Pembebasan Anwar Ibrahim, Kemenangan Najib Altantuya??

Sorakan dan tangisan gembira kesyukuran anda di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi mungkin tidak bermakna lagi, walaupun Anwar Ibrahim kini sudah dibebaskan dari pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Penganalisis dan pemerhati politik rata-rata bersetuju dengan satu kenyataan "bersama" selepas keputusan "mengejut" yang sudah diduga.

Anwar Ibrahim bebas tetapi pemenang sebenarnya hari ini adalah Najib Altantuya.

Mengapa?

Kerana apabila Anwar dibebaskan dan kembali bersama penyokongnya, sokongan terhadap Pakatan Rakyat tidak akan berubah, kekal 30 peratus atau cuma naik sedikit dalam dua peratus.

Sedangkan Barisan Najis yang juga mempunyai peratusan penyokong yang sama akan mendapat laba kerana baki 40 peratus pengundi yang berada atas pagar (tidak menyokong mana-mana pihak) akan beralih kepada Barisan Najis, sedikit demi sedikit.

Sekiranya trend ini berterusan maka Barisan Nasional yang merudum dari segi sokongan dan persepi akan berubah meningkat dengan ketara dan inilah yang ditunggu Najib Altantuya.

Di pihak Anwar Ibrahim, beban yang dipikul kini adalah bagaimana mahu memberitahu rakyat bahawa proses kehakiman di Malaysia masih lagi tidak adil sedangkan dia sendiri sudah bebas dengan sistem yang sama.

Manakala di kem Najib Altantuya pula, penganalisis politik kini menunggu bagaimanakah peluang keemasan ini digunakan sebaik-baiknya untuk menawan hati rakyat kembali menyokong Barisan Najis dalam pilihanraya umum akan datang.

Kesempatan inilah yang dimanfaatkan Najib Altantuya untuk memberitahu rakyat bahawa pembebasan Anwar Ibrahim bermakna dia harus menghentikan road shownya menjelajah ke seluruh negara, dan rakyat akan semakin jauh dari Pakatan Rakyat.

Jadi ini bermakna, pembebasan Anwar menguntungkan dari satu sudut, tetapi Pakatan Rakyat akan kehilangan undi rakyat yang di atas pagar dengan sangat ketara.

Itulah sebabnya kebanyakan orang kanan Najib Altantuya terutamanya media arus perdana yang dikuasai mereka akan terus memainkan keputusan mahkamah ini sebagai lambang bahawa institusi kehakiman bebas dari pengaruh KERAjaan Umno-APCO.

Buktinya, lihat apa berita ketiga dalam Buletin Utama TV3 jam 8 malam tadi.

Dan sekiranya keadaan ini berterusan selama dua minggu saja, dan sekiranya Anwar Ibrahim serta Pakatan Rakyat tidak sempat menjawab isu ini, malapetaka besar akan berlaku dalam usaha untuk menawan Putrajaya.

Tempoh ini pasti akan dimanfaatkan Najib Altantuya untuk memanggil mandat baru dan kemenangan Barisan Najis bakal menjadi nyata.

Hatta Profesor Abdul Aziz Bari sendiri mengakui bahawa keputusan hari ini seperti kawalan kerosakan (damage control) terhadap imej Barisan Najis dan mampu melonjakkannya ke tahap 65 peratus.

Ini amat bahaya buat Pakatan Rakyat.

Kini kita menunggu apakah langkah Najib Altantuya seterusnya di sebalik pembebasan Anwar Ibrahim ini sama ada mampu menghancurkan cita-cita Pakatan Rakyat ke Putrajaya, atau ia menjadi satu lagi beban kepadanya untuk mempertahankan teori RAHMAN dari dirobek Anwar Ibrahim yang semakin bersemangat selepas pembebasannya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan