikan seks kat sekolah.kerana generasi sekarang tak buat hubungan kelamin ke ? tu mustahil , orang dulu tak mengaji pun beranak pinak gak.so maknanya pendidikan seks ni bertujuan mengajar generasi sekarang macamna cara menghindari mengandung apabila melakukan seks. maknanya bagi depani seolah-olah berkata kepada pelajar buatlah seks tapi jangan sampai " lekat ".apa kata kalau kita ikut perintah tuhan yang melarang melakukan zina , kompom 110 peratus ( pnjam kata zul nordin ) kes pembuangan bayi tak berlaku.tapi nak wat macammana UMNO memang anak haram so suka la benda-benda yang haram.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan