Caranya halal asalkan Anwar terhapus

Monday, April 11



Dalam dunia politik Umno, memang mereka meletakkan sebarang matlamat politik... tak kira samaada baik atau buruk, asalkan berfaedah saja bagi political mileage diaorang... maka segala apa cara sekalipun akan di halalkan.



Sekarang ini demi kelangsungan parti bangsa Umno, ia lebih banyak bergantung kepada agenda memusnahkan Anwar Ibrahim baik dari segi politik mahupun maruahnya sebagai seorang insan. Jadi tak kira la apa pun caranya, ia adalah halal disisi bangsa Umno. Segala yang ada disekeliling mereka akan dipergunakan demi kelangsungan ini asalkan Anwar musnah, tiada lagi susuk yang akan menghalang kelangsungan Umno.


Kini Suruhanjaya Diraja telah diletakkan sebagai tukul bagi menyelamatkan Umno dengan memangsakan Anwar. Mereka akan mencipta beribu dalil bagi menghalalkan penubuhan sebuah Suruhanjaya Diraja mengadili Anwar dalam isu video seks yang hebat diperkatakan oleh Umno. Umno melihat video hasilan Datuk T ini sebagai senjata baru memusnahkan Anwar dan Suruhanjaya Diraja sebagai tukul terbaik merapatkan kapan Anwar nanti.


Namun, logikkah sebuah Suruhanjaya Diraja mengadili hanya sebuah video seks yang tidak ketahuan punca dari mananya? Dan siapa pelakonnya? Bagaimana dengan permintaan rakyat terbanyak sebuah Suruhanjaya Diraja bagi menghalusi kematian arwah Sarbani dibangunan SPRM? Kenapa Nazri dan Piem Umno, Najib Razak memandang dingin keperluan sebuah Suruhanjaya Diraja bagi mengenal pasti dan memperbetulkan SPRM sekiranya perlu? Apakah video seks yang kononnya melibatkan Anwar itu lebih penting dari nyawa seorang rakyat?


Nazri dan khasnya Najib perlu menjawab kepada keluarga Sarbani kenapa Jemaah Menteri menganggap kematian Allahyarham “tidak sama” dengan kematian Teoh Beng Hock walhal kedua-dua mereka mati dalam perkarangan pejabat SPRM. Reaksi yang begitu hambar daripada Najib dan Jemaah Menteri sendiri membingungkan ramai pihak. Jelas fokus mereka adalah sebuah video lucah yang dipergunakan untuk mengaib musuh politik utama Umno-BN iaitu Anwar. Inilah undang undang rimba, video lucah memerlukan penubuhan RCI manakala kematian seorang pegawai kastam dibiarkan “mengikut prosedur undang-undang yang ada”.


Jika benar sebuah Suruhanjaya adalah perlu menangani isu isu besar melanda kita, maka Najib dan jemaah kabinetnya perlu menubuhkan juga sebuah RCI tentang kematian Altantuya dan pembayaran komisyen untuk kapal selam masih belum terjawab.


Mana dia PERKASA, mana dia GAPS dan badan-badan yang kononnya mewakili rakyat menuntut keadilan. Apakah mereka buta tentang kematian Altantuya yang mengheret imej negara merudum dimata dunia? Atau memang mereka diarah untuk diam terhadap komisyen kapal selam yang tak mau selam....


Inilah suara rakyat yang dimaksudkan oleh Nazri dan suara mereka menjadi pedoman kepada beliau dan Jemaah Menteri pimpinan Najib.

sumber : shalehudin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan