KEJAHILAN PEMIMPIN UMNO/APCO SEMAKIN KETARA

Monday, July 4, 2011

SANGGAHAN TERHADAP ZAHID HAMIDI
Gesaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya pemimpin PAS solat istikharah berhubung video seks menyerlahkan lagi kejahilannya terhadap hukum feqah dalam Islam.


Demikian Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali sebagai respons kepada laporan Utusan Malaysia hari ini yang bertajuk “Nik Aziz digesa solat istikharah”.


Kenyataan itu memetik kata-kata Zahid selaku Naib Presiden UMNO yang berkata: Saya fikir mereka (pemimpin Pas) perlu melakukan solat sunat istikharah untuk memohon hidayah Allah sama ada segala kebenaran di sebalik video seks itu berpihak kepada Anwar atau tidak.


Khairuddin berkata, kenyataan itu menunjukkan UMNO semakin tersepit pada hari ini.


“Tidak cukup dengan kebiadapan Utusan yang menyiarkan karikatur yang menggambarkan persepsi yang negatif terhadap Islam, pada hari ini kita membaca pula kenyataan Naib Presiden UMNO yang menggesa supaya pemimpin PAS melakukan solat istikharah dalam menangani isu seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang,” katanya.


Jelasnya, solat istikharah tidak dilaksanakan untuk bertujuan yang bertentangan dengan hukum syarak.


Dalam isu ini, katanya seseorang itu tidak dianggap bersalah melakukan kesalahan zina selagi tidak didatangkan dengan empat orang saksi. Ini, ujarnya adalah peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT secara jelas di dalam Al-Quran dan Al-Hadis. Penetapan merupakan kaedah keterangan yang dipegang dalam Islam.


Katanya, selagi tidak didatangkan 4 orang saksi maka seseorang itu tidak bersalah dan tidak melakukan zina.


“Tiada seorang Islam pun yang berhak untuk keluar daripada ketetapan Allah Subhanahu wa Ta'ala ini,” tegasnya.


Justeru, beliau meminta para alim ulama dalam Umno seharusnya menasihatkan pemimpin mereka supaya berhati-hati sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan yang berkaitan dengan urusan agama sebelum masyarakat turut menjadi haru-biru dek kerana kenyataan tersebut.

Ulasan : Aku ingatkan bila 40 ulama muda masuk umno , puak umno semakin tau tentang agama , tapi sebaliknya lebih jahil dari yang di jangkakan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan