Mai Baca Pemikiran Bodoh Pemimpin Umno Dari Najib , Sembab , KJ , Sharizat


Beberapa hari yang lalu saya telah mengemukakan isu pengamalan budaya rendah dalam kalangan pemimpin-pemimpin UMNO. Kini kita apat menyaksikan keparahan pemikiran para pemimpin UMNO itu untuk menyelesaikan permasalahan yang sedang dihadapi. Perkara termaklum terpancar jelas dalam ucapan-ucapan yang disampaikan oleh Perdana Menteri (PM), Timbalan Perdana Menteri (TPM), Ketua Pemuda UMNO, dan Ketua Wanita UMNO.


NAJIB


Dalam ucapannya di luar negara, dia menyifatkan subsidi kepada rakyat sebagai candu. Apabila ketagih candu, seseorang akan sukar melepaskannya. Tidak dapat dibayangkan hingga ke tahap itu sekali dia sanggup menghina rakyat sendiri. Sebenarnya, dia menjatuhkan martabat rakyat untuk menjatuhkan martabat sendiri di hadapan orang luar. Kecelaruan pemikiran ini hadir dalam diri PM kerana tidak mampu lagi menggunakan minda yang rasional untuk membuat keputusan bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Di tanah air dia dikecam kerana menggunakan jalan mudah yang menjengkelkan akibat ketandusan idea.


Bagi rakyat yang cerdik, tindakan tersebut tidak lebih daripada usaha burung unta yang menyorokkan kepala apabila terasa tidak selamat. Rakyat maklum bahawa kerajaan menghadapi masalah kewangan bukan disebabkan oleh subsidi. Sebab utamanya ialah rasuah, pembaziran, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, dan sebagainya. Rakyat boleh mengakses kebenaran dakwaan tersebut melalui pelbagai sumber maklumat yang autentik. Rakyat juga tahu jumlah dan siapa kroni yang mengelilingi PM serta peranan dan fungsi mereka.


MUHYIDDIN


Dia marah kepada pembangkang kerana memanipulasikan isu kenaikan harga gula dan RON97 serta kemungkinan-kemungkinan kenaikan harga RON95 dan tarif elektrik. Kemarahan itu disertakan pula dengan herdikan pembangkang hanya tahu mengkritik tetapi tidak mampu menunjukkan jalan kepada kerajaan untuk sama-sama menyelesaikan sebarang masalah yang timbul. Rakyat menggeleng kepala melihat telatah TPM ini.


Siapa kata pembangkang tidak beri idea? Lihatlah cadangan-cadangan dalam Buku Jingga. Tak payah potong subsidi untuk rakyat. Potonglah subsidi kepada IPP yang menguntungkan taukeh-taukeh besar itu. Kenapa potong subsidi untuk rakyat sedangkan projek PERMATA dapat RM111 juta? Kenapa bagi kenaikan gaji kepada hanya 2% guru sedangkan 98% lagi dibiarkan terliur sahaja? Inilah yang rakyat marah.


KHAIRY


Dia kata UMNO saja yang boleh menolong Melayu. Hakikatnya, UMNO ialah pengkhianat Melayu. Dah lebih 50 tahun berkuasa, orang Melayu dok tang tu jugak. Banyak lagi bukti UMNO khianati Melayu. Maklumatnya boleh diakses di merata tempat. Tak payah kelentonglah. Buat malu Melayu saja dengan dakwaan itu.
Semasa bapa mentuanya berkuasa, dia sokong pemotongan subsidi. Katanya tindakan itu rasional kerana dapat mengimbangi defisit bajet. Alih-alih sekarang ini dia lawan Najib pulak. Katanya tak patut potong subsidi. Nanti rakyat susah. Rakyat akan marah apabila disusahkan. Caralah kaedah lain. Mengapa tiba-tiba tukar pendirian? Cuba nak jadi juara rakyat ke? Rakyat dah baca pencak silat Khairy. Maklumlah dah dekat Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) !!! Tidak payah bersandiwaralah.


SHAHRIZAT


Seluruh Malaysia sedang bersedih kerana tragedi yang menimpa anak-anak yatim di Hulu Langat. Dia sibuk dengan rumah anak yatim itu tidak mendapat kebenaran daripada mana-mana pihak. Mengapa hal itu yang didahulukan? Bukankah Najib kata "Rakyat Didahulukan" ? Nampak benarlah tiada yang sokong 1 Malaysia dalam kabinet Najib. Kesian Najib melalak sorang-sorang. Bukan saja orang tak peduli malahan juga tidak faham sepatah haram pun dengan konsepnya. Cadang nak tarik sokongan bukan Melayu, rupa-rupanya orang Cina semakin jauh menyingkiri UMNO/BN. Menteri-menteri seangkatan dengan Shahrizat yang dilantik oleh Najib sendirilah yang menjadi pemusnah kepada konsep 1 Malaysia seperti yang berlaku kepada konsep-konsep lain sebelum ini, iaitu Kepimpinan Melalui Teladan dan Islam Hadhari.

SANGGAHAN TERHADAP KEHARUAN DAN KEKELIRUAN PEMIMPIN UMNO


“Subsidi, pada keseluruhannya, seperti candu. Sekali anda ambil candu sukar untuk mengikis tabiat buruk; sekali anda memberi subsidi, sukar untuk diambilnya tanpa beberapa kos politik,” demikian kata satu petikan dari media. Astaghfirullah al-Azim, inilah yang dikatakan celaru. Bagaimana seorang pemerintah tergamak menganggap tugas murninya menyempurnakan keperluan rakyat sebagai suatu amalan buruk dan wajar dihentikan?

Nampak sangat UMNO kini cuba lari dari tanggungjawab memenuhi keperluan dan kepentingan rakyat, bukan? Lalu bagi merasionalkan tindakan pengecut itu, mereka cuba menyamakan amalan subsidi (membela kepentingan rakyat) sebagai ‘candu’ (sesuatu yang membawa kesan buruk dan mesti dihentikan).

“Ketara benar BN semakin hilang punca dan mati akal memikirkan kaedah menyelamatkan kewangan negara. Yang mereka tahu nampaknya hanya menyalahkan rakyat, lalu memaksa rakyat menanggung beban itu,” kata seorang rakan.
Menambahkan koleksi kes-kes membuktikan kecelaruan minda pemimpin UMNO ialah tanggapan serong mereka terhadap himpunan anak-anak muda di Kota Bharu, hujung minggu lalu.


Media melaporkan, Himpunan 10 Ribu Jentera Pemuda PAS Kelantan di Stadium Sultan Mohamad ke-IV, pada 21 Mei lalu menggamit kehadiran lebih 15,000 anak muda. Sebahagian mereka adalah pelajar sekolah agama dan maahad tahfiz di negeri itu.


Tidak mengapa jika UMNO mahu menempelak PAS di atas kejayaannya menghimpunkan belasan ribu anak muda di stadium malam itu. Para pemimpin UMNO boleh mengatakan apa saja untuk memperlekeh usaha PAS itu. Ia boleh diterima sebagai adat politik.
Namun untuk menganggap apa yang dilakukan PAS Kelantan itu sebagai ‘meracuni pemikiran’ anak-anak muda adalah suatu yang amat mendukacita, bahkan agak terlampau. Malangnya, itu lah yang seolah-olah menjadi kegemaran para pemimpin UMNO. Mereka kelihatan amat selesa melontarkan tanggapan amat negatif terhadap aturcara yang berlangsung malam itu.


Di sinilah perlunya pemikiran dan penilaian lebih rasional dari semua pihak, khususnya para pemimpin UMNO yang semakin tersumbat minda mereka itu. Walau pun majlis malam itu dianjurkan entiti politik dan tidak boleh disangkal memang disulami agenda politik, perlu juga diteliti apakah bentuk pengisian program malam itu.


Bagai dilaporkan kepada umum, program itu dipenuhi ucapan-ucapan para pemimpin PAS yang selalunya memang berselit ayat-ayat al-Quran, seruan berjihad meninggikan agama Allah dan pesanan mentaati perintah agama.


Bagi sesiapa yang gemar membelek al-Quran, mereka akan bertemu dengan ayat: “Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah Allah), serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh” (Fussilat 41:33).


Di majlis itu juga, anak-anak muda dilibatkan dengan agenda solat berjamaah, solat hajat, khatam al-Quran dan seumpamanya. Bergema sekitaran Bandaraya Islam itu dengan bacaan ayat-ayat suci.


Apakah UMNO tidak mampu membezakan antara kemurnian kalimah suci dengan kebingitan tepik-sorak pentas hiburan yang melalaikan? Mereka bukannya dihimpunkan untuk menjayakan konsert 1Malaysia atau apa-apa anjuran yang tidak menjadikan kalimah Allah sebagai suara utama, sepertimana lazim ditaja UMNO.


Ternyata minda pemimpin UMNO amat celaru dan keliru sekiranya sanggup menganggap tindakan menghimpun anak-anak muda untuk membaca al-Quran sebagai ‘meracuni’ pemikiran mereka. Sedangkan al-Quran sendiri mengesahkan bahawa pada ayat-ayatnya itu sebenarnya mengandungi penawar untuk pelbagai jenis penyakit manusia.


Alangkah jahilnya mereka. Astaghfirullah!!!

dipetik dari : bilahrotan.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan