Muammar Gaddafi - Di Sebalik Propaganda Barat

Allahyarham Muammar Gaddafi yang menerajui Libya selama 42 tahun akhirnya menemui ajal ekoran pemberontakan yang disokong Barat selama lapan bulan. Walau apapun yang dikatakan oleh Barat melalui media yang dikuasai mereka, sebagai seorang Muslim, saya mendoakan semoga Allah merahmati ruhnya, mengampuni dosa-dosanya dan menerima semua amal ibadahnya.


Kematian, atau lebih tepat mati syahidnya, menjadi tanda tanya sama ada ditangan pemberontak atau akibat serangan jet pejuang NATO. Pihak pemberontak mendakwa Muammar mati setelah cedera akibat serangan pasukan mereka tetapi yang jelas pemimpin Libya itu mati akibat serangan NATO.


Kematian Muammar Gaddafi menambah bilangan pemimpin dan pejuang beragama Islam di tangan kuasa Barat yang dikepalai Amerika Syarikat dan disokong oleh Zionis Yahudi. Satu demi satu negara Islam, terutama yang kaya dengan hasil maksul bumi seperti minyak dan gas, dikuasai oleh golongan yang dicucuk hidung oleh Barat.


Kita hairan kenapa kebangkitan rakyat di Bahrain tidak disokong oleh Barat sedangkan mereka (Barat) begitu cepat mencampuri dan memberi sokongan kepada kebangkitan di Mesir, Tunisia, Libya, Yaman dan Suria atau Syria?


Pemimpin Bahrain yang benar-benar zalim sehingga sanggup memenjara dan menghukum para doktor dan petugas hospital semata-mata kerana memberi rawatan kepada rakyat yang bangkit menentang kezaliman itu terus di sokong Barat dan tali barut utamanya, Arab Saudi.


Apa yang berlaku di Bahrain dilihat oleh Barat sebagai satu peperangan proksi antara pengaruh Iran (Syiah) dengan Arab Saudi (Suni/Wahabi) dan memandangkan Iran menjadi musuh utama Amerika Syarikat dan Barat, maka Bahrain tidak diganggu gugat walaupun ia menzalimi rakyatnya sendiri.


Lain pula ceritanya dengan Libya atau Muammar Gaddafi. Barat, terutama Itali, Perancis dan United Kingdom dengan bantuan logistik Amerika Syarikat, melancar serangan bom dan peluru berpandu ke atas negara tersebut sedangkan ketetapan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu hanyalah menguatkuasa zon larangan terbang, bukan menyerang bertubi-tubi.


Dunia saban hari dihidangkan berita yang memberi gambaran bahawa Muammar Gaddafi adalah seorang pemimpin atau diktator yang zalim. Dia mesti diguling atau dihapuskan atas nama 'demokrasi' yang diterima Barat. Yang peliknya, kenapa 'demokrasi' yang sama tidak dikenakan ke atas Bahrain?


Oleh kerana begitu hebatnya propaganda media Barat mengenai 'keburukan' Muammar Gaddafi, maka dunia mempercayainya, termasuk kita di Malaysia. Media Malaysia menerima bulat-bulat apa yang disaji oleh media Barat.


Kita tidak menafikan bahawa sebagai seorang manusia biasa, Muammar Gaddafi tidak sempurna dan tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Tetapi, kita tidak boleh lupa jasa dan sumbangannya kepada rakyat dan negara Libya yang tidak dilaporkan oleh media Barat.


Ramai daripada kita yang tidak tahu bahawa di bawah pemerintahan Muammar Gaddafi, rakyat Libya mendapat bekalan letrik secara percuma, bank-bank milik kerajaan tidak mengenakan faedah atas pinjaman (sifar riba), pelajaran/pendidikan dan rawatan perubatan adalah percuma, kerajaan memberi subsidi 50 peratus untuk pembelian kereta, dan kadar celik huruf mencapai 83 peratus.


Libya juga tidak menanggung beban hutang luar negeri dan jumlah rizabnya mencecah 150 bilion dolar Amerika atau RM470 bilion.


Muammar Gaddafi juga membina projek pengairan terbesar di dunia bukan untuk bermegah tetapi memastikan rakyatnya mendapat bekalan air untuk keperluan hidup. Kebajikan rakyat menjadi keutamaannya termasuk memberi 'gaji setara' kepada para graduan yang menganggur sehinggalah mereka mendapat pekerjaan.


Jika benar Muammar Gaddafi seorang diktator yang zalim seperti yang disebar fitnah oleh Barat, sudah tentu dia tidak akan melaksanakan semuanya itu.


Adalah sesuatu yang amat menyedihkan untuk melihat musibah yang menimpa Iraq akan turut dirasai oleh Libya. Hasil maksul bumi Iraq kini dikuasai oleh Amerika Syarikat dan perkara yang sama akan berlaku ke atas Libya. Barat melakukannya atas nama 'demokrasi' dan hak asasi manusia mengikut acuan mereka sendiri.


Dunia Arab dan dunia Islam hanya mampu melihat

sumber :kudaranggi.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan