Wang Zakat : Kenapa Redzuan Ditangkap,Sedangkan Menteri Agama Dibiarkan Bebas?

Berita yang dipaparkan dibawah ini ialah laporan tentang seorang amil, Redzuan Mohd Said yang telah diburu oleh pihak Polis kerana menghilangkan diri dengan membawa wang kutipan zakat berjumlah RM18,000 pada Ogos lalu.


Disebabkan malu wajahnya disiarkan di akhbar, Ridzuan yang juga merupakan seorang bekas Imam disebuah Masjid di Kulaijaya akhirnya telah menyerah diri kepada Polis bagi membantu kes penipuan wang zakat itu dan kemudiannya ditahan reman untuk membantu siasatan.

Redzuan yang kemudiannya memulangkan wang tersebut telah dihukum empat tahun penjara dan tiga sebatan atas kesalahannya itu.

Itu situasi yang dihadapi oleh rakyat marhaen yang menyalahgunakan atau melarikan wang zakat..

Namun situasinya amat berbeza dengan seorang pemimpin dari UMNO yang telah disahkan menyalahguna wang zakat oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara dan juga Ketua Audit Negara (lihat dokumen di bawah)
..............................................................

23 Jun 2011 yang lalu… Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom Khamis menafikan laporan Harakahdaily yang kononnya wang zakat digunakan untuk membiayai yuran guaman beliau dan Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Ali.

Beliau berkata setiap kementerian mempunyai peruntukan bagi yuran guaman untuk kes-kes tertentu.

"Tidak timbul isu kononnya wang berjumlah RM32,000 yang didakwa wang zakat digunakan untuk membiayai yuran guaman bagi kes Qazaf membabitkan Jawi dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya kepada pemberita di sini Khamis - BERNAMA

Patutlah Jamil Khir nafikan.. memang benar bukannya RM32,000 tapi RM63,500.00 telah digunakan.. lihat dokumen yang disertakan..


Surat yang mendedahkan penyalahgunaan wang Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ini telah ditulis oleh Dato Seri Azmi Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara merangkap Ahli Parlimen Kawasan Padang Besar kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Bersamanya disertakan dokumen atau surat dari Ketua Audit Negara yang secara jelas menyatakan dalam satu pemeriksaan audit yang dijalankan di MAIWP terhadap perbelanjaan bagi kos guaman RM63,500.00 ianya melibatkan Jamil Khir Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
..............................................................

Jangan kata hendak diburu.. disentuhpun tidak!

Tak perlu dihebahkan oleh media dimana tempat tinggal dan bagaimanakah rupanya, namun hingga kini tiada tindakan yang dikenakan terhadapnya..

Walaupun aku bukan penyokong Yahudi.. tapi aku kagum dengan ayat dari pemimpin Yahudi ini..

"There are no two states of Israel, just one state,'' kata Shimon Peres, pengganti Katsav's sebagai Presiden. "There are no two kinds of citizens here. . . . All are equal in the eyes of the law.''

So.. There are no two states of Malaysia, just 1Malaysia.. but are we have two kinds of citizens and law here?

http://sedakasejahtera.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan