Aku Rasa Najib Lagi Zalim Dari Muammar Gaddafi

Kita tidak menafikan bahawa sebagai seorang manusia biasa, Muammar Gaddafi tidak sempurna dan tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Tetapi, kita tidak boleh lupa jasa dan sumbangannya kepada rakyat dan negara Libya yang tidak dilaporkan oleh media Barat.


Ramai daripada kita yang tidak tahu bahawa di bawah pemerintahan Muammar Gaddafi, rakyat Libya mendapat bekalan letrik secara percuma, bank-bank milik kerajaan tidak mengenakan faedah atas pinjaman (sifar riba), pelajaran/pendidikan dan rawatan perubatan adalah percuma, kerajaan memberi subsidi 50 peratus untuk pembelian kereta, dan kadar celik huruf mencapai 83 peratus.


Libya juga tidak menanggung beban hutang luar negeri dan jumlah rizabnya mencecah 150 bilion dolar Amerika atau RM470 bilion.


Muammar Gaddafi juga membina projek pengairan terbesar di dunia bukan untuk bermegah tetapi memastikan rakyatnya mendapat bekalan air untuk keperluan hidup. Kebajikan rakyat menjadi keutamaannya termasuk memberi 'gaji setara' kepada para graduan yang menganggur sehinggalah mereka mendapat pekerjaan.

Apa yang telah dilakukan oleh pemimpin malaysia terhadap rakyatnya??? harga barang naik,minyak naik dan semuanya naik..naik,naik,naik,naik dan akan naik selamanya...semuanya menyusahkan rakyat..yang miskin semakin miskin yang kaya adalah kroni-kroni pikiaq-pikiaqlah woiii

Tiada ulasan:

Catat Ulasan