Tuesday, April 12, 2011
KUANTAN, 12 April - Orang ramai di bandar ini semakin tidak faham apakah akan jadi kepada "Agama Islam" jika ternyata tiada undang-undang syariah yang ketat untuk mengawal aktiviti maksiat di negeri ini. Apa guna ada penguasa agama dan jabatan agama yang terbabit, jika kesalahan yang jelas melanggar kesucian agama Islam itu dipersendakan oleh orang Melayu yang kononnya beragama Islam itu sendiri. Terbaru, isu pendedahan pertandingan ratu cantik mak nyah "Miss Malaysia Pahang 2011" yang diadakan sebuah hotel di sini. Secara berani ada peserta yang mengaku mereka menyertai pertandingan itu kerana tahu bahawa undang-undang syariah di Pahang tidak ada kuasa untuk mendakwa mereka biarpun didapati salah di mata rakyat sekali pun. Antara kenyataannya “Kami tidak takut menyertai pertandingan itu kerana pihak penganjur menjelaskan negeri berkenaan (Pahang) tidak mempunyai undang-undang yang boleh disabitkan kepada golongan mak nyah mahupun penganjuran program berkenaan". Bukankah kenyataan ini jelas sekali satu penghinaan dan menjatuhkan maruah Kerajaan Negeri Pahang sendiri. Bahkan, sepatutnya Mufti Pahang mengambil peranan untuk menjawab segala kecelaruan ini. Namun, nampaknya masing-masing mengambil sikap berdiam diri dan tidak mampu untuk berkata apa-apa. Mungkin kerana terkejut dengan pendedahan yang dibuat ini agaknya. Jika inilah caranya, maka rakyat berhak menolak mereka dalam pilihanraya umum akan datang. Jika tidak agama Islam akan terus dipersendakan dan dipermainkan oleh pihak luar. Apakah gelaran "Kuantan Hatyaai Pantai Timur" mahu diambil kembali oleh Kerajaan Negeri?, selepas dimalukan oleh pihak media satu ketika dulu. Maka, lakukanlah perubahan.
Panas, salah seorang peserta ini dikatakan anak kepada mantan exco Pahang
[Paling menggemparkan, siasatan terbaru kami mendapati salah seorang peserta pertandingan tersebut dipercayai merupakan anak kepada "Mantan Exco Kerajaan Negeri Pahang" sendiri rupanya. Maklumat masih dikumpul untuk mengetahu dan mengesahkan siapakah bekas exco terbabit. Tambahan pula beliau dikatakan masih memegang beberapa jawatan penting dalam pentadbiran kerajaan negeri pada masa ini. Jika maklumat ini benar dan sahih, maka sudah pastilah ini satu berita yang amat dinanti-nantikan oleh umat Islam di Pahang sebenarnya. Mereka akan terkejut, sebuah negeri yang dipimpin oleh orang Melayu beragama Islam membenarkan penganjuran acara maksiat dalam sebuah hotel yang mana kerajaan negeri ada ekuitinya dan kini yang terlibat pula anak mantan seorang exco kerajaan negeri Pahang. Soalnya siapakah mantan exco terbabit?. Tunggu pendedahan eksklusifnya selepas ini].
sumber : pahangdaily.blogspot.com
p/s apa nak herankan kalau UMNO yang merintah memang yang tu depa syok pun,namun jabatan mufti cepat-cepatla ambil tindakan jangan sampai orang ramai protes, marah pulak nanti.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan