Jom Baca Artikel Ni , Aku Copy Tanpa Edit .DARI JELEBU : Hari-hari akhir saekor Najib

25 August 2011

Hishamuddin Rais

Lapan tuntutan Bersih masih menunggu jawapan. Satu demi satu bahan bukti tentang penyelewengan dipaparkan kepada umum. Satu demi satu penipuan di buktikan kepada khalayak umum. Semua ini adalah hasil politik jalan raya. Inilah buktinya bahawa politik jalan raya berjaya membawa perubahan. Tunjuk perasaan 9 Julai 2011 dahulu adalah satu dialektika yang telah mengubah lanskap politik negara kita.


Dialektika iailah hukum semula jadi alam ini. Hukum alam ini lahir dari kontradiksi. Kontradiksi ini wujud disekeliling kita. Semua wujudiah dihadapan mata kita ini wujud dengan kontradiksi. Hanya kita kurang sedar akan kewujudan kontradiksi ini. Ini kerana kontradiksi tidak dapat dipegang atau dilihat tetapi boleh dianalisa untuk difahami. Tidak memahami kontradiksi bermakna tidak memahami bagaimana dunia dan alam ini bergerak.


Apabila dua pekara berkontradiksi/bertentangan maka akan muncul satu pekara yang baru. Pertentangan dua pekara ini pasti akan melahirkan satu yang baru. Apabila air dimasak - api berkontradiksi dengan air - maka wap akan lahir. Wap adalah pekara yang baru yang dimaksudkan itu. Apabila orang ramai turun ke jalan raya maka berlaku bertentangan antara para demonstran di jalan raya dengan elit politik yang berkuasa. Tidak dapat tidak akan lahir sesuatu yang baru.


Hukum ini lahir semenjak alam bermula. Kita sebagai makhluk yang befikir boleh menggunakan akal dan fikrah untuk memahami hukum hukum dan kontradiksi ini. Mengenal dialektik dan kontradiksi amat penting untu memahami politik negara. Tanpa pemahaman kosep dan falsafah kontradiksi ini maka semua pemahaman politik akan salah. Ini sama juga seperti memganalisa politik tanpa memahami kelas.


Apa sangkut paut dialektik dan kontradiski dengan 8 tuntutan Bersih? Jawabnya –tunjuk perasaan Bersih 2.0 telah menajamkan pelbagai kontradisksi-kontradiksi kecil yang sedia wujud .


Sebelum berpanjangan biar saya terangkan disini tentang peranan tunjuk perasaan. Adalah salah jika kita berpendapat bahawa tunjukan perasaan telah menjatuhkan Sukarno, Raja Iran, atau Mubarak di Mesir. Ini tidak betul. Tidak ada kerajaan jatuh kerana tunjukan perasaan. Ahmad Reza Pahlevi di Tehran jatuh bukan kerana tunjuk perasaan. Mubarak di Khaerah jatuh bukan kerana tunjuk perasaan. First Lady Leila Trebelsi bersama Ben Ali lari dengan 1 tan jongkong emas ke Saudi Arabia bukan kerana tunjuk perasaan.


Kalau bukan kerana tunjuk perasaan kerana apa rejim-rejim ini runtuh?


Tunjuk perasaan itu hanyalah alat politik yang paling ampoh untuk melahir satu kontradiksi dikalangan elit pemerentah. Untuk memahami ini mari kita lihat apa yang terjadi sebelum, ketika dan sesudah 9 Julai yang lalu. Dengan melihat dan memahami 9 Julai diharapkan para pembaca akan dapat memahami apa itu kontradiksi dan apa itu dailektika.


Apabila orang ramai mula turun ke jalan raya apa yang berlalu ialah kontradiksi bertambah tajam. Ertinya berlaku pertentagan anatara dua pihak – rakyat dengan United Malay National Organisation – semakin tajam. Suasana ini adalah dialektika yang baik dalam perjuangan politik.


Pada 9 Julai lalu, Najib Razak yang mewakili United Malay National Organisation kini berhadapan dengan ujian dan dugaan dari rakyat. Umum mengetahu bahawa Najib menjadi Presiden United Malay National Organisation bukan melalui pertandingan. Najib tidak pernah bertempur dalam politik. Najib menyelit-nyelit dan menyeludup ke kerusi Presiden party. Ini di ketahui umum. Malah Najib juga dianggap seorang yang penakut. Najib takut bertempur dalam politik. Ini ditambah pula dengan riwayat Najib takut kepada bini. Dalam Malaysia ini hanya orang mati dan bayi yang belum lahir saja yang tidak pernah mendengar Tok Perawi Politik bersurah-surah tentang Najib yang takut dengan bininya.


Justeru, tunjuk perasaan Bersih 9 Julai dahulu telah menterbaraikan kain lampin Najib. Dia bukan saja dilihat penakut malah dilihat tidak memiliki ketrampilan sebagai pemimpin. Najib telah berdulak dalik. Kalau Dolah Badawi dahulu selalu berdulak dalik dalam tidor. Ini boleh juga diamponkan kerana Dolah dianggap mengigau. Najib tidak tidur- matanya buntang berjaga. Tetapi Najib ini lebih manai dari Dolah. Orang Terengganu kata Najib ini klik klok. Orang Puteh kata Najib ini flip-flop. Dalam dunia siber Najib ini dikatakan menjadi mangsa Kang Kang.


Najib yang lembik ini telah melahirkan dialektika politik yang baru didalam United Malay National Organsiation. Kontradiksi-kontradiksi kecil didalam parti ini menjadi besar dan bertambah tajam. Umum mengetahui tentang Muhyiddin Yassin yang memiliki cita-cita untuk duduk di kerusi Presiden party. Ini bukan dongeng. Ini realpolitik. Politik jalan raya 9 Julai dahulu telah menajamkan lagi kontradikssi antara Najib dengan Muhyiddin.


Najib yang berdulak dalik telah menjadi bahan ketawa bukan hanya di kalangan warga Pakatan Rakyat malah penyokong Barisan Nasional juga turut sakit kepala kerana ketawa melihat Najib yang berdulak dalik. Kerana itu, sesudah 9 Julai selain dari manusia yang bernama Ambiga dan Mat Sabu – sosok yang paling gumbira sekali ialah Muhyiddin Yassin. Ini kerana 9 Julai telah memperlekehkan kepimpinan Najib. Dalam congak politik Muhyiddin semuanya amat enteng. Apabila Najib lekeh maka yng unggul dan memiliki ketrampilan pastilah dirinya.


Kontradiksi didalam United Malay National Organisation semakin meruncing. Perbalahan antara mereka sesama sendiri semakin dilihat jelas oleh umum. Najib sesudah 9 Julai kelihatan lebih terpinggir. Kontradiksi ini telah menjemput sosok-sosok yang telah diketepikan atau dinafikan projek oleh Najib menjadi berani untuk bersuara. Mereka mula berkumpul di bawah payung Muhyiddin. Semua ini tidak akan berlaku jika tidak ada politik jalan raya 9 Julai dahulu.


Malah Lebai Desas bin Haji Desus telah mula berkata bahawa ketika Najib Razak terbaring di hospital kerana sakit lutut satu delegasi dari kumpulan Yang Berhormat telah datang menemui Najib dan meminta Najib berundur. Ini hanya desas desus. Berita ini tidak ada kesahehan sehingga satu kenyataan dari Aziz Shamsuddin keluar. Sosok ini ialah bekas orang kuat dan kaki pukul Mahathir Muhamad. Aziz telah menafikan berita dari Lebai Desas bin Haji Desus. Di Malaysia ini - penafian ini telah membuktikan kesahehan berita.


Apa yang saya gambarkan disini ialah politik jalan raya dan tunjuk perasaan telah melahirkan kontradiksi dikalangan elit politik. Lebih lama demonstrasi berlaku lebih tajam kontradiksi yang akan mucul dikalangan elit politik, elit ekonomi dan elit tentera. Apabila orang ramai semakin berani bersuara dan anak anak muda terus keluar ke jalan raya maka semua ini akan menjadi tekanan kepada elit politik. Tekanan ini menjadi kontradiski. Kontradiksi ini akan pecah apabila elit politik akan mula tuduh menuduh sesama sendiri.


Sesudah 9 Julai kita lihat bagaimana Tengku Razaleigh, Khairy Jamaluddin dan Saifuddin Abdullah memiliki pandangan yang berbeza dari Najib. Kita juga lihat bagaimana Muhyiddin sendiri tidak berkata apa apa tentang Bersih. Tuduh menuduh ini semakin kalut apabila Hishamudin Hussein mengeluarkan kenyataan bahawa kuasa telah diberikan kepada pihak polis untuk menangani dengan cara polis. Hishamudin kemudian diikuti pula oleh sepupunya. Satu minggu sebelum 9 Julai kelihatan Malaysia telah menjadi negara anak bini dan sepupu.


Kontradiksi yang dibawa oleh tunjuk perasaan 9 Julai semakin tajam. Anak anak muda dari semua bangsa telah tidak ambil pot dengan kenyataan Ketua Polis Negara. Anak anak muda juga tidak ambil pusing dengan kenyataan sepupu Najib, Menteri Dalam Negeri. Kenyataan dari Najib sendiri memang tak ada sesipa yang ambil peduli. Hanya Rosmah Mansor sahaja yang tidak bersuara. Mungkin sang Rosmah sedang sibuk menjual nasi lemak untuk menyimpan duit agar dapat membeli sebentuk lagi cicin berlian.


Kontradiksi/pertentangan antara Najib dengan Muhyiddin ini akan terus menajam. Untuk memperkuatkan diri Najib telah cuba memperbaiki imejnya. Najib telah mencadangkan penubuhan satu Jawatan Kuasa Parlimen untuk memperbaiki sistem pilihanraya. Pada awalnya langkah Najib ini dilihat cukup positif. Tetapi seperti biasa Najib telah klik klok – berdulak dalik. Najib berkata jawatankuasa ini tidak ada sangkut paut dengan pilihanraya yang boleh diadakan bila-bila masa sahaja. Kelihatan apa shaja yang dilakukan oleh Najib telah membawa ‘sial’ kepada dirinya sendiri.


Read more at: http://tukartiub.blogspot.com

93 Ulama Ahlussunnah Memerangi Ibn Taimiyah [Mengenal "Tiang Utama" Ajaran Sesat Wahabi]


Ibn Taimiyah (w 728 H) adalah sosok kontroversial yang segala kesesatannya telah dibantah oleh berbagai lapisan ulama dari empat madzhab; ulama madzhab Syafi’i, ulama madzhab Hanafi, ulama madzhab Maliki, dan oleh para ulama madzhab Hanbali. Bantahan-bantahan tersebut datang dari mereka yang hidup semasa dengan Ibn Taimiyah sendiri maupun dari mereka yang datang setelahnya. Berikut ini adalah di antara para ulama tersebut dengan beberapa karyanya masing-masing :

1.Al-Qâdlî al-Mufassir Badruddin Muhammad ibn Ibrahim ibn Jama’ah asy-Syafi’i (w 733 H).


2.Al-Qâdlî Ibn Muhammad al-Hariri al-Anshari al-Hanafi.


3.Al-Qâdlî Muhammad ibn Abi Bakr al-Maliki.


4.Al-Qâdlî Ahmad ibn Umar al-Maqdisi al-Hanbali. Ibn Taimiyah di masa hidupnya dipenjarakan karena kesesatannya hingga meninggal di dalam penjara dengan rekomedasi fatwa dari para hakim ulama empat madzhab ini, yaitu pada tahun 726 H. Lihat peristiwa ini dalam kitab ‘Uyûn at-Tawârikh karya Imam al-Kutubi, dan dalam kitab Najm al-Muhtadî Fî Rajm al-Mu’tadî karya Imam Ibn al-Mu’allim al-Qurasyi.


5.Syekh Shaleh ibn Abdillah al-Batha-ihi, Syekh al-Munaibi’ ar-Rifa’i. salah seorang ulama terkemuka yang telah menetap di Damaskus (w 707 H).


6.Syekh Kamaluddin Muhammad ibn Abi al-Hasan Ali as-Sarraj ar-Rifa’i al-Qurasyi asy-Syafi’i. salah seorang ulama terkemuka yang hidup semasa dengan Ibn Taimiyah sendiri.
• Tuffâh al-Arwâh Wa Fattâh al-Arbâh


7.Ahli Fiqih dan ahli teologi serta ahli tasawwuf terkemuka di masanya; Syekh Tajuddin Ahmad ibn ibn Athaillah al-Iskandari asy-Syadzili (w 709 H).


8.Pimpinan para hakim (Qâdlî al-Qudlât) di seluruh wilayah negara Mesir; Syekh Ahmad ibn Ibrahim as-Suruji al-Hanafi (w 710 H).
• I’tirâdlât ‘Alâ Ibn Taimiyah Fi ‘Ilm al-Kalâm.


9.Pimpinan para hakim madzhab Maliki di seluruh wilayah negara Mesir pada masanya; Syekh Ali ibn Makhluf (w 718 H). Di antara pernyataannya sebagai berikut: “Ibn Taimiyah adalah orang yang berkeyakinan tajsîm, dan dalam keyakinan kita barangsiapa berkeyakinan semacam ini maka ia telah menjadi kafir yang wajib dibunuh”.


10.Syekh al-Faqîh Ali ibn Ya’qub al-Bakri (w 724 H). Ketika suatu waktu Ibn Taimiyah masuk wilayah Mesir, Syekh Ali ibn Ya’qub ini adalah salah seorang ulama terkemuka yang menentang dan memerangi berbagai faham sesatnya.


11.Al-Faqîh Syamsuddin Muhammad ibn Adlan asy-Syafi’i (w 749 H). Salah seorang ulama terkemuka yang hidup semasa dengan Ibn Taimiyah yang telah mengutip langsung bahwa di antara kesesatan Ibn Taimiyah mengatakan bahwa Allah berada di atas arsy, dan secara hakekat Dia berada dan bertempat di atasnya, juga mengatakan bahwa sifat Kalam Allah berupa huruf dan suara.


12.Imam al-Hâfizh al-Mujtahid Taqiyuddin Ali ibn Abd al-Kafi as-Subki (w 756 H).
• al-I’tibâr Bi Baqâ’ al-Jannah Wa an-Nâr.
• ad-Durrah al-Mudliyyah Fî ar-Radd ‘Alâ Ibn Taimiyah.
• Syifâ’ as-Saqâm Fî Ziyârah Khair al-Anâm
• an-Nazhar al-Muhaqqaq Fi al-Halaf Bi ath-Thalâq al-Mu’allaq.
• Naqd al-Ijtimâ’ Wa al-Iftirâq Fî Masâ-il al-Aymân Wa ath-Thalâq.
• at-Tahqîq Fî Mas-alah at-Ta’lîq.
• Raf’u asy-Syiqâq Fî Mas’alah ath-Thalâq.


13.Al-Muhaddits al-Mufassir al-Ushûly al-Faqîh Muhammad ibn Umar ibn Makki yang dikenal dengan sebutan Ibn al-Murahhil asy-Syafi’i (w 716 H). Di masa hidupnya ulama besar ini telah berdebat dan memerangi Ibn Taimiyah.


14.Imam al-Hâfizh Abu Sa’id Shalahuddin al-‘Ala-i (w 761 H). Imam terkemuka ini mencela dan telah memerangi Ibn Taimiyah. Lihat kitab Dakhâ-ir al-Qashr Fî Tarâjum Nubalâ’ al-‘Ashr karya Ibn Thulun pada halaman 32-33.
• Ahâdîts Ziyârah Qabr an-Naby.


15.Pimpinan para hakim (Qâdlî al-Qudlât) kota Madinah Imam Abu Abdillah Muhammad ibn Musallam ibn Malik ash-Shalihi al-Hanbali (w 726 H).


16.Imam Syekh Ahmad ibn Yahya al-Kullabi al-Halabi yang dikenal dengan sebutan Ibn Jahbal (w 733 H), semasa dengan Ibn Taimiyah sendiri.
• Risâlah Fî Nafyi al-Jihah.


17.Al-Qâdlî Kamaluddin ibn az-Zamlakani (w 727 H). Ulama besar yang semasa dengan Ibn Taimiyah ini telah memerangi seluruh kesesatan Ibn Taimiyah, hingga beliau menuliskan dua risalah untuk itu. Pertama dalam masalah talaq, dan kedua dalam masalah ziarah ke makam Rasulullah.


18.Al-Qâdlî Shafiyuddin al-Hindi (w 715 H), semasa dengan Ibn Taimiyah sendiri.


19.Al-Faqîh al-Muhaddits Ali ibn Muhammad al-Baji asy-Syafi’i (w 714 H). Telah memerangi Ibn Taimiyah dalam empat belas keyakinan sesatnya, dan telah mengalahkan serta menundukannya.


20.Sejarawan terkemuka (al-Mu-arrikh) al-Faqîh al-Mutakallim al-Fakhr ibn Mu’allim al-Qurasyi (w 725 H).
• Najm al-Muhtadî Wa Rajm al-Mu’tadî


21.Al-Faqîh Muhammad ibn Ali ibn Ali al-Mazini ad-Dahhan ad-Damasyqi (w 721 H).
• Risâlah Fî ar-Radd ‘Alâ Ibn Taimiyah Fî Mas-alah ath-Thalâq
• Risâlah Fî ar-Radd ‘Alâ Ibn Taimiyah Fî Mas-alah az-Ziayârah


22.Al-Faqîh Abu al-Qasim Ahmad ibn Muhammad ibn Muhammad asy-Syirazi (w 733 H).
• Risâlah Fi ar-Radd ‘Alâ Ibn Taimiyah


23.Al-Faqîh al-Muhaddits Jalaluddin al-Qazwini asy-Syafi’i (w 739 H).


24.As-Sulthan Ibn Qalawun (w 741 H). Beliau adalah Sultan kaum Muslimin saat itu, telah menuliskan surat resmi prihal kesesatan Ibn Taimiyah.


25.Al-Hâfizh adz-Dzahabi (w 748 H) yang merupakan murid Ibn Taimiyah sendiri.
• Bayân Zaghl al-‘Ilm Wa ath-Thalab.
• an-Nashîhah adz-Dzahabiyyah.


26.Al-Mufassir Abu Hayyan al-Andalusi (745 H).
• Tafsîr an-Nahr al-Mâdd Min al-Bahr al-Muhîth


27.Syekh Afifuddin Abdullah ibn As’ad al-Yafi’i al-Yamani al-Makki (w 768 H).


28.Al-Faqîh Syekh Ibn Bathuthah, salah seorang ulama terkemuka yang telah banyak melakukan rihlah (perjalanan).


29.Al-Faqîh Tajuddin Abdul Wahhab ibn Taqiyuddin Ali ibn Abd al-Kafi as-Subki (w 771 H).
• Thabaqât asy-Syâfi’iyyah al-Kubrâ


30.Seorang ulama ahli sejarah terkemuka (al-Mu-arrikh) Syekh Ibn Syakir al-Kutubi (w 764 H).
• ‘Uyûn at-Tawârikh.


31.Syekh Umar ibn Abi al-Yaman al-Lakhmi al-Fakihi al-Maliki (w 734 H).
• at-Tuhfah al-Mukhtârah Fî ar-Radd ‘Alâ Munkir az-Ziyârah


32.Al-Qâdlî Muhammad as-Sa’di al-Mishri al-Akhna’i (w 750 H).
• al-Maqâlât al-Mardliyyah Fî ar-Radd ‘Alâ Man Yunkir az-Ziyârah al-Muhammadiyyah, dicetak satu kitab dengan al-Barâhîn as-Sâthi’ah karya Syekh Salamah al-Azami.


33.Syekh Isa az-Zawawi al-Maliki (w 743 H).
• Risâlah Fî Mas-alah ath-Thalâq.


34.Syekh Ahamad ibn Utsman at-Turkimani al-Jauzajani al-Hanafi (w 744 H).
• al-Abhâts al-Jaliyyah Fî ar-Radd ‘Alâ Ibn Taimiyah.


35.Imam al-Hâfizh Abdul Rahman ibn Ahmad yang dikenal dengan Ibn Rajab al-Hanbali (w 795 H).
• Bayân Musykil al-Ahâdîts al-Wâridah Fî Anna ath-Thalâq ats-Tsalâts Wâhidah.


36.Imam al-Hâfizh Ibn Hajar al-Asqalani (w 852 H).
• ad-Durar al-Kâminah Fî A’yân al-Mi-ah ats-Tsâminah.
• Lisân al-Mizân.
• Fath al-Bâri Syarh Shahîh al-Bukhâri.
• al-Isyârah Bi Thuruq Hadîts az-Ziyârah.


37.Imam al-Hâfizh Waliyuddin al-Iraqi (w 826 H).
• al-Ajwibah al-Mardliyyah Fî ar-Radd ‘Alâ al-As-ilah al-Makkiyyah.


38.Al-Faqîh al-Mu-arrikh Imam Ibn Qadli Syubhah asy-Syafi’i (w 851 H).
• Târîkh Ibn Qâdlî Syubhah.


39.Al-Faqîh al-Mutakallim Abu Bakr al-Hushni penulis kitab Kifâyah al-Akhyâr (829 H).
• Daf’u Syubah Man Syabbah Wa Tamarrad Wa Nasaba Dzâlika Ilâ Imam Ahmad.


40.Salah seorang ulama terkemuka di daratan Afrika pada masanya; Syekh Abu Abdillah ibn Arafah at-Tunisi al-Maliki (w 803 H).


41.Al-‘Allâmah Ala’uddin al-Bukhari al-Hanafi (w 841 H). Beliau mengatakn bahwa Ibn Taimiyah adalah seorang yang kafir. Beliau juga mengkafirkan orang yang menyebut Ibn Taimiyah dengan Syekh al-Islâm jika orang tersebut telah mengetahui kekufuran-kekufuran Ibn Taimiyah. Pernyataan al-’Allâmah Ala’uddin al-Bukhari ini dikutip oleh Imam al-Hâfizh as-Sakhawi dalam kitab adl-Dlau’ al-Lâmi’.


42.Syekh Muhammad ibn Ahmad Hamiduddin al-Farghani ad-Damasyqi al-Hanafi (w 867 H).
• ar-Radd ‘Alâ Ibn Taimiyah Fi al-I’tiqâdât.


43.Syekh Ahamd Zauruq al-Fasi al-Maliki (w 899 H).
• Syarh Hizb al-Bahr.


44.Imam al-Hâfizh as-Sakhawi (902 H)
• al-I’lân Bi at-Taubikh Liman Dzamma at-Târîkh.


45.Syekh Ahmad ibn Muhammad yang dikenal dengan Ibn Abd as-Salam al-Mishri (w 931 H)
• al-Qaul an-Nâshir Fî Radd Khabbath ‘Ali Ibn Nâshir.


46.Al-‘Allâmah Syekh Ahmad ibn Muhammad al-Khawarizmi ad-Damasyqi yang dikenal dengan Ibn Qira (w 968 H).


47.Imam al-Qâdlî al-Bayyadli al-Hanafi (1098 H)
• Isyârât al-Marâm Min ‘Ibârât Imam.


48.Syekh al-‘Allâmah Ahmad ibn Muhammad al-Witri (w 980 H)
• Raudlah an-Nâzhirîn Wa Khulâshah Manâqib ash-Shâlihîn.


49.Al-Faqîh al-’Allâmah Syekh Ibn Hajar al-Haitami (w 974 H).
• al-Fatâwâ al-Hadîtsiyyah.
• al-jawhar al-Munazh-zham Fî Ziyârah al-Qabr al-Mu’azham.
• Hâsyihah al-Idlâh Fî Manâsik al-Hajj Wa al-‘Umrah.


50.Syekh Jalaluddin ad-Dawani (w 928 H).
• Syarh al-‘Aqâ-id al-Adludiyyah.


51.Syekh Abd an-Nafi ibn Muhammad ibn Ali ibn Iraq ad-Damasyqi (w 962 H). Lihat kitab Dakhâ-ir al-Qashr Fî Tarâjum Nubalâ’ al-Ashr karya Ibn Thulun pada halaman 32-33.


52.Syekhal-Qâdlî Abu Abdillah al-Maqarri.
• Nazhm al-La-âlî Fî Sulûk al-Âmâlî.


53.Syekh Mulla Ali al-Qari al-Hanafi (w 1014 H)
• Syarh asy-Syifâ Bi Ta’rif Huqûq al-Musthafâ Li al-Qâdlî ‘Iyâdl.


54.Imam Syekh Abd ar-Ra’uf al-Munawi asy-Syafi’i (w 1031 H).
• Syarh asy-Syamâ’il al-Muhammadiyyah Li at-Tirmidzi.


55.Syekh al-Muhaddits Muhammad ibn Ali ibn Allan ash-Shiddiqi al-Makki (w 1057 H).
• aL-Mubrid al-Mubki Fî Radd ash-Shârim al-Manki.


56.Syekh Ahmad al-Khafaji al-Mishri al-Hanafi (w 1069 H).
• Syarh asy-Syifâ Bi Ta’rîf Huqûq al-Musthafâ Li al-Qâdlî ‘Iyâdl.


57.Al-Mu-arrikh Syekh Ahmad Abu al-Abbas al-Maqarri (w 1041 H).
• Azhar ar-Riyâdl.


58.Syekh Muhammad az-Zarqani al-Maliki (w 1122 H)
• Syarh al-Mawâhib al-Ladunniyyah.


59.Syekh Abd al-Ghani an-Nabulsi ad-Damasyqi (1143 H). Beliau banyak menyerang Ibn Taimiyah dalam berbagai karyanya.


60.Al-Faqîh ash-Shûfi Syekh Muhammad Mahdi ibn Ali ash-Shayyadi yang dikenal dengan nama ar-Rawwas (w 1287 H).


61.Syekh Idris ibn Ahmad al-Wizani al-Fasi al-Maliki.
• an-Nasyr ath-Thayyib ‘Alâ Syarh Syekh ath-Thayyib.


62.Syekh as-Sayyid Muhammad Abu al-Huda ash-Shayyadi (w 1328 H).
• Qilâdah al-Jawâhir.


63.Syekh Musthafa ibn Syekh Ahmad ibn Hasan asy-Syathi ad-Damasyqi al-Hanbali, hakim Islam wilayah Duma, hidup sekitar tahun 1331 H.
• Risâlah Fî ar-Radd ‘Alâ al-Wahhâbiyyah.


64.Syekh Musthafa ibn Ahmad asy-Syathi al-Hanbali ad-Damasyqi (w 1348 H).
• an-Nuqûl asy-Syar’iyyah.


65.Syekh Mahmud Khaththab as-Subki (w 1352 H).
• ad-Dîn al-Khâlish Aw Irsyâd al-Khlaq Ilâ Dîn al-Haq.


66.Mufti kota Madinah Syekh al-Muhaddits Muhammad al-Khadlir asy-Syinqithi (w 1353 H).
• Luzûm ath-Thalâq ats-Tsalâts Daf’ah Bimâ La Yastahî’ al-Âlim Daf’ah.


67.Syekh Abd al-Qadir ibn Muhammad Salim al-Kailani al-Iskandarani (w 1362 H).
• an-Naf-hah az-Zakiyyah Fî ar-Radd ‘Alâ al-Wahhâbiyyah.
• al-Hujjah al-Mardliyyah Fî Itsbât al-Wâsithah al-Latî Nafathâ al-Wahhâbiyyah.


68.Syekh Ahmad Hamdi ash-Shabuni al-Halabi (w 1374 H).
• Risâlah Fî ar-Radd ‘Alâ al-Wahhâbiyyah.


69.Syekh Salamah al-Azami asy-Syafi’i (w 1376 H)
• al-Barâhîn as-Sâth’iah Fî Radd Ba’dl al-Bida’ asy-Syâ-i’ah.
• Berbagai makalah dalam surat kabar al-Muslim Mesir.


70.Mufti negara Mesir Syekh Muhammad Bakhit al-Muthi’i (w 1354 H).
• Tath-hîr al-Fu’âd Min Danas al-‘I’tiqâd.


71.Wakil para Masyâyikh Islam pada masa Khilafah Utsmaniyyah Turki Syekh al-Muhaddits Muhammad Zahid al-Kautsari (1371 H).
• Kitâb al-Maqâlât al-Kautsari.
• at-Ta’aqqub al-Hatsîts Limâ Yanfîhi Ibn Taimiyah Min al-Hadîts.
• al-Buhûts al-Wafiyyah Fî Mufradât Ibn Taimiyah.
• al-Isyfâq ‘Alâ Ahkâm ath-Thalâq.


72.Syekh Ibrahim ibn Utsman as-Samnudi al-Mishri, salah seorang ulama yang hidup di masa sekarang.
• Nushrah Imam as-Subki Bi Radd ash-Shârim al-Manki.


73.Ulama terkemuka di kota Mekah Syekh Muhammad al-Arabi at-Tabban (w 1390 H).
• Barâ-ah al-Asy’ariyyîn Min ‘Aqâ-id al-Mukhâlifîn.


74.Syekh Muhammad Yusuf al-Banuri al-Bakistani.
• Ma’ârif as-Sunan Syarh Sunan at-Tirmidzi.


75.Syekh Manshur Muhammad Uwais, salah seorang ulama yang masih hidup di masa sekarang.
• Ibn Taimiyah Laysa Salafiyyan.


76.Al-Hâfizh Syekh Ahmad ibn ash-Shiddiq al-Ghumari al-Maghribi (w 1380 H).
• Hidâyah ash-Shughrâ’.
• al-Qaul al-Jaliyy.


77.Syekh al-Musnid al-Habîb Abu al-Asybal Salim ibn Husain ibn Jindan, salah seorang ulama terkemuka di Indonesia (w 1389 H)
• al-Khulâshah al-Kâfiyah Fî al-Asânid al-‘Âliyah.


78.Syekh al-Muhaddits Abdullah al-Ghumari al-Maghribi (w 1413 H).
• Itqân ash-Shun’ah Fî Tahqîq Ma’nâ al-Bid’ah.
• ash-Shubh as-Sâfir Fî Tahqîq Shalât al-Musâfir.
• ar-Rasâ’il al-Ghumâriyyah.
• Dan berbagai tulisan beliau lainnya.


79.Syekh Hamdullah al-Barajuri, salah seorang ulama terkemuka di Saharnafur India.
• al-Bashâ-ir Li Munkirî at-Tawassul Bi Ahl al-Qubûr.


80.Syekh Abu Saif al-Hamami secara terang telah mengkafirkan Ibn Taimiyah dalam karyanya berjudul Ghauts al-‘Ibâd Bi Bayân ar-Rasyâd. Beliau adalah salah seorang ulama besar dan terkemuka di wilayah Mesir. Kitab karyanya ini telah direkomendasikan oleh para masyayikh Azhar dan ulama besar lainnya, yaitu oleh Syekh Muhammad Sa’id al-Arfi, Syekh Yusuf ad-Dajwi, Syekh Mahmud Abu Daqiqah, Syekh Muhammad al-Bujairi, Syekh Muhammad Abd al-Fattah Itani, Syekh Habibullah al-Jakni asy-Syinqithi, Syekh Dasuqi Abdullah al-Arabi, dan Syekh Muhammad Hafni Bilal.


81.Syekh Muhammad ibn Isa ibn Badran as-Sa’di al-Mishri.


82.As-Sayyid Syekh al-Faqîh Alawi ibn Thahir al-Haddad al-Hadlrami.


83.Syekh Mukhtar ibn Ahmad al-Mu’ayyad al-Azhami (w 1340 H).
• Jalâ’ al-Awhâm ‘An Madzhab al-A-immah al-‘Izhâm Wa at-Tawassul Bi Jâh Khayr al-Anâm -‘Alaih ash-Shalât Wa as-Salâm-. Kitab ini berisi bantahan atas kitab karya Ibn Taimiyah berjudul Raf’u al-Malâm.


84.Syekh Isma’il al-Azhari.
• Mir’âh an-Najdiyyah.


85.KH. Ihsan ibn Muhammad Dahlan Jampes Kediri, salah seorang ulama terkemuka Indonesia yang cukup produktif menulis berbagai karya yang sangat berharga.
• Sirâj ath-Thâlibîn ‘Alâ Minhâj al-‘Âbidîn Ilâ Jannah Rabb al-‘Âlamîn.


86.KH. Hasyim Asy’ari Tebu Ireng Jombang. Salah seorang ulama terkemuka Indonesia, perintis ormas Islam Jam’iyyah Nahdlatul Ulama (NU). Beliau merintis ormas ini tidak lain hanya untuk membentengi kaum Ahlussunnah Indonesia dari faham-faham Ibn Taimiyah yang telah diusung oleh kaum Wahhabiyyah.
• ‘Aqîdah Ahl as-Sunnah Wa al-Jamâ’ah.


87.KH. Sirajuddin Abbas, salah seorang ulama terkemuka Indonesia.
• I’tiqad Ahl as-sunnah Wa al-Jama’ah.
• Empat Puluh Masalah Agama


88.KH. Ali Ma’shum Yogyakarta (w 1410 H), salah seorang ulama terkemuka Indonesia.
• Hujjah Ahl as-Sunnah Wa al-Jamâ’ah.


89.KH. Ahmad Abd al-Halim Kendal, salah seorang ulama besar Indonesia.
• Aqâ-id Ahl as-Sunnah Wa al-Jamâ’ah. Ditulis tahun 1311 H


90.KH. Bafadlal ibn Syekh Abd asy-Syakur as-Sinauri Tuban. Salah seorang ulama terkemuka Indonesia yang cukup produktif menulis berbagai karya yang sangat berharga.
• Risâlah al-Kawâkib al-Lammâ’ah Fî Tahqîq al-Musammâ Bi Ahl as-Sunnah.
• Syarh Risâlah al-Kawâkib al-Lammâ’ah Fî Tahqîq al-Musammâ Bi Ahl as-Sunnah.
• Al-‘Iqd al-Farîd Bi Syarh Jawharah at-Tauhîd


91.Tuan Guru Zainuddin ibn Abd al-Majîd Pancor Lombok Nusa Tenggara Barat.
• Hizb Nahdlah al-Wathan


92.KH. Muhammad Syafi’i Hadzami ibn Muhammad Saleh Ra’idi, salah seorang ulama betawi, pernah menjabat ketua Majelis Ulama Indonesia (MUI) Propinsi DKI Jakarta (1990-2000).
• Taudlîh al-Adillah.


93.KH. Ahmad Makki Abdullah Mahfuzh Sukabumi Jawa Barat.
• Hishn as-Sunnah Wa al-Jama’âh

oleh AQIDAH AHLUSSUNNAH: ALLAH ADA TANPA TEMPAT

Ketua Wanita KEADILAN Bukit Gelugor peluk Islam!

25/08/2011

SESUNGGUHNYA hidayah itu datangnya mutlak dari Allah SWT. Berita gembira buat kita semua dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini apabila Ketua Wanita KEADILAN Bukit Gelugor, Cheryl Chew memeluk Islam petang semalam.



Beliau melafazkan kalimah Syahadah pada pukul 3.00 petang semalam di pejabat JIM Bukit Malawati. Dimaklumkan bahawa beliau kini menggunakan nama Huda Chew.




Antara rakan-rakan Cheryl yang menitiskan air mata kegembiraan dengan keislaman beliau. Dimaklumkan juga bahawa beliau menerima banyak hadiah berupa tafsir Al-Quran dan buku-buku agama dari rakan-rakan terdekat.


Difahamkan, sebelum ini Cheryl telah mula berpuasa dan mendalami Islam secara berperingkat sebelum mengambil keputusan untuk memeluk Islam di dalam hari yang bersejarah semalam.


source: http://milosuam.blogspot.com

Mengapa Hujah SPR Ada Kepincangan?

Khamis, Ogos 25, 2011

Terdapat banyak perbincangan di Malaysia sejak dua bulan lalu mengenai reformasi pilihan raya, dengan cadangan yang bernas daripada pelbagai pihak dan juga kenyataan balas oleh kerajaan.

Dalam artikel ini, yang pertama daripada dua, saya melihat beberapa cadangan yang dikemukakan dan membandingkan situasi Malaysia dengan negara-negara lain.

Mengurangkan had umur mengundi

Dari perspektif antarabangsa, had umur 21 tahun di Malaysia jauh ketinggalan.

Wikipedia menyenaraikan umur mengundi di hampir 240 negara di seluruh dunia, dan kebanyakan negara purata umur mengundi adalah 18 tahun. Malaysia adalah antara 12 negara di mana seorang pengundi mesti berusia 21 tahun.

Mari kita lihat di negara jiran Malaysia di Asia. Anda perlu hanya berusia 18 untuk mengundi di Australia, Bangladesh, Brunei, Burma, Kemboja, China, Hong Kong, India, Laos, Maldives, Mongolia, Nepal, New Zealand, Pakistan, Papua New Guinea, Filipina, Sri Lanka, Thailand dan Vietnam .

singapore voters 2011 1Di Indonesia dan Timor Timur, 17; di Korea Selatan, 19; dan di Jepun dan Taiwan, 20. Bersama-sama dengan Singapura, Malaysia adalah antara satu-satu negara di Asia yang menetapkan had umur mengundi pada 21 tahun.

Kita lihat juga di negara-negara lain dalam Komanwel, di mana struktur dan perlembagaan negara ini digubal serta dipengaruhi luas oleh oleh British.

Had umur mengundi adalah 18 tahun di Australia, Bahamas, Bangladesh, Bermuda, Kanada, Ghana, India, Jamaica, New Zealand, Pakistan, Sri Lanka, Tanzania, Uganda, United Kingdom dan Zimbabwe. Sekali lagi, Malaysia tidak berada dalam senarai itu.

Melanjutkan tempoh berkempen

Bersih 2.0 mencadangkan tempoh kempen dilanjutkan kepada 21 hari, tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menentangnya.

NONEMenurut timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar, masa yang lebih singkat adalah memadai bagi sebuah negara yang saiz seperti Malaysia dan memiliki kecanggihan teknologi.

Walau bagaimanapun, beberapa penyokong reformasi pilihan raya Malaysia berkata pada masa lalu tahun, kempen pilihan raya di Malaysia pernah dilanjutkan menjangkaui 21 hari.

Mari kita lihat pada justifikasi Wan Ahmad untuk kempen yang singkat dan membangingkannya dengan tempoh kempen di negara-negara Komanwel yang berkongsi warisan politik dengan Malaysia.

Pilihan raya 2010 Australia telah diumumkan pada 17 Julai, dan pengundian dijalankan lima minggu kemudian, iaitu pada 21 Ogos.

Menggunakan logik Wan Ahmad, Australia memerlukan tempoh kempen yang lebih panjang kerana ia adalah sebuah negara yang besar. Oleh itu, mari kita lbandingkan pula di beberapa negara yang bersaiz kecil dan juga mempunyai teknologi canggih.

Pilihan raya 2010 di United Kingdom telah diumumkan pada 12 April dan diadakan pada 6 Mei. Ini adalah tempoh berkempen selama 24 hari.

Pilihan raya di New Zealand tahun ini telah diumumkan pada 2 Feb, tetapi pengundian tidak dijalankan sehingga 26 Nov, iaitu hampir 10 bulan kemudian!

Bagaimana pula dengan Singapura, sebuah negara yang mempunyai keluasan hanya 582 km persegi atau hanya 0.2 peratus daripada saiz Malaysia? Parlimennya telah dibubarkan pada 19 April tahun ini, dan pilihan raya diadakan pada 7 Mei, iaitu 20 hari kemudian.

Hujah Wan Ahmad bahawa tempoh kempen bergantung kepada saiz dan kecanggihan sesebuah negara, tetapi sebagai bukti di UK, New Zealand, dan Singapura, menunjukkan sebaliknya.



JOHN R MALOTT adalah Duta amerika Syarikat ke Malaysia daripada 1995-1998, dan beliau terus memantau perkembangan negara ini.

Alhamdulillah.....Akhirnya Khatam Juga Kak Ros Baca Quran..






















