'Nigel Aw
NGO hak asasi manusia, Suaram, telah mendedahkan maklumat lanjut tentang perjalanan kedua bersama penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan penganalisis politik Abdul Razak Baginda, kali ini ke Hong Kong.
"Kami mendapati terdapat tiket penerbangan ke Hong Kong atas nama Altantuya, Razak dan beberapa orang lagi," kata Cynthia Gabriel (kiri) yang merupakan ahli sekretariat Suaram.
Altantuya bersama dengan Abdul Razak - seorang rakan karib Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak - sebelum menandatangani perjanjian untuk membeli dua buah kapal selam dari Perancis oleh Kementerian Pertahanan Malaysia.
Suaram sebelum ini telah mendedahkan bahawa kedua-duanya telah ke Macau dalam kunjungan pertama mereka, bersama seorang lagi individu misteri.
Maklumat itu muncul menjelang ketibaan peguam terkemuka Perancis, William Bourdon ke Malaysia, di mana Suaram berjanji akan mendedahkan maklumat baru tentang urusniaga kapal selam Scorpene yang kontroversi itu, termasuk butiran tentang pembayaran yang tidak diketahui sebelum ini yang melibatkan "pegawai yang berkedudukan sangat tinggi".
Ditanya jika Suaram bimbang Bourdon tidak akan dibenarkan masuk dan dihantar pulang sewaktu tiba di Malaysia, Fadiah Nadwa Fikri, yang juga seorang ahli sekretariat Suaram, berkata ia adalah suatu risiko.
"Kami menggesa kerajaan supaya tidak mengenakan sebarang sekatan untuk Bourdon masuk ke Malaysia, apa-apa sekatan yang dikenakan, adalah bertentangan dengan kebebasan pergerakan," kata Cynthia.
sumber : malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan