UMNO/BN Takutkan " Kuning " Lebih Dari Tuhan

Umum mengetahui yang sekarang ini fenomena 'demam kuning' sedang melanda Malaysia. Jika dulu, mereka fobia dengan warna hijau. Sehinggakan apa saja yang berwarna hijau, telah dinyahhijaukan. Sekarang ini mereka fobia dengan warna kuning pula. Sehingga keluar 'fatwa' bahawa warna kuning diharamkan terutama pada 9 julai 2011 nanti. Kah Kah Kah...

Sesiapa yang berpakaian kuning atau seumpamanya apatah lagi baju T BERSIH, akan ditangkap dan disumbat ke lokap selama 24jam. Kelmarin, keluar berita seorang pemuda telah dihalau oleh seorang AJK masjid dengan angkuhnya daripada menunaikan solat di masjid semata-mata kerana pemuda tersebut memakai baju kuning BERSIH Alahai.. Sampai macam tu sekali?




Pakai baju BERSIH pun salah? Agaknya mereka ini suka pakai baju KOTOR. Lepas ni, semua murid-murid dikehendaki memakai baju KOTOR ke sekolah. Nak masuk masjid pun kena pakai baju KOTOR. Kalau tak, kena halau dan dihumban ke lokap. Nak buat macam mana kan. Kalau otak dah KOTOR, memang tak dapat terima benda-benda BERSIH ni. Orang PENGOTOR memang tak sukakan KEBERSIHAN. Heheh..

Fobia dengan warna kuning? Orang yang fobia dengan warna dan perkataan kuning, digelar XANTHOPHOBIA. Adakah anda tergolong antara spesies tersebut? Jika YA, sila buat memorandum agar Kerajaan memansuhkan apa sahaja yang berwarna kuning di Malaysia ni.

Selepas ini, lampu isyarat kuning akan ditukarkan kepada warna biru. Pili bomba juga tidak lagi berwarna kuning. Buku telefon, Yellow Pages akan ditukarnama menjadi Blue Pages mungkin. Nama penyakit demam kuning akan menjadi demam merah. Pokok-pokok pisang juga akan ditebang. Kasut Pua Chu Kang hanya akan dijual dengan warna hitam sahaja. Hasil penjualan ubat gigi juga dijangka meningkat mendadak kerana orang ramai bimbang ditangkap kerana gigi kuning. Nak buang air besar? Pastikan 'hasil'nya tidak berwarna kuning.



Kepada pengguna Digi, anda boleh mula berkira-kira untuk bertukar ke rangkaian lain seperti Celcom atau Maxis kerana dikhuatiri signal Digi hanya akan tinggal 1 bar atau zero. Sebab maskot Digi, Yellow Man kemungkinan besar akan di penjara dan dihukum gantung mandatori. Watak power rangers kuning, teletubbies kuning dan Spongebob juga akan diharamkan. Manakala watak Bumble Bee dalam cerita Tranformers yang baru menjengah pawagam juga akan di'censored'!



Begitulah betapa hebatnya fenomena kuning BERSIH yang sedang melanda Malaysia sekarang ini hingga menimbulkan rasa fobia teramat sangat bagi pihak yang berkenaan. Tetapi, kenapa semua itu dikatakan HARAM? Sedangkan aurat isteri dibiarkan terdedah, halal pula? Artis seksi-meksi, tidak pula dikutuk. Sedangkan selebriti yang berpewatakan muslimah pula dikecam teruk? Judi, arak, masih halal dijual?

UMNO Takut Kt P.BERSIH 2.0 Sampai Tahap Gila Khinzir , Polis Kena Sawan Babi

KUALA LUMPUR 29 Jun - Pihak polis akan menahan sesiapa sahaja yang mempamerkan apa-apa perkataan atau lambang yang menghasut orang ramai menyertai perhimpunan haram yang dianjurkan oleh beberapa kumpulan di ibu negara pada 9 Julai ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar (foto). "Bukan sahaja baju, kereta, bas, kasut, seluar dan apa sahaja yang berbau hasutan akan ditangkap di bawah undang-undang yang boleh diguna pakai,” katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini hari ini. Beliau berkata, antara undang-undang yang boleh digunakan dalam tindakan ini ialah Seksyen 27(5) Akta Polis iaitu percubaan untuk mengadakan perhimpunan haram. Sehubungan itu, Ismail menasihati kumpulan yang berlainan ideologi itu supaya batalkan hasrat mengadakan perhimpunan haram demi keamanan negara. Bernama

[Nampaknya Malaysia kini menuju ke arah negara polis. Pihak yang sepatutnya menjaga keselamatan rakyat itu kini benar-benar telah diperalatkan oleh kerajaan UMNO BN bagi menghalang satu perhimpunan yang bertujuan untuk membersihkan segala kepincangan yang berlaku dalam pilihanraya di Malaysia sejak sekian lama. Kenapa polis perlu takut sehingga sebegitu rupa, sedangkan mereka sepatutnya bersama-sama rakyat mengawal keadaan agar tidak berlaku kekecohan dan perbuatan yang tidak diingini sepanjang himpunan tersebut. Namun, tindakan polis keluarkan kenyataan seperti ini membuktikan mereka memang rela menjadi alat perkakas UMNO BN untuk menghalang rakyat itu sebenarnya].

Pertubuhan Silat Sepatutnya Membantu Rakyat Yang Ingin Keadilan , Bukan Membantu Pemerintah Yang Zalim , Kalau Hebat Sangat Pergila Gaza Lawan Israel , Jangan Lawan Rakyat Sendiri

ADA seorang Guru Silat, terkenal dulu kerana pernah dibuang daerah ke Pulau Jerjak kalau tak silap kerana menunjukkan `gedebe'nya. Bila keluar dari pulau tersebut, menjadi pengampu nombor Wahid kepada Umno. Baru-baru ni, Guru Silat yang OKU ini bercakap bagaikan `Panglima Harimau Berantai' kununnya sanggup bermandi darah sekiranya BERSIH meneruskan perhimpunan.

Guru Silat ini dulu pernah menunjukkan `kehebatan'nya apabila beliau di`tanam' hidup-hidup selama beberapa minit. Setahu saya Silat yang sebenarnya bukan untuk dimegah-megahkan tetapi hanya digunakan untuk mempertahankan diri atau membantu orang yang dizalimi. Tetapi, sekarang ini Silat hanya sebagai pertunjukan sahaja lebih dahsyat lagi pertubuhan Silat kini banyak yang telah diperkudakan.

Adalah lebih baik Guru Silat ini tidak melibatkan diri dengan pihak yang zalim demi untuk mendapat nama. Untuk apa beliau mahu menunjukkan hebat kepada kumpulan BERSIH yang berniat baik? Jika mahu sangat berjuang, hantar sahaja nama dan kumpulkan anak-anak muridnya itu untuk berpencak silat di Palestine bagi menentang Israel. Di sana, bukalah berapa banyak `bunga atau langkah' sekalipun, mudah-mudahan dapat `mati syahid'.

Mengapa sibuk mahu tunjuk hebat kepada rakyat yang mahu membersihkan sistem yang kotor? Sebelum mahu ke medan juang, tentukan dahulu siapa musuh kamu yang sebenar. Jangan ikut rentak puak yang akan memperbodohkan petubuhan kamu itu. Adakah bila Guru Silat ini berkata akan menentang BERSIH, maka rakyat yang menyokong tuntutan BERSIH ini akan kecut? Jika pihak Polis yang memberikan berbagai amaran pun peserta BERSIH tetap istiqomah untuk berhimpun, apa sangat lah dengan Guru Silat ini.

Kita bukan mahu memperlekehkan pertubuhan silat, tetapi kita sedih bila melihat Pendekar-Pendekar yang terlatih ini diperbodohkan oleh puak yang ingin terus berkuasa dan menindas rakyat. Tergamakkah pertubuhan silat ini melanggar sumpah pendekar mereka sendiri? Masih banyak lagi pertubuhan silat yang tidak mahu menonjolkan diri dan mengampu kerana mereka tahu tujuan dan motif pihak yang menentang BERSIH ini.

Seandainya Guru Silat ini masih merasakan beliau hebat dan ingin menunjukkan egonya, kita tak mampu berbuat apa-apa. Kita tidak mahu beraduh dengan sesiapa tetapi kita juga tidak mempunyai sebab untuk tidak berhimpun hanya kerana Guru Silat ini./wfauzdin.blogspot.com

Umno Bukan Saja Takut Perhimpunan BERSIH Bahkan Baju T BERSIH Pun Depa Kecut...

Lapan tuntutan Perhimpunan Bersih itu adalah suara hati nurani rakyat yang sudah sekian lama disuarakan melalui pelbagai saluran.
Sekiranya ia dilaksanakan sepenuhnya, sudah pasti negara dapat mewujudkan sistem pemilihan kepimpinan negara yang lebih utuh, dipandang tinggi oleh rakyat dan dihormati masyarakat antarabangsa,

Sungguh mengaibkan Umno BN yang telah mengurus negara hampir selama 54 tahun, masih menggunakan pendekatan ugutan dan menakut-nakutkan rakyat bagi menghalang perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, segala ancaman dan tekanan pemerintah BN terhadap aktivis perhimpunan itu adalah manifestasi dari ketakutan dan kecemasan melulu mereka kepada keberanian rakyat dalam menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap sistem pilihan raya negara ini.

Lojiknya, kata beliau selepas sekian lama mentadbir negara dan sistem pilihan raya pula memang dijalankan secara telus dan adil, BN dan Umno seharusnya menerima pandangan dan suara rakyat ini secara jantan dan berjiwa besar.


Katanya, kritikan rakyat terhadap kaedah pilihan raya diurus di negara ini terlalu banyak rasionalnya.

Menurutnya, SPR sendiri berulang kali menyatakan bahawa sistem yang ada memang banyak kelemahannya.

Malah, kata beliau mengakui tidak berupaya memperbaikinya berasaskan peruntukan undang-undang yang sedia ada.

Lebih jauh, tambahnya persepsi rakyat kini, SPR bukan sahaja banyak kelemahan, malah amat ketara menunjukkan sikap memihak dan gagal mengurus undi rakyat secara telus, adil dan meyakinkan.

Justeru, pihaknya kesal terhadap tindakan menyekat dan menangkap para aktivis Perhimpunan Bersih yang sedang dilakukan sekarang.

Beliau juga kecewa dengan kaedah pihak berkuasa dan instrumen pemerintah yang menggunakan pendekatan melabel kelompok rakyat yang menyokong perhimpunan secara aman.

Lebih buruk, katanya ada pula media pendokong Umno yang menggunakan pendekatan ekstremis agama dan rasis dalam usaha mereka menyekat suara rakyat ini.

“Dalam hal ini tindakan pemerintah menahan 30 aktivis PSM serta menuduh mereka cuba menghidupkan semula ideologi komunis adalah tindakan terburu-buru dan cemas yang melulu,” katanya.

Tambahnya, PKR menyokong tuntutan Perhimpunan Bersih yang dirancang teliti supaya berlangsung secara aman pada 9 Julai ini.

Beliau berkata, adalah menjadi hak asasi rakyat untuk berhimpun secara aman dan menyuarakan hasrat mereka sesuai dengan apa yang ada di dalam perlembagaan.

Katanya, kenyataan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam yang telah menyeru pihak berkuasa membenarkan Perhimpunan Bersih ini seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan adalah amat dipersetujui dan disokong.

“Lapan tuntutan Perhimpunan Bersih itu adalah suara hati nurani rakyat yang sudah sekian lama disuarakan melalui pelbagai saluran.

“Sekiranya ia dilaksanakan sepenuhnya, sudah pasti negara dapat mewujudkan sistem pemilihan kepimpinan negara yang lebih utuh, dipandang tinggi oleh rakyat dan dihormati masyarakat antarabangsa,” ujarnya.

Ini, ujarnya akan mewujudkan budaya masyarakat madani (civilized society) ke arah negara yang lebih maju, adil dan makmur.

“Anehnya, jika pilihanraya yang bersih akan menguntungkan kesemua pihak –pemerintah dan yang diperintah, mengapa pula Umno terlalu takut dengan pilihan raya yang bersih,” katanya.-Hrkh

Ingin Jadi Peserta The Sex Race?

June 29, 2011

Aku petik artikel ini dari cursingmalay.blogspot.com

Agak senang kalau nak mengatakan "Tuhan tutup aib kita kalau kita tutup aib kita.." Ramai yang tak sedar sebenarnya Tuhan tutup aib kita kalau kita dah mohon maaf dengan Dia.Tapi masyarakat kita sekarang ramai menggunakan alasan tu untuk menghalalkan apa yang diorang dah buat atau yang masih lagi diorang buat.

Perasaan bersalah tu ada atau tidak masing2 punya hal tapi sekarang ni wujud ramai golongan yang menggunakan alasan tu untuk teruskan niat jahat dia.Sebab tu ada golongan Melayu yang;

1, mempertikaikan kenapa perlunya tangkapan khalwat dilakukan.

2. marah dengan jiran yang sibuk kalau jiran report anda selalu anjur parti maksiat kat rumah...atau jiran busybody.

Semua itu dihalalkan dengan alasan "itu hak aku,privacy aku,aku punya suka nak buat apa."

Lelaki...setiap masa fikir pasal pempuan.HIdup lelaki bujang,ramai yang hidup dia hanyalah untuk menambahkan bilangan berapa helai pakaian gadis yang telah berjaya ditanggalkan. Orang macam ni pada aku takde hati dan perasaan.Bukannya sebab kesian dekat awek tu,tapi sebab kesian dekat bakal suami dia.Hehehe..entahlah.Aku tak tau macam mana orang macam ni berfikir.Takde ke rasa kesian dekat suami awek tu dapat bekas konek kau?Mana pegi brotherhood lelaki?

Golongan-golongan macam ni makin ramai kat Malaysia.Ini seolah2 sudah menjadi satu trend,kalau lelaki tu ada rasa diri dia diminati awek-awek dan lelaki itupun terpengaruh sama,satu2 nya matlamat untuk bergelfren ni hanyalah satu..."cubalah menanggalkan seluar/kain gelfren sehingga berjaya. "

Tipu lah kalau lelaki takde fikir camtu.Aku pun ada fikir camtu.Kau pun ada fikir camtu.Benda tu akan datang secara automatik tak kiralah sealim mana pun kau.Cuma orang yang kuat agama ni dia mampu kontrol..orang yang tak berapa kuat dia akan terbabas la.Cuba baca cerita aku 27hb Jun,cuba baca komen....ramai pempuan yang tanya "eh eh kenapa lelaki macam tu aa?Kenapa lelaki suka sangat dengan cleavage?Kau lelaki,kau la yang kena control pandangan kau..suka hati pempuan la nak tunjuk cleavage ke tidak.."

Fakta untuk orang perempuan;
Kau pakailah macam mana pun,kau pakai purdah,hijab,kau pakai baju besi sekalipun..once kau itu perempuan...lelaki akan pandang kau, nature....dalam Quran sendiri ada sebut,semua perempuan yang keluar rumah dihiasilah dia oleh syaitan yang menarik pandangan lelaki.

Once kau dah jadi gelfren kepada seseorang lelaki pulak,setan akan bisik dalam telinga lelaki tu..."Minah ni dah percaya dengan kau....apa kata kau cuba mintak dia buktikan cinta dia dengan kau?" Itu belum masuk bab perempuan seksi yang jadi gelfren seseorang lelaki....lagi gembira lah setan sebab kerja makin senang.Goyang2 sket setel..senyum la si setan sebab takyah kerja overtime.

Dalam sekumpulan lelaki,mesti akan wujud sesuatu yang aku term kan sebagai "The Sex Race."Berapa lama seseorang lelaki itu mampu kekal virgin dan berapa orang perempuan yang mampu dia tiduri sebelum dia settle down.Ini adalah hobi ramai lelaki dan dengan setiap detik yang berlalu,akan makin ramai orang macam ni yang wujud.

Aku tau ramai orang perempuan kat luar sana yang tak pernah tengok video lucah Melayu.Paling ramai orang tengok pun mesti video "Anwar?" atau video "Pramugara Terlampau." Hakikatnya,TERLALU BANYAK video lucah Melayu kat luar sana yang melibatkan budak2 Melayu.Yang baru aku tengok,tah website mana tah share,aku tak ingat...4 orang budak sekolah dengan seorang awek,duduk tepi sungai (nampak macam kawasan air terjun) sambil borak2 pasal tetek dan kelentit budak pempuan tu sambil 4 orang ni duk picit2 badan dia.MInah tu dengan selambanya tanya kat 4 orang ni,"aku seksi ke?" "aku punya cipap ni best ke?" dan banyak lagilah....semua terjadi waktu siang.Dan diorang..budak sekolah.Minah tu punya kerjasama siap kangkang kaki dia bagi mamat2 tu tengok jelas2 sambil shoot video.

Nak rasa ghairah tengok video camtu?
Marah ada la..
Marah dengan orang Melayu...anak bodoh salahkan cikgu.

Itu adalah satu contoh "Sex Race" yang berlaku dalam masyarakat kita.Orang lelaki berlumba-lumba untuk mendapatkan tubuh wanita dan makin lama,had umur untuk ada terasa nak join the Sex Race ni makin rendah.Kalau dulu umurnya 15 tahun baru nak menggatal,masa depan mungkin budak UPSR dah menggatal (ini betul2 terjadi tapi lain kali punya cerita la)

Itu belum sebut pasal video seorang perempuan atas tong ais kaler oren dan berapa belas orang lelaki desperate keliling dia gilir2 ikut turn siapa yang nak.Atas tong ikan pun jalan....asal inzal....

Kau takde rasa kesian ke dekat lelaki lain?
Kau takde rasa ke kesian dekat suami dia?
Kau takde rasa kalau benda tu jadi kat isteri kau,kau buat apa?

Selalunya mamat2 yang kaki beromen ni buta hati sket.Kalau kau cuba tanya dia,"Kau dah tibai berapa orang perempuan,kau tak takut ke nanti kau dapat isteri yang dah banyak kali kena tibai?"

Selalunya dia akan jawab,"Hehehe,aku dah nak kawin dengan dia..aku la tanggung.." Padahal dalam hati punyalah sakit...sama ada menyesal dengan Tuhan atau menyesal sebab dapat isteri dah barai,paham2 sendiri.

And so,berbalik lah kita kepada persoalan asal....jika anda seorang lelaki,adakah anda salah seorang peserta The Sex Race,yang setiap hari bangun tidur dengan perempuan berlainan?Setiap weekend singgah spa untuk dapat happy ending sebab kalau tak dapat kepala anda serabut?Setiap masa duk berfikir macam mana nak hilangkan teruna anda?Setiap waktu duk berfikir "kalau lah Tuhan balas dekat aku dapat seorang bini yang kaki kongkek macam aku,macam mana?"

Ingat tak kenapa aku kata perempuan adalah pembina atau penghancur masyarakat?
Dalam 2 video yang aku cerita...cuba tengok balik...berapa orang wanita diperlukan untuk merosakkan ramai lelaki?Hanya seorang.Yang peliknya...ada aje supply superslut ni untuk jadi santapan peserta The Sex Race ni....

Sekarang anda dah faham apa yang lelaki sentiasa fikirkan...ingat..lelaki 24 jam fikir pasal perempuanmdalam mimpi kalau dapat sex dream lagi menarik,porno free dan halal bang! Ini nature kami.Kami tak boleh lawan dan kami hanya boleh control.Yang kuat dapat tahan diri,yang lemah akan tewas.

Mahu memperjuangkan agama?
Mahu bentuk masyarakat yang baik?
Mahu dapat suami dan isteri yang baik?

Katakan Tidak kepada lelaki yang bukan suami anda.Katakan Tidak kepada wanita yang bukan isteri anda.Simple.Tetapi sangat susah dipraktikkan kalau ada perempuan superslut yang dah datang menghulur.Superslut ni makin ramai.Aku harap golongan feminist wanita berbuat sesuatu dengan golongan superslut ni.

Lawak.... Kerajaan Mengunakan Tokoh Maal Hijrah Karam Singh Walia Memperkatakan Isu Lynas

Ramai pihak yang ditemui malam tadi merasa terharu dan lucu melihat keletah Karam Singh (foto), memperkatakan isu Lynas. Siaran berita secara eksklusif yang diusahakan oleh syarikat televisyen swasta TV3 itu benar-benar menjatuhkan maruah beliau sebenarnya. Nampak sangat Karam Singh telah diupah dan dibayar dengan harga-harga tertentu untuk menyokong keputusan pakar-pakar IAEA yang akan memutuskan kononnya Lynas itu selamat buat rakyat Kuantan hujung bulan ini.

Siaran eksklusif Lynas yang disiarkan menerusi rancangan Buletin Utama TV3 bermula malam tadi hingga esok itu benar-benar memalukan sebenarnya. Paling mengejutkan bila Karam Singh sanggup diperalatkan untuk mengukur tahap radiasi Pejabat Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh di Jalan Beserah yang begitu lantang memperjuangkan isu ini. Sepatutnya, TV3 harus lebih profesional untuk menyiarkan berita dan informasi tentang Lynas. Bukannya arahkan Karam Singh membuat "lawak bodoh" yang jelas membuktikan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Pahang sudah tiada jalan lain agaknya.

[Dengan membandingkan tahap radiasi di pejabat Fuziah dan bahan terbabit di kilang Lynas Gebeng, ia bermakna Karam Singh memang diarahkan agar mengikut telunjuk pihak berkenaan untuk mengesahkan keterlanjuran mereka itu. Apakah kita yakin dengan penggunaan alat tersebut?. Bahkan jika pun tahap radiasi itu rendah, maka apakah kita boleh percaya ia adalah rare earth?. Mungkin sekarang ianya rendah, tetapi bagaimana dengan hari esok. Antara berhadapan dengan risiko atau tidak, maka adalah lebih baik tidak. Usahlah kerajaan bersusah payah membayar Karam Singh untuk menyokong sesuatu yang sudah terbukti berbahaya itu. Justeru itu rakyat diminta tidak terpengaruh dengan omongan kosong Karam Singh itu. Jadikanlah ia sebagai bahan jenaka khas ciptaan TV3].

Kerajaan Bazirkan Duit Rakyat Sedangkan Rakyat Hidup Susah , Dimanakah Keperihatinan Kerajaan Kepada Rakyat ?

KUALA LUMPUR, 29 Jun: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) kesal dengan pembaziran yang berlaku di kediaman rasmi Perdana Menteri dan timbalannya yang bernilai lebih RM48.7 juta setahun.

“DPPWP hairan, kenapa sehingga ke hari ini kerajaan masih menyewa bangunan-bangunan pejabat termasuk kediaman rasmi pemimpin negara di Putrajaya daripada Perbadanan Putrajaya,” kata Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor.

Tambahnya, sedangkan selama ini mereka mencanangkan seantero dunia bahawa Putrajaya adalah Projek Kerajaan Barisan Nasional yang menggunakan wang rakyat.

Malah, katanya urusan penyelenggaraan dan baik pulih bangunan-bangunan itu juga ditanggung oleh kerajaan bukannya Perbadanan Putrajaya.

Beliau berkata, perkara itu dijelaskan dalam jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz kepada soalan ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof pada persidangan Dewan Rakyat kelmarin bahawa kos baik pulih RM3,581,744.78 kediaman PM dan TPM termasuk dalam senarai liabiliti kerajaan.

Kos sewa sahaja mencecah RM2.7 juta sebulan, bil air RM32 ribu sebulan dan elektrik RM171 ribu sebulan.

“Betapa besarnya wang rakyat dibazirkan selepas ditipu dalam projek pembangunan mega Putrajaya. Yang mengaut untung adalah Perbadanan Putrajaya,” kata Riduan.

Justeru, katanya DPPP mendesak agar kerajaan memberikan penjelasan mengenai status hak milik sebenar bangunan-bangunan kerajaan di Putrajaya dan kenapa kerajaan enggan memilik negarakannya sebagai aset tetap.

Dalam erti kata lain, ujarnya Perbadanan Putrajaya mempunyai kuasa penuh untuk menentukan siapakah yang berhak menyewa bangunan milik mereka kelak.

Beliau menambah, jika berlaku pertukaran kerajaan, Perbadanan Putrajaya boleh melakukan sabotaj dengan menghalau atau menaikkan nilai sewaan sedangkan rakyat tahu, dana pembinaan Putrajaya datangnya daripada poket rakyat.

“Jadi, wajiblah kerajaan menjelaskan kuasa dan status sebenar Perbadanan Putrajaya dan memastikan dana rakyat tidak dibazirkan sesuka hati,” katanya lagi

Adalah memalukan, ujarnya apabila negara yang mempunyai wawasan yang besar tidak mampu memiliki bangunan pentadbirannya sendiri dan terpaksa menyewa kepada agensi lain.

Mai Baca Benda Yang RTM Dan TV3suku Tak Bagitau...

KEADILAN Ranau terus kukuh dengan penyertaan 201 ahli baru yang terdiri daripada bekas ahli komponen Barisan Nasional Sabah dan penduduk Kampung Nalapak dalam Parlimen Ranau. Ketua Cabang KEADILAN Ranau, Jonathan Yasin berkata, penyertaan itu membuktikan parti itu terus mendapat sokongan rakyat termasuk di luar bandar. “Penyertaan 201 anggota baru itu kita terima pada 25 Jun lalu di mana seminggu sebelumnya kita turut menerima 25 anggota baru menyertai Cabang ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Sementara itu, KEADILAN Cabang sama akan mengadakan gotong royong untuk membaiki jalan Ke Kampung Kinaundusan bermula 8 pagi pada 9 Julai ini. “Kita sudah pun memesan sebanyak 30 baju Bersih untuk dipakai semasa mengadakan gotong royong itu pagi itu.


“Oleh itu, KEADILAN Ranau mengalu-alukan penyertaan aktivis rakyat, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), pimpinan masyarakat setempat untuk menyertai gotong royong ini,” katanya.


Menurutnya, walaupun tidak menyertai Bersih di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini, gotong royong ‘Bersih’ di kampung itu sebagai simbolik sokongan kepada himpunan aman anjuran Gabungan pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) itu.


“Bagi KEADILAN Ranau, gotong royong membaiki jalan rosak di simpang masuk ke jalan Kampung Kinaundusan, Kundasang (selepas Resort Zen Garden) pada 9 Julai ini membuktikan sokongan kami kepada hasrat yang terkandung dalam Himpunan Aman Bersih itu,” katanya.


Keterangan lanjut mengenai program itu boleh menghubungi Anwar Leef Malandi (0198407014), Yasis @ francis Bangkilan (0198007872), Kaibi Laiman (0135578062) dan Mahat Saidin (0148733107)./KD

Alangkah Baiknya Nasihat Ini Ditujukan Juga Kepada Isterinya Selain Rakyat...

Najib seru umat islam menghayati dan menginsafi peristiwa Israk Mikraj yang terkandung di dalamnya pelbagai pengajaran khususnya berkaitan dengan pelaksanaan ibadat solat.


Foto disebelah sekadar hiasan. Di percayai foto itu diambil ketika trio Lady FuFu sedang asyik mengalunkan lagu ' selimut putih ' dendangan asal El-Suraya, secara berkumpulan., ketika sambutan majlis Israj Mikraj di sebuah kampung di negara atas angin lewat 2 tahun lalu.


Katanya, ibadat solat mesti dititikberatkan sebagai wahana membentuk peribadi Muslim yang patuh pada syariat bagi menjadi tonggak kekuatan individu serta umat Islam.


Baginya, keperibadian unggul umat Islam akan melahirkan kelompok yang taat suruhan Allah, serta meninggalkan segala larangan seperti yang terkandung dalam kitab suci, maka ianya akan menatijahkan keharmonian hidup rakyat sesebuah negara.


''Tanpanya, maka individu Muslim akan lemah, sentiasa sukakan hiburan, membuka aurat dan tidak gemar menjaga solat, malah bencikan segala kebaikan orang lain. - Agensi

Jangan Salah Memahami Firman Allah QS. al-Mulk: 16. Kaum Musyabbihah Seringkali Menyelewengkan Makna Ayat Ini..!! Hati-Hati..!!

Yang dimaksud dari firman Allah dalam QS. Al-Mulk: 16 adalah:

ءَأَمِنتُم مَّن فِي السَّمَآءِ أَن يَخْسِفَ بِكُمُ اْلأَرْضَ (الملك)

Seluruh ayat-ayat mutasyabihat dan hadits-hadits mutasyabihat yang zhahirnya seakan Allah berada di langit, atau seakan berada di atas langit dengan jarak antara Allah dan langit itu sendiri, maka teks-teks tersebut harus ditakwil; tidak boleh dipahami secara zhahirnya. Di antaranya, firman Allah: ”A-amintum Man Fi as-Sama’” (QS. al-Mulk: 16), bahwa yang dimaksud dengan “Man Fi as-Sama’” adalah para Malaikat. Takwil ini sebagaimana telah dinyatakan oleh al-Imam al-Hafizh al-Iraqi dalam penafsiran beliau terhadap hadits yang berbunyi:

ارْحَمُوْا مَنْ فِي الأرْضِ يَرْحَمْكُمْ مَنْ فِي السّمَاء (رواه الترمذي)

Al-Hafizh al-Iraqi menafsirkan hadits ini dengan hadits riwayat lainnya yang berasal dari jalur sanad Abdullah ibn Amr ibn al-Ash, dari Rasulullah, bahwa Rasulullah bersabda:

الرّاحِمُوْنَ يَرْحَمُهُمُ الرّحِيْمُ ارْحَمُوْا أهْلَ الأرْضِ يَرْحَمْكُمْ أهْلُ السّمَاءِ

Al-Hafizh al-Iraqi menuliskan: “Diambil dalil dari riwayat hadits yang menyebutkan “Ahl as-Sama’” (hadits kedua di atas) bahwa yang dimaksud dengan hadits pertama (yang menyebutkan “Man Fi as-Sama’”) adalah para Malaikat” (Amali al-Iraqi, h. 77).

Apa yang dilakukan oleh al-Hafzih al-Iraqi ini adalah sebaik-baiknya metode dalam memahami teks; yaitu menafsirkan sebuh teks yang datang dalam syari’at (warid) dengan teks lainnya yang juga warid, inilah yang disebut Tafsir al-Warib Bi al-Warid, atau dalam istilah lain disebut at-Tafsir Bi al-Ma-tsur. Karena itu al-Hafizh al-Iraqi sendiri berkata dalam Alfiah-nya:

وَخَيْرُ مَا فَسَّرْتَهُ بالوَارِدِ كَالدُّخِّ بِالدُّخَانِ لاِبْنِ صَائِدِ

“Sebaik-baik cara engkau menafsirkan teks yang warid adalah dengan menafsirkannya dengan teks yang warid pula, seperti penafsiran kata al-Dukh dengan makna al-Dukhan, sebagaimana telah dinyatakan oleh Ibn Sha’id”.

Dengan demikian riwayat hadits ke dua ini menafsirkan makna firman Allah QS. al-Mulk: 16 tersebut di atas. Maka makna “yang ada di langit (Man Fi as-Sama’)” adalah para Malaikat, karena para Malaikat memiliki kekuasaan untuk menggulung bumi terhadap orang-orang musyrik seperti yang dimaksud oleh ayat tersebut. Artinya, jika para Malaikat tersebut diperintah oleh Allah untuk melakukan hal itu maka pastilah mereka akan melakukannya. Demikian pula dalam pengertian ayat seterusnya; ”Am Amintum Man Fi as-Sama...” (QS. al-Mulk: 17), yang dimaksud ayat ini adalah para Malaikat Allah. Artinya, bahwa para Malaikat yang berada di langit tersebut memiliki kekuasaan untuk mengirimkan angin keras yang dapat menghancurkan orang-orang musyrik.

Demikian pula dengan sebuah hadits shahih yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim dalam kitab Shahih-nya, bahwa Rasulullah bersabda:

وَالّذِيْ نَفْسِي بيَدِه مَا مِنْ رَجُلٍ يَدْعُو امْرَأتَهُ إلَى فِرَاشِهَا فَتأبَى عَلَيْهِ إلاّ كَانَ الّذِيْ فِي السّمَاءِ سَاخِطًا عَلَيْهَا حَتّى يَرْضَى عَنْهَا (رواه مسلم)

“Demi Allah yang jiwaku berada di dalam kekuasaan-Nya, tidaklah seorang laki-laki memanggil isterinya ke tempat tidurnya --untuk melakukan hubungan badan-- kemudian perempuan tersebut enggan menjawabnya, kecuali bahwa ”yang ada di langit” murka kepadanya hingga suaminya tersebut meridlainya” (HR. Muslim).

Yang dimaksud dengan “Yang ada di langit” dalam hadits ini adalah Malaikat Allah.

Penafsiran ini sesuai dengan riwayat hadits shahih lainnya yang diriwayatkan oleh Ibn Hibban dan lainnya, di mana hadits ke dua ini lebih masyhur daripada hadits di atas, yaitu hadits dengan redaksi: ”La’anatha al-Mala-ikah Hatta Tushbiha...”, dalam hadits ini dengan jelas disebutkan bahwa perempuan tersebut dilaknat oleh para Malaikat hingga datang subuh (Lihat Shahih Muslim, Kitab al-Nikah, Bab tentang keharaman menolak seorang istri dari keinginan suami. Lihat pula Tartib Shahih Ibn Hibban, j. 6, h. 187, Kitab al-Nikah, Bab hubungan suami istri).

Sedikitpun jangan pernah anda berkeyakinan bahwa Allah bertempat di langit, atau bertempat di atas arsy, seperti keyakinan kaum Wahhabiyyah. Yang benar "ALLAH ADA TANPA TEMPAT DAN TANPA ARAH".

oleh AQIDAH AHLUSSUNNAH: ALLAH ADA TANPA TEMPAT

Yang Benar Saja... Masa Memakai Tasbih Dalam Dzikir Disamakan Dengan Kaum Nasrani?!!

Ada salah satu sekte menyebar di masyarakat kita, mereka menamakan diri "salafi", padahal sebenarnya nama yang cocok bagi mereka adalah "talafi" (perusak). Jargon yang biasa mereka bawa adalah "basmi TBC", "perangi segala macam bid'ah", "Kembali kepada al-Qur'an dan Sunnah" dan kata-kata "manis" lainnya. Salah satu yang sering dapat serangan dari mereka adalah "urusan memakai tasbih", dengan "membabi buta dan tuli" mereka mengatakan bahwa tasbih adalah bid'ah, bahkan mereka mengatakan bahwa yang memakai tasbih dalam dzikir sama dengan kebiasaan orang-orang Nasrani. A'udzu Billah. Jadi, sebenarnya mereka sendiri yang terkena TBC dan yang menyebarkan TBC.

Perkataan Sebagian Ulama Tentang Tasbih



1.Perkataan al-Junaid al-Baghdadi. Al-Qadli ‘Iyadl al-Maliki dalam kitab al-Ghun-yah, (Fahrasat Syuyukh al-Qadli ‘Iyadl). (Kitab berisi tentang guru-guru al-Qadli ‘Iyadl sendiri), meriwayatkan dari salah seorang gurunya, bahwa guru al-Qadli ‘Iyadl ini berkata:


سَمِعْتُ أَبَا إِسْحَاقَ الْحَبَّالَ يَقُوْلُ: سَمِعْتُ أَبَا الْحَسَنِ بْنَ الْمُرْتَفِقَ الصُّوْفِيَّ يَقُوْلُ: سَمِعْتُ أَبَا عَمْرِو بْنَ عَلْوَانَ وَقَدْ رَأَيْتُ فِيْ يَدِهِ سُبْحَةً فَقُلْتُ: يَا أُسْتَاذُ مَعَ عَظِيْمِ إِشَارَتِكَ وَسَنِيِّ عِبَارَتِكَ وَأَنْتَ مَعَ السُّبْحَةِ فَقَالَ لِيْ: كَذَا رَأَيْتُ الْجُنَيْدَ بْنَ مُحَمَّدٍ وَفِيْ يَدِهِ سُبْحَةٌ فَسَأَلْتُهُ عَمَّا سَأَلْتَنِيْ عَنْهُ فَقَالَ لِيْ: كَذَا رَأَيْتُ أُسْتَاذِيْ بِشْرَ بْنَ الْحَارِثِ وَفِيْ يَدِهِ سُبْحَةٌ فَسَأَلْتُهُ عَمَّا سَأَلْتَنِيْ عَنْهُ فَقَالَ لِيْ: كَذَا رَأَيْتُ عَامِرَ بْنَ شُعَيْبٍ وَفِيْ يَدِهِ سُبْحَةٌ فَسَأَلْتُهُ عَمَّا سَأَلْتَنِيْ عَنْهُ فَقَالَ لِيْ: كَذَا رَأَيْتُ أُسْتَاذِيْ الْحَسَنَ بْنَ أَبِيْ الْحَسَنِ الْبِصْرِيَّ وَفِيْ يَدِهِ سُبْحَةٌ فَسَأَلْتُهُ عَمَّا سَأَلْتَنِيْ عَنْهُ فَقَالَ لِيْ: يَا بُنَيَّ، هذَا شَىْءٌ كُنَّا اسْتَعْمَلْنَاهُ فِيْ الْبِدَايَاتِ مَا كُنَّا بِالَّذِيْ نَتْرُكُهُ فِيْ النِّهَايَاتِ، أُحِبُّ أَنْ أَذْكُرَ اللهَ تَعَالَى بِقَلْبِيْ وَيَدِيْ وَلِسَانِيْ.

“Aku mendengar Abu Ishaq al-Habbal berkata: Aku mendengar Abu al-Hasan ibn al-Murtafiq ash-Shufi berkata: Aku mendengar Abu ‘Amr ibn ‘Alwan berkata ketika aku melihat tasbih di tangannya dan aku berkata kepadanya: “Wahai Guru-ku, dengan keagungan isyaratmu dan ketinggian tutur katamu masih juga-kah engkau menggunakan tasbih?!”. Beliau berkata kepadaku: “Demikian ini aku melihat al-Junaid ibn Muhammad dan di tangannya ada tasbih, lalu aku bertanya kepadanya tentang apa yang engkau tanyakan kepadaku, maka al-Junaid berkata kepadaku: Demikian ini aku melihat guruku Bisyr ibn al-Harits dan di tangannya ada tasbih, lalu aku bertanya kepadanya tentang apa yang engkau tanyakan kepadaku, maka Bisyr berkata kepadaku: Demikian ini aku melihat ‘Amir ibn Syu’aib dan di tangannya ada tasbih, lalu aku bertanya kepadanya tentang apa yang engkau tanyakan kepadaku, maka ‘Amir berkata kepadaku: Demikian ini aku melihat guruku; al-Hasan ibn Abu al-Hasan al-Bashri dan di tangannya ada tasbih, lalu aku bertanya kepadanya tentang apa yang engkau tanyakan kepadaku, maka al-Hasan berkata kepadaku: “Wahai anak-ku, tasbih ini adalah alat yang kita pakai saat kita memulai mujahadah kita, dan kita tidak akan pernah meninggalkannya di saat kita telah sampai pada puncak tingkatan kita sekarang. Aku ingin berdzikir; menyebut Allah dengan hati, tangan dan lidahku” [al-Ghunyah, h. 180-181].



2.al-Imam an-Nawawi (w 676 H) dalam kitab Tahdzib al-Asma’ Wa al-Lughat, menuliskan sebagai berikut:


وَالسُّبْحَةُ بِضَمِّ السَّيْنِ وَإِسْكَانِ الْبَاءِ خَرَزٌ مَنْظُوْمَةٌ يُسَبَّحُ بِهَا مَعْرُوْفَةٌ تَعْتَادُهَا أَهْلُ الْخَيْرِ مَأْخُوْذَةٌ مِنَ التَّسْبِيْحِ.

“Subhah -dengan harakat dlammah pada huruf sin dan ba’ yang di-sukun-kan- adalah sesuatu yang dirangkai dan digunakan untuk berdzikir, umum diketahui dan biasa digunakan oleh Ahl al-Khair. Subhah diambil dari kata Tasbih” [Tahdzib al-Asma’ Wa al-Lughat, j. 3, h. 143-144].


Mari kita renungkan perkataan al-Imam an-Nawawi: “Ta’taduha Ahl al-Khair”, artinya; Tasbih adalah alat yang biasa digunakan oleh Ahl al-Khair, yakni biasa digunakan oleh para Atqiya’, orang-orang yang mulia dan orang-orang saleh, serta lainnya. Demikian juga para wali Allah menggunakannya. Apakah pantas bila kemudian ada orang berkata: “Menggunakan tasbih adalah kebiasaan ahli bid’ah dan orang-orang musyrik?!”. Hasbunallah.



3.al-‘Allamah asy-Syaikh Ibn ‘Allan dalam Syarh al-Adzkar, menuliskan sebagai:


وَحَاصِلُ ذلِكَ أَنَّ اسْتِعْمَالَهَا فِيْ أَعْدَادِ الأَذْكَارِ الْكَثِيْرَةِ -الَّتِيْ يُلْهِيْ الاشْتِغَالُ بِهَا عَنْ التَّوَجُّهِ لِلذِّكْرِ- أَفْضَلُ مِنَ الْعَقْدِ بِالأَنَامِلِ وَنَحْوِهِ، وَالْعَقْدُ بِالأَنَامِلِ فِيْمَا لاَ يَحْصُلُ فِيْهِ ذلِكَ سِيَّمَا الأَذْكَارُ عَقِبَ الصَّلاَةِ وَنَحْوُهَا أََفْضَلُ، وَاللهُ أَعْلَمُ.

“Kesimpulannya, bahwa menggunakan tasbih dalam bilangan atau jumlah dzikir yang banyak -yang jika seseorang sibuk dengan bilangan yang banyak tersebut hingga ia tidak dapat konsentrasi dalam dzikir- hal itu lebih afdlal daripada menghitung dengan jari-jari tangan dan semacamnya. Sedangkan menghitung dengan jari-jari tangan dalam dzikir-dzikir yang tidak mengganggu konsentrasinya, apalagi seperti dzikir seusai shalat dan semacamnya, maka itu lebih afdlal (dari pada menghitung dengan tasbih)” [Syarah al-Adzkar, j. 1, h. 252].


Karenanya banyak dari para ulama kita yang memfatwakan kebolehan berdzikir dengan mempergunakan tasbih. Bahkan banyak pula di antara mereka yang menulis karangan khusus tentang kebolehan berdzikir dengan tasbih ini. Di antaranya adalah: al-Hafizh as-Suyuthi yang telah menulis risalah berjudul al-Minhah Fi as-Subhah, al-Hafizh Ibn Thulun menulis al-Mulhah Fima Warada Fi Ashl as-Subhah, Ibn Hamdun dalam Hasyiyah-nya, Ibn Hajar al-Haytami dalam al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah, al-Muhaddits Muhammad Ibn ‘Allan ash-Shiddiqi asy-Syafi’i dalam I-qad al-Mashabih Li Masyru’iyyah Ittikhadz al-Masabih, Muhammad Amin ibn ‘Umar yang lebih dikenal dengan nama Ibn ‘Abidin dalam Hasyiyah Radd al-Muhtar ‘Ala ad-Durr al-Mukhtar, al-Muhaddits Syekh ‘Abdullah al-Ghumari dalam Itqan ash-Shan’ah Fi Tahqiq MA’na al-Bid’ah, al-Hafizh al-Muhaddits asy-Syekh ‘Abdullah al-Harari dalam at-Ta’aqqub al-Hatsits dan Nushrah at-Ta’aqqub, serta masih banyak para ulama lainnya.



Kerancuan Kalangan Yang Membid’ahkan Dan Mengharamkan Tasbih

Sebagian kalangan yang mengharamkan mempergunakan tasbih secara membabi buta karena kebodohannya berkata: “Memakai tasbih adalah kebiasaan dan lambang orang-orang Nasrani”..

Jawab:
Hasbunallah. Pernyataan seperti ini sangat gegabah dan sangat berlebih-lebihan. Tidak pernah ada seorang ulama-pun yang mengatakan seperti ini. Bahkan orang Islam awam sekali-pun tidak mengatakan demikian. Sebaliknya, seluruh ulama Salaf dan ulama Khalaf mengatakan boleh berdzikir dengan mempergunakan tasbih, dan karenanya banyak di antara mereka yang mengamalkan hal itu.
Para ulama dari empat madzhab, para ulama hadits, para Sufi dan para ulama Ahlussunnah Wal Jama’ah, semuanya sepakat membolehkan penggunaan tasbih dalam hitungan dzikir. Adapun golongan yang menyempal, seperti Wahhabiyyah, yang mengharamkan penggunaan tasbih dalam berdzikir dan menganggapnya sebagai bid’ah yang sesat, adalah faham ekstrim yang baru datang belakangan. Jelas, faham semacam ini menyalahi apa yang telah diyakini oleh mayoritas umat Islam. [Lihat klaim “ahli bid’ah” terhadap orang-orang yang mempergunakan tasbih, diungkapkan oleh salah seorang pemuka Wahhabiyyah, bernama ‘Abdullah ibn Muhammad ibn Abd al-Wahhab, dalam buku berjudul al-Hadiyyah as-Saniyyah, h. 47]

Padahal al-Imam as-Suyuthi dalam risalah al-Minhah Fi as-Subhah menuliskan sebagai berikut:


وَقَدْ اِتَّخَذَ السُّبْحَةَ سَادَاتٌ يُشَارُ إِلَيْهِمْ وَيُؤْخَذُ عَنْهُمْ وَيُعْتَمَدُ عَلَيْهِمْ كَأَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، كَانَ لَهُ خَيْطٌ فِيْهِ أَلْفَا عُقْدَةٍ فَكَانَ لاَ يَنَامُ حَتَّى يُسَبِّحَ بِهِ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ أَلْفَ تَسْبِيْحَةٍ، قَالَهُ عِكْرِمَةُ. وَفِيْ مَوْضِعٍ ءَاخَرَ: وَلَمْ يُنْقَلْ عَنْ أَحَدٍ مِنَ السَّلَفِ وَلاَ مِنَ الْخَلَفِ الْمَنْعُ مِنْ جَوَازِ عَدِّ الذِّكْرِ بِالسُّبْحَةِ، بَلْ كَانَ أَكْثَرُهُمْ يَعُدُّوْنَهُ بِهَا وَلاَ يَرَوْنَ ذلِكَ مَكْرُوْهًا.

“Tasbih ini telah dipakai oleh para panutan kita, tokoh-tokoh ternama, ulama-ulama sumber ilmu dan sandaran ummat, seperti sahabat Abu Hurairah. Beliau punya benang yang memiliki dua ribu bundelan. Beliau tidak beranjak tidur hingga berdzikir dengannya sebanyak dua belas ribu kali, seperti diriwayatkan oleh ‘Ikrimah”.

Di halaman lain as-Suyuthi berkata:

“Tidak pernah dinukil dari seorang-pun, dari ulama Salaf dan ulama Khalaf yang melarang menghitung dzikir dengan tasbih. Melainkan kebanyakan ulama justru menghitung dzikir dengan menggunakan tasbih, dan mereka tidak mengganggap hal itu sebagai perkara makruh”.


Dengan demikian, para panutan kita terdahulu seperti yang disinggung oleh al-Imam as-Suyuthi di atas, baik dari kalangan sahabat Nabi, para tabi’in dan generasi-generasi setelah mereka, yang di antara mereka adalah para ulama atqiya’ dan shalihin, mereka semua banyak yang mempergunakan tasbih dalam menghitung bilangan dzikirnya.

Dari sini kita katakan kepada mereka yang mengharamkan penggunaan tasbih:

“Apakah kalian akan mengatakan bahwa jajaran para ulama Salaf dan para ulama Khalaf tersebut sebagai orang-orang yang menyerupakan diri dengan kaum Nasrani dan menghidupkan lambang-lambang mereka?! Tidakkah kalian punya rasa malu?! Siapakah diri kalian hingga kalian berani berkata seperti itu?! Apakah menurut kalian bahwa para ulama yang membolehkan dan mempergunakan tasbih, seperti al-Hasan al-Bashri, al-Junaid al-Baghdadi, an-Nawawi, Ibn Hajar al-‘Asqalani, as-Suyuthi, Ibn Hajar al-Haitami dan lainnya, bahwa mereka semua tidak memahami agama?! Apakah menurut kalian bahwa mereka tidak mengetahui hadits mana yang shahih dan hadits mana yang dla’if?! Apakah menurut kalian bahwa mereka semua tidak bisa membedakan antara sunnah dan bid’ah?! Seharusnya kalian menyadari bahwa sebenarnya kalian sendiri yang pantas disebut sebagai “Ahli Bid’ah”.

oleh AQIDAH AHLUSSUNNAH: ALLAH ADA TANPA TEMPAT

Waspada... Di Akhir Zaman Ini Ajaran2 Khawarij Tumbuh Kembali.. Mereka Gampang Menuduh Sesat, Bahkan Mengkafirkan Orang Lain..!!

Di akhir zaman ini banyak berkembang faham-faham yang terkadang satu sama lainnya saling menyesatkan. Ironisnya, klaim sesat seringkali dilontarkan oleh mereka yang sama sekali tidak mengetahui ilmu agama. Lebih parah lagi, klaim sesat seringkali mereka dilontarkan kepada mayoritas umat Islam yang notabene kaum Ahlussunnah Wal Jama’ah. Padahal ajaran yang diyakini mayoritas umat Islam ini telah mapan dan telah turun-temurun antar generasi ke generasi dengan mata rantai (Sanad) yang bersambung kepada Rasulullah. Persoalan-persoalan yang seringkali mereka angkat sangat beragam, dari mulai perkara-perkara pokok dalam masalah akidah (Ushuliyyah), hingga masalah-masalah cabang hukum agama (Furu’iyyah). Praktek Peringatan Maulid Nabi, Tahlil, Ziarah Kubur, Tawassul dan Tabarruk adalah di antara contoh beberapa masalah yang seringkali “diserang” oleh mereka.

Pada dasarnya mereka yang seringkali mengklaim kelompok di luar mereka sebagai kelompok sesat adalah “orang-orang bingung’, “orang-orang yang tidak memiliki pijakan”, dan sama sekali tidak paham terhadap cara beragama mereka sendiri. Seringkali dalm propagandanya mereka berkata: “Kita harus kembali kepada al-Qur’an dan Hadits”, atau berkata: “Madzhab saya adalah al-Qur’an dan Sunnah”, padahal mereka sama sekali tidak memahami al-Qur’an dan hadits-hadits Rasulullah. Bagaimana mungkin mereka akan dapat memahami kandungan al-Qur’an dan hadits sementara tidak sedikit dari mereka yang membaca tulisan Arab saja sangat “belepotan”. Bahkan seringkali untuk memahami al-Qur’an dan hadits-hadits Nabi mereka hanya bersandar kepada terjemahan-terjemahan belaka. Sama sekali mereka tidak paham siapa seorang mujtahid, dan apa syarat-syarat untuk menjadi seorang mujtahid. Namun demikian mereka memposisikan diri laksana seorang ahli ijtihad. Hasbunallah.

Yang paling parah, keyakinan yang dibawa oleh mereka dan diajarkan oleh mereka kepada masyarakat awam adalah akidah tasybih. Akidah tasybih adalah akidah sesat berisi penyerupaan Allah dengan makhluk-Nya. Ungkapan-ungkapan buruk dalam penyerupaan Allah dengan makhluk-Nya dan sangat menyesatkan yang berkembang di sebagian masyarakat kita adalah hasil “jerih payah” propaganda mereka. Seperti perkataan “Terserah yang di atas”, atau “Allah bersemayam di atas ‘arsy”, atau “Allah berada di langit”, atau “Allah duduk di atas ‘arsy”, atau “Allah bergerak turun dan naik”, dan berbagai ungkapan tasybih lainnya. Sangat ironis, keyakinan sesat semacam ini telah berkembang di sebagian masyarakat kita. Sementara akidah tanzih; akidah yang telah diajarkan Rasulullah berisi keyakinan bahwa Allah tidak menyerupai makhluk-Nya, bahwa Allah bukan benda dan Dia tidak boleh disifati dengan sifat-sifat benda, serta bahwa Allah ada tanpa tempat dan tanpa arah, sudah semakin diabaikan. Wa La Haula Wa La Quwwata Illa Billah.

Benar, ini dalah “penyakit akhir zaman” yang harus kita waspadai dan kita perangi. Salah seorang ulama terkemuka bernama Ibn al-Mu’allim al-Qurasyi (w 725 H, lihat biografi beliau dalam al-Durar al-Kaminah, karya al-Hafizh Ibn Hajar al-‘Asqalani, j. 4, h. 198) dalam kitab Najm al-Muhtadi Wa Rajm al-Mu’tadi, h. 588, mengutip perkataan al-Khalifah ar-Rasyid ‘Ali ibn Abi Thalib, menuliskan sebagai sebagai berikut:

سَيَرْجِعُ قَوْمٌ مِنْ هذِه الأمّةِ عِنْدَ اقْتِرَابِ السّاعَةِ كُفّارًا، قَالَ رَجُلٌ: يَا أمِيْرَ المُؤْمِنِيْنَ، كُفْرُهُمْ بِمَاذَا أبِالإحْدَاثِ أمْ بِالإنْكَارِ؟ فَقَالَ: بَلْ بِالإنْكَارِ، يُنْكِرُوْنَ خَالِقَهُمْ فَيَصِفُوْنَهُ بِالجِسْمِ وَالأعْضَاء (رَواهُ ابنُ المُعلِّم القُرَشيّ فِي كِتابه نَجْم المُهْتَدِي وَرَجْمُ المُعْتَدِيْ، ص 588)

“Sebagian golongan dari umat Islam ini ketika kiamat telah dekat akan kembali menjadi orang-orang kafir”. Seseorang bertanya kepadanya: “Wahai Amir al-Mu’minin apakah sebab kekufuran mereka? Adakah karena membuat ajaran baru atau karena pengingkaran? Sahabat ‘Ali ibn Abi Thalib menjawab: “Mereka menjadi kafir karena pengingkaran. Mereka mengingkari Pencipta meraka (Allah) dan mensifati-Nya dengan sifat-sifat benda dan anggota-anggota badan”. (Diriwayatkan oleh Ibn al-Mu’allim al-Qurasyi dalam kitab Najm al-Muhtadi Wa Rajm al-Mu’tadi, h. 588)

Di antara tanda-tanda kaum Khawarij yang dilaknat oleh Rasulullah, -sebagaimana telah beliau sabdakan dalam haditsnya-, ialah bahwa mereka “Anak-anak muda yang memiliki mimpi yang sangat bodoh”, mereka seringkali mengutip ayat-ayat al-Qur’an dan hadits-hadits Nabi, tapi itu semua dipergunakan untuk menyesatkan, atau bahkan untuk mengkafirkan orang-orang yang berada di luar kelompok mereka. Padahal kualitas iman mereka sedikitpun tidak melampaui kerongkongan mereka. Iman mereka benar-benar “dangkal”. Rasulullah mengatakan jika kalian bertemu dengan orang-orang semacam ini maka perangilah mereka. (HR. al-Bukhari).

Semoga Allah senantiasa memelihara iman kita hingga akhir hayat kita. Semoga Allah selalu mencurahkan rasa cinta bagi kita kepada Rasulullah, keluarganya, para sahabatnya, dan para ulama saleh yang telah mendahului kita. Serta semoga kita dijadikan orang-orang yang selalu memegangteguh ajaran-ajaran mereka. Amin Bi Haqq an-Nabi Muhammad Thaha al-Amin.
Wa Shallalah ‘Ala Sayyidina Muhammad Wa Sallam.
Wa al-Hamd Lillah Rabbil ‘Alamin

oleh AQIDAH AHLUSSUNNAH: ALLAH ADA TANPA TEMPAT

BERSIH 2.0: Jangan Sampai Rakyat Benci Dan Meluat Pada Polis

Polis diingatkan bahawa tindakan mereka kebelakangan ini yang menangkap orang yang memakai baju Bersih 2.0 sewenang-wenangnya akan menyebabkan ketidakpuasan hati rakyat, yang asalkan tertumpu pada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bertukar kepada pihak polis. Tindakan polis kebelakangan ini akan menyebabkan rakyat yang asalnya tidak berpuas hati dengan SPR bertukar kepada polis.


Tangkapan polis terhadap aktivitis yang memakai atau menjual baju Bersih 2.0 adalah sebagai satu yang amat bertentangan dengan hak asasi manusia dan nilai undang-undang. Tindakan menangkap mereka yang memakai baju Bersih atau menjual baju Bersih adalah nyata bertentangan dengan peraturan dan undang-undang.


Atas alasan apa mereka ditangkap dan peruntukan mana yang digunakan (untuk menangkap mereka)?” Kebelakangan ini, Bersih 2.0 bukan saja tidak diberi ruang bernafas oleh para pemimpin Umno BN yang tidak berhenti-henti mengecam perhimpunan pada 9 Julai ini.


Malah, pihak polis sudah turut serta untuk menghalang perhimpunan Bersih 2.0 daripada berlaku dengan melancarkan gerakan di seluruh negara bagi menghalang badan pemantau pilihanraya itu daripada mempromosi perhimpunannya.


Sehingga kini, 81 orang telah ditahan polis dan jumlahnya dijangka meningkat ketika Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) memperhebatkan lagi kempennya dalam tempoh dua minggu sebelum perhimpunan.


Sehubungan itu, polis diingatkan bahawa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini bukan perhimpunan untuk menentang polis, tetapi untuk membaiki sistem pilihan raya. Polis, seharusnya melaksanakan tugas dengan adil dan saksama kepada semua rakyat.


Mengenai kekhuatiran ramai bahawa akan wujud pertembangan tiga kumpulan yang berhimpun pada 9 Julai ini iaitu Bersih 2.0, Pemuda Umno dan rakan akribnya Perkasa, ia adalah tugas polis untuk mengelakkan pertembungan itu daripada berlaku.


Sekiranya mereka dapat melakukan (mengasingkan dua kumpulan penyokong) di hari penamaan calon, mengapat tidak di Bersih 2.0?”


Polis boleh mewujudkan buffer zone untuk mengelakkan pertembugan dua kumpulan. Kalau polis gagal mewujudkan buffer zone maka rakyat akan menganggap polis gagal menjalankan tugas sebenar iaitu menjamin keselamatan rakyat.


Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat

Pemuda Umno Ugut Bakar Bangunan PKR , Dimanakah Polis-Polis Yang Beriman ?

BARANGKALI kerana kita sering kali menggelarkan United Malays National Organization, Umno sebagai United Malays No Otak telah menyebabkan otak-otak penyokong Umno benar-benar hilang dari ruangan tengkorak mereka. Bak kata orang "kata-kata itu satu doa".

Berita yang ingin dikongsikan ini benar-benar di luar dugaan kita, benar-benar tak masuk akal, sehinggakan kambing pun akan ketawa berdekah-dekah sambil terkentut-kentut jika mendapat berita ini.

Malam tadi, di kala beruk-beruk dan monyet-monyet sudah masuk tidor sejak petang semalam, kira-kira 200 beruk yang pandai menunggang kereta dan motorsikal telah membuat satu demonstrasi di ibu Pejabat KEADILAN, depan bangunan Merchant Square Tropicana, Petaling Jaya.

Di saat orang nak tidur, masa itulah gerombolan United Malays No Otak datang beramai-ramai memekak mengganggu ketenteraman awam. Apa yang lebih lucu mereka mengugut kononnya mahu membakar ibu pejabat KEADILAN kah kah kah. Walaupun ibu pejabat Polis terletak berdekatan dengan lokasi kejadian, seperti jangkaan anda semua, tiada tangkapan dibuat kerana mereka tidak memakai baju BERSIH 2.0.

Senator Dewan Negara Thailand Sokong Bersih 2.0

Senator Dewan Negara Thailand bagi daerah Pattani, Dr Worawit Baru @ Ahmad Idris menyifatkan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini sebagai satu kempen penting dan tidak perlu dihalang kerana ia biasa berlangsung di mana-mana negara yang mengamalkan demokrasi.

Menurut beliau tuntutan terhadap pilihan raya yang adil dan bersih merupakan tuntutan semua warganegara.

"Perhimpunan (ini) merupakan kempen untuk perhimpunan yang bersih, yang adil, yang terlepas daripada sebarang tuduhan.

"Jadi saya ingat (ia) pentinglah kalau kerajaan atau mana-mana pihak tidak ada sesuatu (untuk disorokkan)," kata Dr Worawit.

Himpunan Bersih yang dijadualkan pada 9 Julai ini mendapat tentangan teruk daripada kerajaan Malaysia dan pertubuhan berkaitan Umno seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) dan media arus perdana.

Dr Worawit yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Buruh dan Kebajikan Sosial Pattani menyatakan itu perkara biasa memandangkan BN takut kehilangan hegemoni kuasa mereka.

Beliau juga menyatakan keyakinannya dengan keupayaan pimpinan Pakatan Rakyat untuk mentadbir Malaysia jika memenangi pilihan raya umum akan datang.

"Pakatan Rakyat beri gambaran baru (dalam politik Malaysia), melangkaui etnik, tetapi masih lagi menghormati kaum yang banyak," kata Dr Worawit.

Beliau yang mengenali Anwar sejak 30 tahun lalu turut menyatakan beliau yakin Anwar boleh melakukan perubahan itu.

Menurut beliau, Anwar ketika masih bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pernah menyatakan hasrat untuk membaiki sistem politik Umno ketika itu.

"Saya masih ingat dulu, Anwar pernah kata dia nak masuk Umno untuk mengubah Umno dari dalam," katanya.

Pada masa yang sama, Dr Worawit sempat menyeru Pakatan Rakyat untuk terus bekerja keras bagi mengekalkan momentum perubahan yang sedang melanda rakyat Malaysia.

"Kalau kita nak lawan dalam politik berdepan BN, strategi kena tetapkan, kajian kena jalankan, dan kerja kena kuat.

"Malaysia ini jadi susah nak tukar sebab rakyat Malaysia sudah biasa diperintah Barisan Nasional," kata Dr Worawit. -tvsnews

Umno Nak Guna Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Untuk Menghalang BERSIH 2.0 , Dah Terdesak Ke ?

Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak menolak kemungkinan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menjelang Himpunan Bersih 2.0 tetapi berkata Kementerian Dalam Negeri akan menggunakan undang-undang keselamatan yang lain buat masa sekarang. Menteri Dalam Negeri juga berkata tentera kemungkinan akan dikerah jika keadaan tidak terkawal pada 9 Julai. Awal hari ini polis Pulau Pinang berkata akan mendapatkan perintah reman untuk menyiasat 30 aktivis Bersih 2.0 dari Parti Sosialis Malaysia termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana berniat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong.



Bersih 2.0 membuat perancangan untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai. Perkasa dan Pergerakan Pemuda Umno pula mahu mengadakan perhimpunan balas menentang Himpunan Bersih 2.0.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata tindakan akan diambil ke atas sesiapa saja yang mencetuskan huru-hara pada 9 Julai.Katanya pihak polis akan bertindak berkecuali dalam isu semasa ini.

“Jika ada huru-hara, saya bertanggungjawab untuk memastikan bahawa tindakan yang sesuai diambil mengikut undang-undang untuk mengawal keadaan.

“ISA tidak perlu (digunakan) tetapi boleh digunakan, tetapi untuk menggunakan ISA mesti ada sebab-sebab, benar-benar mengancam keselamatan,” kata beliau selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Hulu Selangor di sini petang ini.

Katanya, akta itu hanya akan digunakan dalam situasi ekstrem, misalnya ke atas kumpulan Jemaah Islamiyah (JI). “Tetapi jika kita mengambil tindakan dalam konteks yang dikaitkan dengan politik, ia boleh dieksploitasikan.

“(Buat masa sekarang) undang-undang lain boleh digunakan. Kita belum sampai ke tahap itu, kami akan memantau situasi itu terlebih dahulu,” katanya lagi.

Kat Mana Hebatnya Umno/Bn ?


Apabila PAS laksanakan usaha negara berkebajikan, UMNO kata ia sudah lama amal konsep itu.Apabila PKR laksanakan usaha reformasi, UMNO kata ia sudah ada transformasi.

Apabila DAP laksanakan amalan cekap, akauntabel dan telus (CAT), UMNO tak kata apa-apa kecuali menyumpah seranah DAP.Apabila Pakatan Rakyat lahirkan Buku Jingga, UMNO keluarkan video seks.

UMNO dan Barisan Nasional berkuasa sejak zaman Perikatan, sejak sebelum Merdeka apabila dipupuk oleh penjajah British untuk dilatih mentadbir negara pada 1955.

Sejak Merdeka hingga sekarang, daripada politik kaum kepada perkauman yang didominasi UMNO, pemerintahan BN semakin menutup ruang kebebasan, demokrasi dan peluang-peluang yang adil.

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bukan malaikat tetapi berbanding apa yang ada sekarang, tidak ada salahnya melihat Allahyarham sebagai seorang pemimpin konservatif yang adil dan demokrat.

Tun Abdul Razak Hussein bukan demokrat tetapi berbanding apa yang ada sekarang, tidak ada salahnya melihat Allahyarham sebagai seorang pemimpin konservatif yang berjiwa rakyat dan bersifat kolektif.

Tun Hussein Onn bukan bersifat kolektif tetapi berbanding apa yang ada sekarang, tidak adas alahnya melihat Allahyarham sebagai seorang pemimpin konservatif yang agak tulus dan bersih.

Bermula dari zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, walau ada sedikit jasanya, lebih banyak kebejatannya.Semakin lenyap sifat-sifat terbuka, intelek dan daya kreatif. Slogan Malaysia Boleh melahirkan masyarakat mediocre atau “lebih kurang”; rupa ada, gayaa da, isi tiada.

Pakatan Rakyat sedar masalah besar ini.Oleh itu, dilaksana reformasi, dilaksana amalan CAT, dilaksana usaha negara berkebajikan.Semua untuk kepentingan rakyat.

Apa pemimpin UMNO buat?

Lancar slogan 1Malaysia, janji untuk dahulukan rakyat, utamakan pencapaian. Tak mengapa kalau “rakyat” itu bermaksud gergasi korporat kroni UMNO dan BN;

Lancar janji NEM, GTP, ETP, NKRA, KPI; kemudian tarik subsidi petrol, diesel dan gas, tarik subsidi gula, tapi kekalkan subsidi korporat seperti syarikat penjana kuasa bebas (IPP);

Pujuk PAS keluar Pakatan, pujuk PAS bersatu dengan UMNO, dan pada masa yang sama kutuk DAP, PKR dan Anwar Ibrahim;

Tohmah Pakatan, kutuk usaha-usaha kebaikan dan kebajikan rakyat yang dibuat oleh Pakatan dan fitnah pemimpin-pemimpin Pakatan. Dan keluarkan video seks.

Apa ada dengan UMNO dan BN?


UMNO dan BN hanya ada video seks dan Utusan Malaysia.
Dan kini UMNO, BN mahu tunjuk angkuh dan bongkak dengan melanggar Perlembagaan Persekutuan untuk mengharamkan perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julaiini yang dengan jelas dibenarkan oleh undang-undang tubuh negara. – Roketkini.com

Fadhilat Solat Tasbih













Diriwayatkan dari Abu Rafi r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda kepada Al-Abbas: “ Wahai mamanda, sukakah kamu jika aku memberikan hadiah yang berguna kepadamu? “ Kata Al-Abbas : “ Ya, aku suka ya Rasullulah S.A.W., semoga anda tetap menjadi kesayanganku yang akan aku bela walaupun dengan mengorbankan kedua ibu bapaku.”

Kemudian Rasulullah S.A.W. bersabda: “ Wahai Al-Abbas, sembahyanglah 4 rakaat dan bacalah pada tiap satu rakaat surah Al-Fatihah, kemudian sambung bacaan dengan surah lain setelah itu hendaklah kamu membaca Subhanallah, Walhamdulillah, Walaa illaha illallah, Wallahu akbar sebahyak 15 kali, kemudian dalam rukuk hendaklah kamu membaca 10 kali, kemudian I’tidal hendaklah kamu membaca 10 kali, ketika sujud hendaklah kamu membaca 10 kali, duduk setelah sujud juga 10 kali dan apabila kali kedua sujud hendaklah dibaca 10 kali, kemudian duduk sesudah sujud handaklah dibaca 10 kali
sehingga ianya menjadi 75 kali bacaan tersebut dalam satu rakaat dan 300 kali jumlahnya bagi empat rakaat.”

Kemudian Rasulullah S.A.W. bersabda lagi : “ Wahai Al-Abbas, andaikata dosa-dosamu itu sebanyak pasir di Alij, nescaya akan diampunkan oleh Allah S.W.T.”

Setelah mendengar penjelasan Rasulullah S.A.W. maka Al-Abbas berkata : “ Ya…Rasullulah S.A.W., kalau saya tidak dapat melakukannya setiap hari, bagaimana?”

Rasulullah berkata,” Kalau kamu tidak dapat mengerjakannya setiap hari, kerjakanlah setiap hari Jumaat.” Al-Abbas bertanya lagi : “Bagaimana kalau saya tidak dapat melakukannya setiap hari Jumaat?”
Rasulullah menjawab : “ Wahai Al-Abbas, sekiranya kamu tidak dapat melakukannya pada setiap hari Jumaat, maka lakukannya sebulan sekali.”

Al-Abbas berkata lagi : “Kalau saya tidak dapat melakukannya sebulan sekali bagaimana?”

Rasulullah berkata : “Kalau kamu tidak dapat mengerjakannya sebulan sekali, maka bolehlah kamu mengerjakannya setahun sekali.”

Ka’bul Ahbar berkata : “Kalau seseorang itu dapat melihat pahala sembahyang sunat 2 rakaat, sudah tentu dia akan melihat pahalanya lebih besar daripada bukit.”

Rasulullah S.A.W. telah bersabda : “Sembahyanglah kamu di rumahmu (yakni sembahyang sunat), dan jangan kamu jadikan rumah kamu sebagai kubur (yakni hanya tempat tidur).”

Rasulullah S.A.W. berkata : “Mengerjakan sembahyang sunat dalam rumah lebih afdal dari sembahyang di hadapan orang dan sembahyang fardu itu lebih afdal sembahyang berjemaah dari sembahyang sendirian.”


Ingatlah setiap pesanan Rasulullah S.A.W. bukan ditujukan kepada seseorang sahaja, sebaliknya setiap pesanan Rasulullah S.A.W. itu ditujukan kepada semua umat beliau (yakni kita).

Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 tasbih. Solat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam, andaikata tidak sanggup sekali seminggu, andaikata tidak sanggup, usahakan sekali sebulan, sekiranya tidak sanggup sekali sebulan, sekali setahun, kalau setahun sekali pun tidak sanggup, kerjakanlah sekali dalam seumur hidup.

Cara solat sunnat

Solat Sunat Tasbih dilakukan empat rakaat dengan satu salam. Elok dilakukan sebelah malam, namun boleh juga di siang hari. Harus diingat, wlaupun 4 rakaat, solat ini mengambil masa yg agak lama, kerana diselangi membaca 300 x tasbih.


Bacaan tasbih itu ialah :

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ
"Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah, dan tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah,
Allah Maha Besar"

Solat ini dilakukan 4 rakaat, setiap satu rakaat kita baca 75 x tasbih. 4 rakaat menjadikannya 300 tasbih

Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:
1. selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih
2. rukuk - 10 kali tasbih
3. iktidal - 10 kali tasbih
4. sujud - 10 kali tasbih
5. duduk antara 2 sujud - 10 kali tasbih
6. sujud semula - 10 kali tasbih
7. duduk sebentar sebelum berdiri semula/selepas tahiyat awal @ akhir - 10 kali tasbih


Jadi jumpah tasbih dalam satu rakaat ialah 75 tasbih . Ulang langkah 1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumpah semuanya 300 tasbih


Niat Solat Tasbih

أصَلِّي سُنَّةَ التَسْبِيحِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku sembahyang sunnat tasbih empat rakaat kerana Allah Ta'ala

Surah-surah yang sunat dibaca selepas al-Fatihah

1. Rakaat pertama : Surah at-Takasur
2. Rakaat Kedua : Surah al-Asr
3. Rakaat Ketiga : Surah al-Kafirun
4. Rakaat Keempat : Surah al-Ikhlas



Doa Sunat Sembahyang Tasbih









"Ya Allah, Ya Tuhanku, aku bermohon taufiq daripada Mu seperti mana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk,
dan jadikanlah amalan ini sepertimana amalan ahli yakin, dan jadikan aku dari golongan yang menerima nasihat,
orang-orang yang bertaubat, dan keazaman ku seperti mana orang-orang yang takut.
Dan aku bermohon seperti mana pemohon orang yang suka kepada kebaikan dan beribadah
seperti ibadat orang-orang yang warak. Dan jadikan pengetahuanku ini sebagai ahli-ahli yang berilmu
sehingga aku termasuk ke dalam golongan orang yang takut kepada Engkau. Ya Allah, aku memohon kepadaMu,
jadikan dalam diriku ini perasaan takut yang dapat menghalang aku daripada melakukan maksiat
sehinggalah aku beramal dengan penuh ketaatan kepadaMu sebagaimana amalan
yang aku merasa perlu mendapatkan keredhaanMu dan juga sehingga aku betul-betul ikhlas
dan bertawakal kepadMu dalam setiap perkara, dan aku memohon supaya menjadi orang yang baik sangka
terhadap Engkau Maha Suci Engkau Pencipta Cahaya kebenaran.
Ya Tuhan kami, sempurnakanlah kepada kami cahaya kebenaran, dan ampunilah kami.
Sesungguhnya di atas sesuatu itu Engkau Maha Berkuasa."

bantahan terhadap Utusan Malaysia di seluruh negara Hari Ini









KUALA LUMPUR, 23 Jun: Ekoran sikap angkuh dan enggan memohon maaf, Dewan Pemuda PAS akan mengadakan bantahan terhadap Utusan Malaysia di seluruh negara esok.

Bantahan aman terhadap penyiaran karikatur "Kekeliruan Kes Rogol" yang didakwa menghina agama Islam itu akan dibuat selepas solat Jumaat.

"Tempoh yang diberi Dewan Pemuda kepada Utusan telah tamat kelmarin. Dan sehingga tempoh itu Utusan tidak memohon maaf.

"Jadi kita telah buat keputusan untuk membantah sikap angkuh Utusan di seluruh masjid di seluruh negara selepas solat Jumaat esok," kata ketuanya, Nasrudin Hassan ketika ditemui di pejabat pembangkang di parlimen hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat di sini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia diberi tempoh tujuh hari agar memohon maaf bermula dari tarikh karikatur itu disiarkan pada 15 Jun lalu.

Selain itu, Dewan Pemuda PAS Pusat juga mahu Utusan Malaysia mengambil tindakan ke atas pelukis karikatur itu yang hanya dikenali sebagai “Miki.”

"Kita juga akan mulakan kempen boikot Utusan di seluruh negara," katanya

sumber : harakahdaily.net

Jual Baju T Bersih Polis Tangkap , Sebar Dan Jual Video Lucah

Jual baju BERSIH: Penyokong ditahan polis














Seorang ahli Pemuda PKR dicekup oleh polis dalam kejadian semalam ketika sedang menjual kemeja-T BERSIH 2.0.

Mengulas kejadian itu, ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata ahli jawatankuasa kawasan Gombak, Razali Ghafar ditangkap kerana menjual baju yang mempunyai logo BERSIH 2.0.

Katanya, tindakan polis mengambil keterangan Razali kerana menjual baju-T berkenaan di sekitar Kajang malam semalam menyalahi undang-undang.

Malah apa yang lebih menghairankan, soalan yang diajukan polis kepada Razali lebih kepada siapa yang bertanggungjawab di sebalik himpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini.

"Maklumat yang beliau beritahu saya, soalan polis lebih kepada siapa yang (lagi) jual, siapa yang beri baju BERSIH, siapa yang suruh jual. Pertanyaan polis lebih menjurus untuk mencari siapa di sebalik penganjuran BERSIH ini?

"Ini satu perkara yang bercanggah dengan prinsip undang-undang dan perlembagaan kerana tidak ada satu kesalahan pun menjual baju dalam konteks undang-undang negara kecualilah kalau baju tersebut ada unsur lucah dan sebagainya,"," kata Shamsul kepada TV Selangor.

Sementara itu, ketua penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafie ketika dihubungi Malaysiakini berkata ahli AMK itu didekati oleh anggota polis semasa ceramah Pakatan Rakyat di Sungai Merab, Sepang.

"Dia beritahu saya bahawa polis merampas dua kemeja-T dan mengheretnya ke balai dan bertanya di mana baju berkenaan diperolehi serta siapa yang menjualnya.

"Dia hanya peniaga kecil yang ingin mencari wang tambahan. Nampaknya kita tidak boleh mengeluarkan perkatan BERSIH lagi dan juga memakai atau menjual kemeja-T berwarna kuning,” katanya.

Shuhaimi, yang juga ADUN Sri Muda berkata seorang pegawai polis dari ibu pejabat polis Sepang pagi tadi meminta beliau memberikan kenyatannya.

"Besar kemungkinan saya akan beri kenytaan esok kerana saya tidak senang hari ini,” katanya.

Sementara itu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) hari ini menggesa penyokongnya supaya berbaju kuning pada setiap Sabtu ini dan depan sehingga perhimpunan besar-besaran diadakan pada 9 Julai.

"Tidak perlu berhimpun (pada 25 Jun dan 2 Julai), tetapi di mana anda berada pakai t-shirt BERSIH pada hari-hari tersebut,” petik khidmat pesanan ringkas (SMS) itu.-MK

Dato` T Jumpa Najib Minta Restu Ke ?

MALAYSIAKINI hari ini melaporkan bahawa Dato T akan didakwa pada Jumaat ini di salah sebuah mahkamah di ibu negara berhubung kesalahan menyebarkan video lucah baru-baru ini [Malaysiakini].















Pagi tadi salah seorang anggota yang menggelarkan diri mereka sebagai Dato T, iaitu bekas ketua menteri Melaka Rahim Tamby Chik dilihat masuk ke pejabat Perdana Menteri di tingkat 3 bangunan parlimen pada jam 11:40.



Tujuannya masih tidak diketahui namun dipercayai ada kaitan dengan kes dakwaan penyebaran video lucahnya di mahkamah Jumaat ini. Kalau dilihat, ada sesuatu yang "fishy" di sini, mengapakah Rahim Tamby Chik berjumpa Perdana menteri terlebih dahulu sebelum didakwa di mahkamah?


Nantikan pendedahan seterusnya...

Anuar Kata Datuk T Dilindungi Peguam Negara...

23 Jun 2011








Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya trio ‘Datuk T’ yang berkemungkinan didakwa Jumaat ini akan dihadapkan dengan pertuduhan yang paling minimum.

Ini kerana, kata Anwar, trio berkenaan dilindungi Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

“Kita kenal siapa Peguam Negara Tan Sri Gani Patail dan rekod lampau (track record) beliau.

“(Saya jangka) dakwaan yang akan dikenakan begitu minimum memandangkan dakwaan ini adalah bersifat politik sahaja. Kalau kita (pembangkang) yang didakwa ceritanya lain.
“Pendakwaan Gani Patail ini, kita jangan pandang serius sangat,” kata Anwar kepada media sewaktu sidang media di lobi Parlimen.


Trio ‘Datuk T’ terdiri daripada bekas Ketua Menteri Melaka yang pernah dituduh merogol pelajar sekolah, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bekas Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim, dan juga ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah.
Mereka bertanggungjawab menayang dan mengedar video aksi seks palsu yang cuba mengaitkan Anwar sebagai pelaku utamanya.
Media hari ini melaporkan Shazryl Eskay mengirim SMS kepada mereka memaklumkan beliau dan dua lagi ahli trio ‘Datuk T’ diminta hadir ke Mahkamah Jalan Duta, jam 8 pagi Jumaat ini untuk didakwa.- K/Daily

Yang Ni Aku Setuju Dengan Dr Asri














KUALA LUMPUR, 22 Jun — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini yang menuntut pilihan raya bersih dan adil tidak salah dari segi tujuan.
Ini kerana jelas Dr Asri, matlamat dan tujuan utama Himpunan Bersih 2.0 adalah untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil yang sepatutnya tidak dinafikan oleh kerajaan.
“Jika tujuannya baik dan caranya juga baik maka itu adalah amalan yang baik... jika tujuannya baik, caranya salah maka pelakunya tetap bersalah kerana mengambil cara yang salah seperti mencuri dengan tujuan hendak bersedekah.
“Jika tujuannya buruk atau dosa, segala langkah ke arah tujuan itu dinilai berdosa. Setiap individu yang hendak menyertai sesuatu aktiviti, hendaklah memastikan tujuannya itu halal atau mulia, dan caranya juga halal.
“Setelah saya mendengar taklimat Bersih (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) dan menilainya saya dapati tujuannya baik iaitu menuntut hak yang sepatutnya diperoleh oleh rakyat seperti yang dijanjikan oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Justeru jelas beliau, Himpunan Bersih 2.0 perlu diadakan demi masa depan politik yang lebih baik tanpa mengira mana-mana parti termasuk Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat.
“Jika ia berjaya, pada pandangan saya bukan untuk kemaslahatan parti tertentu sahaja, tetapi untuk keadilan berpolitik sepanjang masa, untuk semua pihak tanpa mengira parti.
“Maka, saya tidak mempertikaikan Himpunan Bersih 2.0 di sudut tujuannya. Cuma saya bimbang jika ada parti tertentu yang cuba menzahirkannya dalam sifat kepartian, bukan untuk rakyat secara umum kerana tuntutan itu untuk semua dan baik untuk memastikan keadilan dalam pengurusan pilihan raya,” katanya.
Selain Bersih, Perkasa dan Pemuda Umno turut akan mengadakan perhimpunan balas membantah penganjuran Himpunan Bersih 2.0 yang akan berarak ke Istana Negara dari tiga lokasi berbeza.
Menurut Asri (gambar), beliau tidak menolak demonstrasi yang akan diadakan itu akan mengancam keselamatan negara sekiranya ia tidak dikawal oleh pihak berkuasa.
Beliau juga menegaskan demonstrasi sepatutnya menjadi pilihan terakhir setelah tuntutan yang dibuat tidak ditunaikan.
Justeru, Asri menasihatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar melaksanakan tuntutan yang dibuat Bersih bagi memastikan sistem pilihan raya diadakan dengan bersih dan adil.
“Namun oleh kerana demonstrasi itu terdedah kepada bahaya dan porak peranda maka demonstrasi hendaklah menjadi pilihan akhir setelah tuntutan yang adil tidak ditunaikan.
“Perbincangan, rundingan, seruan secara langsung, bantahan bertulis dan sebagainya hendaklah di utamakan, saya difahamkan hal-hal itu telah dilakukan...dan pihak SPR hendaklah menunai tuntutan yang adil itu bagi mengelakkan rakyat turut ke jalan yang mempunyai kemungkinan yang pelbagai,” katanya.
Lapan tuntutan Bersih adalah agar SPR membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimumu 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.
Bersih bersama Pakatan Rakyat dan aktivis parti bersedia menggerakan Himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bebas sebagai kesinambungan himpunan yang kali pertama diadakan pada November 2007.
“Jika pihak SPR enggan, menjadi hak rakyat untuk menuntutnya secara aman. Aman adalah syarat utama, jika bertukar menjadi ganas maka ia sesuatu yang diharamkan oleh syarak.
“Maka, sesiapa yang hendak menyertai demonstrasi Bersih 2.0 hendaklah berazam bahawa mereka tidak akan mencetuskan kemusnahan harta awam, tidak mencederakan sesiapa, tidak memaki hamun, sebaliknya melafazkan slogan tuntutan dan berhimpun bagi menggambarkan kehendak dan rasa tidak puas hati,” tegas Asri.
Beliau juga memberi amaran kepada mana-mana pihak yang menyertai demonstrasi itu agar tidak mencetuskan provokasi yang boleh membawa berlakunya rusuhan.
“Sebaliknya, pihak polis hendaklah sedar, selagi tuntutan itu baik untuk negara yang adil, polis juga termasuk dalam kalangan rakyat maka sepatutnya mereka memudah cara agar proses situ berjalan dengan pantas dan dilangsaikan dengan segera.
“Para peserta demonstrasi juga hendaklah sedar bahawa tugasan polis mengawal keamanan maka hendaklah tidak dimulakan apa-apa provokasi yang menimbulkan kemarahan mereka selagi mereka bertugas dengan betul menurut peratusan keselamatan. Sesiapa yang memulakan atau menyertai provokasi yang membawa rusuhan maka dia menanggung dosa,” katanya.
Tambah Asri, hasrat rakyat menuntut pilihan raya bersih dan adil tidak akan dapat dilaksanakan tanpa bantuan semua pihak termasuk kerajaan.
“Cita-cita rakyat itu tidak akan tertunai melainkan adanya kerjasama yang baik dari semua pihak termasuk polis, rakyat dan golongan atasan.
“Semua pihak hendaklah berfikir untuk memastikan negara kita adil, aman dan teratur. Menyertai perhimpunan Bersih 2.0 merupakan salah satu dari usaha yang mulia itu dan memastikan perhimpunan itu bersih dari kekacauan dan provokasi adalah tanggungjawab setiap pihak yang terlibat,” katanya.

Sapa Yang Akan Siasat Brahim Katak ? Kalau Ditanya Pada KDN , Jawapannya : emm.." ia hanya seekor katak , tiada peruntukan undang-undang untuk katak"


KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mahu Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) disiasat di bawah Akta Hasutan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan bersifat rasis terhadap kaum Cina.


Khairy berkata, Ibrahim tidak wajar mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman yang mengugut kaum lain.


“Saya mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan yang dikeluarkan oleh Ibrahim Ali yang seolah-olah mengugut masyarakat Cina.


“Ini kenyataan yang rasis, menghasut, bahaya yang perlu diambil tindakan terhadap beliau. Ini adalah satu ugutan terhadap satu-satu kaum di Malaysia, secara jelas dan nyata,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Isnin.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas yang memberi amaran kepada kaum Cina agar jangan keluar dan menyertai Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini atas alasan ‘apa sahaja boleh berlaku dan mereka perlu simpan bekalan makanan yang secukupnya pada tarikh tersebut.’


Pada Ahad, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas bersama 164 badan bukan kerajaan (NGO) melancarkan “perang” terhadap Himpunan Bersih 2.0 dengan membakar gambar Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Datuk S. Ambiga.


Ibrahim menegaskan, perhimpunan anti-Bersih 2.0 yang bakal diadakan serentak akan diteruskan dan beliau tidak akan bertanggungjawab atas sebarang insiden tidak diingini.


Mengulas lanjut perkara tersebut, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, kenyataan Ibrahim tidak mewakili suara majoriti Ahli Parlimen Melayu di negara ini.


“Orang Melayu di Malaysia bangsa yang mulia dan kita tidak akan buat apa yang Ibrahim buat sekarang ini. Kita hidup dalam keadaan harmoni di negara ini. Pemuda Umno juga tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut,” katanya.


Perhimpunan Bersih 2.0 akan diadakan di tiga lokasi iaitu pusat membeli belah Sogo, Masjid Kampung Baru dan Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).


Dianggarkan lebih 57 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), akan menyertai perhimpunan tersebut.


Selain itu, Perkasa dan Pemuda Umno turut melancarkan demonstrasi pada tarikh yang sama bagi membantah perarakan tersebut. - mStar

Bagaimana Para Ulama Menghormati Guru Mereka


( gambar hiasan )

Sesuai dengan ketinggian darjat dan martabat guru itu, maka tidak hairanlah bahawa para ulama sangat menghormati guru mereka. Di antara cara mereka memperlihatkan penghormatan mereka terhadap guru ialah:



1. Mereka merendah diri terhadap ilmu dan guru dan sentiasa menurut perintah serta nasihat guru dan sentiasa meminta pendapat serta pandangan guru dalam setiap urusan mereka.

Mereka mentaati setiap arahan serta bimbingan guru umpama seorang pesakit yang tidak tahu apa-apa yang hanya mengikut arahan seorang doktor pakar yang mahir.

Mereka juga sentiasa berkhidmat untuk guru-guru mereka dengan mengharapkan balasan pahala serta kemuliaan di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan khidmat tersebut.



2. Mereka memandang guru dengan perasaan penuh hormat dan takzim serta mempercayai kesempurnaan keahlian dan kepakarannya dalam bidang perguruannya. Ini lebih membantu mereka sebagai pelajar untuk memperolehi manfaat daripada guru mereka dan akan mengukuhkan lagi apa yang didengar dan diajarkan oleh guru.
Ulama-ulama salaf sangat memuliakan dan menggagungkan guru-guru mereka. Ini jelas termaktub dalam kisah-kisah tentang akhlak mereka dalam majlis-majlis ilmu dan kesopanan mereka terhadap guru-guru mereka. Sebagai contoh:

- Mughirah berkata:
Kami menghormati Ibrahim an-Nakha‘ie sepertimana kami menghormati raja.


- Imam Asy-Syafi‘e pula berkata:
Aku membelek kertas di hadapan Imam Malik perlahan-lahan kerana menghormatinya supaya dia tidak terdengar (bunyi belekan kertas tersebut).


- Rabie‘ berkata:
Demi Allah aku tidak berani meminum air sedangkan Imam Asy-Syafi‘e memandang kepadaku.


- Sayyidina Ali Karramallahu wajhah berkata: Antara hak seorang alim ke atasmu ialah memberi salam ke atas orang ramai secara umum dan mengkhususkan gurumu dengan penghormatan yang khusus dan istimewa.



3. Mereka sentiasa mendampingi guru supaya mendapat berkat serta beroleh ilmu yang akan tercurah daripadanya pada bila-bila masa serta menjadikannya qudwah (ikutan).

Imam Asy-Syafi‘e misalnya, sejak pertemuannya dengan gurunya iaitu Imam Malik pada tahun 170 Hijrah, hampir tidak pernah meninggalkan gurunya sehingga gurunya itu wafat pada tahun 179 Hijrah. Ini kerana Imam Asy-Syafi‘e tidak pernah meninggalkannya kecuali ketika pergi ke Makkah untuk menjenguk ibunya ataupun pergi ke pusat ilmu dan feqh. Itu pun setelah beroleh keizinan serta restu daripada gurunya. Jika direstui, Imam Malik akan menyiapkan bekal dan memberikannya wang perbelanjaan sambil mendoakan keselamatannya.



4. Mereka tidak menggunakan ganti nama diri seperti "engkau" dan "awak" dan tidak memanggil atau meneriaki guru dari jauh.

Al-Khatib berkata: Hendaklah dia berkata
"Wahai guru, apakah pendapat kamu mengenai hal ini?" dan kata-kata seumpamanya. Dan tidak menggelarkannya dengan namanya kecuali disertakan dengan gelaran-gelaran yang menunjukkan penghormatan serta takzim kepadanya. Misalnya syeikh ataupun ustaz atau syeikh kami.


Maksudnya di sini, mereka memanggil guru dengan gelaran yang penuh adab serta penghormatan. Jika nama guru tersebut Muhammad misalnya, maka mereka akan memanggilnya dengan nama ustaz, cikgu, guru kami dan sebagainya dan tidak menyebutkan namanya kecuali disertakan dengan gelaran yang penuh penghormatan seperti Ustaz Muhammad, Cikgu Muhammad dan sebagainya meskipun sewaktu ketiadaan guru itu.



5. Mereka tidak sekali-kali berbantah-bantah ataupun berlawan cakap dengan guru. Sesungguhnya berbantah-bantah itu secara umumnya sudah merupakan suatu perbuatan yang keji, apatah lagi untuk berbantah-bantah dengan guru yang merupakan pembimbing serta qudwah! Perbuatan ini akan menjauhkan mereka sebagai pelajar daripada kebaikan dan merupakan penjerumus kepada kejahatan dan ianya adalah penyebab diharamkan ke atas mereka bermacam-macam bentuk kebaikan.

Sesungguhnya, menuntut ilmu itu adalah satu bentuk ibadah dan salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala, bukannya untuk bermegah-megah ataupun untuk berbantah-bantah dengan ilmu tersebut.

Dalam satu hadits riwayat Imam Al-Hakim, Ka‘ab bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:

Maksudnya:
“Barangsiapa mencari ilmu untuk menyaingi para ulama atau untuk bertengkar dengan orang-orang bodoh atau supaya hati manusia menghadap kepadanya maka ia akan masuk neraka.”

(Hadits riwayat Al-Hakim)



6. Mereka berterima kasih kepada guru atas segala tunjuk ajar serta bimbingannya terhadap segala kebajikan dan tegahan serta tegurannya ke atas segala kekurangan atau kemalasan dan sebagainya bagi memperbaiki diri dan mengganggap teguran, asuhan, didikan serta keprihatinan guru itu sebagai rahmat dan kurniaan yang tak terhingga kepada mereka oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Jika bimbingan serta teguran yang diberikan oleh guru itu sudah diketahui, maka mereka tidak menunjukkan yang mereka sebenarnya sudah mengetahuinya, bahkan mereka menghargai dan berterima kasih atas bimbingan serta keprihatinan guru tersebut terhadap mereka.



7. Jika mereka berhajat kepada guru mereka di luar waktu mengajar sedangkan guru tersebut sedang berehat ataupun tidur, maka guru itu tidak akan diganggu. Mereka akan menunggu sehingga guru tersebut terjaga dari tidur ataupun selesai dari berehat.
Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma pernah mendatangi salah seorang daripada sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam untuk bertanya kepadanya mengenai suatu hadits. Lalu dikatakan kepadanya:
Dia sedang tidur. Maka duduklah Ibnu ‘Abbas di muka pintu. Lalu dikatakan kepadanya: Tidak perlukah kita mengejutkannya? Ibnu ‘Abbas pun menjawab: Jangan.



8. Mereka tidak mendatangi guru di luar daripada majlis ilmu yang umum (di luar dari jadual waktunya untuk mengajar dan sebagainya) kecuali dengan izinnya, sama ada guru mereka itu sedang bersendirian mahupun sedang bersama dengan orang lain.

Jika tidak ada izin daripada guru itu sedangkan guru itu mengetahui bahawa mereka sedang meminta izin untuk mendatanginya, maka mereka akan beredar dan tidak mengulangi isti’zan (permohonan izin) mereka.

Jika mereka ragu-ragu adakah guru tersebut terdengar ataupun tahu akan isti’zan mereka untuk mendatangi guru tersebut ataupun tidak, maka dalam hal ini mereka akan mengulang isti’zan tersebut tidak melebihi dari tiga kali ketukan di pintu. Mereka mengetuk dengan penuh adab dan perlahan-lahan dengan menggunakan kuku jari.

Imam Al-Bukhari meriwayatkan dalam kitabnya Al-Adab Al-Mufrad bahawa Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu telah berkata:

Maksudnya:
“Pintu-pintu Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam diketuk dengan menggunakan kuku-kuku jari.”


(Hadits riwayat Al-Bukhari)

Jika guru mereka itu jauh daripada pintu, maka tidaklah menjadi kesalahan daripada segi adab mereka untuk menguatkan sedikit ketukan dalam kadar kira-kira dapat didengar oleh guru tersebut dan jangan sampai melebihi daripada kadar ini.

Jika guru tersebut bertanya siapakah yang berada di luar pintu itu, maka mereka tidak hanya mengatakan "aku" tanpa menyebutkan nama kerana ini tidak disukai oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.

Dalam shahih Imam Al-Bukhari diriwayatkan bahawa Jabir Radhiallahu anhu’ telah berkata:

Maksudnya:
“Aku mendatangi Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam untuk membayar hutang bapaku lalu aku mengetuk pintu. Lalu Baginda bertanya "Siapa ini?” Kemudian aku menjawab "aku" . Baginda pun bersabda: "Aku! Aku! Seolah-olah Baginda tidak menyukainya.”


(Hadits riwayat Al-Bukhari)

Seandainya pintu bilik guru itu terbuka, maka mereka tidak akan mengintip atau menghadapkan muka mereka ke muka pintu, tapi mereka menjadikan muka pintu itu berada di sisi kanan atau kiri mereka atau dalam bahasa Brunei disebutkan menyiring, kemudian barulah mereka memberi salam.

Ini kerana antara adab isti’zan itu ialah meminta izin untuk melihat. Sahl bin Sa‘ad Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan:

Maksudnya:
“Seorang lelaki mengintip dari lubang kamar Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, dan bersama Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam sebuah sisir yang digunakannya untuk menyisir rambutnya. Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Jika aku tahu yang engkau mengintip nescaya akan aku tusukkan sisir ini ke matamu! Sesungguhnya isti’zan (permohonan izin) itu disyariatkan untuk keperluan melihat. ”


(Hadits riwayat Al-Bukhari)

9. Apabila mereka hendak berjumpa dengan guru, mereka akan memastikan diri mereka dalam keadaan yang sempurna dengan tubuh badan dan pakaian yang bersih, memotong kuku serta menghilangkan bau-bauan yang kurang enak sama ada ketika menemuinya secara persendirian apatah lagi ketika hendak menghadiri majlis ilmu yang umum seperti kelas dan sebagainya yang merupakan sejenis perkumpulan ibadah kerana dikhuatiri akan mengganggu kesejahteraan guru mahupun rakan-rakan pelajar yang lain.



Imam Malik sepanjang hidupnya, membiasakan mandi dengan baik dan teratur, memakai wangi-wangian dan mengenakan pakaian terbaik setiap kali ia menghadiri halaqah untuk belajar ataupun mengajar.

Mereka juga pada ketika itu akan mengosongkan hati daripada segala urusan di samping mensucikan minda serta fikiran, pendek kata sempurna jiwa dan raga untuk menerima pengajaran guru. Bukannya dalam keadaan mengantuk atau marah atau lapar yang bersangatan ataupun dalam keadaan dahaga dan sebagainya supaya dada mereka dilapangkan untuk menerima pengajaran yang diberikan dan mampu mengingati apa yang telah guru perdengarkan kepada mereka.

Ketika sedang belajar, mereka sentiasa menunjukkan adab terhadap kawan-kawan sekelas dan sesiapa sahaja yang menghadiri majlis ilmu atau kelas guru mereka itu. Hal ini merupakan sikap sopan terhadap guru dan pemeliharaan terhadap majlis ilmu ataupun kelasnya

Kisah Benar : Mayat Seorang Pendakwah Tidak Reput


Karguzari (laporan) ini seperti yang diceritakan oleh Hj.Musa. Jenazah da'ie Allah ini adalah salah satu daripada jenazah-jenazah yang telah dipindahkan setelah mendapat kebenaran daripada tuan mufti atas permintaan pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam usaha pembinaan landasan keretapi laju Utara-Kuala Lumpur.

( gambar hiasan )


Hj.Musa menceritakan;


❝ Jika kita membaca Alquran dan Hadis-hadis nabi saw, kita akan berjumpa tentang berita-berita atau targhib tentang kemuliaan orang-orang beriman yang berjihad di jalan Allah swt dengan diri dan harta mereka yang mana mereka terbunuh atau syahid di Jalan Allah swt. Mereka ini dijanjikan syurga yang penuh kenikmatan oleh Allah swt, di Padang Mahsyar nanti mereka akan bangun di depan Allah swt dalam keadaan sebagaimana mereka syahid di dunia, ada yang terpotong telinga, hidung, tangan, kaki dan ada yang luka terburai keluar perutnya dan pelbagai keadaan. Mereka ini akan bangun di depan Allah dalam keadaan luka mereka baharu sahaja berlaku, darah masih segar merah lagi. Ada juga yang kita dengar ada orang menggali tanah untuk membangunkan kawasan, yang mana mereka tidak tahu dibawahnya ada kubur Sahabat nabi saw yang mati syahid terbunuh, bila sahaja mereka lihat mayat tersebut yang mana darah merah masih segar keluar walaupun sudah lebih seribu tahun berlalu, Allahuakbar.


Inilah kisah yang ingin aku paparkan untuk renungan kita bersama. Nama orang dan tempat berlaku sengaja aku rahsiakan, tetapi ini adalah kisah benar yang berlaku pada bulan Jun, 2010 yang lepas.


Sekarang pihak Keretapi tanah Melayu sedang membina landasan keretapi laju dari Utara ke Kuala Lumpur yang dijangka siap pada tahun 2012 nanti, yang mana apabila ia beroperasi kelak, masa yang diambil untuk perjalanan sehala dari Alor setar ke Kuala Lumpur hanya 3 jam sahaja. Dalam membina landasan keretapi baru ini banyaklah tanah, rumah, kedai kepunyaan rakyat diambil dan dibayar pampasan yang berpatutan oleh kerajaan yang dipeesetujui bersama. Sistem landasan keretapi mana-mana negara pun agak pelik kerana apabila landasan yang dibina ini melalui sungai atau tasik, maka akan dibinakan jambatan, bila ia merentas banjaran atau gunung ia tidak akan melencong tetapi sebaliknya akan mengorek bukit atau gunung menjadi terowong. Pendek kata, apa sahaja yang ia jumpa dihadapannya, ia tidak akan melencong sebaliknya benda dihadapan itulah yang kena berubah. (macam orang dakwah juga, apa sahaja halangan datang.. jangan elak diri tapi terus maju macam k/api). Perkara yang sama juga berlaku apabila landasan baru ini merentasi satu kawasan surau dan tanah perkuburan. Kubur ini akan dipindahkan ke tempat yang baru. Untuk mengubah kubur ini mesti mendapat persetujuan Tuan Mufti dan dibawah pengawasan pihak Polis. Tarikh pemindahan kubur ini telah ditetapkan. Mufti mengarahkan untuk setiap kubur hanya seorang atau dua orang waris sahaja dibenarkan untuk mengangkat atau melihat jenazah yang akan dipindahkan. Seluruh kawasan di kelilingi dengan pembatas dan dikawal oleh anggota polis. Hanya orang berkenaan sahaja dibenarkan memasuki kawasan tanah perkuburan tersebut. Penggalian disaksikan oleh Tuan mufti dan beberapa pegawai agama lain serta Pegawai Polis.


Tersebut kisah seorang wanita yang mana kubur suaminya juga termasuk senarai yang dipindahkan. Suaminya meninggal dunia 3 tahun lepas akibat sakit barah hati. Dia tidak mempunyai waris yang terdekat dan dia telah memohon kepada mufti supaya warisnya diganti dengan sahabat baik suaminya, tetapi tidak dibenarkan oleh mufti. Wanita ini merayu lagi katanya sahabat suaminya ini memang baik dengan allahyarham semasa dia sihat atau sakit dan bila meninggal dunia, dialah juga yang mengurus jenazah suaminya. Mendengar rayuan ini, mufti membenarkannya. Kedua-dua mereka, allahyarham dan sahabatnya merupakan kawan baik aku juga.

Beginilah ceritanya, setelah kubur dikorek, alangkah terkejutnya sahabat aku ini bila melihat kain kafan yang menutup allahyarham masih elok, tidak reput walaupun sudah 3 tahun berlalu. Bila tiba masa untuk mengangkat jenazahnya, tuan mufti mengarahkan supaya sehelai kain baru dibalut lagi dan melarang supaya jangan dibuka wajahnya (ikut syariat). Setelah siap dibalut dan bila sahaja sahabat aku dan beberapa orang lagi mengangkat jenazahnya, alangkah terkejutnya dia, dipegangnya tangan, masih lagi rasa tangan tidak reput, dipegangnya punggung, masih rasa ketulan punggung dan tidak reput. Badannya juga masih badan biasa, sama saperti jenazah yang baru dikebumikan semalam sahaja. Sahabat aku masa itu merasa bagai nak jatuh kerana terkejut. Wanita ini apabila melihat keadaan suaminya yang sedemikian terus menangis dan menangis sehingga jatuh terduduk. Selepas selesai kerja pemindahan, tuan mufti bertanya kepada sahabat aku, siapakah arwah tersebut dan tambahnya lagi ini adalah tanda dia adalah ahli syurga. Dahulu semasa pengkebumian jenazahnya pun semua orang yang hadir mengatakan kuburnya mengeluarkan wangian yang harum. Selepas peristiwa ini, sahabatku berkata selama 2 hari dia tidak dapat tidur malam kerana teringat peristiwa tersebut.

Berbalik kepada kisah wanita ini, sahabat aku bertanya mengapa ia menangis, katanya: “Kakak menangis sebab menyesal dan rasa berdosa sebab dahulu semasa arwah masih hidup dan sihat, kakak selalu marah dan menghalang dia daripada keluar ikut dakwah tabligh, tapi dia keluar juga walaupun kakak marah.”


Allahyarham dahulu semasa hayatnya bekerja dalam satu jabatan kerajaan. Allahyarham di jabatan atau pejabatnya memanglah seorang yang dikenali di semua peringkat, dari ketua atasan sehinggalah pencuci lantai pejabat semua mengenalinya. Dia peramah, suka ketawa dan senyum dan menyapa kepada semua orang. Tetapi masa itu allahyarham masih tidak menumpukan kepada amal-amal agama. Sikapnya mula berubah apabila dia telah mula mengikuti dakwah tabligh 3 hari yang pertama kali. Dia telah mula mendekati dirinya pada Allah dan bertaubat nasuha. Semua perangai lamanya telah dibuang terus dalam hidupnya. Kehidupannya kini mula tenang dan dia telah belajar dan beramal dengan penuh tekun setiap perintah Allah swt mengikut sunnah nabi saw. Dia yakin, inilah satu usaha kenabian yang dapat merubah kehidupan seseorang kepada satu kehidupan beragama yang diredhai oleh Allah swt. Kemudian dia mengambil cuti tanpa gaji dan ikut keluar lagi 40 hari walau pun dalam keadaan isterinya marah dan tidak berapa suka dia keluar khuruj berdakwah. Selepas beberapa tahun berikutnya, dipohon pula cuti tanpa gaji selama 4 bulan dan diluluskan cutinya untuk keluar 4 bulan di India, Pakistan dan Bangladesh.

Setelah pulang dari khuruj 4 bulan, allahyarham telah menerima surat pemberhentian kerja oleh jabatannya dengan alasan yang tidak munasabah. Tetapi allahyarham redha dan pasrah dengan takdir Ilahi, dia tidak mengambil apa-apa tindakan undang-undang untuk membela diri. Allahyarham mencari rezeki, memelihara anak dan isterinya dengan memulakan perniagaan kecil-kecilan, berniaga air minuman dan jual kueh muih ditepi taman rumahnya. Usaha dakwah tidak ditinggalkanya, terus aktif membuat usaha di kampungnya setiap hari bersama sahabat baiknya tadi. Keadaan ini berlalu sehingga beberapa tahun, sehinggalah satu masa ketika allahyarham dan sahabat aku ini sedang minum teh tarik disebuah warung, ia disapa oleh seorang lelaki Cina. “Hai awak sudah jadi ustaz kah sekarang?” Dengan penuh kegembiraaan, allahyarham menyambut lelaki cina ini yang merupakan kawan baiknya dahulu. Mereka saling bertanya khabar dan setelah memberitahu hal yang sebenar bagaimana dia telah dipecat, kawan Cina berkata dia akan mengambil kes ini dan akan membawa ke mahkamah tanpa mengambil apa-apa bayaran upah kepada allahyarham. Kawannya ini dahulu bekerja sepejabat dengannya, tetapi sudah berhenti dan menjadi peguam. Masa itu jugalah kawan cina ini menghulurkan kepadanya duit sebanyak RM2000. Diringkaskan cerita, kesnya yang dibawa ke mahkamah telah dimenangi oleh allahyarham.Beliau telah mendapat bayaran balik beratus ribu ringgit oleh kerajaan dan kerja/ jawatannya pula disambungkan semula. Dengan wang tersebut, allahyarham telah mendaftar untuk mengerjakan fardhu haji bersama isterinya. Selang beberapa lama, Tabung Haji telah mengeluarkan surat yang mereka berdua akan berangkat ke Mekah pada tahun itu juga.

Kita merancang, Allah juga yang menentukan semuanya dan ketetapan Allah pasti akan berlaku sebagaimana kehendakNya. Sebelum berangkat ke Tanah Suci Mekah, allayarham telah diserang penyakit barah hati dan meninggal dunia. Semoga Allah mencucuri rahmatnya kepada allahyarham dan meletakkan dia bersama para syuhada dan solihin, amiin.

Kita yang hidup ini, masih belum tahu nasib kita bagaimana. Adakah akhir kalam kita dalam keadaan husnul khotimah? Oleh itu, marilah kita terus berusaha untuk memperbaiki diri dan menguatkan iman dan amal kita mengikut perintah Allah swt dengan cara ditunjuki oleh Nabi saw. ❞


Karguzari bersumber daripada Hj.Musa di caponenkolakedah.blogspot.com. Semoga kita dapat mengambil iktibar. Wallahu a'lam.


Karguzari yang masih tersemat dalam ingatan, adalah berkenaan salah seorang jemaah 4 bulan tempatan yang meninggal dunia di moharlah, matinya dalam keadaan posisi tidur sunnah, tasbih ditangan dan setelah allahyarham berqiamullail. Akan berkongsi karguzari ini di kemudian hari, Insya'Allah.