Akhirnya pencuri (Syarikat telekomunikasi (TELCO)) bersetuju menangguhkan kutipan cukai perkhidmatan enam peratus daripada pengguna prabayar sehingga perbincangan semula dengan perompak (Suruhanjaya Komunikasi dan CD Malaysia (SKMM)).
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Rais Yatim, berkata antara cadangan yang dibincangkan bersama TELCO adalah caj enam peratus itu hanya dikenakan kepada pengguna yang membeli pek permulaan prabayar.
“Kerajaan mengambil kira sumbangan sebanyak RM6 bilion oleh TELCO kepada pendapatan negara dari 1998 hingga kini,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat bersama TELCO, di Angkasapuri, di sini, sebentar tadi.
KUALA LUMPUR – Syarikat-syarikat telekomunikasi (TELCO) di negara ini akhirnya tunduk kepada desakan orang ramai dengan menangguhkan caj cukai perkhidmatan tambah nilai dan pek permulaan SIM pelan prabayar. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim berkata, TELCO telah bersetuju menangguhkan caj cukai tersebut sehingga perbincangan di antara syarikat-syarikat itu dengan Suruhanjaya Komunikasi dan CD Malaysia (SKMM) diadakan.
“Mereka (TELCO) telah setuju untuk tangguhkan..setakat ini, itu saja kita boleh diberitahu,” katanya ketika dihubungi media selepas menghadiri satu mesyuarat bersama beberapa wakil syarikat TELCO terbesar, terdiri dari Maxis Berhad, Celcom Axiata Bhd, DiGi Telecommunication Sdn Bhd dan Umobile Sdn Bhd di sini hari ini.
TELCO sebelum ini mengumumkan akan mula mengenakan caj cukai perkhidmatan terhadap semua pelanggan pelan prabayar melalui tambah nilai dan pek permulaan SIM sebanyak enam peratus pada 15 September ini. Tindakan tersebut telah mendapat bantahan perbagai pihak seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan-persatuan pengguna dan orang ramai.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lalu meminta TELCO untuk mempertimbangkan semula keputusan mereka untuk mengenakan caj tersebut kepada hampir 14.6 juta rakyat negara ini yang menggunakan pelan prabayar tersebut.
Kabinet tidak pernah meluluskan kepada TELCO untuk mengenakan caj sebanyak enam peratus itu kepada pengguna mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan