27 April, 2011
Umat Islam di Sabah kesal dengan sikap Pergerakan Wanita UMNO dan Puteri UMNO di Sabah yang membiarkan wanita Islam, terutama di bawah umur bekerja di Restoran Cina dipaksa majikan memegang, memasak dan diberi makan makanan yang tidak halal. Naib Ketua Cabang merangkap Setiausaha Cabang PKR Batu Sapi, Zainuddin Hassan mendedahkan demikian setelah bosan dengan sikap Wanita dan Puteri UMNO yang gagal membantu menyelesaikan kemelut perempuan Islam yang bekerja di restoran Cina kerana terus dirantai kemiskinan.
“Mereka bukan sahaja dipaksa memegang, memasak babi, malah diberi makanan yang tidak halal ketika bekerja di restoran. Kita menasihati pekerja berkenaan mengadu kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah dan Wanita serta Puteri UMNO; tetapi tiada sebarang tindak balas daripada institusi berkenaan,” ujar Zainuddin yang memaklumkan pihaknya telah menghantar surat aduan rasmi kepada JHEAINS dan JAKIM.
Kata Zainuddin, isu ini bukan sahaja berlaku di Sandakan, berlaku di seluruh Sabah tetapi paling ketara di Lahad Datu, Tawau dan Kota Kinabalu. “Kebanyakan mereka merupakan pemegang IMM13 dan ramai yang telah mendapat MyPR dan MyKad Malaysia yang diberikan kepada mereka melalui sindiket IC Projek sendikit masa lalu; tetapi isu penting di sini mereka beragama Islam dan kebanyakan mereka adalah ahli Wanita dan Puteri UMNO,” tegas Zainuddin yang kesal kerana tauke kedai tidak prihatin dengan pantang larang penganut agama Islam dan membayar gaji yang terlalu rendah antara RM150 hingga RM300 sebulan/
Sabahkini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan