Baru baru ni kecoh tentang jais serbu gereja kononnya pihak gereja cuba memurtadkan orang Islam dengan cara memberi bantuan kepada mereka yang miskin dan tidak mendapat pembelaan. Di dalam Metro terpampang berita kononnya umat Islam yang menyertai jamuan di gereja itu telah di beri bibble versi Melayu. Mereka yang hadir mendakwa ke situ kerana mahu mendapatkan bantuan setelah permohonan bagi mendapatkan bantuan di pusat zakat, agensi dan Jabatan Masyarakat tidak diendahkan.
isu memurtadkan orang islam dalam bentuk bantuan memang telah berlaku sekian lama.dari maklumat yang aku dapat dari sahabat-sahabt aku yang pergi dakwah di Indon, mengatakan banyak kampung-kampung yang dulu penduduknya islam telah di kristiankan gara-gara termakan budi atas bantuan yang diberikan oleh pendakwah kristian.
disini aku tidak menafikan orang islam yang masuk kristian kerana kemiskinan adalah satu kesalahan yang amat besar. dan tidak patut mereka menjual iman mereka gara-gara sebungkus mee segera. mereka sepatutnya bersabar dan mempertahankan aqidah mereka dari dinodai.dan aku mengatakan perbuatan itu satu dosa yang tidak diampun oleh Allah kecuali mereka kembali kepada islam dan bertaubat pada Allah taala.
namun dalam masalah ini adakah hanya mereka yang dianggap " bersalah "? bagi aku ada juga pihak lain yang perlu dipersalahkan.terutamanya pemimpin yang mengaku sebagai muslim dan mendakwa membela islam, mereka gagal membantu umat islam yang dilanda kesusahan dan kemiskinan.sehingga orang bukan islam tampil untuk memberi bantuan.
bagi aku kes ini memalukan umat islam,seolah-olah orang islam tidak membantu orang islam sediri sedangkan berapa banyak dari kalangan orang islam yang di kategorikan sebagai orang kaya. yang patut rasa malu ialah pusat zakat,kalau depa rasa malula , kalu muka disalut dengan kulit lembu mungkin la tak rasa malu.
apa yang pusat zakat buat ? dalam mengumpulkan harta zakat depa cukup cergas dan ghairah dan bermegah-megah kalau dapat mengumpul dengan banyak, tapi dimana duit tu disalurkan? hangpa jangan dok kata kami bagi tiap-tiap tahun setiap kali nak raya...setahun sekali bagi kat orang miskin , sekali bagi bukan ribu-ribu paling banyak rm300 setahun,hangpa ingat ni zaman 40an ka sekampit beras harga sekupang?
pendakwah kristian masuk hutan pi cari dan bantu orang-orang islam yang tinggal di celah - celah gunung sedangkan pegawai atau staf yang bekerja di pusat zakat goyang kaki dalam bilik berhawa dingin,patut ka macam tu,bila ada orang bukan islam bantu orang islam depa meleting pulak.
kalau nak mintak zakat bukan senang pulak tu,banyakla prosedur yang kena buat.pernah aku nak mintak zakat masa aku menuntut di pakistan dulu, banyakla benda kena buat,isi borang, banyakla maklumat yang dia nak macam tak mau bagi.apa salahnya kalau senangkan sikit , sedangkan aku ada bukti bahawa aku mengaji sekolah agama .sampai aku tak jadi mintak la.
sepatutnya pegawai-pegawai pusat zakat kena turun padang,cari orang susah,salurkan zakat pada mereka.bukan hanya duduk di pejabat tunggu orang susah mai mintak zakat. kebanyakkan mereka yang susah ni putus asa sebab banyak sangat prosedur yang kena buat setiap kali memohon zakat dan proses terlalu lambat. takkan sampai kawan tu mati kebulur baru nak terhegeh-hegih nak bagi bantuan.buat kerja sama jangan mentekedarah duit gaji ja...
pusat zakat perlu rasa malu dengan orang bukan islam dalam melakukan kebajikan.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan