Selalunya kita mendoakan yang terbaik untuk kedua-dua orang tua kita yang telah pergi mendahului kita (bagi mereka yang tiada lagi kedua-dua orang tua) atau pun ketika mereka masih hidup.
Apalah sangat jasa kita dibandingkan pengorbanan mereka semasa kita di peringkat bayi hingga dewasa.
Begitu juga dengan ibu/bapa mertua serta ibu tiri kita......kita tidak boleh menderhaka kepada mereka. Kita seharusnya mendoakan yang terbaik apabila mereka telah kembali ke Rahmatullah atau semasa mereka masih hidup.
Seseorang suami tidak boleh menikahi ibu tirinya walaupun bapa mereka telah meninggal dunia atau telah menceraikannya (ibu tiri tersebut)......begitu juga seseorang suami tidak boleh menikahi ibu mertuanya walaupun mereka telah berpisah dengan isteri iaitu anak kepada mertuanya.....malah seseorang suami tidak batal wudhuk dengan ibu tiri atau ibu mertua mereka.
Kesilapan sesetengah daripada kita ialah kita hanya menghadkan ke'solehan' kita kepada kedua-dua ibu/bapa sendiri tanpa meng'agih'kan keadilan kita kepada mertua dan ibu tiri......satu peringatan kepada anak-anak muda yang bakal berkeluarga atau yang sudah bekeluarga.
Tapi lain pula dengan cewek ini......"Bapa saya cukup meminati Rhoma dan peluang berduet dengannya adalah sebagai sebuah hadiah buat arwah bapa saya," seperti DI SINI .
JAKARTA: Penyanyi Syahrini memberitahu berbangga dapat berduet dengan penyanyi dangdut Rhoma Irama pada satu persembahan di Studio MNCTV di sini kelmarin.
Syahrini berkata, kolaborasi itu adalah peluang yang sentiasa dinanti-nantikan olehnya kerana memang meminati penyanyi lagenda itu.
"Kolaborasi dengan Rhoma adalah sesuatu yang saya tunggu-tunggu selama ini," ujarnya ketika ditemui selepas selesai membuat persembahan dengan Rhoma.
Syahrini memberitahu dia sudah mengenali Rhoma sejak kecil kerana bapanya sangat menggemari penyanyi itu.
Malah pada malam itu, Syahrini mendendangkan lagu kegemaran arwah bapanya.
"Bapa saya cukup meminati Rhoma dan peluang berduet dengannya adalah sebagai sebuah hadiah buat arwah bapa saya," ujarnya.
Tujuan dipaparkan ini bukan untuk menghina tapi kita mengharapkan agar anak-anak kita sepeninggalan kita nanti hanya berdoa yang terbaik......satu doa yang memohon kepada Allah SWT agar tidak mengazab kita diakhirat nanti atau memohon agar roh kita ditempatkan bersama-sama dengan roh mereka yang mendapa Nikmat dan RahmatNYA bukannya menghadiahkan perkara-perkara yang bathil.
al-brangionline:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan