BR1M: Kalau Dapat Jangan Terlalu Gembira Maaa......
Begitu gembira rakyat yang berjaya digula-gulakan oleh Kerajaan UMNO
apabila mendapat RM500 dibawah program Bantuan Rakyat 1Malaysia yang
hangat diperkatakan sekarang. Gembira seketika dan akan berdukacita
untuk selama-lamanya selagi UMNO berkuasa di Putrajaya.
Tahukah rakyat semua, dari manakah wang yang kononya diberikan itu
sebagai prihatin kerajaan dan ingin meringankan bebanan rakyat? RM500
boleh belanja untuk berapa hari? Untuk meringan beban apa? Sedangkan
puak-puak lanun di atas sana merompak beratus ribu malahan berjuta-juta
ringgit wang rakyat dan negara.
Bagi RM500 sibuk satu dunia. Wang RM500 itu adalah wang yang dipinjam
oleh kerajaan dari jabatan-jabatan yang menyimpan dan memungut wang
dari rakyat selama ini. Samada wang dari KWSP, Lembaga Hasil Dalam
Negeri, Tabung Haji, Wang milik peneroka Felda dan sebagainya. Ianya
wajib dibayar semula oleh kerajaan kepada jabatan-jabatan ini dengan
faedahnya sekali. Siapa yang akan membayarnya dan dari wang diambil
untuk membayarnya kelak?
Tidak lain dan tidak bukan, rakyat juga yang
akan dipaksa untuk membayar pinjaman itu kelak dengan cara menaikan bil
letrik, minyak petrol dan diesel, barangan kegunaan harian seperti
gula, tepong, susu, beras dan lain-lain lagi. Termasuk juga barangan
binaan sepeti simen, kayu, atap dan banyak lagi. Malahan kerajaan akan
mendapat jumlah yang berliapat kali ganda banyaknya dari apa yang
diberikan kepada rakyat itu.
Kenaikan ini berkekalan sepanjang masa sehingga bila-bila kecuali UMNO
berjaya ditumbangkan pada PRU13 nanti. Tidak ada dan belum pernah lagi
kerajaan yang beri wang tunai kepada rakyat secara percuma, semuanya
mempunyai muslihat dan ada udang disebalik batu. Termasuklah wang ihsan
RM300 yang diberikan selama ini. Semua bukanya percuma, kena bayar
semula secara halus dan tanpa disedari oleh rakyat.
Ketika setiap kali musim pilihanraya pula, UMNO juga menabur wang tunai
kepada rakyat untuk tujuan meraih undi. Yang itu bukan wang pinjaman
tetapi adalah wang cagaran yang ditaburkan oleh syarikat-syarikat judi,
kilang arak dan pusat maksiat dan persundalan yang dilesen kan oleh
kerajaan UMNO. Itu sebabnya UMNO mewah menabur wang pada setiap kali
pilihanraya.
Pihak-pihak yang memberi wang itu bukan saja-saja beri,
malahan juga mempunyai niat supaya jasa mereka dibalas semula apabila
UMNO menang dan berkuasa semula selepas pilihanraya. Lesen judi, kilang
arak dan pusat maksiat akan disambung semula lesen mereka. Mereka akan
dibenarkan untuk menambah cawangan atau kilang-kilang baru dan tidak
akan diganggu atau diserbu. Maka gemuklah rakyat yang gembira sakan
pada musim pilihanraya kerana ditaburkan wang haram oleh UMNO.
Berbeza dengan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat seperti
Selangor dan Pulau Pinang yang memerikan wang tunai kepada rakyat
mereka. Mereka gunakan wang lebihan dari hasil penjiamatan belanjawan
tahunan. Belanjawan yang mereka gunakan untuk pembangunan negeri
berlebihan setiap tahun, maka lebihan itulah yang diagihkan kepada
rakyat secara tunai. Bukan pinjam dari pihak lain.
Sejak Pakatan Rakyat
memerintah Selangor dan Pulau Pinang, belanjawan negeri mengalami
"surplus" atau wang berlebih termasuk juga negeri Kedah. Bukanya
seperti negeri-negeri di bawah pemerintahan UMNO/BN, belanjawan tak
pernah cukup dan sentiasa mengalami "defisit" yang tak pernah kurang
malahan bertambah setiap tahun. Kerana apa? Kerana penyelewengan dan
rasuah yang terlalu banyak. Berlaku pecah amanah dan penyewengan dalam
menggunakan wang rakyat secara berluas-luasa tanpa kawalan. Maka itu
sebablah ada negeri dibawah pentadbiran hampir "bankrap" jika tidak
dibantu kewanganya oleh Kerajaan Pusat.
Itulah sebab dan puncanya orang Melayu hidup merempat, melarat dan
ketinggalan dalam semua aspek berbanding dengan bangsa lain. Mereka
ditipu oleh bangsa sendiri. Ditindas dan digula-gulankan oleh pemimpin
yang sebangsa dengan mereka, kemudian mereka salahkan DAP dan bangsa
lain kononya menindas orang Melayu dan merampas hak orang Melayu.
Tetapi sebenar puncanya ialah angkara puak UMNO sendiri yang pandai
bermanis muka dan berlakun di hadapan rakyat yang berbangsa Melayu.
Melayu UMNO sanggup buat apa saja kerja kotor mereka asalkan mereka
berjaya memperdayakan bangsa mereka sendiri untuk mengundi dan memberi
mereka kuasa untu memerintah lagi. Kemudian mereka tipu dan tindas lagi
orang Melayu yang mengundi mereka itu. Sampai bilakah Melayu sanggup
diperbodohkan dan menjadi seperti lembu dan kerbau peliharaan UMNO?
Jika
masih sanggup berkeadaan begitu, jangan menyesal nanti jika bangsa
asing menguasai semua hal dalam negara kita termasuk dalam urusan
politik. Pemimpin UMNO tidak peduli emua ini kerana mereka sudah
menyimpan dan mengumpulkan wang kekayaan yang melimpahruah diluar negara
sana. Jika terjadi apa-apa kepada negara, mereka dan keluarga dengan
mudah lari ke luar negara dan meninggalkan rakyat yang sudah tidak
berguna lagi buat mereka.
Jadi, apakah ketika itu baru orang Melayu hendak sedar? Sudah tidak
berguna lagi. Negara sudah tergadai kerana hutang terlalu banyak, maka
bersedialah kita senasib dengan saudara kita di Palestin sana.
Berubahlah dari sekarang. Masa dan peluang masih ada. Tinggalakan UMNO
untuk selamanya. Tumbangkan mereka dalam PRU13 nanti. Itulah sumbangan
terbesar kita kepada agama, bangsa dan negara tercinta. Wallahualam.
laksamanabukitbintang
Ambo sokong Syeikh...ibarat puok2 ni sebagai pencuri yang telah mengambil duit kita RM1000 tapi dia bagi sedekah selepas mendengar kita dicuri sebanyak RM10....kihkihkih!kita akan ubah...InsyaAllah!
BalasPadam