JOM PAKAT DOA SEMOGA NAJIB & ROSMAH DAPAT HAJI MABRUR DAN HIDAYAH ALLAH

31 October 2011
Perdana Menteri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor tiba di Madinah untuk menunaikan ibadah haji hujung minggu ini.

Pesawat yang membawa beliau serta rombongannya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad di Madinah kira-kira jam 9 malam, Isnin (2 pagi hari Selasa waktu Malaysia). Rosmah dikritik hebat kerana tidak menutup aurat semasa menaiki pesawat tersebut walaupun dalam perjalanan ke Mekah. Pemerhati berpendapat sebagai seorang isteri pemimpin Rosmah mesti menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat supaya menjadi contoh ikutan rakyat. Tindakannya tidak menutup aurat merupakan tindakan mencabar hukum Allah.

Najib dijadual menziarahi makam Rasulullah SAW di Masjid Nabawi sebelum berlepas ke Jeddah untuk memasuki kota Mekah bagi menunaikan umrah, esok.

Pada hari Rabu pula beliau akan mengunjungi ibu pejabat Tabung Haji di hotel Abraj Al-Janadiriah di Mekah, dan meluangkan masa untuk bertemu dengan jemaah haji Malaysia yang menginap di hotel itu.

Najib dan isteri akan berwukuf di Arafah pada hari Sabtu ini, bersama lebih tiga juta umat Islam yang lain dari seluruh dunia, yang menunaikan haji tahun ini.


Adalah diharapkan kedua-dua mereka mendapat haji mabrur dan diberikan hidayah supaya :-



1-Najib menerima hukum Islam untuk diamalkan di Malaysia dalam semua perkara

2-Rosmah menutup aurat

3-Tidak lagi mendiskriminasikan negeri-negeri PR, penyokong PR dan lain-lain

4-Memberikan balik royalti kepada Kelantan

5-Membuat reformasi total kepada SPR, SPRM, Polis dan semua agensi yang jelas tidak telus, berpihak dan tidak professional

6-Memohon kepada seluruh rakyat atas kesalahan yang dilakukan sebeum ini
Mengaku dan bertaubat atas apa juga yang beliau lakukan selama ini dalam semua kes yang melibatkan dirinya

7-Memulangkan semua hak rakyat yang dikebas oleh beliau, kroni-kroni beliau dan keluarga beliau (jika ada).

8-Dan lain-lain

Tiada ulasan:

Catat Ulasan