Najib Di London Pun Kena Kuning, Yang Ni RTM & TV3 Suku Tak Tunjuk
Menurut maklumat yang tersiar di blog Jalan Pulang, Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London dikatakan terpaksa meminta bantuan polis London untuk membawa masuk delegasi Malaysia ke Mansion House di Garlick Hill, berhampiran dengan tebing Sungai Thames.
Najib dan delegasinya dikhabarkan mengadakan sesi pertemuan dengan komuniti perniagaan United Kingdom serta pertemuan delegasi perniagaan Malaysia dan negara itu.
Walau bagaimanapun, menurut seorang rakyat Malaysia di sana, rombongan Najib terpaksa meminta bantuan polis kerana berpuluh-puluh rakyat Malaysia menunggu sambil membawa kad berwarna kuning dengan tulisan PSM 6, BERSIH, dan Mansuhkan ISA.
Salam buat tuan.
BalasPadamArtikel tuan mengenai tindakan rakyat Malaysia yang berada di London mengada demo ala bersih yang tak pernahpun dilakukan oleh rakyat Malaysia sebelum ini mencerminkan sudah ada unsur-unsur proganda yang bertujuan lain dan ditaja.
Kalau sikap ini kita tunjukkan diluar sana nampaknya budi bahasa orang Malaysia kini kian terhakis.Kelembutan pemimpin kita kini di salah erti hingga masalah rumah tangga dibawa keluar dan ada yang berbangga dengan itu. Apa untungnya ?
Kalaulah terjadi apa-apa masalah dengan rakyat Malaysia diluar sana dan Duta kita tak ambil pusing ....maka lagilah PM Malaysia dipersalahkan. Jangan terlalu emosi dan terikut-ikut sangat...
Laki bini bila bergaduh tak molek kita cerita keluar rumah.nanti diketawa orang ......walahualam