Sumpah Laknat Pulak Dah!!!!! : Kalau Aku Jadi Anuar , Aku Pun Tak Mau Sumpah Laknat Kerana.........??
Pertamanya : aku tak perlu sumpah laknat sebab satu Malaysia tau , orang dalam video klip tu bukan aku tapi mamat boroi mana tak tau. Bukan hanya penyokong pakatan je yang percaya orang dalam video tu bukan aku , bahkan orang UMNGOK pun tak kata aku dalam video tu , depa hanya kata` mirip ` aku je. So watpa aku nak bazirkan masa aku untuk sumpah laknat…
Keduanya : Datok Eskay cabar aku bersumpah , tapi takdak sorang mufti pun kata yang aku wajib sahut cabarannya ataupun sunnat,paling kurang harus ja , so watpa aku nak serius sangat dengan benda yang takdak pahala…..
Ketiganya : kenapa dato` Eskay tak ajak aku bersumpah laknat bila aku mula menafikannya ? mungkin dia terdesak sangat kot ? semua bukti yang dia bagi tak boleh pakai. So watpa aku nak layan orang yang terdesak sangat nak pekena aku.
Keempatnya : Dia ajak aku bersumpah di masjid , setahu aku yang nak menjatuhkan hukuman bukannya tok imam atau bilal ataupun tok siak tapi tuan hakim , takkanla tuan hakim nak bawa merton dia sekali p masjid untuk jatuhkan hukuman sapa salah atau sapa yang tak besalah. Kalaupun tuan hakim boleh p masjid untuk dengar sumpah laknat dan jatuhkan hukuman,macam mana pulak dengan peguam aku Karpal singh ? dia bukan islam , kalau dia masuk masjid , puak UMNGOK yang bodoh piyaq akan buat isu pulak , kata pakatan rakyat menghina masjid sebab bawa bukan islam masuk masjid. So isu video seks pun tak selesai lagi watpa aku nak timbulkan isu lagi…
Kelimanya : kalaulah aku bersumpah laknat dengan mengatakan aku tak buat seks dengan amoi tu , adakah mahkamah akan tutup kes aku ? bolehkah Dato` Eskay beri jaminan bahawa mahkamah akan tutup kes aku ? kalau tidak, watpa aku nak buat perkara yang tidak mendatangkan keuntunggan pada diri aku ?
Keenamnya : kalau aku bersumpah laknat sekalipun , polis tetap buat siasatan , mahkamah tetap bicarakan dan kalau ikut aku , aku payah nak percaya kat depani , depa boleh jatuhkan hukuman ikut suka depa ja. Kalau mahkamah kata aku bersalah, orang akan percaya kat mahkamah , orang takkan tengok dah sumpah laknat aku. So akan timbul pulak isu ,mengatakan aku pembohong dan bersumpah palsu. Mengapa perlu aku masuk dalam perangkap depa ?
So kalau dato` Eskay seronok sangat nak cabar sumpah laknat . suruh dia cabar makcik Rosmah sumpah laknat untuk bersihkan dia dari tuduhan terlibat dalam kes amoi monggolia tu……
abusyahirah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan