Reaktor Satu loji ditutup

OSAKA - Jurucakap pegawai tertinggi kerajaan Jepun mengeluarkan kenyataan bahawa loji nuklear Fukushima Daiichi yang terjejas dan mengalami krisis berterusan akibat beberapa siri letupan, akan ditutup, semalam.

Sistem penyejuk reaktor di Loji Satu rosak akibat gegaran berkekuatan 9.0 skala Richter dan tsunami yang melanda negara itu, Jumaat lalu.

Jurucakap Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo, Yukio Edano berkata, sukar untuk dia menjelaskan mengenai perkara itu sebelum mengikuti prosedur yang tepat.

"Melihat dari satu sudut pandangan objektif, sudah jelas Loji Satu di loji nuklear Fukushima Daiichi boleh berfungsi atau sebaliknya," menurutnya lagi.

sinarharian

p/s kerajaan malaysia nak buka logi nuklear pikirla 100 kali dulu jangan dok ghairah sangat mengikut arus permodenan , keselamatan rakyat perlu di fikir dulu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan