Memang tidak banyak para wanita Indonesia yang berhimpun di Jakarta untuk memprotes kenyataan seorang pegawai kerajaan negara mereka yang mendakwa bahawa pakaian yang “provokatif” menjadi punca berlakunya serangan seksual terhadap kaum wanita. Khabarnya, sekitar puluhan wanita dan kanak-kanak (dengan mengenakan pakaian ketat dan berskirt mini) sahaja yang berhimpun di tengah kota raya Jakarta itu selepas Gabenor Jakarta, Fauzi Bowo, mencadangkan kaum wanita supaya tidak mengenakan pakaian mini ketika berada di dalam kenderaan awam bagi menghindarkan mereka daripada menjadi mangsa rogol atau serangan seksual yang lain.
“Jangan Beritahu Kami Bagaimana untuk Berpakaian, Beritahu Mereka Jangan Merogol”, dan “Badan Saya Bukan Lucah, sebaliknya Minda Anda Kotor” – begitulah antara yang tertulis pada sepanduk yang dibawa oleh para demonstran wanita ini.
Sekali lagi diulang, peristiwa ini berlaku di Indonesia, yang khabarnya pada tahun ini sahaja 100,000 kes keganasan ke atas wanita telah berlaku dan 4% daripada keganasan itu melibatkan kejadian perogolan.
Benar, hidup sebagai wanita sangat menakutkan kerana terdedah pada pelbagai ancaman yang dapat menggelapkan masa depan, yang dapat menyebabkan mereka disisihkan, dibenci, dan dipandang serong oleh masyarakat.
Walau bagaimanapun, saranan Fauzi Bowo itu tidak boleh dikesampingkan sama sekali kerana ada kebenarannya. Pada hemat saya, beliau bercakap sebagai lelaki, iaitu orang yang lebih tahu daripada wanita tentang naluri kelelakian.
Hal inilah yang jarang-jarang disedari oleh kaum wanita sehingga mereka tidak mahu berpakaian seperti tuntutan agama – menutup aurat – serta menganggap soal berpakaian pun ada diskriminasi!
Manusia, baik yang lelaki mahupun yang perempuan, terasing oleh oleh dua sifat – normal atau abnormal. Orang yang normal bertindak mengikut akalnya, orang yang abnormal sering mengikuti tuntutan nafsunya.
Kesukaan dan kegilaan orang lelaki terhadap wanita sangat pelbagai – ada yang berasa ghairah pada bahagian punggung wanita, ada yang tergiur pada buah dada wanita, ada yang naik syahwat pada leher atau tengkuk wanita, ada yang menyukai betis, jari, lengan mereka, dsb.
Malah, bukan sedikit lelaki yang berasa ghairah apabila mendengar suara wanita – hilai dan rengekan mereka – selain menggilai pakaian yang dipakai wanita – coli, seluar dalam, kain, baju (kebaya, skirt mini, dan sebagainya) hingga ada yang sanggup mencuri pakaian itu.
Walau bagaimanapun, mujurlah di dalam dunia ini, kebanyakan lelaki bersifat normal. Maka, mereka yang memiliki kecenderungan untuk menyukai dan berasa ghairah terhadap semua itu akan melampiaskan nafsu mereka secara wajar dan yang dibenarkan atau jika mereka benar-benar beriman, mereka akan berpuasa.
Malangnya, hal ini tidak berlaku pada lelaki abnormal. Lelaki abnormal sangat obsesif dan selalu memikirkan cara untuk melampiaskan nafsu mereka dengan cara yang pada fikiran mereka wajar walhal cara itu sangat kurang ajar.
Lelaki abnormal yang begitu obses terhadap bahagian buah dada wanita, misalnya, akan berusaha untuk memuaskan nafsunya dengan memegang bahagian itu dengan apa-apa cara sekalipun, termasuklah dengan cara kekerasan. Kalau keghairahan mereka membawa kepada perlakuan hubungan seks, lelaki abnormal akan melakukan perogolan.
Masalah dalam hal ini ialah, lelaki abnormal tidak semestinya melampiaskan keinginannya terhadap wanita yang menjadi pemilik buah dada yang dipandangnya. Dia sebaliknya akan melakukannya terhadap wanita lain tatkala peluang itu terhidang di depan mata!
Sama halnya dengan orang yang gemar menonton siaran-siaran pornografi – mereka tidak melakukan aksi yang ditonton mereka dalam siaran pornografi itu dengan pelakon porno itu, tetapi mereka melakukannya dengan wanita lain!
Inilah yang barangkali tidak disedari oleh kaum wanita yang memprotes itu. Berpakaian ketat atau terdedah hingga menonjolkan bahagian-bahagian erotik pada diri mereka akan mengundang keinginan lelaki abnormal untuk melakukan perogolan. Perogolan itu tidak semestinya dilakukan terhadap mereka, tetapi mungkin terhadap wanita lain.
Kalau kaum wanita sedar bahawa keselamatan diri bermula daripada diri sendiri, pasti mereka sedar akan perlunya mereka berpakaian menutup aurat, lalu mereka tidak akan berteriak “Jangan Beritahu Kami Bagaimana untuk Berpakaian, Beritahu Mereka Jangan Merogol”. Menutup aurat bukan diskriminasi, tetapi keadilan, sama halnya dengan lelaki sesuai bersongkok, wanita sesuai bertelekung mini!
dari : sigapsiaga.blogspot.com
Assalamualaikum..
BalasPadamDh dekat benar dh kiamat ni sbb tanda2nya semakin jelas dimana yg haq dikatakan batil dan yg batil dikatakan haq..
Berlogik secara songsang ini seolah dh menjadi kebiasaan..
Inilah sikap yg menggambarkan tidak percaya kpd hari pembalasan..
Hanya lisannya sahaja yg takutkan hari pembalasan itu ttp tingkah laku dan penampilan diri menyatakan yg sebaliknya..
Org tidak lg takut kpd dosa dimana berasa tidak salah mendedahkan aurat ttp memarahi org yg ghairah melihat aurat yg terdedah..
Kedua2nya berdosa ttp yg lebih besar dosanya adalah org yg mendedahkan aurat itu krn dia menyebabkan org lain ikut berdosa krn melihat auratnya..
Mereka buta terhadap asbab dan akibat,lalu krn itu mereka suka menyalahkan org lain yg terbeliak biji mata melihat keseksian mereka..
Inilah ajaran dakyah golongan yg anti agama dan ingin bebas dari kongkongan dgn mengatakan org yg berpakaian mengikut sunnah itu Ekstriem walhal mereka itu lupa bahawa merekalah yg sebenarnya Ekstream terhadap tipu daya Iblis krn sanggup meninggalkan sunnah krn tertarik kpd doktrin pendusta nabi2 yg hanya menawarkan kenikmata dunia sedangkan telah diajarkan oleh org2 terdahulu bahawa dunia ini hanya persinggahan..