Adakah mana-mana Ulama, khususnya 40 Ulama Muda UMNO yang berani tampil berdiri dihadapan Rosmah dan berkata 'Hukum membaca Al-Quran adalah SUNAT manakala mengamalkan isi kandungannya adalah WAJIB. Maka berhentilah dahulu daripada membacanya dan sempurnakanlah dahulu menutup aurat rambutmu

Tips 10 Malam Terakhir


Bulan Ramadhan sudah hampir tiba ke penghujungnya. Wahai muslimin dan muslimat sekalian, rebutlah pahala di sepuluh malam yang terakhir ini sesungguhnya di sepuluh malam yang terakhir ini. “Dimalam itu (Lailatul Qadr) malaikat dan ruh turun dengan izin Tuhan mereka …” (Al-Quran).

Pernah dimalam itu Al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, Baitul Izzah. Ramadan 1429H/2008M semakin berakhir. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya, yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan! Itulah malam Lailatul Qadar. Pada 10 malam tersebut, demi berebut untuk mendapatkannya, Rasulullah saw mengasingkan dirinya dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah swt sambil diikuti oleh para Sahabat ra. Firman Allah swt bermaksud,

“Sesungguhnya Kami menurunkan (Al-Quran) dalam malam Lailatul Qadr. Tahukah kamu apa itu malam Lailatul Qadr. Malam Lailatul Qadr lebih baik dari 1000 bulan. Malaikat dan ruh turun pada malam itu dengan izin Tuhan mereka dalam semua urusan. Salam (sejahtera) malam tersebut hingga naik fajar” (Al-Quran).

Diantara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan ialah qiamulail, puasa fardhu, berbuka, solat Tarawih, tilawah Al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, memuhasabah diri, merancang untuk amalan diri, keluarga dan Dakwah dan sebagainya.

Tips

Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadr :

1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata, tidak untuk kesibukan lain.

2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah swt dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk “Hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera” (Al-Quran).

3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk Iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah Iktikaf dan Qiyamullail 10 Malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.

4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.

5. Jika anda bekerja dibawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu 27/9/2008 dan Ahad 28/9/2008.

6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.

7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal, sebelum 10 Malam Terakhir, agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.

8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai kearah perubahan tersebut.

Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Ameen.

www.iLuvislam.com

oleh : iz muslim too

Lailatul Qadr (Night of Power)

There is night in the month of Ramadhan which is better than a thousand months (83 years, 4 months). This night is called Laitatul Qadr.

According to Hadith, this night occurs during the last ten days of Ramadhan on one of the odd numbered nights. Usually it is celebrated on the 27th night of this holy month. It is a night of great importance and enormous blessings for Muslims.



A night such as Lailatul Qadr was not granted to any religious community (Ummah) before Muslims. Only the Ummah of the Prophet Muhammad (peace and blessings of Allah be upon him) were favoured with a night of huge reward. Once reason, it was granted, was to enable Muslims to equal the worship of any people who lived before us. In the distant past it is said that people lived very long lives of hundreds of years. We, today, live much shorter lives. And so Allah gave us Laitatul Qadr to enable us to do as much worship as a man who lived even hundreds of years longer. If in a lifetime, you only worshipped on Lailatul Qadr ten times, you would have equaled in those ten nights 833 years of worship.

Signs of Laitul Qadr
•There are some signs that reveal which night is Laitatul Qadr.
•The night will be peaceful, neither hot nor cold, with a clear moon shinning but with no rays.
•There will be no shooting stars in the night
•At sunrise the sun will rise as just a disc without and radiant beams of light.
•One companion of the Prophet reported that on Laitatul Qadr he tasted sea water and it was sweet.
Nawafil (Optional Prayers) for Laitatul Qadr
1. Two Rakaat - In each Rakaat

Surah Al-Fatiha (Alhamdu) - Once

Surah Al-Qadr (Inna Anzalna) - Once

Surah Al-Ikhlas (Qul Huwal Lahu) - Once

One who observes this Nafl prayer will be granted the enormous rewards of Laitatul Qadr.

2. Two Rakaat - In each Rakaat

Surah Al-Fatiha (Alhamdu) - Once

Surah Al-Ikhlas (Qul Huwal Lahu) - Seven times

After Completing this nafl prayer recite 70 times :





"Astaghfirullah hallazi la-ila-ha illa huwal Hayyul Qayyumo wa atu-bu ilaihe"

"I seek forgiveness from Allah, the almighty, there is no god but He. He is the self-existent, the Eternal and I turn to Him"

Once who observes this prayer, Allah the Merciful will forgive sins of that person and their parents' sins.

3. Four Rakaat - In each Rakaat

Surah Al-Fatiha (Alhamdu) - Once

Surah Takathur (Alhakumat Takasur) - Once

Surah Al-Ikhlas (Qul Huwal Lahu) - Three times

A person observing this prayer will be protected from pain and hardship at the time of death and will be saved from the punishment of the grave.

4. Four Rakaat - In each Rakaat

Surah Al-Fatiha (Alhamdu) - Once

Surah Al-Qadr (Inna Anzalna) - Three times

Surah Al-Ikhlas (Qul Huwal Lahu) - Fifty times

After completing this prayer recite once :





"All glory and All Praise are for Allah, and there is no God but Allah and Allah is the Greatest".

The dua of the person observing this prayer will be accepted by Allah Almighty.

5. Four Rakaat - In each Rakaat

Surah Al-Fatiha (Alhamdu) - Once

Surah Al-Qadr (Inna Anzalna) - Once

Surah Al-Ikhlas (Qul Huwal Lahu) - Twenty Seven times

For one who observes this prayer all their sins are forgiven by Allah Almighty and they will enter into Heaven.

Dua of Lailatul Qadr

The Prophet (Peace and blessing of Allah be upon him) taught this dua to Hazrat Ayesha for Lailatul Qadr.






"O Allah, you are the One who grants pardon for sins. You love to pardon so pardon me".


Gara-Gara Minum Arak Pelajar Malaysia Di Rogol Empat Lelaki Rusia..Siapa Yang Salah?

Empat pemuda Rusia daripada golongan berada menggunakan iPhone untuk merakam aksi mereka merogol seorang pelajar kolej swasta eksklusif berusia 18 tahun di selatan London.

Keempat-empat pemuda Rusia yang baru berada di Britain selama dua minggu itu telah melakukan serangan seksual kepada pelajar Malaysia selama sekurang-kurangnya dua jam setengah. Pelajar Malaysia itu menuntut di sebuah kolej esklusif yang mengenakan bayaran sekitar £30,000 setahun.

Kesemua tertuduh berusia antara 19 dan 23 tahun, memberikan komentar yang menjijikkan - malah merakamkan pengakuan tentang rancangan untuk melakukan serangan seksual itu sehari sebelum kejadian.

Oleg Ivanov, 23, Norayr Davtyan, 22, Armen Simonyan, 19, dan Gregory Melnikov, 23, menafikan tuduhan yang dikenakan terhadap mereka, namun juri di Mahkamah Woolwich Crown sebulat suara mendapati mereka bersalah.

Davtyan menyifatkan gadis itu sebagai "mesin" dan memanggilnya sebagai 'sl **' ketika di dalam kotak saksi. Mahkamah diberitahu bahawa Ivanov berasa "kasihan" terhadap mangsa, apabila melihat dia menangis tetapi dipujuk oleh rakannya Davtyan.

Pendakwa Peter Clement, berkata: "Ahli geng ini melihat aksi antara satu dengan yang lain, memberikan kata-kata semangat antara satu dengan yang lain, dan melontarkan kata-kata komentar tentang perkara yang telah dan akan mereka lakukan terhadap mangsa."

Menurut keterangan mahkamah, pelajar Malaysia itu menghadiri sebuah parti dan meneguk segelas wiski sebelum ke disko.Walaupun tidak ada bukti kukuh yang menyatakan bahawa minumannya itu diletakkan dadah atau ubat tidur namun pelajar itu dilaporkan mabuk teruk sebelum kembali ke parti, muntah-muntah lalu tertidur.

Pada keesokan paginya, mangsa bangun dan menyedari seorang lelaki sedang melakukan seks dengan dirinya.

Mangsa memberitahu polis: "Saya hanya mahu dia berhenti, saya tidak dapat bangun, saya tidak dapat berdiri, saya berasa benar-benar, benar-benar, benar-benar letih, saya tidak dapat berbuat apa-apa saya tidak boleh menggerakkan tangan saya .. .

"Saya hanya mahu menutup mata saya, saya hanya ingin mati, saya tidak rela akan perlakuan mereka."


Davtyan telah disabitkan atas dua tuduhan rogol, Melnikov disabitkan dengan satu tuduhan rogol dan cubaan rogol manakala Ivanov dan Simonyan kedua-duanya disabitkan atas satu tuduhan rogol.

Mereka masih ditahan sehingga mahkamah menjatuhkan hukuman esok.


P/s:apakata kalau pelajar tu ikut cara islam ,jangan pergi parti maksiat dan jangan minum arak ? yang pi cari penyakit wat pe ? menangis pulak tu...jadi sapa yang salah ? aku kata suspek dan mangsa sama-sama salah....

Drama Bersiri Liwat ll : Saiful Kata Plastik Dimasukkan Dalam Duburnya

Saksi pembelaan kedua, bekas doktor di Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman Abdul Hamid dalam keterangannya berkata Mohd Saiful Bukhari Azlan, pegandu dalam kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahunya bahawa plastik dimasukkan ke dalam duburnya seperti dinyatakan dalam laporan perubatannya.

Apabila diasak oleh ketua pendakwaan Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Dr Osman (kanan) bersetuju bahawa Saiful mendakwa beliau diliwat oleh seorang VIP tetapi juga mempertahankan kenyataannya bahawa bekas pembantu Anwar itu juga mengakui plastik dimasukkan ke duburnya.

Saksi yang berasal dari Myanmar dan mendapat pendidikan perubatannya dari Universiti Yangon berulang-kali menafikan cadangan oleh Peguam Cara Negara II itu bahawa beliau tidak menulis plastik dimasukkan ke dubur selepas pemeriksaan dijalankan.

Jelasnya, Saiful datang ke Pusrawi pada 28 Jun, 2008 dan mengadu kesakitan di duburnya.

Selepas menjalankan pemeriksaan, beliau dapati tiada kesan koyakan atau berdarah di kawasan berkenaan dan ketika itu Saiful memberitahu dia diliwat dengan objek plastik dimasukkan ke duburnya.

"Saya ada catatkan ini selepas Saiful beritahu saya selepas pemeriksaan dijalankan dan ada masukkan sebuah protoskop," katanya.

Menjawap soalan Yusof, Osman berkata memasukkan plastik bukan meliwat. Beliau juga menafikan bahawa nota perubatan itu ditambah kemudiannya.

Yusof: Nota (mengenai plastik berkenaan) dicatatkan kemudian?

Osman: Nota ditambah selepas pasca pemeriksaan.

Yusof: Saya andaikan dia tidak kata sebarang plastik.

Osman: Dia (Saiful) ada beritahu saya.

Karpal, dalam pemeriksaan balas, kemudian bertanya sama ada nota dicatakan pada hari selepasnya. Osman bagaimanapun menafikannya dan berkata ia dicatatkan pada hari yang sama.

Kandungan keterangan Anwar di Mahkamah Tinggi pagi ini

Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak pernah mengadakan sebarang hubungan seks dengan bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Saya sama sekali menafikan tuduhan ke atas saya. Saya mahu mengatakan, dengan tidak ragu-ragu bahawa saya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan pengadu Mohd Saiful,” kata beliau dalam kenyataannya di Mahkamah Tinggi hari ini.

Kandungan keterangan Anwar di Mahkamah Tinggi pagi ini, yang dibuat dari kandang tertuduh, diemelkan kepada media.

Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh, memilih untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh.

“Dakwaan dia (Saiful) adalah satu pembohongan terus-terang dan kejam dan (ia) akan dibuktikan demikian,” kata Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen.
Anwar menambah dakwaan itu juga satu usaha keji dan hina untuk membunuh karakter beliau.

“Dalam hal ini, biar saya menekankan semula bahawa mereka boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahu untuk membunuh karakter saya dan mencemarkan reputasi saya dan mengugut saya sekali lagi dengan hukuman penjara 20 tahun, tetapi ambil kata-kata saya, mereka tidak boleh menakutkan saya,” katanya.

Sambil menegaskan beliau tidak akan menyerah diri dalam usahanya melawan tuduhan kali ini, Anwar berkata, “kebenaran akan terbukti kelak.”
Anwar berhadapan dengan kes liwat kedua dalam tempoh satu dekad ini.
Pada 16 Mei, mahkamah memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan bahawa Saiful, pengadu dalam kes itu, adalah seorang saksi yang boleh dipercayai dan berwibawa.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, atas tuduhan melakukan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.

Anwar juga berkata, mengikut keterangan pengadu dia tiba di Kondominium Desa Damansara pada pukul 2.45 petang untuk membincangkan perkara berkaitan dengan kerja dan menyerahkan dokumen-dokumen yang dibekalkan oleh ketua stafnya Ibrahim Yaakob.

“Dia berkata dia menghentikan vannya di pondok keselamatan dan memaklumkan nama kod ‘Mokhtar’ kepada pengawal keselamatan sebelum dibenarkan masuk.
“Dia meletakkan kenderaan dan menggunakan lif ke Unit 11-5-1 di mana saya didakwa duduk di meja makan di bilik duduk. Dia mengatakan dia duduk di meja yang sama dan memulakan perbincangan. Dia memberitahu mahakamah saya menggunakan cara kasar untuk meminta agar diadakan hubungan seks,” kata Anwar.

Anwar menambah, apabila ditanya Saiful menjawab dia marah dan takut, malah tidak sanggup berbuat demikian tetapi patuh kerana “saya kelihatan marah.”
“Perlu diperhatikan di peringkat ini bahawa pengadu boleh, atas pengakuannya ketika keterangan peringkat utama, meninggalkan bilik kerana tiada bukti bahawa saya cuba untuk menutup pintu dari dalam,” kata Anwar.
Anwar menambah, Saiful juga mendakwa bahawa dia telah diarah masuk ke dalam bilik tidur dan dia masuk kerana rasa takut.
“Malah di peringkat ini, pengadu ada peluang untuk meninggalkan bilik duduk.

“Dia tidak berbuat demikian. Keterangan lain berhubung perkara ini dengan jelas menunjukkan bahawa pengadu mempunyai segala peluang untuk keluar (dari kondominimum), tetapi dia tidak melakukannya,” kata beliau lagi.
“Alasannya ialah dia diselubungi ketakutan,” kata Anwar dalam keterangannya sambil menambah, “alasan sedemikian bercanggah dengan fakta.”
Ketua Umum PKR ini seterusnya berkata Saiful merupakan seorang lelaki berusia awal 20-an dengan berketinggian “enam kaki” dan mantap secara fizikal, mempunyai hubungan dengan ahli-ahli politik dan pegawai kanan polis.

Malah katanya, Saiful juga bekas pelajar yang ada hubungan dengan Umno dengan menyertai pelbagai latihan kendalian Biro Tata Negara, agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.
“Dan di sini, saya seorang lelaki berusia 60 tahun dengan ada sejarah sakit belakang, yang telah menjalani pembedahan besar dan tidak memiliki sebarang kuasa.

“Jika saya telah menggunakan sebarang bentuk pengarauh atau tekanan mental ke atas dia, ini boleh dengan mudah dineutralkan dengan membuat satu panggilan segera kepada pihak-pihak yang ada hubungannya,” kata Anwar yang juga bekas timbalan presiden Umno dan bekas timbalan perdana menteri.
Anwar dipecat dari Umno dan jawatan kerajaan awal September 1998.
Mengenai dakwaan dia takut kerana boleh dicederakan, Anwar berkata, ia satu imaginasi untuk mengesyorkan bahawa beliau akan menyebabkan kecederaan fizikal ke atasnya.
Anwar seterusnya berkata ketika disoal balas, Saiful ada mengakui bahawa dia telah membeli bahan pelincir dan secara sukarela telah mengenakannya serta mendakwa hubungan seks telah berlaku dan ia “sesuatu yang menyakitkan.”

“Bagaimanapun, sangat jelas tiada bukti perubatan wujudnya kesan penembusan atau koyakan. Selepas hubungan (seks) yang didakwa berlaku, dia minum dan berbual dengan mesra dengan saya.

“Pengadu tidak cuba mendapatkan pemeriksaan perubatan dengan segera. Sebakliknya, dia menghadiri satu majlis PKR pada keesokan hari. Pada sebelah petang, dia mengambil bahagian dalam satu mesyuarat Kelab Anwar Ibrahim di rumah saya tanpa menunjukkan sebarang tanda emosi atau ketidakselesaan fizikal, malah trauma,” kata Anwar lagi.
“Sikapnya secara total tidak konsisten dengan dakwaan bahawa dia telah dikasari,” tambah beliau.

Malah kata Anwar, sedangkan dia tidak membuat laporan polis ataupun mendapatkan rawatan perubatan dengan segera, Saiful telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor selain bercakap dengan Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara ketika itu dan mengadakan pertemuan dengan Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof, bekas ketua polis Melaka, di sebuah hotel dua hari sebelum kejadian didakwa berlaku.

Najib merupakan timbalan perdana menteri ketika itu.
“Oleh itu adalah jelas daripada bukti itu bahawa pengadu telah berbohong meskipun Yang Arif (Hakim) memutuskan bahawa dia seorang saksi yang benar,” katanya.

Jangan Tiru Pasangan Ini ‘bersahur’

Oleh Zuliaty Zulkiffli

2011/08/22

Kakitangan Pejabat Agama Daerah serbu hotel murah di Kuah


ALOR SETAR: Empat remaja, termasuk dua daripadanya akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) terpaksa bermalam di lokap selepas dicekup berkhalwat dalam sebuah bilik hotel murah di Kuah, Langkawi, awal pagi kelmarin.

Tindakan berani dua remaja lelaki berusia 15 tahun itu membawa pasangan mereka yang setahun lebih tua menyewa di hotel itu dengan alasan hanya untuk bersahur sebenarnya membongkar kegiatan maksiat mereka.
Dua remaja lelaki itu adalah pelajar sebuah sekolah menengah di Kuah, Langkawi, manakala pasangan mereka pula tidak bersekolah.
Pegawai Penyiasat Pejabat Agama Daerah Langkawi, Muhammad Hidayat Halim, berkata dalam serbuan jam 3.45 pagi kelmarin, sepasukan anggotanya membuat pemeriksaan di hotel itu selepas mendapat maklumat awam.

Katanya, pasangan remaja itu agak berani kerana sanggup menyewa hotel yang hanya bersebelahan dengan pejabat agama daerah.

Beliau berkata, ketika anggota penguat kuasa mengetuk pintu dan memberi salam berulang kali seorang remaja perempuan yang hanya memakai tuala dalam keadaan panik dan takut membuka pintu.

"Pemeriksaan menemui pasangannya yang hanya berseluar pendek dan pemeriksaan lanjut menemui seluar dalam mereka di tepi katil. Kedua-dua remaja itu mengaku baru selesai melakukan hubungan seks," katanya.
Muhammad Hidayat berkata, hasil pemeriksaan turut menemui sepasang lagi kekasih berpakaian lengkap dan dipercayai baru bangun tidur terkejut melihat kehadiran anggota penguat kuasa berada di bilik berkenaan.

Ketika disoal siasat kedua-dua remaja perempuan itu mengaku bekerja di sebuah kafe di Langkawi dan baru berkenalan dengan pelajar lelaki terbabit.

"Mereka yang berasal dari Langkawi, mengaku menyewa hotel semata-mata untuk melakukan hubungan seks," katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 9(1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana berkurung sehingga mendatangkan syak kepada orang ramai dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

p/s apa dah jadi dengan remaja kita,kecik-kecik pun dah pandai wat keja macam orang dah kawin,salah siapa ekk?aku rasa salah mak bapak dia juga walaupun tak semuakan..yela orang sekarang ni sayang anak terlebih , biarkan anak buat ape yang dia suka.aku cukup benci dengan makbapak yang membela anaknya ketika anaknya ditegur atau dirotan guru kerana melakukan kesalahan,bukan bela saja bahkan buat report polis,bangang punya makbapak...

APE LA NASIB KO NAJIB.......

Oleh Chiifen Hiuby

Sembilan tahun yang lalu pada tahun 2002, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah Menteri Pertahanan, Malaysia telah membeli dua kapal selam serang diesel-elektrik Scorpene dari syarikat Perancis DCNS. Ia merupakan sebahagian daripada usaha untuk menaik taraf angkatan tentera laut Malaysia. Ini telah mencetuskan rantaian peristiwa termasuk rasuah, pembunuhan dan seks persis plot sebuah novel terlaris dipasaran.

Suatu penyiasatan dijalankan ke atas perjanjian yang berlaku pada tahun 2002 oleh seorang hakim penyiasatan yang dilantik oleh Perancis bertujuan untuk "mendapatkan kebenaran sekitar komisen", mengikut kata ahli kumpulan hak asasi manusia Suara aktivis Rakyat Malaysia (Suaram), Kua Kia Soong.
Masa sudah semakin hampir untuk pembongkaran kes melalui penyiasatan pihak Perancis. Pada bulan September, Najib dan kerajaan akan berada di bawah penelitian terperinci bukan sahaja untuk rasuah yang dikatakan yang telah dibayar sebagai "komisen" kepada pegawai kerajaan semasa jualan tetapi lebih sensasi lagi kerana pembabitan beliau dalam pembunuhan penterjemah Mongolia, Altantuya Sharibuu pada tahun 2006.

Semasa penjualan dua kapal selam, sebanyak 114 juta euro telah dibayar sebagai "yuran" oleh DCNS kepada syarikat perunding Perimekar Sdn. Bhd, di mana pemegang saham utama syarikat itu adalah isteri rakan rapat Najib, penganalisa politik Abdul Razak Baginda. Altantuya, yang mempunyai hubungan sulit dengan Baginda, telah mendapat tahu tentang perkara ini dan menuntut 500,000 euro dari Baginda, satu tindakan yang membawa kepada kematian beliau. Yang lain, seperti yang kita tahu, masih lagi diselubungi misteri.

Garis masa

Berikut adalah garis masa ringkas untuk kejadian yang berlaku melibatkan jual beli Scorpene:

Pada bulan Oktober 2006, warganegara Mongolia Altantuya Sharibuu telah ditembak di kepala dan diletupkan dengan bahan letupan C4 di Shah Alam. Ini telah mencetuskan perbicaraan sensasi dan siasatan ke atas pemimpin-pemimpin atasan Malaysia dan pegawai-pegawai kerajaan. Baginda dan dua pegawai polis, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, Polis Tindakan Khas Malaysia dan pengawal peribadi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah ditangkap kerana membunuh.

Pada bulan Jun 2008, Raja Petra Kamarudin dalam akuan bersumpah telah mengimplikasikan isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib, Datin Seri Rosmah Mansur dalam pembunuhan Altantuya.

Pada bulan Julai 2008, penyiasat persendirian P. Balasubramaniam hilang sehari selepas beliau memfailkan akuan bersumpah yang mendedahkan kaitan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Altantuya dan penglibatannya secara langsung dalam penyiasatan pembunuhan Altantuya. Bala juga mendakwa bahawa Najib pernah mempunyai hubungan seks dengan mangsa, dan Baginda telah mendapatkan Altantuya sebagai kekasih dari Najib.

Pada 31 Oktober 2008, Baginda telah dibebaskan daripada dakwaan bersubahat untuk membunuh penterjemah Mongolia, yang telah mempunyai hubungan sulit dengannya.

Pada 3 Februari 2009, Sirul merayu kepada mahkamah untuk tidak menjatuhkan hukuman mati ke atasnya kerana dia adalah "kambing hitam yang dikorbankan" untuk melindungi orang-orang yang tidak boleh dinamakan.

Pada bulan April 2009, dua anggota polis tindakan khas menerima hukuman mati kerana didapati bersalah membunuh jelitawan Mongolia.

Pada bulan Mac 2010, pegawai-pegawai undang-undang Perancis melancarkan siasatan terhadap penjualan kapal selam Scorpene pada2002 atas permintaan Suaram.

Bulan lalu, peguam Perancis William Bourdon yang diupah oleh Suaram, dihantar pulang dari Kuala Lumpur selepas memberi ucapan pada majlis makan malam Suaram di Pulau Pinang pada hari Khamis.

Gajah di dalam bilik

Dengan penyiasatan semakin hampir, siri peristiwa dan tindakan yang meragukan oleh kerajaan Malaysia, kes ini tidak lagi boleh diketepikan atau dikatakan sebagai kebetulan semata-mata. Saling pertindihan antara kematian dan Altantuyadan skandal Scorpene tidak mudah untuk dilepas pandang.

Dengan banyaknya misteri yang masih menyelubungi kes ini, penting digariskan hubungan antara pembunuhan Altantuya dan skandal Scorpene, serta penglibatan Najib dan Razak dalam kedua-dua peristiwa di atas tidak kekal sebagai ‘gajah di dalam bilik’.

Mungkin dengan bermulanya penyiasatan ke atas " Operasi Scorpene" pada bulan September, kebenaran di sebalik pembunuhan Altantuya dan sejauh mana amalan rasuah dalam kerajaan kita akhirnya akan diketahui orang ramai.

- Malaysia Chronicle


KOH TSU KOON TETAP TENANG , KENAPA ?

Isnin, 22 Ogos 2011

Oleh: WFAUZDIN NS

NAMPAKNYA bersungguh benar Umno untuk menjatuhkan Presiden Gerakan, Koh Tsu Koon. Tidak cukup dengan menggunakan lidah beberapa pencacai mereka seperti Ezam sesumpah, Reezal Naina Merican, dan juga Zahrain katak dari Bayan Baru, digunakan pula media TV 3 suku untuk memburukkan imej Presiden Gerakan tersebut.

Betapa lantangnya Ezam sesumpah, dan betapa nyaringnya salakan dari Reezal Naina Merican menghentam Koh Tsu Koon, ada pemimpin Gerakan ini gementar dan takut? Saban hari media pencacai menjalankan propagandanya untuk memburukkan imej beliau, namun ada beliau bimbang? Apa komen Presiden Gerakan ini terhadap serangan demi serangan dari kononnya rakan sekutu beliau itu?

Koh Tsu Koon memberi komen seperti berikut, "Tunggulah kalau ada serangan lagi kita akan mempertimbangkan strategi (melawan semula) dan melaksanakan strategi itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Parti Gerakan negeri Perak, di Ipoh hari ini. Beliau mengulas sasaran beberapa pihak termasuk ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang mendakwa Koh sudah tidak lagi relevan untuk memimpin Gerakan di Pulau Pinang dan dilihat sebagai liabiliti kepada parti itu (Malaysiakini).

Sebab apa Koh Tsu Koon tidak bimbang langsung dengan puak-puak pencacai ini? Sebabnya mungkin beliau sudah tahu `standard' Ezam sesumpah dan juga Reezal Naina Merican, lebih-lebih lagi yang tidak berparti seperti Zahrain katak tersebut. Siapa mereka mahu camportangan di dalam kepimpinan Gerakan? Apakah mereka rasa Presiden Gerakan itu lebih teruk dari Presiden Umno? Berapa banyak duit saham Bumiputera yang dilesapkan oleh Koh? Berapa bilion wang KWSP yang dipinjam oleh Koh seperti Felda pinjam itu? Berapa harga cincin isteri Koh Tsu Koon dan berapa Koh dapat komisyen kapal selam? Koh juga tidak terlibat di dalam kes bunuh Altantuya.

Memang Koh Tsu Koon ada buat yang tidak kena sewaktu beliau memimpin P.Pinang dahulu, tetapi kesalahan Koh itu jauh lebih baik jika dibandingkan dengan Presiden Umno yang ada. Jadi, siapa pencacai itu yang mahu menolak Koh Tsu koon dari mengetuai Gerakan? Mengapa tidak bising dengan Presiden kamu yang melambak-lambak kes itu? Sebab beliau beri makan dan Koh tidak beri makan? Itu kah? Sekurang-kurangnya nama Koh tidak sampai busuk dan hanyirnya sehingga ke Peranchis.

Syabas buat Koh Tsu Koon yang berani menghadapi puak-puak yang tidak habis-habis untuk mengampu itu. Gerakan mesti lawan puak ini habis-habisan kerana puak ini hanya akan anggap kamu kawan sewaktu kamu kuat sahaja. Sekarang, gerakan tidak sekuat dulu dan Umno pun semakin lemah, namun ego dan sombongnya tidak pernah padam. Jalan terakhir nanti, Gerakan boleh keluar dari Bn dan biarkan Umno merayu-rayu PAS dan DAP pula.

/wfauzdin.blogspot.com

Tazkirah Ramadhan : Maksud Mulut Berbau Harum Disisi Allah

Para sarjana Islam menerangkan maksud 'bau yang harum daripada mulut orang yang berpuasa di sisi Allah'. Apabila seseorang itu berpuasa, bau mulutnya menjadi busuk. Bau busuk itu menjadi kurang menyenangkan dan mengganggu urusannya sesama manusia. Maka bertambah ujian berat kepadanya. Oleh itu, Allah memberi kelebihan kepada orang berpuasa dengan menghiaskan mereka yang berpuasa dengan bau harum daripada mulutnya pada hari kiamat kelak.

Keadaan yang sama disebutkan di dalam hadis yang lain. Hadis yang lain menyebut darah orang yang terbunuh dalam perang membela agama Islam pada hari kiamat kelak menjadi bauan yang harum. Warnanya merah seperti darah tetapi baunya harum seperti kasturi. Ia termasuk dalam janji Allah yang benar dan pada masa yang sama ia menguji kepercayaan kita kepada Allah, hari akhirat dan perkara yang ghaib.

Sarjana Islam juga menegaskan maksud ini iaitu orang yang berpuasa sudah mendapat kelebihan sejak di dunia lagi. Ia juga menegaskan Allah begitu hampir dengan orang yang berpuasa walaupun bau mulut mereka tidak disukai kerana busuk. Walau bagaimanapun, Allah tetap menerima orang yang berpuasa itu dengan rahmat dan kasih sayang kerana ibadatnya kepada Allah. Sarjana Islam juga menghuraikan kelebihan bau kerana puasanya itu melebihi kelebihan yang dicapai oleh pemilik kasturi. Begitu juga orang yang berpuasa disanjung oleh para malaikat walaupun bau mulutnya berbau dengan sebab puasa. Malaikat itu adalah makluk yang terbaik dan mulia di sisi Allah kerana ketaatannya. Ada kalangan sarjana Islam menghuraikan maksud kelebihan bau mulut orang berpuasa di sisi Allah lebih daripada pahala sunat memakai bau-bauan semasa ibadah lain.



Artikel dipetik daripada buku Ramadan Tetamu yang Dirindui oleh Tuan Abdul Hadi Awang dan diterbitkan oleh PTS Islamika Sdn Bhd.

TEMUBUAL SAIFUL DI TV 3 - SAIFUL TETAP BERWIBAWA SEPERTI SPR DAN JPN

Jumaat, 19 Ogos 2011


Oleh: WFAUZDIN NS




MULAI sekarang, sesiapa yang mempunyai masalah di`rogol', `diliwat', atau sukarela `dirogol mahupun diliwat' boleh menghubungi TV 3 untuk sesi wawancara. Stesyen TV ini sudah melangkah setapak lagi ke hadapan untuk menyiarkan masalah mereka dan Saiful insan terpilih pertama yang mendapat `keistimewaan' itu.


Anda tidak perlu menghadiri uji bakat untuk menjadi bintang di dalam Akademi Fantasia bagi mendapatkan nama dan glamour. Memadai anda ada kes menjadi mangsa atau sukarela di rogol mahupun diliwat atau anda hanya sekadar pembawa fitnah sudah cukup untuk memohon diwawancara asalkan si dituduh atau yang anda fitnah itu DS Anwar. Anda boleh cuba hubungi TV 3.

Jika bukan melibatkan DS Anwar, mohon maaf, sukar rasanya anda mendapat tempat istimewa itu. Itulah yang dapat kita saksikan bagaimana si Saiful mendapat `keistimewaan' tersebut. Saya tidak mengikuti sangat wawancara sedemikian kerana bimbang takut termuntah. Apa yang pasti, sepanjang wawancara itu adakah kita dapat dengar soalan ini kepada si Saiful;

- Mengapa anda berjumpa Najib untuk mohon biasiswa?
- Mengapa anda bersumpah di dalam masjid sehari sebelum hari Penamaan calon PRK Parlimen Permatang Pauh yang mana DS Anwar sebagai calon sedangkan kejadian liwat itu berlaku sudah lama dan dikatakan berulangkali?
- Mengapa di dalam sumpah laknat anda berkata `dipaksa' liwat, sedangkan di dalam kertas pertuduhan tidak menggambarkan sedemikian?
- Mengapa seluar dalam anda tertinggal di dalam rumah teman wanita anda?
- Adakah anda mengaku mengadakan hubungan intim dengan salah seorang bekas Tim Pendakwaraya iaitu seorang wanita?
- Selepas kejadian anda kononnya `dipaksa' liwat, anda boleh minum kopi dan makan karipap?
- Selepas kejadian yang `menfobiakan' anda itu, mengapa anda hadir ke rumah orang yang `paksa' anda liwat tersebut tanpa rasa takut, benci atau jijik?

- Anda seorang pemuda yang gagah dan sihat. Mengapa anda tidak melawan atau sekurang-kurangnya menjerit atau lari ketika mahu diliwat, sebaliknya anda sendiri mandi dan memakai tuala? Tidakkah orang yang anda dakwa memaksa anda itu seorang yang berumur dan mempunyai rekod sakit pinggang dan tulang belakang memudahkan anda untuk melawannya?


Dan, terlalu banyak soalan yang patut ditanya kepada si Saiful untuk TV 3 yakinkan rakyat yang bodoh bahawa kisah tersebut adalah benar, tiada yang tidak benar melainkan benar belaka.

Apa pun, Hakim telah berkata bahawa pemuda yang tidak mencuci duburnya selama dua hari itu adalah BERWIBAWA! Samalah juga dengan SPR dan JPN, bongkarlah apa pun mereka tetap BERWIBAWA !!

wfauzdin.blogspot.com


Suami Belasah dan Seret Isteri dalam Keadaan BOGEL

GOMBAK: Akibat menolak ajakan berbuka puasa dengan suami, seorang wanita dibelasah suaminya selain diseret dalam keadaan bogel hingga cedera di badan dalam kejadian di Kampung Nakhoda Kanan, di sini, kelmarin.


Difahamkan, sebelum ini, pasangan terbabit sering bertengkar dan mangsa yang juga suri rumah berusia 30 tahun menjadi tempat melepas geram suaminya itu.



Sumber polis berkata, pada hari kejadian, lelaki berusia 30 tahun itu mengajak isterinya berbuka puasa, tetapi mangsa menolak pelawaannya kerana mahu berbuka di rumah kakaknya menyebabkan suaminya naik angin.

Akibatnya, mangsa dibelasah sebelum diseret dari tingkat satu rumah mereka ke tingkat bawah dalam keadaan bogel.

“Mangsa menangis dan merayu suaminya tidak bertindak demikian, tetapi lelaki itu tidak mengendahkannya,” katanya di sini, semalam....

p/s dua-dua bangang , isteri ingkar arahan suami,suami pula jatuhkan maruah isteri,itulah manusia hari ini.....

Alahayy...Apa Dah Jadi Dengan Akhil Hayy..????

PERHIMPUNAN haram Bersih pada 9 Julai lalu meninggalkan kesan kepada ramai pihak terutama mereka yang tinggal di ibu kota apabila beberapa jalan utama ditutup. Para peniaga juga turut menerima kesan kerana tidak dapat menjalankan perniagaan mereka seperti biasa.

Bagi Akhil Hayy, pengacara Cafe Akhil Hayy dan Cubaan di Astro Oasis ini, setiap perkara yang berlaku berkaitan dengan politik sukar untuk dinyatakan kebenarannya. Biarpun begitu, dia mengambil pendekatan selamat apabila enggan memberikan komen lanjut berkaitan hal politik.

"Sebolehnya saya mahu mengelak daripada memberikan komen berhubung apa saja yang berkaitan dengan isu politik. Pada saya, Malaysia merupakan negara demokrasi dan paling penting semua rakyat inginkan keamanan.

"Saya pasti ada caranya untuk mendapatkan keamanan itu. Jadi, saya tidak boleh berkata salah atau betul tentang tindakan yang dilakukan oleh seseorang itu untuk mencapai keamanan.

"Mungkin keamanan boleh tercapai apabila kita duduk berbincang bersama-sama dan menyatakan tuntutan masing-masing. Walau apa pun berlaku, semua agama mengajar kita untuk mencari perdamaian.

"Tetapi jika ia dilakukan tanpa mengikut syariat Allah, bagaimana kita mahu mendapatkan keredaan dan pengampunan Allah," ujarnya sambil bersulam dengan nasihat.

Melarikan sedikit dunia politik kepada hiburan, pendakwah bebas dan penyanyi nasyid ini masih berada di paksi kehidupan sebenar. Mana tidaknya, dia berasal daripada kumpulan muzik rock suatu ketika dahulu. Kini, imejnya sudah bertukar wajah, namun tidak bermakna Akhil atau kadangkala digelar 'ustaz rock' ini akan mengubah minatnya yang mendalam dalam bidang muzik.


Lagu-lagu yang diketengahkan lebih bercorak kepada kerohanian dan ketuhanan. Terbaru, dia baru menghasilkan lagu berjudul Ighfir Zdunubi (Ampunkan Daku) dan Subhanak (Maha Suci Engkau) yang dicipta sendiri dengan bantuan isterinya, Waheeda.

"Selain menyanyi, saya juga menganjurkan kursus tarbiah jiwa yang terbuka kepada rakan-rakan selebriti yang berhijrah sejak dua bulan lalu di sebuah rumah kenalan saya di Shah Alam, Selangor.

"Saya memikirkan idea seperti ini setelah mendapati sesetengah selebriti yang tidak selesa dengan perhatian yang diberikan apabila menyertai sesebuah acara dan kelas agama," tambahnya lagi.

Di samping itu, dia mempunyai syarikat Akhil Network yang mengendalikan program mengerjakan umrah dan merancang untuk melaksanakan program itu pada Februari, Jun dan Ogos tahun depan. Para peminat Akhil juga boleh menontonnya menerusi program Cubaan yang disiarkan di Astro Oasis (saluran 106) pada setiap Sabtu, pukul 7.30 malam.

Artikel dipetik daripada sisipan OopStarz! dalam Mingguan mStar keluaran 14 Ogos 2011 yang diedarkan bersama akhbar Sunday Star di sekitar Lembah Klang.

ulasan: Bila dah melibatkan diri dengan dunia hiburan macam-macam boleh jadi,kalau lah dunia hiburan itu ada kebaikan dalam agama maka ulamak-ulamak dahulu dan sekarang sudah lama berkecimpung dalam dunia ini,namun tidak ada satu pun ulamak yang muktabar yang melibatkan diri mereka dalam bidang ini.ya! alasannya untuk berdakwah,dakwah yang macammana???? dakwah yang menutup mulut kita untuk bercakap yang hak....dulu kita bagaikan singa menentang kebatilan,sekarang bagaikan tikus takutkan kucing...seorang yang benar-benar ikhlas berdakwah kerana Allah dia tidak akan takut walaupun dengan siapa dia berdepan,hatta jika nyawanya terancam sekalipun.tetapi pendakwah kita harini di ugut dengan periuk nasi pun sudah membisu. dimana pergi jubahnya,dimana pergi serbannye.bukan soalnya harus pakai jubah atau tidak, soalnya orang yang ada agama pakailah pakaian agama ,agak tidak cocok apabila tukang masak memakai uniform seorang doktor dan doktor memakai pakaian tukang masak....alahayy fikir-fikir la hayyy...


Jom Layan Ustaz Azhar Idrus Bidas Ustazah Bangang...

SILA TUTUP LAGU LATAR DI BAWAH SEKALI SEBELUM MELAYARI VIDEO DI BAWAH

Jawapan SPR macam Pak Pandir

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 15 Ogos: PAS kesal dengan sikap lepas tangan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof baru-baru ini yang menyatakan “tiada daftar pemilih yang bersih di dunia ini” sebagai jawapan kepada pelbagai kelemahan yang dibongkar oleh PAS dalam daftar pemilih negara.

“Jawapan ini mengingatkan kita kepada kisah Pak Pandir yang menyatakan "bukan anak kita je mati, anak orang lain mati jugak.

"Kenyataan ini jelas menggambarkan sikap sebenar SPR, yang tiada niat langsung untuk memihak kepada rakyat untuk bersungguh-sungguh membersihkan daftar pemilih yang ada,” bidas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya hari ini.

Setelah diasak bertubi-tubi dengan pelbagai bukti kelemahan dalam daftar pemilih negara, SPR, yang telah berkeras kepala dalam menafikan kelemahannya selama ini akhirnya terpaksa membuat pusingan U dan mengakui bahawa mereka sedar ada kelemahan dalam daftar pemilih negara.

Namun begitu, pengakuan SPR tidak ikhlas apabila Abdul Aziz sekadar menyalahkan “kesilapan teknikal yang berlaku semasa proses pendataan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)” sehingga menyebabkan kelemahan dalam daftar pemilih yang dikendalikan SPR selama ini.

“Dalam daftar pemilih kita ada lebih kurang 12.3 juta pengundi dan sudah tentu akan berlaku kesilapan sana dan sini, seluruh dunia pun ada masalah yang sama ... tiada dunia yang daftar pemilihnya sempurna.

"Janganlah perbesarkan kesilapan ini, semua yang berlaku ini tidak dirancang oleh SPR, SPR bukan sengaja mahu benarkan mereka mengundi dua kali, kadang-kadang akan berlaku kesilapan semasa pendataan (oleh JPN), silap letak dan kami akan semak, kalau tak betul kami akan buang,” jelasnya sebagai reaksi balas kepada bukti-bukti yang dikemukakan PAS dan Pakatan Rakyat mengenai isu warga asing menjadi pengundi, nama pengundi bertindih yang berlambak, bukti pengundi hantu yang terdiri daripada ahli Umno sendiri dan nama pengundi yang tidak wujud di sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam daftar pemilih yang dikeluarkan SPR.

Ketidakikhlasan SPR dalam memperbaiki sistemnya cukup terserlah dalam isu nama Kg Baru (MyKad: 830527115422) yang didaftarkan sebagai pengundi, dimana SPR hanya menukar nama Kg Baru kepada nama pengundi “Noraini binti Abdullah” berdasarkan data JPN tanpa usul periksa mengapa kesilapan demikian boleh berlaku.

“Demikian juga pendedahan warga asing yang mendapat kerakyatan, dan didaftarkan sebagai pengundi dengan jumlah ribuan orang adalah gambaran kelemahan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan SPR.

"Pengakuan SPR ini jelas kepada rakyat kenapa himpunan Bersih 2.0 diadakan dan kini rakyat mula nampak akan hasil himpunan tersebut,” tegas Tuan Ibrahim, yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Pahang.

Walaupun SPR dan pihak berkuasa yang di bawah telunjuk Umno Barisan Nasional terus menggambarkan perhimpunan Bersih 2.0 dengan nada yang sangat negatif, Tuan Ibrahim berkata dari segi positif perkara ini turut menyebabkan rakyat juga telah mula membuka mata dan dapat melihat betapa kotornya sistem pilihanraya negara kita yang dipenuhi dengan sampah sarap dan diancam oleh pendatang asing yang mendapat kerakyatan dan hak mengundi dengan begitu senang.

“Bayangkanlah, undi warga asing sudah boleh menentukan keputusan politik dan masa depan negara – siapakah yang telah menjual negara secara senyap-senyap demi kekal berkuasa dengan cara yang haram?” soal Tuan Ibrahim.

SPR, katanya perlu melakukan segera satu reformasi bagi membina keyakinan rakyat khususnya parti- parti politik terhadap sistem pilihanraya yang bersih dan adil.

“Dengan keruntuhan keyakinan rakyat jelata terhadap kelayakan SPR menjadi pengadil pilihanraya sekarang inilah yang menuntut satu reformasi dalam sistem pilihanraya kita bagi membina keyakinan tinggi kepada semua pihak supaya keputusan pilihanraya umum nanti dapat diterima dengan hati terbuka dan tanpa was-was.

"Masih banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki, seperti undi pos yang terdedah kepada pelbagai manipulasi, persempadanan pilihanraya yang tidak adil, pengundian bertindih, tuntutan daftar automatik dan sebagainya,” kata beliau.

sumber: harakahdaily.net

Isu aqidah ummat: Apa sikap dan peranan kita

Nasrudin Hassan

1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom telah mengemuka satu kenyataan ketika menjawab soalan lisan daripada Er Teck Hwa [DAP] bahawa Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010. [ Er Teck Hwa meminta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah jumlah yang diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad yang lalu. ]

2. Ertinya aqidah ummat Islam sememangnya berdepan dengan isu yang mesti ditangani oleh seluruh ummat Islam tanpa melihat apa fahaman ideologi politik mereka khasnya mereka yang diamanahkan sebagai pemimpin. Isu aqidah adalah Isu utama yang melepasi sempadan politik justeru ia berkait masa depan ummah di akhirat kelak.

3. Dewan Pemuda PAS Malaysia telah mempunyai Front Bertindak Anti Murtad [Forkad] untuk menangani isu pencemaran aqidah khasnya berkait dengan kes murtad dalam negara kita. Insyaallah Forkad akan terus berperanan khasnya operasi pembenterasan usaha memurtadkan ummat Islam dan operasi pemulihan aqidah bagi muslim yang tercemar aqidah dan keliru terhadap pegangan agamanya.

4. Dewan Pemuda PAS Malaysia bersedia memberi kerjasama dengan semua pihak untuk menjadi benteng mempertahankan aqidah ummat Islam. Komitmen ini selaras dengan dasar perjuangan PAS yang tidak pernah berubah. Justeru itu kita sokong JAIS yang bertindak untuk menyelamatkan aqidah ummat Islam dan kita konsisten dalam perkara ini.

5. Namun dalam masa yang sama, JAIS juga mestilah bermuhasabah malah jika jelas JAIS tersalah langkah, mestilah memohon maaf kepada ummat Islam di atas tindakan mereka meroboh, merantai dan menutup rumah Allah seperti yang pernah berlaku pada Surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi, Masjid Kampung Berembang di Ampang, Masjid Fatimah az Zahra' Taman Kosas Ampang dan lain - lain. Begitu juga mengenai tangkapan yang dilakukan ke atas penceramah - penceramah hanya kerana kesalahan tidak mempunyai tauliah sedang JAIS boleh mengeluarkan tauliah kepada penceramah tersebut untuk membolehkan mereka berdakwah.

6. Sedang rumah Allah inilah menjadi "port" untuk memantapkan ilmu dan amal ummat Islam serta penceramah - penceramah inilah pula menjadi "agen" untuk menyelamatkan aqidah ummat Islam dari musibah murtad yang melanda negara.

7. Murtad yang berlaku dalam negara kita mempunyai beberapa faktor pendorong yang ketara. Samaada faktor itu kecil atau besar, ianya perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak khasnya pihak berkuasa negara dan juga pihak berkuasa negeri. Zaman ini adalah zaman yang disebut oleh ulamak sebagai zaman "Riddah wa Laa Aba Bakrin Laha" iaitu : Gejala Riddah dan Tiada Abu Bakar Menanganinya"

8. Sejarah Islam telah melakarkan format tindakan Abu Bakar as Siddiq Rha dalam memerangi murtad di hari pertama musibah murtad ini tercetus. Begitu juga di sepanjang zaman khulafa' ar Rasyidin yang mendapat petunjuk daripada Allah swt. Maka kesimpulan yang diambil oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia melalui mesyuaratnya yang berlangsung pada 13 August 2011 ialah :

a ] mendesak Akta Murtad dilulus oleh Parlimen Malaysia dan dilaksanakan dalam negara kita. [ Pada 25 Mac 1988, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang telah mengemukakan usul untuk membincangkan gejala murtad, tetapi malangnya ditolak. Selepas itu, pada 2 November 1999, Tuan Guru sekali lagi tidak dibenarkan membentang rang undang-undang persendirian untuk mencegah murtad. Demikian juga pada sidang Parlimen yang bermula pada Mac 2006, Yb Salahudin Ayub Ahli Parlimen Kubang Kerian telah mengemukakan rang undang-undang persendirian yang dinamakan Rang Undang-Undang Murtad. ]

b ] mengusulkan agar Kementerian Pelajaran mewajibkan silibus pengajian agama sebagai silibus wajib ambil dan wajib lulus dalam semua jenis dan peringkat sijil peperiksaan.

c ] menggesa supaya agensi seperti Pusat Pungutan Zakat, Baitul Maal dan lainnya dapat membuat agihan yang adil dan tepat kepada golongan yang memerlukannya termasuk membantu menaikkan taraf kehidupan mereka.

d ] mencadangkan supaya agensi berikut membiayai atau mengeluarkan peruntukan untuk menghantar pendakwah Islam ke kawasan perlu seperti pendalaman, perkampungan orang asal, Sabah dan Sarawak.

e ] mendesak supaya pihak berkenaan dan berwajib membuat tambahan pegawai agama di semua sektor agar dakwah Islam dapat digerakkan secara sistematik dalam negara kita.

f ] mendesak kerajaan menukar kembali cuti hari Ahad kepada hari Jumaat seperti di negeri Johor dan Perlis sebagai hari kebesaran ummat Islam.

g ] mengekang sebarang aktiviti yang melemahkan iman, akhlak dan pemikiran ummat Islam seperti hiburan keterlaluan, pergaulan bebas dan apa jua aktiviti maksiat dan mungkar.

9. Dewan Pemuda PAS Malaysia juga tidak mahu berlakunya pelanggaran hak non muslim yang telah dipelihara oleh syara' seperti menafikan hak mereka melaksanakan aktiviti agama mereka termasuk melakukan pencerobohan terhadap hak non muslim.

10. Ummat Islam mestilah peka dan sensitif dengan sebarang bentuk aktiviti yang boleh merosakkan nilai aqidah dan keperibadian mereka sebagai seorang muslim. Serentak itu menjadi tanggungjawab setiap individu muslim mendalami agama Islam melalui sumbernya yang betul agar keyakinan atau pegangan agamanya tidak mudah tergugat dan tercemar.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

sumber : harakahdaily.net

Pemuda PAS terus bongkar penipuan undi pos

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 15 Ogos: Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat antara cabaran untuk melaksanakan sistem pilihanraya yang bersih dan adil di negara ini adalah dengan mereformasikan sistem pengundian pos.

Pengarahnya, Mohd Sany Hamzan berkata, ini kerana sistem sedia ada tidak memberikan keadilan kepada pihak pembangkang melainkan kepada pihak kerajaan sahaja.

“Ini kerana sistem pengundian secara pos yang melibatkan anggota tentera, polis, kakitangan SPR dan orang-orang yang dinamakan oleh SPR sebagai pengundi pos telah dikenalpasti sebagai ‘undi simpanan tetap’ Umno BN kerana undi pos inilah yang akan menjamin kemenangan mereka di sesebuah Dun atau Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia, ujarnya sebelum ini telah mendedahkan dan membawa seorang bekas kerani Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mohd Nasir Ahmad untuk tampil bertemu media pada 4 Ogos lalu di Ampang.

Katanya, Nasir telah menceritakan dan mendedahkan bagaimana beliau dan sahabat beliau telah diarahkan oleh pihak atasan beliau untuk menandakan kertas pengundi pos yang berjumlah hampir 900 kertas mengikut selera pilihan mereka di kem Sandakan pada pilihanraya umum tahun 1986.

Tambahnya, pihaknya sekali lagi telah mengambil inisiatif untuk membongkar kesalahan dan penipuan sistem pengundian pos ini dengan membawa ‘keluar’ dan mendedahkan lagi beberapa orang bekas tentera yang telah digunakan oleh pihak atasan mereka untuk memangkah kertas-kertas undi pos ini pada 17 Ogos, jam 12.00 tengah hari di Tingkat 5, Pejabat Agong PAS, Jalan Raja Laut.

“Para wartawan media alternatif dan arus perdana, wakil media cetak dan elektronik, wakil NGO, wakil parti politik dan jurufoto dijemput hadir,” ujarnya.


PEJABAT KERAJAAN DISURUH BERJIMAT GUNA PENGHAWA DINGIN, TETAPI BINI SAPA TAK TAU YANG TINGGAL DI HOTEL MEWAH SERTA MEMPUNYAI CINCIN JUTAAN RINGGIT?

Jumaat, 12 Ogos 2011

Oleh: WFAUZDIN NS

MAKA, arahan pun dikeluarkan oleh Najib kepada semua jabatan kerajaan agar paras suhu penghawa dingin di setiap pejabat tidak boleh kurang daripada 24 darjah C. Satu langkah jimat cermat yang sudah bertahun dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan di bawah kepimpinan Tuan Guru Hj Nik Aziz Nik Mat.

Di Kelantan, arahan MB Kelantan bukan meletakkan aras suhu penghawa dingin tetapi lebih dari itu bahawa setiap kali pejabat tidak digunakan atau tidak berpenghuni walaupun seketika untuk masa rehat atau makan, kesemua penghawa dingin mesti ditutup termasuk lampu pejabat juga kecuali di tempat yang amat memerlukan sahaja. Budaya ini telah lama dilakukan di setiap jabatan Kerajaan Negeri Kelantan meliputi letrik dan air.

Budaya ini bukan kerana Kerajaan Negeri merasakan ekonomi negeri sudah menurun, tetapi kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz adalah berasaskan ajaran Islam di mana melarang dan mengharamkan pembaziran. Ertinya, arahan dikeluarkan adalah kerana ajaran Islam bukan kerana faktor lain. Ini berbeza dengan Najib dan Kerajaan Pusat yang mula menyedari betapa perlunya berjimat kerana ekonomi negara yang semakin teruk ketika ini.

Itulah bezanya apabila memerintah mengikut Islam kerana semua tindakan yang dilakukan mestilah `Nawaitu'nya Allah Taala. Tetapi sekiranya memerintah lari dari Islam, maka mereka berjimat ketika susah tetapi menjadi lupa tatkala senang. Adakah rumah Najib dan Rosmah serta Muhyiddin akan berjimat sepertimana yang beliau sendiri arahkan? Kita boleh menjawabnya sendiri kerana kita telah pun didedahkan tentang jumlah Bil Air/Letrik kediaman pemimpin berkenaan.

Berjimatlah sebanyak mana pun tetapi selagi negara ini dipenuhi dengan amalan korupsi, maka satu sen pun tidak berguna. Jadi, Najib tidak perlulah cuba untuk bersikap hipokrit di dalam perkara ini kerana orang yang paling banyak menghabiskan duit negara dengan melakukan lawatan peribadi atas nama lawatan resmi termasuk menginap di Hotel Dhubai dengan kos melebihi RM100,000 itu rakyat sudah kenal siapa dia? Negara ini tentu lebih berjimat jika tiada sesiapa yang membeli dan memiliki cincin RM 24 juta serta dengan beg tangan yang mengalahkan harga sebuah rumah kos sederhana untuk rakyat./wfauzdin.blogspot.com


Ramadhan Bulan Tarbiyah

Pernahkah kita merindukan Ramadhan di antara sebelas bulan yang lainnya? Atau bergembira dengan kedatangannya? Jika ya, beruntunglah lantaran Rasulullah SAW telah memberikan kabar gembira tentang kedatangannya. Rasulullah SAW memberi kabar gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda:

“Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkahi. Allah mewajibkan kepadamu puasa didalamnya; pada bulan ini pintu-pintu Surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para setan diikat; juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik daripada seribu bulan, barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya maka dia tidak memperoleh apa-apa’.” (HR. Ahmad dan An-Nasa’i).

Allah SWT mewajibkan setiap mukmin untuk berpuasa, sebagaimana firmanNya dalam QS Al Baqarah 183: “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa”. Bulan Ramadhan dengan segala kelebihan dan keutamaannya adalah proses tarbiyah yang datangnya langsung dari Allah SWT. Hasil dari proses tarbiyah tersebut adalah lahirnya pribadi mukmin yang bertaqwa. Ada beberapa ayat dalam Al Qur’an yang menjelaskan karakteristik pribadi muslim yang bertaqwa.

Misalnya dalam QS Al Baqarah 177: “Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan shalat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa”.

Dalam ayat tersebut Allah memberikan definisi al birr (kebajikan) yang harus menjadi karakteristik orang yang beriman dengan sebenarnya dan bertaqwa. Dalam ayat yang lain Allah SWT “mensejajarkan” antara menjaga ketaqwaan dengan “perintah” agar setiap mukmin tidak mati selain dalam keadaan Islam. Padahal kematian adalah sebuah kepastian yang tidak diketahui kapan datangnya. Sehingga “menjaga” agar tetap “islami” di setiap saat dan keadaan adalah satu-satunya pilihan, sebagai salah satu perwujudan dari pribadi yang bertaqwa.

Dari beberapa ayat tersebut, Allah hendak menjadikan puasa Ramadhan sebagai momentum lahirnya individu yang berkepribadian islami (As-Syakhsiyah Islamiyah), yakni pribadi dengan karakteristik sebagai berikut:

1. Memiliki pemahaman aqidah yang bersih (utuh) lantaran keyakinannya kepada Allah, hari akhir, malaikat dan kitab-kitab, serta para nabi. 2. Beribadah secara benar seperti senantiasa mendirikan sholat dan senantiasa membayar zakat. 3. Maknawiyah (intergritas moral) yang mapan, seperti yang terpancar dari sifat sabar terhadap kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan.

Proses Tarbiyah

Sudah jamak, bahwa terbentuknya individu yang berkepribadian islami akan melalui sebuah proses, salah satunya proses itu kita kenal sebagai tarbiyah. Dan dengan puasa di bulan Ramadhan, Allah SWT hendak mentarbiyah langsung hamba-hambanya guna terbentuknya individu berkepribadian islami. Tarbiyah dengan segala proses dan tujuan yang ada di dalamnya, seperti Tansyi’ah (pembentukan), Ri’ayah (pemeliharaan), Tanmiyah (pengembangan), Taujih (pengarahan) dan Tauzhif (Pemberdayaan), secara utuh bisa dijumpai dalam ibadah dan aktivitas lainnya selama bulan Ramadhan.

1. Tansyi’ah (pembentukan)

Salah satu sisi penting dalam proses Tansyi’ah ini adalah pembentukan ruhiyah maknawiyah. Pembentukan ruhiyah maknawiyah dapat dilakukan dengan kegiatan-kegiatan ibadah wajib dan sunnah seperti qiyamul lail, shaum, tilawah Qur’an, dzikir dan lain sebagainya. Dan selama Ramadhan Allah SWT membuka kesempatan yang seluas-luasnya bagi setiap individu untuk maraih semua keutamaan yang Allah SWT janjikan di setiap aktivitas ibadah yang kita lakukan di bulan Ramadhan. Beberapa contoh hadits yang menjelaskan keutamaan menjalankan Ibadah selama Ramadhan adalah sebagai berikut:

Diriwayatkan dalam Shahih Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, bahwa Nabi bersabda: “Setiap amal yang dilakukan anak Adam adalah untuknya, dan satu kebaikan dibalas sepuluh kali lipatnya bahkan sampai tujuh ratus kali lipat. Allah Ta’ala berfirman, ‘Kecuali puasa, itu untuk-Ku dan Aku yang langsung membalasnya. la telah meninggalkan syahwat, makan dan minumnya karena-Ku.’ Orang yang berpuasa mendapatkan dua kesenangan, yaitu kesenangan ketika berbuka puasa dan kesenangan ketika berjumpa dengan Tuhannya. Sungguh, bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada aroma kesturi.”

Dari Abdurrahman bin Auf radhiallahu ‘anhu bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menyebut bulan Ramadhan seraya bersabda : “Sungguh, Ramadhan adalah bulan yang diwajibkan Allah puasanya dan kusunatkan shalat malamnya. Maka barangsiapa menjalankan puasa dan shalat malam pada bulan itu karena iman dan mengharap pahala, niscaya bebas dari dosa-dosa seperti saat ketika dilahirkan ibunya.” (HR. An-Nasa’i, katanya: yang benar adalah dari Abu Hurairah). Dinyatakan dalam hadits Zaid bin Khalid dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda: “Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berpuasa maka baginya seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi sedikitpun dari pahalanya. ” (HR. Ahmad dan At-Tirmidzi). Setiap individu harus mampu menjadikan sarana-sarana tarbiyah selama Ramadhan dalam membentuk pribadi pada sisi ruhiyah maknawiyahnya dan dirasakan serta disadari olehnya bahwa ia sedang menjalani proses pembentukan ruhiyah maknawiyah.

2. Ri’ayah (pemeliharaan)

Proses pembentukan dalam ruhiyah maknawiyah, termasuk fikriyah dan amaliyah yang sudah atau mulai terbentuk harus dijaga dan dipelihara jangan sampai ada yang berkurang, menurun atau melemah. Dengan demikian kualitas dan kuantitas ibadah yang dilakukan selama Ramadhan harus tetap terjaga dan terpelihara dengan baik. Kemampuan kita dalam menjaga ruhiyah maknawiyah salah satunya bisa dilihat dari bagaimana kita menjalani hari-hari akhir Ramadhan dan melewati beberapa hari setelah Idul Fitri. Jika Ramadhan terbagi menjadi tiga bagian, maka kita kenal bahwa 10 hari terakhir yang merupakan masa “pembebasan dari api neraka” adalah masa yang paling berat. Banyak yang “tumbang” satu persatu di 10 hari terakhir, salah satunya karena “aroma” Idul Fitri sudah mulai terasa. Tapi, tidak bagi individu yang merasakan bahwa ia sedang menjalani proses tarbiyah. Tidak boleh ada penurunan dalam tilawah yaumiyah dan qiyamul lailnya. Apalagi di 10 hari terakhir ada masa di mana Allah SWT menurunkan malam Lailatul Qadar yakni malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Kemampuan untuk melakukan Ri’ayah (pemeliharaan) akan meberikan semangat untuk melewati Ramadhan dengan segala keutamaannya secara utuh. Begitu juga dalam melewati beberapa hari setelah Idul Fitri, proses tarbiyah itu ternyata belum berhenti. Seolah Allah SWT hendak memberitahukan kepada kita semuanya, bahwa hanya mereka yang mampu melakukan Ri’ayah (pemeliharaan) semangat Ramadhan sampai Idul Fitri (bulan Syawal) tiba yang akan mendapatkan manfaat dan keutamaan bulan Ramadhan. Seperti yang Rasulullah SAW sabdakan dalam sebuah hadits: Imam Ahmad dan An-Nasa’i, meriwayatkan dari Tsauban, Nabi shallallahu ‘alaihi wasalllam bersabda:
“Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) sepuluh bulan, sedangkan puasa enam hari (di bulan Syawal, pahalanya) sebanding dengan (puasa) dua bulan, maka itulah bagaikan berpuasa selama setahun penuh.” (Hadits riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya).

Membiasakan puasa sunnah setelah Ramadhan menandakan diterimanya puasa Ramadhan, karena apabila Allah SWT menerima amal seorang hamba, pasti Dia menolongnya dalam meningkatkan perbuatan baik setelahnya. Sebagian orang bijak mengatakan: “Pahala ‘amal kebaikan adalah kebaikan yang ada sesudahnya.” Oleh karena itu barangsiapa mengerjakan kebaikan kemudian melanjutkannya dengan kebaikan lain, maka hal itu merupakan tanda atas terkabulnya amal pertama.

3. At Tanmiyah (pengembangan).


Dalam menjalani ibadah selama Ramadhan, setiap mukmin tidak boleh puas dengan apa yang sudah dikerjakannya, apalagi menganggap sudah sempurna. Senantiasa ingin meningkatkan kualitas dan kuantitas ibadah, memperbaiki kekuarangan serta mengejar semua keutamaan yang Allah SWT janjikan selama Ramadhan hendaklah menjadi spirit bagi setiap mukmin yang berpuasa. Pelajaran berharga dari Allah SWT dapat dilihat dalam QS Al Baqarah 187: “”Dihalalkan bagimu pada malam hari bulan puasa bercampur dengan isteri-isterimu; mereka itu adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahwasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, karena itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan carilah apa yang telah ditetapkan oleh Allah untukmu, dan makan minumlah hinngga terang bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam, (tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beri’tikaf dalam masjid. Itulah larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia, supaya mereka bertaqwa.” Dalam ayat tersebut Allah SWT menghalalkan untuk bercampur dengan istri di malam hari, tapi di sisi lain Allah melarangnya saat kita beri’tikaf di masjid. Padahal memperbanyak i’tikaf di masjid adalah salah satu aktivitas yang dianjurkan selama Ramadhan. Disinilah ada proses tarbiyah dari Allah SWT kepada kita untuk senantiasa melakukan At Tanmiyah (pengembangan).

Meskipun bercampur dengan istri di malam hari diperbolehkan, tapi bagi mereka yang senantiasa ingin melakukan peningkatan kualitas ibadah selama Ramadhan akan memilih untuk i’tikaf di masjid. Pengembangan diri juga terkandung dalam hikmah dianjurkannya puasa 6 hari di bulan Syawal. Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa berpuasa Ramadham lantas disambung dengan enam hari di bulan Syawal, maka ia bagaikan telah berpuasa selama setahun. ” (HR. Al-Bazzar). Dalam riwayat yang lain dikatakan bahwa puasa Sunnah 6 hari di bulan Syawal adalah sebagai penyempurna dari puasa Ramadhan yang kita lakukan.

Penutup

Demikianlah proses tarbiyah yang hendak Allah SWT tunjukkan kepada setiap mukmin dalam menjalani ibadah Ramadhan. Muara yang hendak ingin dicapai dari semua proses tarbiyah tersebut adalah terbentuknya individu yang bertaqwa dan berkepribadian islami. Terlebih lagi bagi para da’i (kader dakwah) yang senantiasa berjuang membela al-haq (kebenaran) berperang melawan al-bathil (kebatilan), Ramadhan akan benar-benar dimaknani dan dimanfaatkan guna meningkatkan kualitas Maknawiyahnya. Karena ia adalah salah satu faktor utama dalam memenangkan “peperangan abadi” tersebut. Kesabaran adalah salah satu hikmah yang hendak diraih selepasnya bulan tarbiyah ini. “Hai Nabi, kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang. Jika ada dua puluh orang yang sabar diantaramu, niscaya mereka akan dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang yang sabar diantaramu, niscaya mereka akan dapat mengalahkan seribu dari pada orang kafir, disebabkan orang-orang kafir itu kaum yang tidak mengerti” (QS Al Anfal 65).

Wallahu’aklam bissawab

sumber:Fauzan.wordpress.com