Inilah Sumpah Seekor Sesumpah ?
Didalam berita harian Dato` Eskay telah berkata :“Saya sudah buktikan... perlu faham, saya tidak tuduh Anwar berzina, sebaliknya hanya menunjukkan video berkenaan kepada kumpulan media supaya menyaksikan sendiri siapa pelaku dalam video berkenaan,” katanya
Cuba kita tengok ucapan Eskay ketika dia bersumpah laknat : "Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Aku bersumpah aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video itu dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video itu. Sekiranya aku memfitnah, Allah akan melaknat akan ku."
cuba hangpa teliti betul - betul Eskay cakap putaq belit , sat kata Anuar yang jadi pelaku , sat kata bukan . kalau hangpa dok percaya lagi mangkok hayun ni aku tak tau la nak kata apa..
kalau dengan sumpah - sumpah ni orang dulu-dulu tak berani nak sumpah kalau tak betul. Tapi zaman sekarang lain. Ini zaman Johnny Depp jadi Rango, seekor sesumpah. Dan dalam zaman serba moden ini kebanyakan yang bersumpah itu sebenarnya tak banyak beza dengan seekor sesumpah, boleh berubah warna dan lidah berbelit.
Tak perlulah nak pening kepala sama ada kita boleh pakai sumpah seorang kutu dalam masjid tentang lubang juburnya dijolok, atau sumpah seseorang yang tak pernah main dengan awek Mongolia atau sumpah baru-baru ini oleh seorang Datuk tentang video baik punya yang dia ada itu adalah ori dan bukan Bangkok mari.
Setiap hari orang bersumpah dan kemudian buat perangai seekor sesumpah. Dalam mahkamah tiap-tiap hari orang bersumpah kemudian semua putar belit cerita supaya terlepas dari hukuman. Budak-budak sekolah bersumpah setiap kali perhimpunan dengan mengangkat ikrar tapi dah besar panjang nanti seekor-seekor jadi sesumpah. Yang Islam bersumpah kalimah syahadah tapi berapa kerat saja yang pegang pada sumpahnya itu? Teruna bersumpah 'I love you' pada si dara sebabkan nak dara semata-mata bukan betul cinta pun. 'Sumpah abang tak kahwin lain' kata suami pada isteri sebelum berangkat kahwin satu lagi di Golok pun sumpah juga namanya. Yang tandatangan penerimaan kad kredit sebenarnya bersumpah nak bayar hutang kad kredit tapi berapa juta rakyat Malaysia yang kemudiannya haram tak bayar hutang dan melanggar sumpah?
Benda-benda sumpah laknat ini, sumpah boleh dimakan dek sumpah, sumpah dalam masjid, sumpah dalam mahkamah, sumpah atas nama Tuhan dan segala jenis cucu-cicit sumpah semuanya tak boleh pakai.
Jadi jadah apanya dalam Malaysia ini, semua benda politik nak bersumpah? Nak jadi sesumpah?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan