Sister In Syaitan ( SIS ) Mengarut Lagi

Ratna Osman mewakili Sister In Islam berucap tentang hak wanita dalam satu forum yang dianjurkan oleh UMMA Trust dengan kerjasama AUT University.


Fahaman hukum feqah yang menyentuh kaum wanita yang ada sekarang yang didokong oleh para ulama konservatif banyak yang bertentangan dengan konsep keadilan yang ditekan di dalam Quran. Kata Ratna.


Umat Islam perlu mentafsir semula segala pandangan mereka terhadap hak-hak kaum wanita agar sama adil dan bersesuaian dengan keadaan semasa.




Hukum-hukum feqah yang ada tidak semestinya merupakan suruhan Tuhan dari Al-Quran, ia hanyalah tafsiran atau andaian manusia yang tidak semestinya selari dengan kehendak Tuhan. Feqah adalah ayat-ayat manusia, ia bukan firman Tuhan, jesteru itu ia boleh dipinda bersesuaian dengan kehendak semasa. Katanya lagi.


Ada persamaan dengan doktrin Kassim Ahmad dan mereka yang sealiran dengannya yang mencadangkan penilaian semula hadith kerana kata mereka ia merupakan riwayat manusia yang terdiri daripada para sahabat dan juga pengikut para sahabat. Maka tidak ada jaminan akan ketulinannya dan terpelihara daripada pemesongan. Berdasarkan alsan tersebut mereka mengajak umat Islam agar hanya merujuk kepada Al-Quran sahaja sebagai sumber hukum.


Mereka mencari jalan selamat dengan menolak khilaf manusia tanpa menafikan keTuhanan dan juga Kenabian. Jika mereka menolak hadith, mereka sebenarnya menolak periwayat hadith tersebut, dan jika mereka menolak hukum, mereka sebenarnya menolak interpretasi manusia.


Kemajuan teknologi maklumat membuatkan manusia terdedah dengan berbagai ilmu dan pemikiran, berserabut dan bercampur aduk. Oleh kerana banyak yang mereka tahu maka ramai manusia yang merasakan mereka sudah cukup tahu....wallahu'alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan