Selain 7Benda Ajaib Di Dunia,Cincin Rosmah Juga Di Kategorikan Sebagai Benda Ajaib Pada Abad Ini

Semalam Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengesahkan cincin berlian RM24 juta yang didakwa dibeli isteri perdana menteri Rosmah Mansor benar-benar wujud.

Bagaimanapun, dalam jawapan bertulis kepada ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (kiri) berkata, tiada pembelian dibuat terhadapnya.


Pelik tapi benar, Cincin RM72juta (USD24Juta) benar-benar ujud dan disahkan memasuki Malaysia tetapi tiada tuan yang membelinya.

Ini satu lagi perkara pelik berlaku dalam Malaysia. Di mana sebentuk cincin boleh datang sendiri ke sebuah negara yang bernama Malaysia tanpa tuan. Tiada orang yang menghantarnya dan tiada orang yang menerimanya. PELIK BIN AJAIB.


Memang Malaysia penuh dengan perkara PELIK BIN AJAIB. Kalau dahulu seorang wanita luar negara dibunuh dengan kejam, bila disiasat dan kesnya dibawah ke mahkamah tujuan pembunuhan wanita tersebut tidak jelas. Si pembunuh pula seolah-olah tidak tahu mengapa wanita itu dibunuh. PELIK BIN AJAIB.


Hari ini media melaporkan bahawa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) mengesahkan tiada pembelian cincin bernilai RM72juta dan cincin tersebut telah dipulangkan kepada tuan punyanya. Media tidak pula menyatakan siapa tuan punya cincin yang 'murah' itu. Juga tidak dinyatakan mengapa pula cincin 'murah' itu datang 'sendiri' ke Malaysia. PELIK BIN AJAIB.

p/s : ha ha ha....dunia dah nak kiamat banyak benda yang tak masuk akal akan berlaku.sampai botak kepala Nazri gara-gara nak selamatkan isteri bos,akhirnya alasan bodoh terpaksa diberikan....

1 ulasan:

  1. agaknya tokey kedai yg jual cincin yang "murah" tu suka2 je hantar cincin tu ke sini... saja suka2... pening seluruh persatuan babi-babi di m'sia disebabkan perangai makhluk2 di m'sia yg lagi teruk dari babi2 yg berpesatuan...

    BalasPadam